Tips Berfesyen Sembunyikan Perut Buncit.....

10:03:00 AM Noor Akma 1 Comments


Berat dah turun...tapi perut belum menunjukkan tanda2 penurunan lagi. Jadi terpaksalah berjaga2 dengan fesyen pakaian agar bahagian perut tak berkenaan tu tidak ketara. Ini ada beberapa tips untuk di kongsi pada yang mengalami masalah yang sama.

1. Pilih skirt jenis A-line kerana ia membantu untuk menyembunyikan masalah perut buncit. Ini kerana potongan skirt yang luas di bahagian bawah amat sesuai untuk menyembunyikan bahagian pinggang anda.

2. Seluar ala Aladin atau seluar nelayan Thai dapat menyembunyikan perut anda yang berlipat kerana mata akan tertumpu pada rekaan seluar yang unik itu.

3. Pakai tali pinggang yang besar dan luas di pinggang anda. Ikat tali pinggang 1 inci lebih tinggi daripada paras pinggang anda untuk menutup bahagian perut buncit.

4. Pakai skirt jenis pleated atau skirt kipas menegak ke bawah untuk memberi visual pinggang anda kelihatan lebih langsing. Sebaiknya cari skirt yang bercorak untuk menutup kekurangan ada.

5. Elakkan memasukkan baju ke dalam pinggang untuk memberikan kesan ilusi badan yang lebih langsing.

6. Elakkan memakai jean jenis low-waist sebaliknya pilih jean atau seluar jenis high waist atau berpinggang tinggi. Ia boleh membuatkan anda tampak lebih langsing dan lampai. Jangan lupa padankan bersama baju bercorak gelap.

7. Pilih material pakaian yang tidak jarang kerana ia akan membuatkan perut anda nampak buncit. Sebaiknya pilih baju yang mempunyai material dari sutera atau yang berwarna terang.

8. Elakkan memakai baju yang mempunyai corak horizontal atau melintang kerana ia akan menyebabkan perut anda kelihatan lebih buncit. Bagi menyembunyikan masalah perut buncit tersebut, sebaiknya pilih pakaian yang ada rekaan wrap top atau baju yang mempunyai tali atau ikatan di bahagian bawahnya.

9. Penggunaan baju jenis leher bentuk V atau kurung moden yang mempunyai manik dan jemeki yang dijahit dalam bentuk V juga boleh mengurangkan tumpuan mata pada bahagian perut anda.

10. Selain itu, anda juga boleh tonjolkan bahagian lain badan anda yang dirasakan menarik seperti lengan atau kaki anda. Yang penting, pastikan anda memilih pakaian yang bersesuaian dan menepati tuntutan syariah. 

p/s : So, pandai2 lah berfesyen untuk lebih berkeyaninan dalan keterampilan diri..... ^-^peace!



1 comments:

Sayur-Sayuran Jadi Menu Utama Juadah Harian Sekarang Ni....

10:50:00 AM Noor Akma 3 Comments


Dulu menu sayur- sayuran jadi menu sampingan dalam hidangan seharian keluargaku. Sejak ikan dan daging mahal (nasib baik ayam dalam senarai harga kawalan).... tapi tak berapa suka makan ayam sebab ayam sekarang ni ayam genetik yang mungkin memudaratkan.  Aku dah ubah 360 darjah menu harian keluargaku. 

Sekarang... ikan dah jadi menu sampingan. Sayur-sayuran masih dalam kategori murah lagi. Ini semua untuk menjimatkan kos sara hidup jugakla. Tak tahan tengok harga ikan dan daging naik mencanak2. Kalau sesekali turun balik, berapa sen la sangat bezanya.

Yang bagusnya anak2 sudah diajar makan sayur sejak kecil lagi. Semua suka makan sayur, Jadi tak adalah yang menolak.  Samada sayur2 kampung atau sayur yang biasa2 tu.... semua diorang suka. Memang sungguh menjimatkan kos dapur sekarang nih. 

Sayur kampung macam pucuk paku, pucuk ubi, rebung, pegaga, keladi dan beberapa lagi sayur kampung dibuat masak lemak cili api bersama sedikit ikan bilis berselang-seli setiap hari dengan sup sayur, tomyam sayur, masak lemak putih sayur... kalau nak makan kari, buat la dalca sayur, pajeri nenas atau terung. 

Sesekali ada la di iringi beberapa ekor ikan kembong dan ikan keli goreng, atau sambal ikan. Iringan telur goreng/dadar pun ada. Selain tu buatlah sambal belacan, sambal tomato atau sambal kicap penyedap rasa. Sup dan tomyam tu tambah la sikit ayam  yang dipotong kecil2 atau bebola ikan..... mudah kan!

Bila dah beberapa bulan buat macam ni.... badan pun rasa ringan. Bila di timbang, berat pun dah berkurang 3 - 4 kilo. Macam tak percaya jer. Khasiat dapat, badan pun lebih sihat........ Itulah pengalaman aku mengatur menu hidangan keluarga. Lain orang, lain caranya...  terasa hampir ke arah vegetarian plak!

p/s : Masak lomak cili api tu mesti.... kegemaran en. somi..hehe!


3 comments:

Cari Kelebihan Anak Dan Fokus kepada Bakat Dan Potensi.....

10:44:00 AM Noor Akma 0 Comments


Anak-anak kita sangat unik dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Jadi kenapa kita mesti fokus kepada kelemahan dan perkara lain yang mereka tidak boleh lakukan dengan baik seperti kanak-kanak lain berbanding kelebihan mereka?

Menjadi tugas ibu bapa untuk membantu membentuk bakat semula jadi anak, jadi barulah mereka boleh berjaya dan melalui pengalaman baik dalam hidup.

Untuk mendidik kekuatan individu anak anda yang unik, ada tujuh perkara yang anda mesti amalkan.

1. Jangan tengok pada 'masalah dan cuba 'membetulkannya' Tak kira sama ada di rumah atau pun sekolah, kita biasanya akan fokus kepada apa kesilapan yang dibuat oleh anak.

Tidak semua orang boleh menjadi bagus dalam semua perkara, jadi lebih awal anda kenal pasti kelebihan anak, maka lebih bagus untuk anda fahami faktor menarik semula jadi anak-anak supaya mudah membimbing mereka ke mercu kejayaan.

2. Bantu menukar kelakuan buruk dengan sesuatu yang lain. Antara kelakuan buruk kanak-kanak prasekolah adalah suka menggigit orang. Ia sangat menggeramkan para ibu bapa.

Sudahnya ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang suka menggigit asyik fokus kepada kelemahan si anak sahaja. Mereka asyik bertanya soalan yang sama. "Hari ni ada gigit kawan tak?" atau mengingatkan anak supaya jangan menggigit kawan! Sebaiknya cuba cari apa minat anak anda dan bakat sebenarnya, jadi anda ada benda lain untuk diberi perhatian dan bukan sekadar masalah dia suka menggigit orang lain.

3. Fokus kepada aktiviti yang paling anak gemar. Tentu anda dapat kesan apa jenis permainan atau aktiviti yang mampu membuatkan si kecil duduk diam dalam masa yang lama.

Contohnya jika dia gemar bermain permainan lego, maka anda boleh memintanya membina objek yang pelik dan sukar. Dengan cara ini anda membantunya menjadi lebih kreatif kerana otaknya berfikir dan ototnya aktif bekerja.

4. Bina rangkaian 'rakan kongsi'. Bukan hanya anda berdua sahaja yang ditemui oleh anak setiap hari. Sebagai ibu bapa, anda tentu melihat anak membuat sesuatu perkara yang baru setiap hari.

Jika ada orang lain di sekeliling hidup anda seperti datuk nenek, jiran-jiran, guru dan pengasuh yang mampu memerhatikan beberapa aspek karektor anak, jadi mereka boleh membantu mengesan apa bakat yang dimiliki oleh anak. Dengan cara itu anda boleh mengasah bakat tersebut dan memberi fokus kepadanya.

5. Berikan perhatian tanpa sempadan. Perhatikan berapa kali anak meminta anda memberi perhatian dengan apa yang mereka buat. Anak-anak cuma mahukan perhatian daripada ibu bapa untuk membesar dengan lebih berkeyakinan dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan.

6. Biasakan beri masa menunggu jawapan daripada anak. Gandakan masa anda menunggu apa yang anak fikirkan tentang sesuatu soalan. Apabila anda mula melatih diri untuk lebih mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh anak, dan mengesan apa yang mereka inginkan, maka komunikasi akan lebih berjalan lancar.

7. Jangan harap perubahan sekelip mata. Matlamat sebagai ibu bapa adalah untuk memastikan anak-anak hidup bahagia dan gembira. Jika anda sedang dalam proses mengubah perilaku anak-anak kepada yang lebih positif, jangan jangkakan ia berlaku sekelip mata. Yang penting ibu bapa jangan cepat putus asa.

p/s : Suka baca hal2 keibubapaan ni.... Serlahkan bakat dan minat anak2 agar berpotensi untuk berjaya dalam hidup....


0 comments:

Ukhwah Silaturrahim Diteruskan, Bersama Teman2 Lama....

10:46:00 AM Noor Akma 3 Comments


Kali ni menghadiri majlis perkahwinan anak kawan juga di Kompleks Penjara Sungai Buloh.... Untuk meneruskan ukhwah silaturrahim dengan teman2 lama. Aku pergi sendiri, tak bersama keluarga. Ditumpangkan oleh kawan yang buat kenduri minggu lepas. Kalau tidak, tak sampai la kesana....

Seronok jumpa kawan2 lama ni. Meriah dan hati pun pun berbunga2. Terasa eratnya persahabatan tu. Ramai kengkawan dah terima menantu.... Yang dah ada cucu pun ada.... Diorang tu habis je sekolah terus kahwin... masa tu aku sibuk sambung belajar..Yang pasti aku lambat lagi.. nak bermenantu dan bercucu, anak2 masih belajar... muda benar lagi...

Mak ayah pengantin ni  Nora dan Yusri satu kampung .... emaknya lah sebaya aku. Dah ayahnya warden penjara, tu yang majlis kenduri di quarters penjara tu. Pertama kali menjejakkan kaki kesana... kompleks penjara tu. Tapi tak nampak la penjara lagi.... Jauh nun kedalam lagi kot....

Aku suka pergi kenduri kendara ni... tapi en. somi aku ni lain sikit. Susah nak menghadirkan diri. Kalau kenduri kawan2 dia tu biasanya tak pergilah. Kenduri sedara mara pun puas nak pujuk, baru jadi pergi. So, kalau kenduri kawan2 aku tu.... baik pergi sendiri jer... Boleh lelama sikit.....

p/s : Kalau ada lagi kenduri cenggini, insya'allah  akan menghadirkan diri.....


3 comments:

Ungkapan Cinta.....

10:45:00 AM Noor Akma 1 Comments


Haish...... kekurangan idea nak mengungkap kata2 diwaktu nih.......
 Puas di perah otak ku ini....
Sakit kepala jadinya.....

p/s ; Tepek ungkapan ringkas je la......


1 comments:

Rawat Emosi Yang Sengsara, Sedih Dan Kecewa......

10:34:00 AM Noor Akma 1 Comments


Pelbagai cara dapat dipraktikkan untuk menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa tetapi keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental, emosi dan kesabaran kita. Kita kongsi di sini tip asas untuk menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara-cara untuk berdepan dengan emosi tersebut.

1. LATIH MINDA LUPAKAN KENANGAN PAHIT
Melatih minda melupakan kenangan pahit perlu dilakukan secara berterusan. Anda akan sering merasa sedih dan suram apabila mengenang kembali kenangan pahit dan memori silam. Kita seharusnya memisahkan hubungan di antara perasaan kini dengan emosi yang lalu bagi menetapkan azam dan fokus kepada keluarga, rakan-rakan, kerjaya, cita-cita dan masa depan.

2. HILANGKAN RASA RISAU YANG MELAMPAU
Ada dua kesan dari sikap risau yang melampau. Pertama ia menarik masalah dan musibah. Kedua, ia memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fi zikal dan mental. Perasaan risau yang melampau boleh membuat anda selalu sedih, kecewa dan takut. Anda haruslah belajar untuk bertenang dan melatih diri mengawal emosi bagi mengurangkan perasaan risau yang melampau.

3. BELAJAR BERSYUKUR
Ucapkan syukur ke atas semua yang anda ada. Sebagai contoh, ucapkan syukur kerana anda masih boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur dan juga mempunyai kawan rapat yang memahami. Ucapkan syukur seikhlas hati dan sebanyak mungkin sehingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda.

4. BELAJAR MENJADI PEMAAF
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (seperti takut, sedih, kecewa, marah, cemburu dan dendam). Ia juga dapat meneutralkan gelombang fikiran negatif yang terdapat di minda anda. Ketahuilah, anda selalu merasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri sendiri dan kesalahan orang lain terhadap anda. Belajarlah menjadi seorang pemaaf kerana ia dapat menghilangkan perasaan-perasaan negatif dan menarik ketenangan datang pada diri anda. 

5. KETAWA, KETAWA DAN TERUS KETAWA Ketawalah apabila terdapat perkara yang menggembirakan anda dan menjadikan anda girang. Tontonlah video yang lucu atau baca cerita yang lucu, dekatkan diri dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi. Ini bertujuan agar anda boleh ketawa secara semula jadi. Keraskan hati anda bermaksud hati anda mempunyai kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah SWT menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

6. UBAH FIKIRAN Kita tidak boleh mengubah situasi yang membuatkan kita kecewa, sedih dan murung tetapi, kita boleh mengubah fi kiran tentang situasi-situasi tersebut. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, tetapi anda harus mencari cara bagaimana anda boleh menemui nilai-nilai positif di dalamnya. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan.

p/s : Don't worry be happy, hidup perlu diteruskan....huhu!


1 comments:

2 Fadhilat Sedekah Yang Lebih Afdhal....kan!

10:47:00 AM Noor Akma 1 Comments


Ramai yang macam ni... tak peduli dengan keluarga sendiri. Tapi dengan orang lain, kemain lagi..... Hidup sendiri2, senang sendiri2, tak peduli orang lain... walhal saudara sendiri tu. Itu sebabnya ada pepatah petitih "kasih saudara masa berada.... kasih ibu berkorban nyawa, kasih bapa berkorban segalanya"... Betul tak?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menjamin untukku satu perkara, aku jamin untuknya empat perkara. Hendaklah dia bersilaturahim (menjalinkan hubungan baik) nescaya keluarganya akan mencintainya, diperluas baginya rezeki, ditambah umurnya dan Allah SWT. memasukkan ke dalam syurga."(Hadis Riwayat Ar-Rabii)

Harga sebuah perhubungan keluarga dan silaturrahim tak terbeli dengan wang ringgit..... Tak pe la, hidup ini umpama roda.... Suatu masa akan berputar juga....  Untuk anak2 ku, sentiasalah menjaga satu sama lain. sampai bila2... 

Sentiasa berkasih sayang sesama kita. Jangan sesekali memutuskan silaturrahim yang sedia ada.... Jika itu dapat kamu jaga bermaksud kamu telah menjaga agamamu.... Untuk sesiapa yang sentiasa menjaga keluarganya, berkongsi seadanya, anda seorang yang bertuah dan berbahagia.

Maksud keluarga itu luas.... bukan hanya setakat ibu, ayah dan anak2 termasuklah yang ada pertalian darah dengan kita dan pasangan kita.  Adik beradik, emak saudara, bapa saudara, sepupu2 ,atuk dan nenek saudara.... itu semua keluarga kita.....

Kalau ada rezeki lebih.... keluaragalah yang patut di dahulukan, Jika tidak ada ahli keluarag kita yang susah maka keutamaan sedekah kita adalah kepada orang miskin di luar dari keluarga kita.... 

p/s : Mengabaikan ahli keluarga sendiri yang miskin dan memerlukan bantuan adalah satu sifat tercela dan dimurkai oleh Allah SWT.... 



1 comments:

1st Giveaway by Semanis Anggur

10:32:00 PM Noor Akma 7 Comments

Assalamualaikum….

Atas permintaan rakan fa ni cik puan Semanis Anggur. Dengan lafas Bis'milahhirahmannirahim, fa melancarkan GA dari Semanis Anggur bermula hari ini. GA ni bertujuan mencari like dan follower yang ke 250..Harap korang sudi undi. Jommmm join GA !! #250


Hadiah :
Topup RM10 X 2 pemenang
Bloglist(May) Greenfarra X 5 blog
Bloglist(May) Semanis Anggur X 5 blog
BLOG REVIEW di Greenfarra X 2blog
BLOG REVIEW di Semanis Anggur X 2blog
*2 hadiah misteri kepada 2 pemenang misteri #250

Date : 24 Mac – 15 April 2016

7 comments:

Petua : Bendi Rebus Tidak Berlendir & Tahan Lama...

11:45:00 AM Noor Akma 1 Comments


Bendi enak dimakan dan mempunyai khasiat yang tersendiri. Namun ramai yang kurang gemarkan sayur ini kerana sifatnya yang berlendir. Ada cara untuk memastikan bendi tidak berlendir apabila dimasak. 

Cara-caranya ialah:

BAHAN-BAHAN:

Bendi
1 sudu minyak masak
Air

CARA-CARA:

1. Didihkan air bersama minyak masak.

2. Masukkan bendi dan rebus seketika.

3. Angkat dan toskan air. Hasilnya bendi anda tidak akan berlendir bahkan kesegarannya juga lebih lama.



1 comments:

Ikan Goreng Nyembang Dalam Kuali...... Mengarutlah!

10:16:00 AM Noor Akma 1 Comments


Lawak tak masuk dek akal......Viral jugak sekejap di FB......

Kalau 2 ekor bolehla letak bersilang.....Kalau banyak, kena letak beratur.....

Biar cukup ruang.... Jimat masa, jimat minyak masak, jimat gas....

Ada2 je la......

Hehe.... :)

p/s : Tak tau dari mana mula2 datangnya idea lawak ni.... share aaaa....^-^peace! 


1 comments:

Majlis Perkahwinan Dan Pertemuan Bermakna Kawan2 Lama.....

10:48:00 AM Noor Akma 1 Comments


Pertemuan di majlis perkahwinan dengan kawan2 lama zaman sekolah dulu2.... Macam2 cerita zaman sekolah keluar.... Cerita budak2 nakal, cerita cikgu garang, kena denda dengan cikgu, cerita cikgu hensem pun masuk sekali. Gelak ketawa menyerikan suasana.... macam2 yang dibualkan. Terasa macam masih muda remaja sekejap.... hehe!

Satu kereta sanggup datang dari Perak dek kerana majlis ni. ... Majlis perkahwinan anak lelaki kawan sekolah juga. Ada yang sanggup datang naik bas,epas tu naik LRT, naik komuter dan naik teksi pulak lagi... baru sampai ke majlis kenduri. Tabik pada diorang....!

Gambar dan cerita ni aku nak abadikan di blog ni buat kenangan kemudian hari.... Bukan senang nak berkumpul ramai2. Walau tak sampai separuh yang ada di group whassap yang hadir, dah terasa kemeriahannya. Apatah lagi kalau ramai.....

Disebabkan dah bertahun2 berlalu zaman persekolahan tu.... bukan semuanya saling mengenali dan boleh di ingat lagi.... memori dah penuh.... puas di kitar nak loading berkali-kali.... Dengan adanya perjumpaan macam ni... dah berdepan yang empunya diri... pelan2 memori datang kembali.... Tu yang jadi kelakar bila cerita berterabur macam puzzle nak di cantum balik.... hahaha!

Pada mak pengantin, terima kasih... hadiah yang cantik... yang serombongan dari Perak...... Eni, Biam, Sala, Chik dan Mon tu.... sampai jugak korang ke Shah Alam. Sy. Zamrah@atin... berjaya sampai jugak. Wan Ramlah@puteri yang sentiasa voque, Isa yang berjari lebih... Ibrahim yang puas nak ngingatnya dan Zolhasni yang isterinya cun melecun tapi asyik bergurau nak poligami...

Oh ... lupa, Hasmah dari Semenyih dan Nora yang comel lote dari Sungai Buloh.... Tengah mikir, kenduri kahwin anak Nora... camne la nak pegi.. Naik komuter kot.. kalau dapat keizinan en. somi la... Bukan biasa jalan jauh2... Tambah lagi naik pengangkutan awam ni...

Semoga kita dapat berkumpul macam ni lagi.... di lain hari, lain masa.... Kalau boleh, nak kumpul lagi ramai dan jumpa yang tak pernah hadir di perjumpaan sebelum ni... Insya'allah!

'Kalau ada sawah bendang, boleh kita menjemur padi...... 
Kalau ada umur panjang, boleh kita jumpa lagi.....'

p/s : Aku, tetamu yang paling dekat gamaknya.... Boleh jalan kaki jer. Tapi tak pergi jalan kaki, en. somi hantar. Dia tak pergi sebab ada hal.... Bagi peluang aku jumpa geng katanya....heh!


1 comments:

Abam Kie's First Giveaway

11:58:00 PM Noor Akma 9 Comments

Assalamualaikum...


Sila klik banner di atas jika mahu join

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bersyukur kepada Allah kerana Abam Kie berjaya menganjurkan giveaway buat julung kalinya. Jutaan terima kasih kepada barisan rakan blogger yang sudi menaja giveaway ini.

Berikut adalah senarai hadiah yang bakal menanti para pemenang bertuah:

1. Top up RM10 X 1 pemenang oleh PeRdU cINta
2. Hijab pin dan Viscose Printed Wide Shawl X 1 pemenang oleh Aksara Biru
3. Top up RM10 X 1 pemenang oleh Najwa Zahid
4. Top up RM10 X 1 pemenang oleh Ayuni Rafilah
5. RM10 tunai X 2 pemenang oleh Julia Jamaludin
6. RM10 tunai X 2 pemenang oleh Mommy Irra
7. Top up RM5 X 2 pemenang oleh Ina Zalina
8. Top up RM20 X 1 pemenang oleh Miss Fifi
9. Top up RM5 X 2 pemenang oleh Cik Nor
10. Buku resepi X 2 pemenang oleh Abam Kie

Kawan2 nak join? Ikut je langkah2 di bawah ini satu-persatu:

1. Follow blog Abam Kie dan penaja2 berikut. Ini wajib dipatuhi, OK?


2. Add Google+ berikut jika anda ada profil Google+. Kira macam sunat la...

https://plus.google.com/117034001954441190127
https://plus.google.com/114654336399855954680
https://plus.google.com/115462385884702570492
https://www.google.com/+AyuniRafilah
https://plus.google.com/103791964943177272009
http://google.com/+irrayyandotcom
https://plus.google.com/u/0/103153723284562892818
https://plus.google.com/105160168417987334249
https://www.google.com/+AbeKie

3. Letakkan link www.irrayyan.com di dalam bloglist anda sehingga tamat giveway ini.

4. Buat entri bertajuk "Abam Kie's First Giveaway"

5. Letak banner di atas di dalam entri GA anda dan backlinkkan ke blog ini. Atau kalau nak lebih mudah cuma copy and paste html code di bawah ini.

6. Publish your entry and leave your GA link in the comment form below.

7. Done!

P.S. Syarat2 tu nampak macam banyak tapi sila buat sikit2. Lama2 siap la tu. Terima kasih diatas kesabaran anda.......


9 comments:

Gambar Cantik, Tema Gempak Di Majlis Berinai Jihan Muse.....

10:54:00 AM Noor Akma 2 Comments



Kongsi gambar cantik dan tema yang menarik dari majlis berinai pelakon komedi aktres Jihan Muse. Bertemakan kebaya nyonya gitu.... Hot dengan pelamin yang penuh berbunga merah. Ada kelas yang tersendiri.

Cantik2 dan comel2 aktres yang hadir berkebaya nyonya.  Pakaian tradisi yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.... huhu!

p/s : Nanti nak cari kebaya nyonya lah selai.... hehe!

#kredit SINI



2 comments:

Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih

11:20:00 PM Noor Akma 6 Comments

Assalamualaikum...

*sila tekan banner diatas untuk join*

Hadiah :
Top Referral RM100x1
Random Cash RM50x10

6 comments:

Seadanya....

11:06:00 AM Noor Akma 1 Comments


Itulah.... 

Letih dan banyak hal ari ni....

 Seadanyalah update blog...

p/s : huhahuhajerlah...haha!

1 comments:

MitosTentang UV Dan Faktanya Sekali....

10:00:00 AM Noor Akma 0 Comments


Terbaca mitos dan fakta tentang UV ni... Bagus jugak untuk kita tahu. Kita selalu beli produk kosmetik yang tertera tulisan 'UV protection'. Rupanya produk tu tak lah menjaga dari terkena sinaran UV seratus peratus. Ada lagi info2 ni yang aku tak pernah tahu... 

Jom kita baca dan fahamkan seterusnya.....

1. Mitos: Anda tidak akan mendapat selaran suria pada hari yang mendung.
Fakta: Anda masih mengalami selaran suria pada hari mendung kerana radiasi UV boleh menembusi kabus, awan dan kabut tebal.

2. Mitos: Menggabungkan losen SPF5 dengan losen SPF10 akan memberikan perlindungan SPF secara keseluruhan yang lebih tinggi.
Fakta: SPF tidak berfungsi begitu, walaupun anda mengoles SPF 15 dengan dua lapisan, kesannya tetap sama. Ia tetap akan memberi perlindungan sebanyak 93% daripada sinaran UV. Tiada SPF yang mampu memberi perlindungan 100%.

3. Mitos: Berjemur di bawah matahari tidak mengapa asalkan kulit terkena selaran matahari (sunburn)
Fakta: Walaupun terkena sedikit cahaya matahari ia tetap berkemungkinan untuk mengalami masalah kulit seperti melanoma (kanser kulit). Lebih banyak anda terdedah kepada cahaya matahari lebih tinggi peratusan anda untuk mengidap penyakit ini.

4. Mitos: Payung di pantai dapat melindungi anda dari cahaya matahari
Fakta: Pasir pantai berupaya memantulkan 17% radiasi UV, jadi terlindung bagaimanapun anda terdedah kepada sinaran UV. Namun berlindung sedikit sebanyak dapat membantu asalkan anda memakai losen tabir suria.

5. Mitos: Matahari tidak boleh menembusi cermin
Fakta: Cermin hanya dapat menapis sinaran UVB tidak UVA, yang mana UVA dapat menembusi jauh ke dalam cermin lantas kepada kulit. Disebabkan itu, orang dewasa mengalami masalah jeragat atau tompok hitam lebih pada bahagian kanan, dek kerana sinaran UV ketika memandu.

6. Mitos: Pemakaian tabir suria terlalu banyak akan menyebabkan kekurangan Vitamin D
Fakta: Mungkin selama ini anda menyangka yang pendedahan maksimum pada cahaya matahari diperlukan untuk membantu badan anda menghasilkan vitamin D. Namun daripada pemakanan anda juga dapat memperoleh Vitamin D serta lain-lain nutrien. Selain itu sedikit cahaya UV mampu menembusi kulit, walaupun dengan pemakaian krim tabir suria.

7. Mitos: Memakai baju berlengan panjang dapat mengelak daripada sinar UV
Mungkin benar, tetapi hanyalah jika anda memakai baju lengan panjang yang tebal. sekiranya baju anda jarang dan boleh lihat kulit dari mata kasar, sama juga seperti sinar UV ia dapat menyerap ke dalam baju nipis terus kepada kulit.
Fakta: SPF merujuk kepada tempoh kulit boleh didedahkan kepada radiasi UV sebelum ia mula terbakar. Tahap perlindungan tetap kekal pada SPF10 walaupun ia adalah gabungan losen SPF5 dan SPF10.

Apa Yang Kita Patut Tahu mengenai Sinar UV

1. Masa adalah penting untuk mengekalkan kecerahan kulit. Radiasi UV paling tidak berbahaya pada awal pagi dan lewat petang. Bagaimanapun, pastikan anda memberikan perlindungan terhadap kulit dari sinar matahari secukupnya.

2. Perlindungan suria untuk seumur hidup. Individu yang mula menggunakan pelindung matahari setiap hari pada usia 20 tahun boleh mengurangkan pendedahan seumur hidup kepada sinaran suria pada usia 70 tahun sebanyak 57 peratus hingga 67 peratus.

3. Tentukan tahap perlindungan yang anda gunakan. Hanya percayakan produk yang menyatakan tahap perlindungan yang ditawarkan.

p/s : Takut kena sinar UV....... berkurung dalam rumah je lah...hehe!


0 comments:

AYAM ALA NEGRO a.k.a Hangit.....

10:25:00 AM Noor Akma 1 Comments


Aish.... lawak jugaklah.... resepi ayam hangit ni. Katanya Ayam ala negro, rupanya ayam goreng hangit. Bahaya ni, bila pegang henpon sambil masak2....Nanti terlupa ayam dah masuk kuali. Sila haribulan.... rumah hangus. 

Masa tu dah tak lawak lagi. Menyesal tak sudah ada la. So, beringatlah sebelum di timpa padah dek kelalaian diri sendiri. Hurm... kalau ada yang hilang nyawa lagi la parah. 

Sesal dahulu, pendapatan, sesal kemudian tak berguna.... Bila nasi dah jadi bubur, dah tak boleh buat apa..... So, bila memasak tu fokus memasak je. Tinggalkan henpon tu jauh2....heh!

Habis masak dan makan boleh sambung balik kelek henpon kehulu kehilir....

p/s : Life must goes on... takkan takde henpon sekejap pun tak boleh....haish!

#kredit FB


1 comments:

Cara Ikat Tali Leher... Baru Ku Tahu, Banyak Cara Rupanya.........

10:44:00 AM Noor Akma 2 Comments


Terjumpa dalam internet cara2 ikat tali leher a.k.a tie. Elok aku simpan carta ni. Manalah berguna kemudian hari. Bukan tak pernah belajar ikat tali leher ni. Dah banyak kali. Tapi sebab tak praktik hari2.... lama kelamaan lupa!

Baru kini jugak la ku tahu, ada banyak cara rupanya ikat tali leher ni. Ada macam2 nama ikatan plak tu. Walau nampak mudah tapi susah jugalah nak mengingatnya. Teringat masa anak bujang baru masuk form 1... Pening jugalah hari pertama tu.... Kat sekolah cikgu tolong pasang dan ajar anak. Lepas tu pandailah dia...

Ada suatu masa tu en. somi kena pakai tali leher kat tempat kerja, anak bujang tu lah yang tolong ikatkan tali leher ayahnya. Aku plak dah cuba belajar... pandailah sikit2. Tapi itu cerita lama... Dah agak2 lupa dah.

Ada carta bergambar ni, memudahkan aku belajar balik langkah demi langkah. Ada banyak cara, yang senang dan yang susah.... Pilih je la....

p/s : Haaa.... bila ada yang nak pakai tali leher, jom kita belit leher pelan2, insya'allah menjadi.... hihi!


2 comments:

Dah Pasang Header Dan FB Cover Dari Menang GA stanzaku.com

10:30:00 AM Noor Akma 1 Comments

Dah dapat dah hadiah header blog dan fb cover foto dari blog stanzaku. com. Dan dah digunakan pun.... Jadilah,  mana nak dapat lagi... Nak buat sendiri takde masa ... tak reti pun iye!

Aku pun nak yang biasa2 jer dan simple.... berpadanan dengan tema blog ni yang serba santai gitu. So, yang ala2 abstrak dari warna2 lembut ni dan style pewarna tumpah bersepah tu nampak sesuai le dengan aku....

Kemungkinan besar akan digunakan dalam jangkamasa yang lama juga. Yer la.... akan datang aku pun tak tahu gaya dan cara mana plak yang timbul. Yang pasti, bila dah rasa jemu dan tak sesuai lagi akan tukar le...

Maybe aku akan besarkan header diatas tu kot dalam waktu terdekat ni..... tapi tak jumpa template yang berkenan lagi... So, kena cari template dulu....

p/s : Berserilah sikit blog ni, dah berwarna-warni.... terima kasih yer!


1 comments:

KHASIAT KACANG BENDI

10:52:00 AM Noor Akma 1 Comments


Mari kita share  info dan khasiat kacang bendi untuk tambah pengetahuan dan boleh dipraktikkan bila perlu dan rajin.....

Jom la baca....

Sayur kacang bendi terkenal sebagai sayur tambahan dalam masakan kari atau pun asam pedas. Ada orang kurang menggemari sayur bendi kerana lendir yang ada di dalamnya.Namun terdapat banyak khasiat tersembunyi di dalam sayur ini.

Buahnya dikatakan mampu membantu menguatkan otak serta menambah daya ingatan dan kecerdasan. Sementara biji, akar serta bunganya kalau direbus boleh membantu melawas pembuangan air kecil serta mengurangkan bengkak atau radang.

Bahkan ada orang mengamalkan makan bendi kerana dikatakan mampu mengurangkan masalah sukar bersalin. Air rebusan biji,akar, serta bunganya boleh dijadikan ubat pada pelbagai kudis dan bisul.

Air rebusan buahnya kalau dicampur dengan gula memang sesuai dijadikan sebagai sirap ubat batuk atau merawat sakit kerongkong. Lendir yang terdapat dalam buahnya boleh dijadikan krim penyejuk serta melembutkan kulit.  Air rebusan buahnya boleh juga digunakan untuk meredakan bengkak saluran kerongkong dan hidung.

Dikatakan kacang bendi baik amat untuk rawatan penyakit kencing manis. Caranya ialah dengan mengambil dua biji kacang bendi. Potong kedua hujungnya. Turis bahagian tengahnya. Rendam dalam segelas air semalaman (tutup gelas). Keesokannya, keluarkan kacang bendi dan terus minum airnya. Lakukan selama dua minggu.

p/s : Aku dan keluarga memang suka kacang bendi, Masak kari ikan, asam pedas mesti ada sayur ni..... Bahkan tumis air, tumis pedas, rebus cicah sambal belacan pun sedappp........ Info ni ambil di FB.....



1 comments:

Cek Nufnang Kali Ini.....

10:46:00 AM Noor Akma 3 Comments


Dapat cek nuffnang lagi....  cek baru masuk akaun dan masih terapung kat dalam akaun. Tapi dah shopping dah, pinjam duit en. somi dulu. Beli set pencuci muka ni. Boleh tahan harganya... Dah tak sabar nak beli sebab stok yang ada dah habis.

Taklah banyak mana aku dapat..... bukan banyak cpuv pun tapi lepaslah beli barang peribadi ni.  Ada lebihannya beli tuala dapur dengan belanja anak2 makan ayam goreng. Ada lebihan lagi tu buat belanja beli barang dapur jelah.... 

Krim muka ni set kedua aku beli......... selepas set pertama tahun lepas. Pakai sikit2 jer, berjimat sungguh.... mahal tuuuu! Berkesan untuk aku set ni.... Jeragat yg menyinggah kat muka aku ni dah pudar dan hampir hilang dan yang pasti wajah pun tak menggerutu....  berganti dengan kulit yang halus mulus.

Dah puas dulu cuba macam2 takde yang berkesan. Set krim ni dah menjadi pujaan hatiku sekarang. Disebabkan ini  bukan review produk.... tak payah la beritahu jenama produk. Owner produk ni pun tak heran. Ini bukan produk baru... dah lama di pasaran dan terkenal produk ni....

p/s : Harap dapat terus merajinkan diri update entry terus menerus....... boleh kumpul duit lagi!


3 comments:

Segmen Blogwalking By Seindahcerita

10:36:00 PM Noor Akma 7 Comments

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Syarat-syarat Penyertaan
  1. Sila Follow Blog SEINDAHCERITA
  2. Sila Like Page SEINDAHCERITA  
  3. Sila Follow Twitter @nieylanadia
  4. Sila Follow Instagram @nieylanadia
  5. Buat entri bertajuk " Segmen Blogwalking By Seindahcerita "
  6. Copy banner segmen dan link kan semula ke entri ini. 
  7. Publish dan tinggalkan komen anda di ruangan komen entri ini sahaja.

    atau
  8.  Copy je semua code yang ade dekat ruangan kotak di bawah ni dan paste kan di HTML, dan publish. Senang kan.. :)
Bonus!
  • Sempena bulan Birthday Nieyl bulan nie, nieyl akan pilih 5 Blog yang bertuah melalui perkhidmatan random.org untuk menjadi bloglist nieyl :)

7 comments:

Si Tompok Yang Sedih Kena Tinggal ....

10:24:00 AM Noor Akma 2 Comments


Alolo..... sedihnya, sayunya rupa.....

Tapi camne pun.....

Tetap comel sesangat....

Terjenguk-jenguk kat tingkap...

Sabo le, nanti diorang balikla....

Ishk, ishk, huwaaa......

Hurm!

p/s : macam gini le aku bila sunyi sowang2 duk umah.. heh!


2 comments:

Takde Masa Lipat Kain, Ikut Cara Ni.....

10:39:00 AM Noor Akma 2 Comments


Malas itu mungkin satu perkara tetapi masa juga antara faktor penyebab kadangkala kerja melipat jadi suka tertangguh. Akibatnya baju-baju tinggi menggunung dalam bakul. Bagaimana nak atasi masalah ini? Meh...kongsikan tip terbaik ini untuk anda...

1. Anda perlukan bilik yang di khaskan untuk pakaian dan dalam bilik tersebut haruslah ada banyak ruang untuk menyangkut pakaian. Sangkut semua pakaian termasuk lah t shirt. Sekiranya nak jimatkan ruang anda boleh membuat penyangkut menggunakan kerusi seperti dalam gambar. Ia sangat praktikal kerana bukan sahaja lebih kukuh malah lebih kemas.

2. Ini adalah cara untuk anda sangkut seluar-seluar yang di pakai harian. Tak perlu guna penyangkut pakaian sebaliknya guna kelip pakaian sahaja.

3. Baju-baju yang hendak di pakai kerja anda boleh susun ikut label hari. Ini akan lebih memudahkan anda mencari pakaian bila dalam keadaan yang kelam kabut atau ada hari-hari yang anda terlewat pergi kerja. 

4. Buat wanita, tudung atau shawl sebaiknya di gantung menggunakan penyangkut begini. Bila nak padankan dengan pakaian lebih mudah untuk anda buat pilihan.

5. Bakul boleh di gunakan untuk penstoran benda-benda lain selain daripada baju dan seluar.

6. Ini salah satu cara yang kalau anda tidak ada ruang untuk menyangkut pakaian. Buat rak terbuka tinggi begini dan setiap rak sediakan kotak yang siap di label. Masukkan pakaian mengikut label. 

p/s : Mudahkan.... ! Boleh la buat untuk orang yang sibuk, macam aku...... hehe!

2 comments:

Nama Sebenar Mereka (Retis) Yang Kita Tak Tau....

10:47:00 AM Noor Akma 2 Comments


Ramai artis tak pakai nama sebenar dia............ Bukan sahaja kat Malaysia.... kat Hollywood pun biasa. Mesti ada sebab juga lah yer....Antara artis lain yang tak pakai nama sebenar..... Rosyam Nor, Erma Fatima, Umie Aida, Zila Bakarin dan ramai lagi.... Itu antara yang aku tahu la....

Kurang sedap, tak glamour, senang sebut atau nama sendiri tu dah ada yang pakai.... antara jadi penyebabnyalah.. Kengkadang ada nama tu kita pun jadi confius bangsa dan agama dia.... macam Bront Palaree tu... hihi!

Apapun sukati korang lah retis.... janji ngetop... :)

p/s : Blogger pun ada yg tak pakai nama sebenar.... macam emas putih@uzu tu.... aku pun.. hehe!


2 comments:

Segmen Bloglist Kataubaid.com Mac 2016

11:33:00 PM Noor Akma 3 Comments


Blog Kataubaid.com sedang mencari 5 blog untuk di senaraikan dalam Bloglist Mac dan April 2016 . Untuk menyertai segmen bloglist kataubaid.com , boleh ikut cara-caranya seperti di bawah :

1. Follow Blog kataubaid.com
2. Like page -- > kataubaid .
3. Copy Coding di bawah ini dan pastekan di blog anda dan publish.
4. Pastekan Url entri anda di ruangan komen .
5. Selesai.

5 blog akan di pilih untuk menjadi bloglist kataubaid.com untuk bulan Mac dan April 2016 . Tarikh penyertaan bermula dari 10 Mac -12 Mac 2016 sahaja . Semoga dengan adanya blog korang dalam bloglist kataubaid.com dapat membantu menambah traffic blog anda setiap hari .

Jemput join ya !

sekian.


3 comments:

Ulam-ulaman Yang Bagus Dan Hebat Khasiatnya...

10:53:00 AM Noor Akma 3 Comments


Semakin kita menitis arus kemodenan, semakin ‘rahsia’ khazanah dunia ini dilupakan. Berpuluh tahun dahulu, ulam-ulaman menjadi makanan tambahan kepada wanita untuk penjagaan kesihatan serta menambah lazat dalam hidangan. Seperti sayuran dan buah-buahan, ulam mengandungi khasiat yang baik untuk penjagaan kesihatan mahupun kecantikan.

Ini kerana ia dimakan mentah atau dimasak seketika sekali gus mengelakkan mineral dan vitamin utama iaitu kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium dimusnahkan oleh haba. Ketahui juga ulam membekalkan serat yang penting untuk sistem penghadaman manusia dan memudahkan perkumuhan.

Ulam Pegaga
Diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba yang menjana daya pemikiran lebih cerdas di kalangan kanak-kanak serta membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.


Petai
Meski berbau busuk, namun khasiatnya sangat mengagumkan. Menurut kajian, petai mengandungi kandungan protein lapan peratus lebih tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain. Antara kebaikan lain adalah karbohidrat, air, kalsium, fosforus, zat besi, Vitamin A, B1, B2 dan C. Petai dikatakan dapat merawat penyakit kencing manis, penyakit jantung dan mencuci buah pinggang.


Jering
Mengandungi kebaikan sama seperti petai, ia dapat mengubati penyakit kencing manis. Kandungan sebatian alkaloid dapat meneutralkan paras gula dalam badan.


Kangkung
Ia mudah didapati dan tumbuh meliar di kawasan sumber air. Kangkung terkenal sebagai penyembuh penyakit buasir, mengubati penyakit insomnia atau penyakit susah tidur malam serta merawat sakit kepala. Dari segi kecantikan, ulam yang terkenal dengan nama saintifik Ipomea Reptans ini juga boleh melebatkan rambut.


Daun selom
Namanya mungkin jarang didengari namun ia mengandungi pelbagai khasiat. Daun dan batangnya dapat menyembuhkan bisul dan bengkak kerana kanser manakala buahnya pula baik untuk sistem perkumuhan dan mengeluarkan angin dari perut dan usus.


Peria
Ulam yang paling mendapat perhatian dunia perubatan moden, peria menjadi sumber utama dalam herba tradisional di China. Menurut kajian perubatan Barat, ia dapat meningkatkan sel imun dalam tubuh badan serta mengurangkan paras gula bagi pesakit kencing manis.


p/s : Makanlah ulam-ulaman..... bagus untuk sistem pencernaan, awet muda dan untuk kesihatan. Aku memang obses dengan ulaman  dan sayuran.... hari2 mesti mau. Kalau tidak, rasa tak best nak makan.....

3 comments:

Segmen #FamilyBlogger

12:43:00 AM Noor Akma 9 Comments

Assalamualaikum....


Dah join.... :)

Yeayyy!

Bye.....


9 comments:

Hah.... Ikan Duyung Wujud ? Alaaa.... Comelnya, Geramnye.... hehe!

11:00:00 AM Noor Akma 2 Comments


Cerita canggih dari FB...

^-^peace!


2 comments:

Blogwalking Segment by kasihjuju.com

12:03:00 AM Noor Akma 7 Comments


Syarat-syarat penyertaan:

1/ Sila follow blog saya ye.
2/ Like fanpage saya -->
3/ Buat entri bertajuk " Blogwalking Segment by kasihjuju.com "
4/ Copy banner segmen dan link kan semula ke entri ini.
5/ Publish dan tinggalkan komen anda di ruangan komen entri ini sahaja.

Segmen akan berlangsung selama seminggu sahaja. Cepat-cepat join okeh. Banyak kebaikkan kalau korang join segmen macam ni. Antaranya, korang dapat kenal dengan rakan-rakan blog yang lain, boleh tengok design blog diorang yang cun-melecun dan yang paling penting dapat tingkatkan follower blog.

Dan yang paling best, penganjur segmen akan pilih 5 blog bertuah untuk dimasukkan dalam senarai bloglist special yang akan penganjur segmen create lepas habis segmen ni. Pemilihan akan dibuat berdasarkan top refferal dan juga menggunakan kaedah random.org.


7 comments:

CUCI OVEN YANG KOTOR DENGAN MUDAH....

10:18:00 AM Noor Akma 1 Comments



Oven dah buruk dek kotoran yang melekat.... Takkan nak buang, boleh berfungsi lagi. Tapi bila pakai bau hangit sebab dari kotoran tu. So, dah tak dapat di gunakan lagi. Jangan susah dan jangan buang yer. Ada cara penyelesaian untuk membersihkannya......

Bahan diperlukan:

● Air
● Botol Spray
● Baking Soda
● Kain Buruk
● Cuka
● Mangkuk kecik

Caranya:

1. Keluarkan semua perkakasan dalam oven

2. Campurkan 2 sudu teh baking soda dng air dalam mangkuk tadi. Tujuan utk jadikan campuran tu kepada pes supaya mudah sapukan pada permukaan kotor.

3. Sapukan pes tadi pada permukaan kotor dalam oven hangpa, baking soda tu akan bertukar jadi warna perang.

4. Biarkan 12jam untuk bg dia jadi magik heheh ini serius tau.

5. Cukup 12jam, ambik kain buruk, lap sebanyak mungkin baking soda tu.

6. Letakkan cuka dalam botol spray dan sembur permukaan yg masih ada saki baki baking soda tu.

7. Kemudian lap dengan kain buruk.

8. Letak kain buruk tadi dalam oven.

9. On oven dng temperature rendah lbh kurang 10-15 min dan biar ia kering.

10. Settle...

Permukaan kaca (pintu) oven:

1. Ulang langkah 1 tadi.

2. Sapu pes tu pada kaca pintu oven tu.

3. Biar 30 minit.

4. Guna kain buruk untuk lap.

Dah settle... hasil dapat mcm dalam gambar... Kalau nak lagi clean, beli laa baru memang clean sesangat....

Selamat mencuba!

p/s Dah berkilat..... sayang nak pakai plak..... ! Gambar dan cerita dar FB.


1 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...