Pisang Dari Kampung Dah Siap Di Goreng....

1:13:00 PM Noor Akma 4 Comments

Pisang Dari Kampung Dah Siap Di Goreng....

Inilah dia pisang yang aku dapat dari kampung minggu lepas. Bersama kedatangan mak bapak dan adik-adik kesini untuk meraikan perkahwinan sepupu. Dapatlah aku merasa makan goreng pisang. Sejak hampir seminggu ni hari-hari makan goreng pisang untuk sarapan dan minum petang. Teringin nak buat pengat pisang tapi en. somi asyik terlupa nak belikan santan.

Pisang ni... pisang nangka. Paling sesuai di buat goreng pisang. Sedap juga di buat kerepek sewaktu masih muda. Rasanya masam-masam manis... dipanggil pisang nangka sebab bau pisang ni seakan-akan bau nangka. Dah hari-hari  menggoreng pisang, puaslah makan goreng pisang kali ni. 

Pisang Dari Kampung Dah Siap Di Goreng....

Cara nak buat adunan tepung ada macam-macam. Ada yang guna tepung gandum, ada yang pakai tepung beras. Ada pula campur marjerin dan telur. Tapi aku guna cara paling senang. Tepung gandum, sedikit garam dan secubit kapur makan. Campur air dan gaul sebati sedang elok pekatnya. Bolehlah digunakan.

Pisang dah habis di goreng dah.... Akan datang, mesti kerinduan aku dengan pisang nangka dari kampung ni. Pisang jenis ni ada dijual di pasar tapi harganya mahal betul. Tak sampai hati nak membeli. Tapi kalau teringin aku beli juga. Lagi mudah, beli yang dah siap goreng. Tak sama yang dapat percuma dari kampung. 

p/s : Nak merajinkan diri balik kampung tu payah juga... en. suami tu asyik kerja tak menentu, ongkos nak kena kira juga... hurm!


4 comments:

Mahal owh kalau beli kat pasar.. Sha kalau teringin sangat beli yg dah siap goreng je.. hehehe

Unni Anje said...

Pisang da mahal dulu blh beli 3 standan. Skg sesisir pun nk cecah rm4

Mazni Azmi said...

Pisang nagka sedap. Tapi kulitnya tebak dah getahnya sangat melekit berbanding pisang lain 😅

Dulu mak selalu buat kerepek. Makan lepas baru goreng. Sedapnya 😍😍

⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔

PeRdU cINta said...

Makan panas-panas..sedap :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...