Pentingnya Peranan Seorang Ayah Dalam kehidupan Anak....

12:50:00 PM Noor Akma 6 Comments

Terdapat kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Oxford University, didapati bahawa antara punca anak-anak kecil seawal usia satu tahun mempunyai masalah tingkah laku (tantrum sebagai contoh) adalah kerana hilangnya peranan seorang ayah dalam dunia mereka. Bahkan dalam banyak lagi kajian lain di peringkat umur yang berbeza-beza, peranan seorang ayah pada usia awal kanak-kanak (0-5 tahun) adalah antara penentu kepada sikap kanak-kanak pada usia remaja. Baik peranan ayahnya, baiklah anak itu, buruk peranan ayahnya, maka buruklah anak itu.

Pentingnya Peranan Seorang Ayah Dalam kehidupan Anak....
Pentingnya Peranan Seorang Ayah Dalam kehidupan Anak....

Dengan kata lain, ayah yang tidak berperanan seperti yang sepatutnya terhadap anak-anak sejak kecil, akan merosakkan tingkah laku anak-anak tersebut. Begitulah besarnya peranan seorang ayah seperti yang dibuktikan oleh kajian sains. Ini sebenarnya telah ditegaskan lebih awal di dalam Al Quran, di mana kisah pendidikan anak-anak antara ayah dan anaknya lebih banyak berbanding kisah di antara ibu dan anak.

Pentingnya Peranan Seorang Ayah Dalam kehidupan Anak....


Antaranya adalah kisah Nabi Ibrahim berdoa untuk anaknya selepas membina Kaabah, kisah Nabi Ibrahim berbincang dengan anaknya Ismail (sebelum penyembelihan), kisah doa Nabi Zakaria untuk mendapatkan anak, kisah nasihat Luqman kepada anaknya, kisah Nabi Yaakub bersama anak-anaknya di dalam surah Yusuf dan ketika hampir saat kematiannya di dalam surah Baqarah, kisah nasihat Nabi Ismail dan ahli keluarganya di dalam surah Maryam dan banyak lagi.

Ya, dalam tarbiatul aulad, kisah-kisah dari Al Quran lebih berat terhadap peranan ayah dalam pendidikan anak-anak, kerana itulah yang sepatutnya. Justeru itu wahai ayah, jangan sia-siakan amanah yang sedang membesar di hadapan mata. Tanggungjawab mendidik anak-anak jangan dilepaskan hanya kepada isteri, apatah lagi orang tua kita. 

Nikmatilah saat-saat berharga bersama anak-anak yang tidak akan dapat diulang kembali. Ciptalah momen-momen indah bersama anak-anak ketika usia kecilnya kerana momen-momen ini, akan diingati hingga mati oleh anak-anak. -via -hisyam asyraf-

p/s : Begitulah betapa pentingnya peranan seorang ayah yang pada kebiasaannya dianggap remeh pada masa kini. Wahai lelaki, jadilah lelaki yang boleh di contohi dan di jadikan idola oleh anak-anak yer...

Boleh baca banyak informasi di blog ni... klik SINI

#kredit SINI


6 comments:

sangat bermakna

Mazni Azmi said...

Ramai anak anak jadi yatim sebelum waktunya. Kerana ayah tiada semasa anak anak membesar

ayah seorang yang agung... corak masa depan keluarga yg dibina terletak pada nakhodanya..

Peranan ayah kebanyakkan anak2 tak nampak sehingga anak2 mnjadi ayah untuk anak sendiri..

Insan yang banyak berkorban demi keluarga..
Wira yang tak didedan..


Ikhlas Dari
Along Misuari

aRz MoHa said...

informasi mengenai ayah dan anak yang sangat menarik dan berguna...


setuju juga....

Elih Japahar said...

Sedang berusaha menjadi ayah yang boleh menjadi teladan kpd anak anak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...