Tema Koboi Di Majlis Harijadi Zain Saidin... Huiyyo!

10:47:00 AM Noor Akma 3 Comments


Canggihnya majlis harijadi retis ni..... Siap tema koboi tu. Teringat cerita koboi dulu2..... High Chapparal kat TV.... Aku minat cerita tu. Watak Sue Ellen, Monolito..ntah apa lagi.....lupa ha3!

Maka yang hadir semua pada majlis sambutan harijadi Zain Saidin tu semua memakai pakaian ala-ala koboi la, termasuklah si comel molek Aaisyah Dhia Rana. Huh, comel  sesangat.....

Padanla tema ni dengan Zain.... anak omputih... Apapun semoga berbahagia dengan keluarga dan terus berkarier dalam dunia lakonan.

p/s : Hmmm....macam ada sedikit kureng jer dunia koboi ni, takde red indian ke..... Kalau ada, barulah real.... hihi!

#kredit SINI


3 comments:

Petua Lobak Merah Tidak Menjadi Kecut Dan Kering Dalam Peti Ais....

10:15:00 AM Noor Akma 2 Comments


Lobak merah segar memang enak dimasak dengan pelbagai cara. Boleh letak dalam sup, penambah warna dalam tumis sayuran, rencah dalam masakan kari dan buat kek pun boleh. 
Di pasaraya kadang2 ada jualan murah lobak merah ni tapi dijual dalam kuantiti yang banyak. Memang lah lobak merah ni sejenis sayur yang boleh tahan lama bila di simpan dalam peti ais. 
Walaubagaimanapun, jika tidak kena cara penyimpanannya, ia tidak mampu bertahan lama dan hilang rasa manis apabila dimasak. 
Bagi mengelakkan masalah ini dari terjadi, ada petua yang boleh anda cuba. Antara bahan-bahan yang di perlukan ialah:
-Lobak merah
-Tisu
-Aluminium foil

Cara :
1. Bersihkan lobak merah dengan menggunakan tisu. Elakkan sayur dari terkena air.
2. Ambil aluminium foil dan balut lobak merah tadi dengan kemas.
3. Simpan di bahagian rak sayur. Hasilnya lobak merah anda akan tahan lebih lama dari biasa.

p/s : Itulah, nak pakai sikit jer tapi kena beli banyak baru dapat murah. Dah ada cara penyimpanan ni.... senang lah kerja.... :)


2 comments:

Bento, Dalam Bentuk Yang Mengerikan..... Huh!

10:34:00 AM Noor Akma 1 Comments


Gambar bento yang mengerikan ni aku kutip dari FB. Agak2 sanggup ke korang nak makan bekal bento macam ni. Makan je la..... Sebelum tu gaul kan lah dulu biar tak nampak ngeri dah....

Apapun, orang yang buat bekal bento ni mesti tersangat kreatif. Nampak berseni sekali hasilnya. Real dan mengerikan betul....  huhu!

p/s : Suruh anak bawa bekal nasi goreng macam ni..... Terus masukkan dalam beg sekolah. Bila nak makan nanti...... mau dicampaknya bekal tu bila nampak hiasan cenggini...terkejut ketakutan...haha!



1 comments:

Giveaway Logo & Header by Stanzaku

10:23:00 PM Noor Akma 2 Comments

Assalamualaikum...


Hah........ best ni!
Kalau menang Giveaway ni......
Boleh dapat hadiah.....
Design header blog dan logo....

Kebetulan pula aku sangat memerlukan sentuan professional untuk header blog aku ni.....
Harap GA dari Stanzaku ini memenuhi impian ku ini....

Huh... mengharap sangat nih...
Design header aku ni macam budak2 jer...
Kan....!
Bye.... ^-^! 

2 comments:

Cara Semulajadi Untuk Cantik.....

10:27:00 AM Noor Akma 2 Comments


Wajah yang kelihatan lesu dan kusam sedikit sebanyak mencacatkan penampilan wanita. Bagi membantu anda mengatasi masalah ini, kami berkongsi petua yang dapat menaikkan seri dan menyegarkan kembali wajah. Jom cuba!

Ais Menyegarkan
Sebaik sahaja bangun tidur, oles wajah dengan ketulan ais. Ini dapat membantu memberi kesegaran pada wajah di samping menegangkan kulit. Anda juga boleh gantikan dengan air sejuk. Bilas wajah setiap pagi dengan air sejuk. Anda pasti puas hati dengan hasilnya.


Senaman Wajah
Seperti anggota tubuh yang lain, wajah juga perlukan senaman. Senaman ringan ini membantu meredakan otot pada wajah dan membekalkan oksigen. Bukan susah, senaman wajah yang paling mudah dan berkesan adalah dengan cara mengunyah gula-gula getah. Lakukan setiap hari dan perhatikan perubahan pada wajah anda.


Elak Stres
Ramai yang ambil mudah, tetapi anda perlu tahu tekanan bukan sahaja mengganggu emosi malah boleh menghakis kecantikan semula jadi. Stres menyebabkan proses penuaan berlaku dengan pantas dan membuatkan wajah tampak lesu. Jadi anda perlu atasi stres dengan bijak. Senyuman dan gurau senda antara tip berkesan untuk mengurangkan stres.


Jaga Waktu Tidur
Tidur yang cukup itu sangat perlu kerana ketika tidur kulit akan membaharui sel. Anda mesti mendapatkan rehat dan sesekali manjakan tubuh di spa. Harus diingat, tidur yang berlebihan turut memberi kesan sampingan. Bukan sahaja wajah tampak kusam dan mata sembap malah tabiat buruk ini membuatkan tubuh lesu.


Urutan
Wajah dan tubuh perlu diurut sekurang-kurangnya sebulan sekali. Teknik urutan pada wajah akan membantu melancarkan perjalanan darah, membuang angin, mengatasi keletihan dan menjadikan wajah segar serta berseri. Urutan dengan teknik khusus sama ada secara manual atau mesin juga dapat membantu membentuk wajah lebih menarik.


Rebusan Air Inai
Kalau dulu wanita lebih memanfaatkan bahan alami di sekitar rumah untuk menjaga kecantikan dalaman dan luaran. Hanya mengamalkan minuman air rebusan daun inai, wanita dulu mampu naikkan seri wajah tanpa mengeluarkan duit. Lebih menarik, dengan mengamalkan seminggu dua kali, wajah akan tampak kemerahan. Jadi, mungkin anda boleh cuba buat sendiri di rumah. Tetapi jangan pula berlebihan kerana cara ini boleh mengeringkan kulit.


Sebenarnya untuk jaga kulit wajah, tidak sukar tetapi memerlukan kesedaran diri sendiri tentang penjagaan kulit wajah dengan lebih mudah dan rajin untuk amal mengikut masa yang betul.

p/s : Tanpa mengeluarkan wang....... cantik secara semulajadi yang boleh dipraktimkan...hmm!

#kredit SINI





2 comments:

Pelamin Seindah Wajahmu.... Anzalna Nasir

10:11:00 AM Noor Akma 2 Comments


Cantiknya pelamin ni... macam kat taman inderaloka yang dalam dunia khayalan tu. Sangat sepadan dengan Anzalna yang cantik jelita tu.  Dapat suami pun kacak. Memang sempurna sekali majlis pernikahan ni.

Aktres kelahiran Pulau Pinang ini mula dikenali selepas menjadi salah seorang finalis Dewi Remaja 2010/2011. Setelah berkenalan selama 10 tahun, akhirnya Anzalna dan Hanif telah membuat keputusan untuk melangsungkan perkahwinan.

Anzalna akan terus mewarnai dunia lakonan atas restu suami. Dalam pada itu, Anzalna juga turut menepis pandangan negatif yang mengatakan apabila seseorang artis itu telah berkahwin populariti mereka akan menurun.

Selepas majlis resepsi, mereka juga akan berbulan madu di sebuah pulau yang dirahsiakan dan akan mengerjakan umrah tidak lama lagi.. Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah.

p/s : Simpan gambar yang cantik, nanti boleh buat rujukan...kan!

#kredit SINI



2 comments:

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

10:35:00 PM Noor Akma 6 Comments

Tak lama nak masuk bulan March, makanya senarai bloglist untuk January & February akan bertukar bila masuk bulan March. So nak cari bloglist baru untuk March dan April. Jemput sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016.
Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

TAMAT : 28 FEBRUARY 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

6 comments:

Solusi Didik Anak Dengan Kawalan Emosi Dan Psikologi

10:32:00 AM Noor Akma 0 Comments


Ketika anak meragam ibu dan ayah kena belajar erti sabar. Ingat. jangan cepat menjerit apatah lagi naik tangan. Fahami cara untuk ibu dan ayah kawal emosi yang sedang marah. Ikuti teknik didik hati agar kekal bersabar ini.

1. Kuasa pelukan
Peluk dan usap kepala anak-anak secara perlahan-lahan bagi memberikan maksud sayang dan kasih kepada mereka. Ketika peluk, terangkan kepada mereka apa yang telah berlaku dan mengapa tidak boleh buat. Wujudkan perhubungan erat antara ibu bapa dan anak-anak. Komunikasi berkesan mudah dicapai apabila hubungan kekeluargaan itu rapat.

2. Jadi teman kepada anak-anak
Anak-anak perlu diberi peluang mengutarakan idea mereka dan perasaan. Kadangkala ibu bapa tak selesa jika anak-anak meluahkan perasaan tak puas hati atau mengkritik atau komen kepada mereka. Cuba dengar dulu apa yang ingin disuarakan itu dan beri tumpuan yang serius dengan luahan itu. Tunjukkan minat anda untuk mendengar penjelasan mereka.

3. Dekati mereka dengan penuh kasih sayang
Meskipun mereka menguji kesabaran anda. Berusaha memujuk hati mereka dan bercakap secara harmoni dengan mereka. Ketahuilah bahawa anak-anak memerlukan perhatian anda. Sesetengah mereka rasa nyaman dan tenang jika anda tetap memujuk mereka.

4. Berkongsi hobi dan minat
Perkongsian membolehkan anak-anak berasa selesa untuk berdamping dengan ibu bapa. Segala permasalahan dibincangkan bersama dan mengikut peraturan dalam keluarga.

5. 'Top up' ilmu dan kemahiran keibubapaan
Pelajari dengan lebih mendalam menerusi sumber yang pelbagai sama ada secara lisan mahupun bukan lisan. Persekitaran yang positif mampu membangkitkan emosi yang sihat dan progresif. Maka pelajarilah ilmu keibubapaan dengan ikhlas dan tanpa jemu.

6. Pujuk anak-anak dengan intonasi
Pujuklah anak-anak dengan intonasi suara dan perkataan yang bersesuaian. Tegur kesilapan secara berhemah dan menghormati privasi anak-anak. Elakkan daripada memarahi atau menegur anak-anak di hadapan rakan-rakannya atau orang lain. Tindakan tersebut mungkin menyebabkan anak-anak hilang yakin diri serta malu dengan mereka yang lain.

7. Perbincangan keluarga
Biasakan mengadakan perbincangan keluarga dalam suasana santai dan harmoni. Pilih waktu sesuai untuk berbincang tentang perkara-perkara melibatkan keluarga. Biasakan anak-anak dengan kaedah ini bagi membentuk disiplin diri serta mengeratkan hubungan kekeluargaan.

p/s : Didik anak zaman milenium ni kena ada pendekatan berbeza dari dulu... secanggih teknologi yang ada, begitulah ibubapa kena cari cara yang canggih juga... cabaran betul... hurm!


0 comments:

Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com

9:30:00 PM Noor Akma 8 Comments


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Februari 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 29 Februari 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


8 comments:

Raikan Cinta...... Farra & Nizam :)

10:35:00 AM Noor Akma 3 Comments


Ini cerita hari sabtu kelmarin. Menghadiri majlis perkahwinan di Paroi Jaya, Seremban. Majlis gilang gemilang yang sungguh meriah. Bertemakan warna turquise blue yang memancar. Makanan pun sodap2 belako. Sesuai dengan tekak den.... hihi!

Kenduri ni belah en. suami.... Pengantin lelaki tu anak saudara en. suami. Tapi aku sorang jer yang jadi wakilnya.... En. suami kerja malam, ngantuk.... Anak2 ada tuisyen dan sukan kat sekolah. So, tumpang je lah kereta kak ipar. Memang rasa pelik lenggang kangkung sorang2 tapi tak pe lah... Kena biasakan diri.... kan!

Untuk pengantin yang diraikan Farra dan Nizam(aboy)...... Selamat pengantin baru, semoga berbahagia hingga ke jannah... pasangan yang sepadan.... sweet sesangat....!

p/s : Dulu masa baru kahwin dengan pakngahnya... kecik lagi si pengantin lelaki ni, sekarang dah nak jadi bapak orang dah... macam sekelip mata jer... heh!


3 comments:

Hargai Kesempatan Yang Ada....

10:14:00 AM Noor Akma 0 Comments




Motivasi untuk diriku....

Dan anda semua....

Siapalah kita tanpa orang2 yang kita sayangi....

Kan...!

#kredit SINI


0 comments:

Biskut Oreo.... Sehebat Cinta Abang Negro...Huiyyo!

9:22:00 AM Noor Akma 2 Comments


Macam2 cara nak melariskan jualan..... Sampai mat negro pun termasuk dalam iklan, ha.. ha.. ha! Kreatif sesangat lah tu. 

Jangan ada yang tak nak beli dan tak lalu nak makan biskut tu sebab terbayang mat2 negro yang hitam legam dan meloyakan tu.... sudah!

Apapun memang tabik spring kat peniaga ni.... sebab dek biskut oreo, boleh buat lawak antarabangsa... kah...kah... kah!

p/s : Idea yang terlampau nih...hihi!



2 comments:

Bunga Ros : Setiap Warna Ada Makna Tersirat.....

10:44:00 AM Noor Akma 3 Comments


Bunga ros atau mawar sering ditafsir sebagai lambang intimasi atau rasa cinta. Bahkan setiap jenis rona bunga ini turut membawa makna dan ertinya tersendiri. Melalui hadiah jambangan bunga juga boleh menjadikan sebuah hubungan itu lebih mesra atau mungkin lebih intim dan rapat. Ketahui makna disebalik rona kuntuman ros.

Merah
Jika seseorang memberikan kuntuman ros berona merah, itu menandakan yang si dia ada rasa cinta atau kasih kepada anda. Rona merah pada ros membawa maksud cinta sejati.

Kuning
Sepanjang sejarah silam, kuning sering dikaitkan dengan matahari yang secara tidak langsung rona ros ini boleh memberikan kegembiraan kepada si penerima. Ros kuning membawa mesej tersirat tentang penghargaan dan sayang tetapi tidak membawa erti keintiman. Ia juga menunjukkan perasaan fun dan joy.

Ungu
Rona ungu sering dikaitkan dengan kerabat tertinggi atau diraja di negara barat. Ianya rona yang membawa kepada perasaan tenang kerana ronanya yang harmoni. Warna ungu untuk ros sesuai untuk memberikan suasana keagungan dan kemuliaan.

Merah Jambu
Rona merah jambu membawa maksud konotasi rahmat dan anggun, serta kemanisan cinta. Bunga ros merah jambu gelap adalah simbolik kepada penghargaan dan secara tidak langsung memberikan maksud terima kasih. Bunga ros merah jambu bercahaya pula dikaitkan dengan kelembutan dan kagum, bahkan ia juga boleh digunakan sebagai ungkapan rasa simpati.

Putih
Sejak zaman dulu, bunga ros putih diberikan sebagai simbol untuk cinta sejati yang yang kemudiannya ros merah diambil sebagai cinta. Ia juga sering dikaitkan dengan tema perkahwinan. Putih melambangkan perpaduan, kuasa dan cinta sejati. Ia juga dikatakan berkait dengan maruah dan penghormatan.


Oren
Gabungan rona kuning dan merah menghasilkan jingga atau oren. Ia dilihat sebagai jambatan antara persahabatan dan cinta. Ianya boleh menjadi ekspresi cinta atau mungkin hadiah untuk mengatakan kebanggaan kepada seseorang.


p/s : Bunga ros... biasa la dikaitkan sebagai lambang cinta. Ada makna tersendiri rupanya warna2 pada bunga tu, jangan maih hentam saja nak bagi tu....





3 comments:

Bachelorette Party Anzalna Nasir Tema Barbie Sebelum Berkahwin.....

10:14:00 AM Noor Akma 1 Comments



Menghitung hari ke majlis ijab kabulnya, Anzalna sempat mengadakan majlis bachelorette party bersama keluarga dan adik-beradiknya baru-baru ini dengan bertemakan barbie. 

Anzalna Nasir tidak lama lagi bakal menjadi ratu sehari. Aktres jelita ini akan bernikah bersama kekasihnya, Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Pelakon jelita ini turut berkongsi tentang pilihan konsep perkahwinannya yang bertemakan ala Inggeris dengan menjadikan Kate Middleton sebagai idolanya. Jadi, pilihan  ciri-ciri perkahwinan Diraja British adalah apa yang dia impikan.

Menjadualkan majlis resepsinya bakal diadakan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada 27 Februari 2016.

p/s : Wow.... majlis anak patung barbie.... comel  Sesuai lah tu, Anzalna  dan adik beradiknya pun cantik jelita macam anak2 patung tu jugak.

#kredit SINI



1 comments:

Beberapa Perkara Sensitif Bila Anak Perempuan Dah Jadi Anak Dara

10:27:00 AM Noor Akma 3 Comments


Ada anak perempuan yang mula melangkah ke dunia 'ANAK DARA'? Masa inilah mak2 perlu mencari ilmu lebih bab dunia remaja. Dan mungkin bab 'datang bulan' dan beberapa isu lagi.

Biasalah anak gadis kalau pertama kali uzur, mereka akan mengalami perubahan hormon yang mempengaruhi pembentukan fizikal dan emosi mereka.

Apabila beberapa bahagian tubuhnya mula membesar, mulalah dia menjadi tak tentu arah. Semuanya serba tak kena. Pada waktu itu, mungkin mereka akan beranggapan yang tubuh mereka semakin gemuk.

Lucu tetapi inilah kenyataan yang perlu seorang ibu hadapi. Malahan emosinya juga akan berubah ibarat angin Monsun. Sekejap elok, sekejap mengamuk tak tentu fasal. Mula-mula ketawa kemudian menangis teresak-esak. Itu semua normal.

Sebagai seorang ibu, mental kena sentiasa dalam keadaan bersedia.

1. Jangan takutkan anak
Bila si anak mengadu tentang haidnya yang pertama, kita tidak boleh nampak terlalu terkejut atau membuatnya menjadi takut.

2. Biar ada batas
Ceritakan pengalaman terbaik apabila sudah menjadi anak dara. Cuba beritahu batas-batas yang harus dipelihara sebagai seorang gadis sunti.

3. Ajar cara beli dan pakai
Ibu perlu tahu untuk berhadapan dengan situasi ini buat kali pertama dan sedia membantu anak gadisnya, walaupun sekecil-kecil perkara. Contoh, mencari tuala wanita yang sesuai. Sama ada yang tebal, nipis, ada haruman teh hijau atau bunga-bungaan, mahupun yang mempunyai ‘sayap’ dan sebagainya. Maklum sajalah, ini pengalaman pertamanya jadi mungkin dia masih teragak-agak untuk mencari jenama dan jenis tuala wanita yang serasi dengannya.

4. Senggugut
Mungkin untuk kali pertama, si anak akan mengeluh dan mengerang kerana tidak tahan sakit perut yang teramat bila diserang senggugut. Ketika inilah si ibu harus menjadi doktor dan jururawat. Sediakanlah segala jenis minyak angin dan ajarilah dia untuk cuba mengawal rasa sakit itu. Jangan sesekali mengajarnya untuk bergantung pada ubat penahan sakit kerana boleh memberi kesan kepadanya pada masa hadapan. 

5. Jaga emosi
Percayalah, pertama kali anak perempuan datang haid bukan mudah. Ibu juga akan ikut beremosi kerana mengganggap anaknya sudah dewasa. Kemudian, wujudlah rasa risau tentang pelbagai perkara negatif dan si ibu biasanya akan bersikap over protective terhadap si anak.

6. Cerita positif
Tip terbaik adalah sebelum anak datang haid buat kali pertama, selalu bercerita tentang hal ini dengannya. Ini bagi mengelakkan si anak terlalu terkejut ketika mengalaminya nanti.

Haaaa... bila dah masuk dunia anak dara, mak-mak kenalah selalu nasihatkan anak dara untuk lebih pandai menjaga diri.

p/s : Anak2 sekarang dah lebih advanced.... kurang dah malu dengan perkara sensitif, mungkin sebab dah ada pendedahan teknologi... mak2 lah yang kena ada setiap jawaban apabila dtanya bab2 yang lebih sensitif. Kenalah tambah lebih ilmu... gitu!

#kredit SINI


3 comments:

SENARAI PESERTA GIVEAWAY BIRTHDAY WISHES TO ME AND BLOGLIST 2016 by Noor Akma

1:20:00 PM Noor Akma 1 Comments

Klik SINI (untuk sesiapa yang nak join)

Hari nak update la senarai peserta GA yang aku lancarkan awal bulan ni. Alhamdulillah ada jugak yang sudi join. Biarlah sedikit daripada tak ada langsung... Thanks alot uolls!

Pada sesiapa yang belum join... masih ada masa lagi.... Tarikh tutup 2 March 2016. Sudi-sudikanlah untuk menjalinkan ukhwah sesama blogger.... :)

Senarai Peserta....

1. http://eiydacalyx90.blogspot.my/2016/02/giveaway-birthday-wishes-to-me-and.html
2. http://akhalilah.blogspot.my/2016/02/giveaway-birthday-wishes-to-me-and.html
3. http://zulfaonlinediary.blogspot.my/2016/02/giveaway-birthday-wishes-to-me-and.html
4. http://thesupersomething.blogspot.my/2016/02/giveaway-birthday-wishes-to-me-and.html
5. http://littlesnorlax.blogspot.my/2016/02/giveaway-birthday-wishes-to-me-and.html
6. http://alyasygsanda.blogspot.my/2016/02/giveaway-birthday-wishes-to-me-and.html
7. http://bluechoralpearl.blogspot.com/2016/02/giveaway-birthday-wishes-to-me-and.html
8. http://jombercontest.blogspot.my/2016/02/giveaway-birthday-wishes-to-me-and.html
9. http://theonlygirl98.blogspot.my/2016/02/giveaway-birthday-wishes-to-me-and.html
10 . http://www.bajuwarnacoklat.com/2016/02/giveaway-birthday-wishes-to-me-and.html
11.  http://littlestory-in-smallworld.blogspot.my/2016/02/giveaway-birthday-wishes-to-me-and.html
12.  http://izyanyancinnamon.blogspot.my/2016/02/giveaway-birthday-wishes-to-me-and_15.html
13.  http://hiphiphorray15.blogspot.my/2016/02/giveaway-birthday-wishes-to-me-and.html
.
.
.



p/s : Thanks uollls.... muahhhhh3!!!



1 comments:

Persandingan Shaheizy Sam Dan Syatilla 'Persalinan Ungu Yang Menawan' #Samtilla

10:30:00 AM Noor Akma 4 Comments


Cantiknya persalinan ungu yang dipakai pasangan # Samtilla ni. Sebagai seorang penggemar warna ungu... aku memang obses dengan warna ungu. Pasangan ni sangat menyerlah dengan warna ni. Persalinan lain pun cantik juga... Cuma bagi aku, warna ungu sangat menawan.

Semoga pasangan ini akan kekal bahagia ke Jannah dan bak kata Sam sebelum ini, dia mahukan anak seramai satu pasukan bola sepak.... Huiyyoo!

p/s : SELAMAT PENGANTIN BARU..... :)

4 comments:

DIY Bantal Kusyen Kelopak Bunga

10:12:00 AM Noor Akma 2 Comments


Dah lama tak kongsi tentang DIY ni.... Kali ni nak  kongsi cara buat bantal kusyen kelopak bunga. Taklah susah mana nak membuatnya. Ikut suka kita la nak buat besar mana. Boleh buat untuk menambah hiasan rumah..... Cantik..!

Kalau dah pandai buat nanti.... buat banyak2. Boleh dijadikan pemberian atau hadiah kepada keluarga dan kawan2. Boleh juga di buat jualan dan di jadikan pendapatan....

Bahan2 :

Kain
Kapas polyester

1. Potong 2 keping kain untuk membentuk kelopak bunga. Jahit sekali kedua2 kain bentuk kelopak tu keliling untuk membentuk kelopak bunga tapi tinggalkan tak berjahit muncung kelopak untuk mengisi kapas dan mencantum nanti.

2. Buat dan ulangi langkah diatas sebanyak 5 kelopak. Boleh mix and match kaler yang disukai kain untuk buat  kelopak tu.

3. Isi kapas sehingga padat  dan kembung. Cantum kelima2 kelopak dengan jahtan jelujur dengan kemas.

4. Untuk membuat bahagian tengah, potong kain bentuk bulat. Isi kapas dan jahit jelujur kelilingnya. Bentukkan bulat seperti bola. 

5. Cantumkan bola tu kepada kelopak dengan kemas.  Dah siap... mudahkan!

p/s : Kapas polyester tu boleh beli kat kedai alat2 jahitan.... 1kg boleh dapat seguni besar... Beli jela 1/2 kilo... dalam RM7, itu pun dah cukup banyak ...hihi!

#kredit SINI


2 comments:

Redha Kerana Mu Ya Allah.....

10:53:00 AM Noor Akma 0 Comments


Bersabarlah..... Bertabahlah....

Redha Senantiasa....

Setiap yang berlaku....

Pasti terselindunng hikmah disebaliknya.....

Sesungguhnya tiada yang sempurna.....

Melainkan Mu Ya Allah...

p/s : Kata2 hikmat dari Datuk Dr. Fadillah Kamsah ni....


0 comments:

Nak Tahu Beza Handbag Berjenama Ori Atau Fake......

10:10:00 AM Noor Akma 2 Comments


Dapat info tentang hal ni dari kawan FB. Kisah cara nak kenal jenis2 beg yang original atau yang tiruan. Rupanya banyak perbezaan yang boleh di cam oleh mereka yang arif dengan beg2 berjenama ni. Beg berjenama original mesti la harga ribu2 punya kan. Bagi yang biasa, mesti tau bezanya. Tapi yang tak tau tu.... takut tertipu jer. 

Bagi aku, tak  kisahlah kalau pakai yang original atau tiruan.... tapi  ada yang kata pakai yang original ni lain feelnya.  Tapi nak kena ada pendapatan beribu2 lemon la dulu. Maunya tidak, harga seketul purse berjenama original saja dah boleh beli motor Honda EX5 sebiji.

Dah tentu la harga handbag berjenama tu lebih sekali atau 2 kali ganda harganya bergantung saiz. So, kalau bayar harga original tetapi dapat yang tiruan memang teraniaya jawabnya. Yang tiruan berlambak kat pasaran kan!

Yang cantik sikit, gred AAA tu baru dalam seratus lebih jer.....  Takkan nak bayar harga ribu2 plak bila beli yang tiruan... Dah ada contoh ni, bolehlah bandingkan beg tiruan dengan yang original... Belajar mengenali... ya tak?

p/s : kalau aku pakai yang original pun takde yang percaya.... mesti ingat yang tiruan jugak, so tak kisahlah...  hihi!



2 comments:

Siapa Mira Filzah Sebelum Meletupnya Slot Akasia Cinta Si Wedding Planner....

10:45:00 AM Noor Akma 4 Comments


Tertanya2 siapa sebenarnya Mira Filzah ni...?. Beliau adalah seorang pelakon, model dan pengacara wanita yang sedang meningkat naik..... Sekarang lakonannya tengah hangat meletup di TV3 melalui Slot Akasia Cinta Si Wedding Planner....

Bergandingan dengan Adi Putra yang dah diketahui mempuyai lakonan mantap dan karisma tersendiri, mulanya nampak sedikit janggal. Tapi rupanya si gadis comel ni amat berbakat besar..... dan akhirnya perasaan janggal penonton hilang lesap. Diganti dengan kekaguman yang amat dan teruja nak terus  melekat di kaca tv.

Biodata Mira Filzah
Nama Komersial : Mira Filzah
Nama Sebenar : Nur Amirah Filzah Badiozaman
Umur : 23 Tahun (2016)
Asal : Bangi, Selangor
Kerjaya : Pelakon, Model, Blogger dan Pengacara 
Pendidikan : Bekas pelajar cemerlang SMK Aminuddin Baki, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam (Jurusan Perniagaan Antarabangsa).
Drama : Cinta Si Wedding Planner, Eksperimen Cinta, Dahlia, Dunia Lola
Pengacara Program TV : Qari Junior TV3, Hijabista & KL TV
Telefilem : Din Sardin, Abang Haji, Abang Beduk, Nasi Dagang Lembu Korban
Blog : http://mirarafilzah.blogspot.com/
Twitter : https://twitter.com/mirafilzah
Instagram : https://www.instagram.com/mirafilzah_/

p/s : Sekarang dah ada kerjaya baru yg di idam dek budak2 yg kreatif.... biasanya fesyen designer, interior designer.... tambah satu lagi wedding planner.... haha!


4 comments:

Filem Yang Meruntun Jiwa DalamTenggelamnya Kapal Der Wijck.....

10:53:00 AM Noor Akma 1 Comments


Cuti raya cina kelmarin.... asyik cerita yang diulang tayang berkali2 kat tv, anak bujang ku download satu cerita movie yang di adaptasi dari sebuah novel terkenal Indonesia. Novel ni dah pernah ku baca tanpa jemu bertahun dahulu... iaitu Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck oleh Hamka.

Anak bujang pandai plak sambung wayar dari HP tengok kat TV. Puas hati la dapat tengok filem ni dari skrin besar. Dulu pernah tengok cerita ni versi Melayu kat tv pakai tajuk Hayati. Ada versi teater juga tapi tak pernah pergi tengok. 

Cerita yang berkisar adat minang.... cinta di antara dua darjat dan perkahwinan paksa  dalam cerita ni membuatkan aku merasa sedih dan pilu sangat......  Kehancuran cinta itu sakit dan pedih rasanya namun dengan penuh semangat, terus bangkit semula. Maju untuk teruskan kehidupan.... Aduyai... nanges2  aku dengan anak2.

Sinopsis
Berlatar tahun 1930-an, dari tanah kelahirannya Makassar, Zainuddin (Herjunot Ali) berlayar menuju kampung halaman ayahnya di Batipuh, Padang Panjang. Di sana, ia bertemu dengan Hayati (Pevita Pearce), seorang gadis cantik jelita yang menjadi bunga di persukuannya. Kedua muda-mudi itu jatuh cinta. 

Namun, adat dan istiadat yang kuat meruntuhkan cinta mereka berdua. Zainuddin hanya seorang melarat yang tak bersuku; karena ibunya berdarah Bugis dan ayah berdarah Minang, statusnya dalam masyarakat Minang yang bernasabkan garis keturunan ibu tidak diakui. Oleh sebab itu, ia dianggap tidak memiliki pertalian darah lagi dengan keluarganya di Minangkabau. Sedangkan Hayati adalah perempuan Minang santun keturunan bangsawan.

Pada akhirnya, lamaran Zainuddin ditolak keluarga Hayati. Hayati dipaksa menikah dengan Aziz (Reza Rahadian), laki-laki kaya terpandang yang lebih disukai keluarga Hayati daripada Zainuddin. Kecewa, 

Zainuddin pun memutuskan untuk berjuang, pergi dari ranah Minang dan merantau ke tanah Jawa demi bangkit melawan keterpurukan cintanya. Zainudin bekerja keras membuka lembaran baru hidupnya. Sampai akhirnya ia menjadi penulis terkenal dengan karya-karya masyhur dan diterima masyarakat seluruh Nusantara.

Tetapi sebuah peristiwa tak diduga kembali menghampiri Zainuddin. Di tengah gelimang harta dan kemasyhurannya, dalam sebuah pertunjukan opera, Zainuddin kembali bertemu Hayati, kali ini bersama Aziz, suaminya. 

Pada akhirnya, kisah cinta Zainuddin dan Hayati menemui ujian terberatnya; Hayati pulang ke kampung halamannya dengan menaiki kapal Van der Wijck. Di tengah-tengah perjalanan, kapal yang dinaiki Hayati tenggelam. Sebelum kapal tenggelam, Zainuddin mengetahui bahwa Hayati sebetulnya masih mencintainya.
p/s : Hebat jalan cerita ni... filem pun best dan real jer... :)

1 comments:

Nak Tengok Nazim Othman Buat Kimchi..... Jom!

8:11:00 PM Noor Akma 0 Comments


Mengisi slot Zehra yang bersiaran setiap Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam secara eksklusif di TV3, Cinta Teruna Kimchi mengisahkan ‘suratan di sebalik satu pencarian’ apabila Kang Ye Jun (Nazim Othman), mahasiswa tahun dua di Universiti Hankuk dalam bidang kajian luar Melayu-Indonesia cuba mendapatkan jawapan tentang siapakah ayahnya yang sebenar.

Persoalan yang menghantuinya sejak dari kecil itu bertambah runsing apabila dia menemui sekeping foto lelaki berkopiah yang besar kemungkinan adalah ayahnya. 

Berdasarkan foto itu dia yakin bahawa ayahnya berbangsa Melayu sama ada dari Indonesia atau Malaysia. Lantas dia beriya mendalami bahasa Indonesia-Malaysia serta mendalami Islam. 

Dalam masa yang sama, hasil didikan ibu dan neneknya, Kang Ye Jun juga gemar memasak dan pandai menyediakan hidangan ‘Kimchi’. Di berwawasan untuk ke Malaysia bagi membuka restoran Kimchi yang memberi makna yang tersendiri bagi dirinya sekeluarga.

Siapa sangka pelakon Nazim Othman pandai menyediakan hidangan Kimchi iaitu sejenis masakan tradisional Korea yang diperbuat daripada sayuran.

Kalau mahu lihat bagaimana handalnya Nazim Othman menyediakan hidangan Kimchi dalam Cinta Teruna Kimchi, anda kenalah saksikan drama yang turut dijayakan Risteena Munim, Johan As’ari dan Niena Baharun ini di Slot Zehra malam ini! 


p/s : Yang paling tak tahan bila mendengar suara pelat korea yang dibuat oleh Nazim Othman tu...hihi!


#kredit SINI

0 comments:

Cuci Wajah Dengan Betul.... Caranya?

10:36:00 AM Noor Akma 3 Comments


Cara anda mencuci wajah akan mempengaruhi kesihatan wajah anda. Menggosok menggunakan produk yang kasar boleh menyebabkan iritasi kulit yang sekaligus menampakkan kulit wajah tampak ‘buruk’. Jika anda ingin tampil cantik dengan kulit wajah yang berseri-seri perbetulkan cara anda mencuci wajah.

Sekiranya anda ditanya apakah faktor yang paling penting dalam perawatan wajah? Selain produk yang sesuai pastinya cara anda mencuci wajah. Antara yang perlu anda tahu ialah:

-Cuci tangan terlebih dahulu sebelum menyentuh kulit wajah.

-Basuh wajah anda dengan air suam. Ini kerana air suam membantu dalam membuka pori-pori kulit dan membersihkan kulit dengan lebih efektif.

-Usapkan buih/gel pencuci wajah dengan hujung jari. Sekiranya anda menggunakan span atau bahan lain, ada kemungkinannya kulit wajah anda akan mengalami iritasi.

-Lakukan urutan perlahan. Usap ke arah yang berlawanan dengan jarum jam, kemudian searah dengan jarum jam. Jangan melakukan pencucian wajah lebih daripada 1-2 minit.

-Bilas wajah dengan air suam dan gunakan tuala lembut untuk menepuk-nepuk kulit wajah sehingga kering.

-Usapkan pelembap untuk kulit kering atau sensitif. Berhati-hatilah semasa mengusapkan krim di sekitar mata untuk menghindari penarikan yang terlalu kasar pada kulit yang lembut.

-Hadkan mencuci wajah kepada hanya satu kali pada waktu pagi dan satu kali lagi pada waktu malam, atau setelah melakukan sebarang aktiviti yang menyebabkan anda berpeluh dengan banyak. 

-Peluh juga boleh menyebabkan iritasi kulit wajah. Cuci wajah dengan sesegera mungkin selepas anda berpeluh.

p/s : Ikutilah setiap langkah yer.... Agar kulit sentiasa berseri dan awet muda....!


3 comments:

Giveaway Sugarscarf by zeeralily

11:06:00 PM Noor Akma 6 Comments

Seperti yang dijanjikan juga, here there goes... Second giveaway by zeera lily



SYARAT PENYERTAAN

1) Mestilah follow blog ini telebih dulu

2) Follow Instagram @zeeralily cari gambar ini dan tag rakan anda

3) Like Facebook :

 

4) Buat 1 entry bertajuk 'Giveaway Sugarscarf by zeeralily'

5) Copy banner diatas & back link pada entry ini

6) Dalam entry tu, copy semua info dalam entry ini

7) Lastly, tinggalkan link penyertaan pada comment entry ini



HADIAH UTAMA

Sugarscarf Lana Basic Premium Shawl - Lana Ash Pink
Hope By Sugarscarf - Hope Kate Ribbon Red



SAGUHATI
Skin Care Product 

Bagi berlaku adil, Pemenang akan dipilih secara Top Referral & Lucky Draw

Wish u all the best!



6 comments:

Kaya... Kaya... Kaya... Kena Tipu Hidup2 Aku....Huh!

10:21:00 AM Noor Akma 0 Comments


Kalaulah aku jenis cepat dan mudah percaya dengan email ni.... huh! Nasib baik aku jenis yang suka menyiasat dulu. Kalaulah Telekom betul nak bagi hadiah, baik la dia talipon atau antar surat  ke rumah jer. 

Dah lebih 2 tahun aku melanggan UNIFI. Dah tentu la Telekom tahu data peribadi aku. Bayar bil pun aku biasa bayar online jer. Takde sebab Telekom nak bagi aku hadiah tetiba ni.... haish!

Macam2 hal orang nak menipu ni.  Entah apa2 je la..... Dulu selalu jugak dapat kat message henpon. Sekarang email plak. Orang lain boleh la kena tipu. Tapi ada ke orang percaya dengan email macam ni.....? 

Hish... teraniaya la bila hidup diganggu kalau detail perbadi dah bagi kat orang penipu macam ni. Takutnya....... :( So, jangan dpedulikan, delete je la.... 

p/s  : Selain dari Telekom ada lagi email yang  macam ni dari syarikat2 lain yang aku dapat. Kalau ikut hadiah2 tu dah jadi jutawan aku ni..... kah..kah..kah!


0 comments:

Giveaway February Daebak by Aku Bukan Innocent

7:35:00 PM Noor Akma 7 Comments

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


(klik banner kalau nak join)

Giveaway February Daebak dibawakan oleh Aku Bukan Innocent selaku penganjur dan  Radhia Razali, Aienie Nka, Yun SingEintan NurfuzieAbam Kie, Ct Roxalynna NH, Keju Penyet dan Mohd Noor Shawal sebagai penaja giveaway ini.

!!TARIKH PENTING!!
Dilancarkan : 8 Februari 2016 Jam 12 Tengah Malam
Tamat : 27 Februari 2016 Jam 10 Malam
Pengumuman Pemenang : akan diumumkan kemudian

Don't Let Poor Financial Decisions Spoil Your 2016. Follow These 6 Brilliant Tips!

7 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...