21 November 2016

Tip Rancang Percutian Yang Menjimatkan Kos...


Tips percutian biar apa yang di rancang berjalan dengan sempurna dan gembira...


Dah sampai hujung tahun.... Cuti sekolah, nak habiskan cuti tahunan dan hilangkan stress bila dah penat bekerja sepanjang tahun. Mesti sudah ramai yang  merancang nak kemana-mana. Dalam negara atau luar negara... ikut bajet dan kemampuan diri. Apapun kenalah juga serba sedikit berjimat cermat... biar percutian yang di rancang berjalan dengan sempurna dan gembira.

Apapun  dan di manapun percutian anda nanti.... anda harus tahu bagaimana berbelanja di sana agar tidak menyulitkan sumber kewangan anda selepas pulang daripada percutian itu. Justeru, ikuti tip berikut untuk jimat sambil bergembira...

Makanan

1. Sebelum ke tempat percutian, rancang tempat makan yang sesuai untuk anda. Kenal pasti restoran mahupun kedai runcit yang ada. Bagi penganut Islam, ambil tahu di mana ingin mendapatkan makanan halal atau restoran sayur-sayuran.

2. Memasak sendiri makanan ketika bercuti sememangnya dapat menjimatkan wang anda. Selain itu, ia memberi pengalaman baru yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan perkakas dapur, barang mentah dan juga suasana negara yang berbeza.

3. Jika mahu, cuba elak menikmati sarapan di hotel kerana ia lebih mahal dan kadangkala tidak menyelerakan langsung! Anda boleh berjalan di pagi hari sambil mencari kafe tempatan yang menghidangkan sarapan resipi tradisional dengan harga yang jauh lebih murah.

4. Sarapan dan makan tengahari dalam kuantiti yang lebih daripada makan malam kerana harga untuk hidangan makan tengahari lebih murah dan banyak pilihan. Selain itu, ia dapat memberi anda lebih tenaga pada waktu siang untuk meneroka tempat percutian.

Pengangkutan

1. Dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan kereta api atau bas berbanding teksi kerana harga yang lebih murah. Anda juga dapat berjalan sambil menikmati keadaan di jalanan dan belajar mengenai negara orang.

2. Mengapa tidak buat pertimbangan untuk mengambil pakej tiket penerbangan dan tempat penginapan sekali gus?

3. Sesetengah negara menawarkan diskaun untuk perjalanan pergi-baliktidak kira untuk pengangkutan awam mahupun penerbangan antarabangsa. Buat rujukan mengenainya agar memudahkan perjalanan anda.

4. Pertimbangkan cadangan menggunakan kereta sewa. Jika tempat percutian anda mempunyai sistem pengangkutan awam yang sistematik, mengapa perlu bersusah payah dalam kesesakan jalan raya?



Tempat Yang Nak Di Lawati


1. Pusat tumpuan pelancong tidak semestinya menarik untuk dilawati. Tambahan pula, harga barangan di kawasan sekelilingnya lebih tinggi daripada biasa. Rujukan penting untuk dibuat sebelum anda ke tempat percutian. Lawati tempat yang bertepatan dengan kehendak dan personaliti anda.

2. Jika tempat dituju hanya beberapa kilometer daripada tempat penginapan, berjalan kaki membolehkan anda menikmati pemandangan sekeliling dan mengambil gambar sepuasnya.

3. Tidak salah untuk beramah mesra dengan penduduk tempatan mahupun pemandu teksi atau bas. Kongsi pengalaman dan pengetahuan mereka. Jika anda bertuah, mereka boleh menunjukkan tempat menarik untuk dilawati dan tumpuan makanan lazat dengan harga yang menjimatkan!

4. Sememangnya, berlibur pada waktu cuti persekolahan mahupun perayaan menjadikan percutian anda lebih mahal daripada hari-hari biasa.

5. Sesuaikan tujuan percutian anda dengan keperluan penginapan. Jika masa percutian anda lebih banyak dihabiskan di luar, elak menginap di hotel mewah bagi mengelakkan pembaziran. Pilih bilik asrama, motel mahupun jenis bed & breakfast adalah pilihan terbaik.

Jika ingin percutian yang benar-benar menjimatkan, apa kata bercuti di dalam negara. Ada pelbagai lokasi percutian yang belum pernah anda tuju dan mungkin lebih hebat daripada di luar negara. Tepuk dada tanya selera dan tepuk poket juga.... segalanya pilihan ditangan anda. Selamat bercuti!

p/s : Semoga percutian anda akan memberi beribu-ribu memori indah nanti....!

#kredit SINI

3 comments:

  1. sharing yg bgus, next bolh buat sbgai rujukan

    ReplyDelete
  2. Perancangan yang baik memang akan memudahkan urusan percutian.

    Alangkah bestnya. Usaha & tawakal dalam bermusafir. Doa kita pada Allah pun makbul

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...