Resepi Telur Masin Pedas Spicy

2:03:00 PM Noor Akma 1 Comments

Resepi Telur Masin Pedas Spicy

Semalam, masa sibuk melayan FB.... terjumpa resepi ni. Aku letak resepi dan kisah ni di sini sebab nak simpan dulu. Akan datang boleh buat. Kalau tak buat macam ni.... Cari balik nanti mesti tak jumpa dah. Jom kita kongsi-kongsi benda  yang unik dan bermanafaat macam ni.

Wow, sangat menarik bagi aku yang sangat sukakan telur masin. Tak pernah seumur hidup dapat tau ada pulak boleh buat telur masin macam ni. Rendam dalam air garam tu biasalah mak aku buat  di kampung. Tapi yang ini tambah cili dan bawang putih. Macam mana lah rasanya....

RESEPI BUAT TELUR MASIN SPECIAL PERISA SPICY.


Bahan - bahan:
20 biji telur itik@ayam
500 gram garam untuk 2 liter air
(Dimasak sehingga larut)
7 biji buah cili (ketuk)
5 ulas bawang putih (Ketuk)
2 helai daun pandan (potong2)

Cara- cara membuat;

1. Mula-mula basuh telur itik@ayam bersih- bersih supaya nanti telur masin tak busuk.

2.  Garam dan air dimasak sehingga larut. Tunggu sehingga air sejuk.

3. Air garam dituang kedalam bekas bertutup.Masukkan telur,bawang putih,cili dan daun pandan.(Pastikan telur semua kena air).

4. Simpan lebih seminggu atau 12 hari baru boleh rebus.. kalau nak masin lagi boleh tambah garam kasar..

* Kalau nak telur kuning nampak cantik lepas buat simpan tempat gelap.  Kegunaan daun pandan untuk buang bau hanyir dan cili bersama bawang sebagai perisa.

p/s : Jangan tak tau, resepi ni dari masyarakat Bidayuh Sarawak.

#kredit SINI


1 comments:

Wani Sukarno said...

Iniknya resepi letak telur dan remdam bawang putih cili tu.. ..agaknya rasa pedas tu serap masuk dalam telur itik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...