07 December 2016

Snek Petang Kelmarin.... Biji Nangka Rebus

Snek Petang Kelmarin.... Biji Nangka Rebus

Kelmarin, aku rebus biji nangka. Biji nangka ni aku dapat dari buah nangka yang dapat dari antara buah-buahan yang di hantar dari kampung aritu. Masa aku kumpul biji2 ni,anak2 asyik bertanya itu ini. Nak buat apa, nak tanam ke... tanam kat mana... macam2 lah.

Biila aku cakap nak buat rebus dan nak makan... mulalah diorang buat muka pelik. Boleh makan ke, sedap ke, tak pahit ke.... hehe! Kesian pulak aku dengan anak-anak bandar ni. Pengetahuan diorang tentang makanan dulu-dulu yang boleh dimakan cetek betul. Nak kena lebih dedahkan dengan makanan dan benda2 kampung ni, haihh!

Snek Petang Kelmarin.... Biji Nangka Rebus

Petang kelmarin aku rebuslah biji nangka ni. Merasa lah diorang makan biji buah nangka. Sedap katanya... macam kacang tapi besar. Jadi puaslah makan. Bukan tak pernah beli nangka tapi beli dalam peket. Berapa ulas sangatlah buahnya sepeket. Takkan nak rebus bijinya yang seciput tu...

Sekejap je suatu petang kelmarin tu kami anak beranak mengerjakan biji buah nangka rebus ni sambil menonton tv. Jadi kenangan kiranya. Bilalah nak dapat lagi makan nangka yang manis dan sedap macam tu. Dapat pulak makan biji nangka rebus. 

p/s : Kena balik kampung la, ya dak? Tapi bulan ni tak dapatlah, sibuk menyiapkan barang2 persekolahan anak2. Tak cukup2 lagi... hmmm!


7 comments:

  1. Zaman kecik2 dulu selalu jugak la ummie akak buatkan.. =) Dah abis makan nangka, biji tue memang simpan untuk direbus..

    ReplyDelete
  2. dulu mase kecik2 suka makan taw.. hihi.

    bdw done follow.. ni entry terbaru saya
    http://mummyjasmeen.blogspot.my/2016/12/thai-food-festival.html

    ReplyDelete
  3. Rasa dia macam kacang kan 🤔

    ReplyDelete
  4. Wahh lama dah tak makan 😘

    ReplyDelete
  5. Mak saya selalu buat dulu. Saya tak berapa nak makan la tapi 🤗

    ReplyDelete
  6. Lamanya tak makan biji nangka rebus.. kalau duduk depan tv memang ralitlah..

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...