Teksi Bawa Ikut Jalan Jauh... Hampeh!!!

1:58:00 PM Noor Akma 7 Comments

Nak cerita kisah aku terkena dengan teksi ikut jalan jauh pancung harga.... adoi.!! Ari Jumaat kelmarin ada temujanji di Hospital Shah Alam. Waktu pergi suami yang hantar. Balik tu terpaksalah aku balik sendiri. Ikutkan aku bercadang nak nai bas percuma Selangor. Nak mencuba tengok laluan-laluan dia. Mudah lah bila-bila nak ke Hospital lain kali. Tapi tak kesampaian di sebabkan faktor yang tak dapat di elakkan. Terpaksalah aku naik teksi. Teksi bawa ikut jalan jauh merewang...


Aku terpaksa naik teksi ni sebab mata kabur dari kesan ubat yang digunakan untuk check up mata aku ni. Memang kabur sungguh, pening kepala dan silau bila terkena panahan cahaya matahari. Masa tu memang ingat nak balik cepat-cepat baring tidur rehatkan mata. Masa nak dititikkan ubat tu, jururawat dah beritahu kesan ubat tu.... mata akan kabur selama 4 jam.

So, apa pilihan lagi yang ada bila nak cepat balik. Masa tu pandangan pun berpinar antara nampak dengan tak nampak. Nasib baik aku bawa peneman iaitu anak perempuan bongsu aku. Boleh la dia pimpin aku yang jalan terhuyung-hayang tu. Teruslah aku naik teksi yang sedia menunggu penumpang kat luar hospital tu.

Masa dalam perjalanan... aku perasan dah, pemandu teksi tu bawa aku ikut jalan jauh. Nak meter tunjuk harga lebih lah tu. Tapi aku ni tak nak kecoh-kecoh. Dah la aku dalam kepeningan yang amat sangat. Jadi aku biarkan ajelah. Pemandu teksi tu mungkin menyangka aku ni tak tahu dan tak sedar dah kena tipu. Tapi berkatkah rezeki yang dia dapat dengan berbuat macam  ni.....?

Yang pasti aku kena marah dengan suami sebab buat tak tahu walau dah kena tipu.... Dari tambang yang biasanya antara RM10 hingga RM12, aku kena RM 16. Bengang jugak... Kalau bangsa asing lain lah jugak. Ini sebangsa dan seagama tu... Tak heranlah aku bila uber dan grab car menjadi pilihan penumpang kini. Dah teksi yang biasa ni macam hampeh perkhidmatannya kan....  Ko rasa???

Banyak cerita aku dalam blog ni.... boleh klik SINI

p/s :  Taklah serik tapi lain kali kalau boleh nak elak naik teksi... hurm!

#pic google


7 comments:

Tu lah masalah pemandu teksi.. Bila ada grab car dan uber mereka marah..
Masalahnya perangai dan sikap mereka nie yg buat penumpang beralih arah..
Walaupun tak semua tapi kesannya terpalit pada semua..

Jun Zie said...

Allahu mahal ny kena charge !

Amanda Suria said...

Ni la masalah pemandu teksi..bila past MRT, Uber dan Grab car dh banyak tau plak marah konon potong rezeki..diorang yg rosakkan suuber rezeki diorabg sendiri

Sally pernah kena...biasa kena dalam RM8 je sampai rumah...sekali kena RM19...tapi dia bukan bawak jalan jauh...tapi bawak 20km/jam...gila menyumpah laaa rasa

At-Tarmizi said...

Memang...saya pernah kena yg berlagak, nak kena ikut cakap dia je..
tak semua tapi sebab segelintir org mcm ni yang rosakkan imej pemandu teksi lain.

Semoga pemandu teksi tebabit diberi hidayah oleh Allah...

Unni Anje said...

Baiknya akak diam je.. Kalau kena kat Unni memang soalan ni keluar dr mulut.. Tp org sabar di sayang Allah.. Hihihi, cuma sifat tu unni masih x mampu miliki.. Xpe. Kak, rezeki macam tu x kemana.. Unni pun memang x suke naik teksi.. Hihihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...