Tak Elok Guna Ubi Kentang Yang Sudah Bertunas.....

5:37:00 PM Noor Akma 2 Comments


Tak elok rupanya makan ubi kentang yang telah tumbuh tunas. Biasanya aku tak kisah bila kentang yang aku nak masak tumbuh tunas ke tidak. Boleh mendatangkan masaalah kesihatan nanti bila menggunakan kentang yang bertunas. Selepas ni perlu berfikir dua kali sebelum menggunakan kentang yang sudah bertunas.

Ada kajian yang dibuat menyatakan kentang disimpan lama sehingga bertunas kebiasaannya mengandungi racun yang boleh menganggu sistem pencernaan dan menyebabkan sakit perut. Seorang pengkaji Caroline White berkata kentang yang bertunas sehingga berwarna hijau dan berasa pahit menandakan terdapat racun didalamnya.

Ini disebabkan penghasilan unsur kimia tertentu yang ada pada batang tunas kentang. Ia bukan hanya ada pada kentang, tapi sering juga terdapat pada bahan makanan lain yang tumbuh di bawah tanah seperti lobak, bawang dan tanaman jenis ubi dan lainnya.

Jika dimakan dalam jumlah yang kecil, kentang dan makanan berasaskan ubi ini mungkin tidak memberi kesan tapi sekiranya di ambil dalam jumlah yang banyak ia mungkin mnyebabkan risiko sakit perut. Tidak setakat ini saja, kentang dan sayur sejenisnya, yang telah bertunas akan menyebabkan rasa  mual, muntah, kerongkong rasa seperti terbakar, sakit kepala dan pening.

Di sarankan agar sayur yang sudah berubah sifatnya ini tidak di makan sebaliknya ditanam untuk mengelakkan masaalah kesihatan jika digunakan dalam masakan. Jadi tak adalah timbul masaalah pembaziran. Tapi kan, pokok bawang biasa aku tanam, Walaupun tak dapat isi bawang, daunnya sedap dibuat kuih  cucur udang. 

p/s : Pernah cuba tanam kentang yang bertunas tapi tak tumbuh, sebaliknya terus membusuk. Tak sesuai dengan iklim gamaknya.... hurm!

#kredit SINI


2 comments:

Maria Firdz said...

Info yang bagus...

Unni Anje said...

mak pn kalau da mcm ni msi dia suruh buang terus

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...