Resepi Air Jamu Sedap, Beraroma Ala-ala Di Spa...

3:42:00 PM Noor Akma 2 Comments

Hari ni nak kongsi air jamu sedap... boleh buat sendiri di rumah. Dapat resepi ni di FB. Terima kasih pada empunya resepi atas perkongsian ini. Suka dengan ubat jamu yang boleh di buat sendiri ni. Lebih mudah dan jimat bila kita membuatnya sendiri. Dah semestinya minum air jamu sedap ni tanpa rasa was-was dengan kandungannya.
Resepi Air Jamu Sedap, Beraroma Ala-ala Di Spa...
Resepi Air Jamu Sedap, Beraroma Ala-ala Di Spa...
Jamu ni kebiasaannya dihidangkan di spa tradisional kepada para pelanggannya. Diperbuat daripada rempah-rempah air jamu ini membantu mengeluarkan angin serta menyingkirkan racun dari badan. Aromanya cukup wangi sekali dan mempunyai kelebihan yang tak terjangka dek akal kita.

Resepi Air Jamu Sedap, Beraroma Ala-ala Di Spa...
Resepi Air Jamu Sedap, Beraroma Ala-ala Di Spa...

Resepi Air Jamu Sedap, Beraroma Ala-ala Di Spa...


Bahan-bahan:
2 inci halia
2 batang serai
1 sudu kecil halba campur
1 sudu Kecil bunga cengkih
1 sudu kecil biji pelaga
2 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil bunga lawang
1-2 sudu madu
Beberapa helai daun pudina


Cara membuat:

Rebus semua bahan dengan 6 cawan air. Halia dan serai diketuk. Masukkan pudina dan rebus dalam 10 minit. Selepas itu tapis airnya. 

Tuang air dalam cawan lalu masukkan 1 sudu besar madu. Kacau rata dan sedia diminum. Air jamu ini boleh di minum oleh sesiapa saja, juga sesuai diminum oleh anak remaja dan gadis. Diminum 1 cawan setiap hari.

**Selain dijadikan minuman jamu, campuran rempah ini untuk meredakan selsema iaitu menyedut aroma panas(stim) rempah ini tanpa di campur madu. Boleh juga buat air rendaman kaki dengan  di campur garam, tanpa madu juga. 

Buat  mandian pun boleh... Rebus bahan masuk dalam baldi. Tambah air bagi suam suam. Lepas tu tambah 2-3 cawan garam. Seterusnya  boleh mandi buat bilasan terakhir. Nak lagi best. Buat mandi wap dan bertangas.

Dari satu resepi dah boleh melakukan banyak perkara. Bagus sangat dah tu. Aku dah cuba minum resepi ni memang power walau ada satu dua barang yang tak dapat aku cari. Lepas minum rasa ringan sikit badan. Sakit kepala dah berkurang. Nanti nak minum lagi dan lagi... hehe!

Kalau nak resepi jamu beras kencur, boleh klik SINI

p/s : Alahai, en. suami ni... di suruh cari daun pudina kat pasar tak jumpa... tak kenal... haihhh!

#kredit SINI


2 comments:

boleh dah tu bukak spa...

Fieza Sani said...

macam best je nk try...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...