Program 'Back To School' DUN Batu Tiga.....

5:22:00 PM Noor Akma 3 Comments

Hari ni lambat update blog... Pagi2 lagi dah keluar bersama anak-anak. Ikut program  'Back To School' anjuran DUN Batu Tiga, Shah Alam., YB Rodziah Ismail. Berlangsung di hadapan Bangunan Ole-ole Shah Alam. Sungguh ramai yang hadir ke program 'Back To School' ni. Nak dapatkan baucer lah katakan. Akulah salah seorang tu. 

Program 'Back To School' DUN Batu Tiga.....
Program 'Back To School' DUN Batu Tiga.....


Dapatlah 2 keping baucer.... bernilai RM100. Satu baucer Pusat Pakaian Hari-hari dan satu lagi baucer pasaraya Mydin. Baucer ni untuk pembelian barangan sekolah. Bagi sesetengah orang RM100 ni kecil nilainya. Bagi aku, ia amat bermakna. Dapatlah aku membeli serba sedikit peralatan sekolah yang belum lagi dapat dibeli.

Program 'Back To School' DUN Batu Tiga.....


Sebenarnya aku dah shopping pakaian dan peralatan sekolah minggu lepas. Tapi ada beberapa barang yang belum sempat dibeli disebabkan di situ tiada saiz atau kehabisan stok. Melalui sebuah program juga iaitu di Jakel, Shah Alam. Dah hampir lengkaplah segala keperluan sekolah anak-anak aku sekarang.

Tinggal lagi nak membeli buku-buku dan membayar yuran sekolah. Anak perempuan yang nak masuk tingkatan 1 tu nak dibelikan t shirt sekolah dan t shirt sukan. Minggu depan ni nak mengesahkan hal-hal yang ini pulak. 

Balik daripada program dan bershopping tu terus masak... walau letih shopping, perut tetap lapar, kena masak juga. Berehat sekejap, terus pegang laptop. Selain beli barang2 sekolah tu sempat lagi tu aku shopping barang dapur.... Kalau tidak, apa yang nak masak?

p/s : Letih masih aku rasakan... tapi seronok shopping ni... hihi!


3 comments:

cik laili said...

alhamdulillah dapat baucer RM100.
selamat kembali ke sekolah untuk anak :)

Nik Ainaa said...

baucer rm100 tu dah boleh beli macam2 brg sk untuk anak-anak. rezeki... :)

Ayu said...

Rm 100,dah boleh beli 2 pasang baju sekolah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...