Nak Lesung Pipit Timbul Di Wajah, Ada Caranya....

3:27:00 PM Noor Akma 2 Comments

Terlihat dan terbaca kisah tentang lesung pipit tadi,  teringin nak kongsikan di blog aku pula. Bukannya apa, teringat anak dara aku yang setiap kali bergambar dan berselfie.... beria2 dia menggayakan wajah biar nampak lesung pipit yang ta seberap ketara diwajahnya tu. Tapi aku tengok bila senyum tu dah macam di buat-buat pulak... hahaha!

Nak Lesung Pipit Timbul Di Wajah, Ada Caranya....
Nak Lesung Pipit Timbul Di Wajah, Ada Caranya....

Bolehlah dia belajar buat senaman wajah dan dapatkan lesung pipit secara semulajadi. Selama ni bukan tak ada lesung pipit tapi agak tersembunyi sikit. Jadi , buatlah sedikit senaman seperti ditunjukkan di dalam gambar. Mana tahu boleh terserlah pulak lesung pipit tu...

Cara Untuk Dapatkan Lesung Pipit Secara Semulajadi


1. Muncungkan bibir dan hisap pipi anda ke dalam


Jangan rapatkan gigi, kerana dengan demikian anda tidak akan dapat menghisap pipi, selain itu bibir anda harus tertutup.

2. Tekan & tahan lekukan pipi



Tentukan kawasan pipi yang ada lekukan paling dalam. Tekan bahagian tersebut secara perlahan-lahan dengan jari telunjuk. Tekan terus bahagian tersebut dengan jari telunjuk dan mula gerakkan mulut anda.

3. Teruskan senyum & luncurkan jari bila perlu



Ketika melakukan senaman ke-2, lakukan ekpresi senyum dan jangan gerakkan jari anda dari kedudukannya. Buka mulut anda dengan lebar saat tersenyum kerana lesung pipit yang natural akan kelihatan apabila anda tersenyum dengan lebar.

Jika sudah terbentuk lesung pipi, segera lepaskan jari anda. Ambillah gambar jika anda mahu. Ingat, lesung pipi akan hilang setelah anda merehatkan mulut anda.

4. Teruskan tekan selama 30 minit atau lebih



Untuk melatih pipi agar membentuk lesung pipi dengan lebih lama, anda perlu tekan lekukan tersebut sekurang-kurangnya 30 minit. Semakin lama anda tekan “lesung pipit”, semakin lama lekukan akan kekal.

5. Ulang setiap hari

Nak Lesung Pipit Timbul Di Wajah, Ada Caranya....


Lakukan latihan wajah untuk membentuk lesung pipit ini selama 30 minit setiap hari selama beberapa minggu. Lepas sebulan, lesung pipit akan timbul dan terbentuk. Insya'allah.... Tapi kalau tak boleh jugak, tapi apa salahnya kalau mencuba...

Nak baca tentang petua kecantikan, boleh baca di SINI

p/s : Petua terkini, tenyeh dengan lesung batu.... hihihi! (gurau je...)

#kredit SINI


2 comments:

hehehe

Ucing said...

menarik.cara nak lesung pipit pun ada (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...