Tips Tulis Artikel Dalam Blog....

8:57:00 PM Noor Akma 6 Comments


Apa yang diperlukan dalam artikel blog


Antara perkara yang sangat menggusarkan ialah bila kengkadang idea tak datang. Berhempas pulas juga memikirkan cerita yang boleh menarik perhatian pembaca. Dah dapat idea, kena susun ayat elok-elok dan sehabis baik dan sampai kepada pembaca iaitu di fahami pembaca.

Bila nak karang cerita tu boleh ikut citarasa sendiri dan sesedap rasa kita. Luahkan kata-kata biar dari jiwa yang ikhlas. Struktur artikel susun lah elok-elok mengikut susunan yang teratur. Biar ada rangkap dan rangkai kata yang sempurna. Tapi ada kalanya aku terbabas juga dengan ayat-ayat syok sendiri.... hahaha..!

Tips Tulis Artikel Dalam Blog....

Di awal bicara, ada pengenalan, kemudian perenggan penerangan, dan penutup. Boleh juga terus masuki isi penting. Pilihlah apa yang kita rasa sesuai dan selesa. Semasa menulis artikel, perlu di pastikan artikel di tulis dengan menggunakan perenggan. Setiap perenggan hanya 4 @ 5 baris... usah terlalu panjang, lebihkan perenggan tidak mengapa. (aku buat 3 @ 4 baris je biasanya....)

Hal ini pada aku paling penting. Setiap artikel wajib mempunyai gambar, sekurang-kurangnya satu gambar dan setiap 3 atau 4 perenggan, tambah satu lagi gambar untuk keseimbangan. (kalau tak ada gambar aku rasa macam orang tak berbaju... bogel.. hihi!) 

Gunakan ejaan yang betul. Tak boleh lah tulis ejaan singkat macam tulis pada message dan whatssap. Tulisan ala-ala hipster yang trend kat whatssap memang sangat tidak sesuai sama sekali. Kita mesti menulis untuk kefahaman pembaca, jadi sangat  perlu permudahkan proses untuk membaca. Sebab itu penting untuk kita gunakan ejaan yang betul. 

Apa yang diperlukan dalam artikel blog

Bukan semua orang boleh faham singkatan perkataan ni. Pastikan tiada singkatan digunakan kecuali kata nama khas. Ejaan yang betul menyebabkan semua kelompok akan boleh membaca artikel kita termasuk yang menggunakan translator. Maksudnya pembaca dari luar negara yang akan menterjemahkan artikel kita ke bahasa dia.

Inilah serba sedikit tips yang aku dapat dari group whatsssap tips blogger. Walau kadang-kala group tu macam senyap krik-krik sahaja. Info ni dari Eizil, blogger tua berkongsi pengalaman, katanya. Walau siapa pun dia... aku ucapkan terimakasih atas tips yang bermakna ni....

p/s : Bagi aku la.... tulis ikut bahasa percakapan seharian... bukan macam di sekolah, nak kena jaga ayat tergantung, ayat pasif, ayat aktif dan kata sendi lagi. Tak ada siapa nak pangkah dan tanda pen merah... hehe!


6 comments:

Padin said...

ok.. :D

Wani Sukarno said...

ok noted hii

Elih Japahar said...

Blogger buat entry personal dan santai ni boleh tarik visitor yg berulang..tapi jika buat entry perkongsian dan skema sedikit bahasanya boleh dapat trafik dr enjin carian..kalau part time je lebih baik guna teknik SEO, tapi kalau fulltime santai rasanya lebih bagus hehe...sekadar pendapat :)

Perkongsian yang baik sekali..
AM pun kekadang nak dapat idea tu mudah je nak ulas dengan fakta tu akan jadi blur seketika..

Unni Anje said...

WAHH TAKE NOTE... THKS PERKONSIAN :)

Ana Fatihah said...

Saya punya artikel kadang bahasa tunggang-langgang jugak. Kalau artikel awal-awal buat blog, lagilaa~ Tak sanggup nak cerita. Haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...