Tip Menyediakan Cenderahati Untuk Majlis Perkahwinan

2:35:00 PM Noor Akma 3 Comments


Tip Menyediakan Cenderahati Untuk Majlis Perkahwinan

Hadir sahaja musim cuti sekolah dan hujung tahun, banyak majlis perkahwinan di adakan. Macam-macam cenderahati dapat dan di bawa pulang dari majlis itu. Ada makanan dan manisan seperti biskut, gula-gula, kek, jajan dan macam-macam lagi.

Ada juga yang bagi cawan, mug, bekas kristal atau berisi potpouri. Dan tak lupa juga pemberian tradisi, bunga telur yang berhias cantik. Ada bakal pengantin yang melakukan sendiri pembuatan cenderahati untuk menjimatkan kos. Apapun mari ikuti tip untuk memilih cenderahati, moga-moga ianya membantu anda dalam pemilihan dan penghasilannya. .

6 Tip Menyediakan Cenderahati


1.Tentukan jumlah kuantiti cenderhati yang ingin dihasilkan agar tidak terkurang atau terlebih dengan jumlah tetamu yang diundang.

2. Sebaiknya cenderahati yang dihasilkan tidak terlalu rumit untuk disiapkan. Memandangkan anda perlu membuatnya dalam kuantiti yang banyak.

3. Kira kos membeli atau menghasilkan cenderahati untuk memastikan anda tidak terlebih bajet dikemudian hari. Yang penting biar tiada pembaziran. 

4.Seeloknya cenderahati yang diberikan boleh dijadikan kenang-kenangan untuk tetamu dan  pemberian makanan ringan seeloknya pilih yang berkhasiat dan bermanafaat contoh seperi kismis dan kurma.

5. Kombinasikan beberapa warna-warna menarik untuk mencipta gaya cenderahati yang istimewa dan tampak mewah dan elegan. 

6. Pastikan cenderahati itu diletakkan dalam bekas yang sesuai dan pastinya cantik agar mudah dibawa pulang oleh tetamu.

Ikutlah kesesuaian majlis dan bajet keseluruhan majlis. Dengan pemilihan cenderahati yang cantik dan sesuai, pasti majlis perkahwinan itu menjadi  kenangan di hati para tetamu.

p/s : paling suka dapat cenderahati yang boleh digunakan kembali samada sebagai barang kegunaan atau barang hiasan.... :)

kredit SINI

3 comments:

great tips

aRz MoHa said...

tips yang baik....sekarang ni tengok ada yang bagi air botol mineral saja...

bagus juga kan

Unni Anje said...

wahh nice tips la.. boleh guna pakai kalau nak kawin nnti, hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...