11 December 2016

Harith Iskandar Kini Orang Paling Lucu Di Dunia...

Harith Iskandar Kini Orang Paling Lucu Di Dunia...

Pelakon dan Pelawak terkenal Malaysia Harith Iskandar kini terpilih sebagai orang paling lucu di dunia apabila  beliau muncul sebagai juara pertandingan Laugh Factory's 'Funniest Person in the World' (LFFPITW) di Helsinki, Finland, pada Sabtu (10/12/2016), memberitahu pemberita ketika dihubungi, cukup teruja dan seronok meraih kejuaraan itu.

Harith mengatasi empat pesaing lain iaitu Alex Calleja (Filipina) naib-johan, diikuti Katerina Vrana (Greece), Mino Van Nassau (India) dan David Kilimnick (Israel).Beliau membawa pulang US$100,000 (lebih RM400,000) dan lawatan dengan berkomedi di Amerika Syarikat, sementara Calleja meraih US$10,000 dan Vrana US$5,000.

Laugh Factory's 'Funniest Person in the World'


Harith 50, berkata beliau gembira dapat mengibarkan bendera Malaysia di pentas antarabangsa, dan menambah, kini tiba masanya untuk beliau meletakkan komedi Malaysia di peta dunia.“Saya amat bersyukur mempunyai peminat di serata Malaysia dan Asia Tenggara dan juga tempat-tempat lain seperti United Kingdom, Denmark dan Australia yang menyokong saya. Segalanya tidak mungkin tanpa peminat saya. "Akhbar juga memberikan saya sokongan penuh, jadi ini amat bernilai... telefon saya tidak berhenti berdering menerima ucapan tahniah,” kata beliau.

Pelawak popular tanah air ini, yang juga seorang aktor dan hos televisyen, menyatakan setinggi terima kasihnya kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kerana membantu beliau untuk perjalanan ke negara Nordik itu. 

"Mereka (kementerian) membiayai penerbangan dan penginapan saya, satu sokongan besar. Dengan bangga saya pakai kemeja Pelancongan Malaysia di pentas sebagai menunjukkan terima kasih saya” katanya berseloroh. "Bila saya memulakan kerjaya 26 tahun lalu, matlamat saya adalah untuk menyatukan rakyat Malaysia menerusi komedi dan hari ini, saya dapat menyatukan dunia dengan humor gaya Malaysia," ujar beliau dengan gembira dan gelak ketawa,

Pertandingan LFFPITW mengandungi tiga pusingan, pada Pusingan Pertama 89 pelawak dari 56 negara di seluruh dunia bertarung untuk merebut 20 tempat teratas di Pusingan Kedua (Separuh Akhir) sebelum lima pemenang bertuah bertarung di Pusingan Ketiga (Peringkat Akhir).

Seorang lagi pelawak dari Malaysia, Dr Jason Leong, turut bertanding, namun tersingkir pada Pusingan Pertama.

p/s : Aku bukanlah peminat Harith Iskandar tapi sebagai seorang rakyat Malaysia aku turut berbangga .... hehe!

1 comment:

  1. Jarang tgk lawak harith sebab takda astro, tp turut berbangga juga!

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...