Khasiat Air Beras Dan Air Didih Beras

1:15:00 PM Noor Akma 1 Comments

Khasiat Air Beras Dan Air Didih Beras

Apabila nak memasak nasi jangan dibuang air basuhan beras. Telah terbukti air basuhan beras mempunyai khasiat dan manafaat yang sangat berguna Di dalam air beras rupanya terkandung bermacam-macam vitamin dan enzim yang amat berguna kepada kehidupan kita. Juga menjimatkan air...

Kegunaan Air Beras


Kita boleh guna untuk bilas ikan-ikan yg sudah disiang untuk dimasak, khasiatnya adalah untuk menghilang bau hanyir ikan-ikan tersebut. Dan lepas cuci ikan jangan dibuang terus air cucian ikan tersebut kerana ianya boleh dibuat siraman pokok bunga ,pokok bunga akan subur dan berbunga ( sesuai untuk pokok bunga ros (mawar).

Sesuai juga kalau kita siramkan pokok tanaman kita seperti cabai( cili ), terung dan sebagainya kerana buahkan akan menjadi lebat dan tidak dimakan ulat. Air beras tersebut boleh juga kita buat remdam sayur-sayuran yang akan potong untuk memasak bagi mehakiskan dan membuang kesan-kesan racun sayur pada daun-daun sayur tersebut.

Bagi anda yang mengalami tekanan darah tinggi, air beras basuhan yang pertama boleh diminum untuk mengurangkan tekanan darah. Minumlah sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Manakala air beras basuhan kedua dan ketiga pula boleh digunakan untuk membasuh muka agar kulit muka lebih licin dan lembut. 

Amatlah sesuai untuk muka yang berminyak dan berjerawat. Basuh muka setiap kali anda membasuh beras sambil berselawat sekurang-kurangnya tiga kali sebelum membasuh muka. Amalkan sepanjang masa.Yang penting muka akan bercahaya dan berseri . Insya'allah

Khasiat Air Didih Beras


Air didih beras juga amat bagus untuk menjaga suara (bagi penyanyi dan pembaca al-quran). Juga bagus untuk awet muda. Air didih beras ini juga boleh diberi pada bayi yang berumur sebulan keatas. Caranya masukkan sesudu kecil dalam bancuhan susu. Beri dalam 3 kali sehari. Insya'allah bayi akan berasa lebih kenyang dan kurang menyusu. 

Cara mendapat air didih beras iaitu  dengan cara memasukkan lebih air ke dalam nasi yang di masak. Waktu nasi betul-betul mendidih, cedukkan air didih beras tersebut secukupnya.Sejukkan dulu sebelum digunakan. Nak sedap di minum... bolehlah campur sedikit gula ikut citarasa sendiri...hehe!

p/s : Bagi air didih beras pada bayi tu dari pengalaman sendiri. Bayi lebih sihat dan menjimatkan susu. Bagus juga di beri pada anak kecil yang susah nak makan. Susu formula bayi kepalang mahal sekarang....heh!

1 comments:

Biasa buang je air basuhan beras nie..
Rupanya banyak juga kegunaannya..
Kena simpan la nanti..

Ikhlas Dari
Along Misuari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...