Belangkas.... Haiwan Berdarah Biru!

10:52:00 AM Noor Akma 2 Comments


Lepas jumpa satu artikel ni... barulah ku tahu, belangkas berdarah biru. Kalau dalam cerita2 dongeng dulu kala, yang berdarah biru ni keturunan raja2 jer. Belangkas ni rupanya agak mengerikan bagi aku. Macam aliens dalam cerita star wars... hehe!

Darah biru belangkas ni bukan calang2 harganya.... RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat. Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia. Tapi hanya 45 ekor jika belangkas di perairan Sabah kerana saiz lebih besar.

Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988. Bagus sungguh kegunaan darah belangkas ni... Patut la mahal.

Telur belangkas sedap di masak asam pedas dan masak lemak cili api. Tapi nak makan isi belangkas tu kena hati2 nanti dapat simptom pening dan loya atau mabuk. Hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan dan hanya seseorang yang benar-benar tahu sahaja tahu cara menyediakan makanan laut dari belangkas ini.

Begitulah ceritanya....

p/s : Sebenarnya, aku pun tak pernah rasa lagi makan telur dan daging belangkas... tengok pernahlah!

#kredit SINI

7 Aktiviti Outdoor Paling 'Best' Dilakukan Dengan Kawan-Kawan

2 comments:

Petua Memutihkan Ketiak Dan Menghilangkan Bau Badan.....

10:56:00 AM Noor Akma 1 Comments



Amalan dan petua orang dulu2 untuk memutihkan ketiak sangat mudah, murah dan senang. Iaitu menggunakan kapur makan atau kapur sireh dan juga limau nipis.

Ketiak yang hitam atau gelap biasanya disebabkan penggunakan pencukur bulu ketiak yang kerap dan masalah banyak berpeluh dan kurang mandi dengan sebaik-baiknya.

Cara-cara untuk mengembalikan keputihan ketiak seperti sediakala, ambil secubit (menggunakan 3 jari) kapur makan, kemudian campurkan dengan air perahan limau nipis, dan sapukan ke bahagian ketiak yang hitam tersebut. Seeloknya semasa mandi. 

Dengan membasahkannya bahagian ketiak dahulu. Kemudian gosok ketiak, seeloknya gosokkan ketiak anda dengan kepala lutut. Dengan cara ini, ketiak anda akan cepat bersih dan saki baki daki akan tanggal dengan mudah. 

Permulaan penggunaan akan merasa sedikit pedih/panas, namun tidak sampai memudaratkan kesihatan kulit anda. Amalkan sekerap mungkin iaitu 2 kali seminggu semasa mandi. Sehingga ia putih seperti sediakala.

Kapur makan ini bukan sahaja akan memutihkan bahagian ketiak, namun ia juga mampu menghilangkan bau badan dan lebih mudah menanggalkan bulu ketiak iaitu dengan hanya menariknya dengan tangan.

Sesiapa yang ada masalah ni.... boleh cuba lah...!

p/s : Dapat info ni dah lama... lupa dah kat mana datangnya .. apapun 'sharing is caring'....



1 comments:

Biar Tak KAYA.....

9:41:00 PM Noor Akma 0 Comments


Secebis....

Luahan kata yang entah apa2 ....

Tapi bermakna jugaklah...

Untuk aku..... :)

Huhu....!

p/s : pic kutip kat FB...

0 comments:

BERGAMBAR DENGAN PENGANTIN HARI RAYA KE 5....

9:16:00 PM Noor Akma 1 Comments


Raya kelima ari tu... sempat menghadiri kenduri kahwin di kampung halaman. Ikut rombongan pengantin lelaki bertandang kerumah pengantin perempuan. Dapat jumpa sedara mara dan kawan2 lama yang dah lama tak jumpa.

Seronok pergi majlis kahwin kat kawasan kampung ni. Suasana tak sama dengan majlis kat bandar. Lauk pauknya pun sedap dan sangat menyelerakan. Majlis ni, majlis perkahwinan sepupu dari Shah Alam dengan anak gadis orang kampung aku.

Diperkenalkan dan dipertemukan jodoh oleh adik2 ku.... Jadi pencari jodoh plak dorang.... haha! Jodoh pertemuan Allah yang tentukan... tapi kenalah cari ya tak?

"Selamat Pengantin Baru".... Abang Fahmi dan Ita.... "Semoga Kekal Bahagia Hingga Ke Jannah" 

p/s : Tepek gambar buat kenangan....


1 comments:

Membezakan Daun Ketumbar Dan Daun Sup...

10:19:00 AM Noor Akma 2 Comments


Selalu sangat orang ramai terkeliru dengan 2 bahan masakan ni. Aku kalau nak beli, siap belek2dan cium bau dulu. Tapi en. somi la... memanjang salahnya. Dah terbeli, gunakan aje la. Sedap gak.. Macam2 boleh buat dengan daun2 ni... buat ulam pun boleh...

Daun sup biasanya gelap sikit hijaunya.Hujung daunnya tajam2, ada rupa macam kaki itik. Baunya 'grassy' sikit, sedap hidung menghidu. Bau daun ketumbar pula ada aroma ala citrus, menusuk ke hidung. Kadang2 bau macam kumbang busuk. Perbezaan yang ketara batangnya, kalau daun ketumbar, batangnya pendek. Daun sup batangnya panjang, 

Daun ketumbar... ramai yang tak suka sebab baunya yang menyengat seakan2 bau kumbang busuk atau cenanga kata orang Kedah. Tapi minum rebusan air daun ketumbar boleh kurangkan kolestrol dalam darah dan meningkatkan fungsi buah pinggang. Amalkan minum sekali seminggu, InsyaAllah berkesan...

Daun sup... kalau tak ada, tak menjadi la sup seperiuk. Tapi aku selalu daun sup ni masak sayur rebus.. campur kobis.. sedap owh.. Ari tu buat spagheti bolognaise... taruh sikit daun sup (kebetulan ada dalam fridge). Spagheti aku tu menjadi lebih berperisa, wangi dan sangat sedap. 

p/s : Caption gambar.... kiri daun ketumbar, kanan daun sup yer..!


2 comments:

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com

12:15:00 PM Noor Akma 4 Comments



MINYAK WANGI BRAVEHEART


Braveheart merupakan minyak wangi lelaki khusus untuk memberi motivasi golongan ini supaya berani berhadapan dengan kehidupan, kenyataan dan segala kemungkinan.

Ia tampil menguasai seluruh jiwa pemakainya. Membangkitkan iltizam seorang lelaki  yang sempurna. Haruman penuh imaginasi. Gandingan aroma anggur yang menggiurkan, membawa mesej tersendiri pada diri pemakai. Haruman ini membawa dimensi baru untuk lelaki urban yang masih tersimpan ke jiwa kedesaannya. Ekstrak anggur, musk dan casmerewood memberi percikan nota-nota haruman yang penuh maskulin dan ikonik.

Komposisi segar ini mampu memperkasakan penampilan jejaka yang memakainya. Gabungan ramuan inilah yang diperlukan setiap lelaki hebat dalam misi berinspirasi. Lelaki di sebalik Braveheart berjiwa pelindung, gagah, penuh wibawa dan kekal romantik.



MINYAK WANGI SWEETHEART


Haruman yang telah memukau ribuan pencinta dan pengumpul minyak wangi. Diinspirasikan dengan bau tumbuhan dan boleh dibawa solat.

Sweetheart digambarkan ibarat semanis bayangan wajah, kesempurnaan dan keanggunan. Haruman ini dirumus khas dengan pati segar yang memukau kalbu berunsur haruman terpilih seperti vanilla, rose, buah plum dan mandarin.

Aroma sweetheart menjanjikan kepuasan, keseronokan dan keindahan. Setiap nota haruman ini memberikan keasyikan berbeza. Vanila mengusik peribadi pemakai dengan gaya feminin. Manakala mandarin melayangkan kesegaran, menitip kecergasan. Nota haruman buah plum membangkitkan energi dan kemanisan.

Kelebihan & Keunikan Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart

Minyak wangi keluaran DD Cosmetics diinspirasi dengan bau tumbuhan dan semulajadi serta boleh dibawa solat. Pati minyak wangi Braveheart dan Sweetheart diimport dari Paris. Kemudian, ekstrak haruman ini diformulasikan mengikut kesesuaian dan cita rasa pengguna Malaysia. 

Haruman ini mampu bertahan 12 hingga 24 jam sehari dan bergantung dengan aktiviti yang dilakukan.

Harga mampu milik juga ditawarkan kepada pengguna iaitu hanya RM49.90 sebotol yang berukuran 30 ml manakala untuk Sabah Sarawak hanya RM59.90.

PEMBELIAN SECARA ONLINE VIA STOKIS KERINCHI – KIOSK ONLINE TERMURAH

Kerinchi.com merupakan pemborong, pengedar dan penjual online pelbagai produk kecantikan, kesihatan bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan seluruh Malaysia.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Kerinchi.Com ini ialah D’Herbs, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Jamu Ratu Dara, Jamu Mirafica Plus dan DD Cosmetics

Instagram : @KerinchiDotCom
WhatsApp: 018-233 1211


DD Cosmetics sangat mengalu-alukan mereka yang berminat untuk mendaftar menjadi stokis dan ejen. Sebarang pertanyaan mengenai produk boleh hubungi:-

WhatsApp: 019-2018 014





SILA JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT
  1. Umur anda? 40 an tahun 
  2. Jantina anda? (Lelaki / Perempuan)
  3. Saya patut dipilih oleh DD Cosmetics dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review minyak wangi Braveheart / Sweetheart berdasarkan pengalaman saya kerana mewakili orang2 lama hehe!:) 

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 19 hingga 29 Julai 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama DD Cosmetics dalam mencari 15 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

4 comments:

REUNION Raya 2016

1:41:00 PM Noor Akma 0 Comments


Bila raya jer.... buat reunion. Reunion dengan kawan2 lama di kampung halaman. Lebih mudah sebab masa tu ramai yang pulang kekawan halaman. Sementara balik beraya, boleh berjumpa reramai. Raya aritu kampung aku buat sempena jubli emas kewujudan kampung dan reunion sekaligus untuk generasi kedua.

Meriah la jugak.... Ada jamuan  hari raya macam biasa. Yang paling best jumpa kengkawan lama yang tak terdengar khabar berita sejak melangkah keluar sekolah. Rupa ramai yang dah berlainan dari segi rupa dan saiz. Tapi ada yang mantain malah semakin cantik dan awet muda.

Seronok... memang seronok, rasa tak nak balik masa tu. Macam2 hal, macam2 cerita, macam2 gaya semua ada... haha2.  Harap2 tahun depan bertemu lagi.... 

"Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan didalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan simpan didalam hati.....

Yer kengkawan...
Kalau masih umur panjang,
Tahun depan jumpa lagi....

p/s : Ada yg x bestnya... ada ke patut yg pompuan... aku dan sorang lagi tu jer yang pakai baju reunion. Yang lain semua pakai baju raya....  Alaaa.... tapi tak pe la, kalau tak pakai, bila lagi nak pakai...


0 comments:

Info Yang Memberi Banyak Manafaat.... !

10:24:00 PM Noor Akma 1 Comments


Aku terbaca info ini tadi di FB, banyak manafaat info ni... khas peringatan untuk aku dan maybe untuk korang semua. Bukannya apa, ramai dah orang2 di sekeliling aku ni, belum berusia 40 an apatah lagi 50 an dah terlantar sakit tak berdaya dek tak menjaga kesihatan dan pemakanan dari awal lagi....
So, baca dan beringatlah dan amalkan tips yang membawa kebaikan .....
........................................................................................
🏁
Perkongsian...

🎯
 Kalau kawan kawan yang suka minum air tin hopefully hentikanlah tabiat tu mulai hari nih sebab 1 tin minuman berkarbonat tu bersamaan dengan 14 gelas teh tarik manis.

🚴🚡🚴 Orang yang menghidapi buasir TIDAK BOLEH makan makanan atau minuman yang berkaitan limau nipis, tomyam dan cili padi..
🎱🎾
⚽️Sakit gout seperti 7x ganda sakit gigi.

🏁🏁
Sebenarnya makanan yang kita suka makan itulah merupakan punca penyakit kita.☕️☕️

🎳
πŸ€
Orang yang sakit tulang dan mengambil ubat untuk cair darah TIDAK BOLEH makan sebarang makanan yang berasaskan kacang seperti kicap, air soya, tempe, kacang panjang dan segala jenis kacang yang ada di dunia ni.

🍼
🍢
🍼 Kanser paru paru adalah 95% terdiri daripada perokok.

🍀
πŸ›πŸ
 95% kanser berlaku kerana stress.

🍩
🍞🍳
Tapak tangan kanan mempunyai 18 enzim dan tapak tangan kiri 81 enzim yang mampu membunuh bakteria.

🍑🍒🍧
Kalau nak kurus, senang aje. Makan ikut sunnah Rasulullah iaitu 40-100 kunyahan….

🍣
πŸ₯
πŸ™
Nak mandi kenalah mula dari kaki (elak kena gout),kemudian lutut (elak sakit lutut),tempat sulit (elak cyst),pinggang( tak sakit pinggang, serviks sihat),perut (elak buasir, gastriks, ulser,sembelit),dada (sakit jantung,paru-paru etc) dan akhirnya kepala(elak migraine). Lepas tu, baru mandi macam biasa. Lepas tu satu cara lagi nak kurus, mandi di waktu pagi…
πŸ˜πŸ™
πŸ₯Air yang sejuk kejung tulah. Sebabnya menyingkirkan segala lemak dalam badan.

🍯🍭🍬Tidur mesti mengiring ke kanan di mana sebelah kiri ke atas. Cara tidur ini takkan kena sakit jantung.
πŸ‘
🍎
🍯 Untuk mengelakkan migraine sujud waktu solat Subuh tu sujud lama lama.

🍊
🍏 Tahu tak korang yang orang lelaki ni tidak sekuat wanita kerana lelaki mudah diserang jantung jika dibandingkan wanita yang jarang terkena serangan jantung. Ini kerana, wanita mempunyai hormon estrogen yang melindungi jantung. Orang lelaki tidak ada hormon estrogen yang melindungi jantung sebab tu lelaki mudah terkena.

🍯🍭🍭Kalau nak jaga jantung suami supaya sihat banyakkan bawang putih dalam masakan ye kaum wanita semua.
πŸ­πŸ‰πŸ‡Nak mengubati kanser payudara cari kulat susu harimau.
🍏🍎🍯Kepada peminat petai, lepas ni kalau nak makan, cukup sekadar 7@8 biji saja kerana petai ni mengandungi kolesterol yang tinggi.
πŸŒπŸˆπŸ‘Untuk para suami, kalau hormon isteri tak stabil bagi isteri mkn kacang botor.
πŸ†πŸ πŸ‡Ibu ibu mengandung sila amalkan makan buah delima bila usia kandungan mencecah 5 bulan ye..
🍏🍏🍏Kepada peminat buah epal hijau, makan sebiji sehari ye jangan makan banyak kali sebab epal hijau menyebabkan kita menjadi pelupa.
πŸ…πŸ“πŸŽEpal merah untuk ibu ibu mengandung dan pesakit asma. Makan 2 biji sehari ye…
πŸ―πŸ­πŸ‰Jika ada sakit kencing tak lawas, blend lobak putih minum air lobak putih tu ye. Amalkan minum 2x seminggu
πŸŒ½πŸ…πŸ†Kepada penghidap kolesterol tinggi ambik akar pokok semalu dan rebus. Amalkan minum air rebusan
πŸ‡πŸ‰πŸ“JGN BUNUH SEMUT! kalau nampak semut banyak2 dalam rumah seperti yg pernah dipesan oleh nabi kita junjungan rasullullah dulu kita ucaplah .. 🐜🐜🐜 "Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s.. Ini rumahku.. Aku mahukan kebersihan.. Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya..
🐜🐜🐜Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat"..
🐜🐞🐜 Jika kita tak suka semut2 berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/sheildtox/bakar semut2 tu. Kita tegur mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s.. sebab semut2 ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s..Semut2 ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa.. Kisah semut ni pun ada di dalam Al-Quran..^^
🐌🐞🐜🐜Cintai Rasulullah s.a w. dengan mengamalkan segala sunnahnya..
**syaitan berbisik "erm xpayah la copy kisah semut jer pon..." 
p/s ..copy je la... x susah pon...xluak pun internet 2...tambah pahala lg ada....hanya d sbbkan anda share maka org lain xkan berbuat dosa tanpa d sedari.


........................................................................................

p/s : sharing is caring......... :)


1 comments:

Jenjalan Raya La Plak...

11:07:00 AM Noor Akma 5 Comments


Dah hariraya...berziarah kerumah sedara mara. Ambil gambar beramai2 buat kenangan. Sebelum gambar kenangan ni lesap terdelete dalam henpon, tepek kat sini dulu....huh!

Gambar di ambil di Bota Kiri, Perak. Aritu, ingat nak singgah 2 - 3 biji rumah. Tapi apakan daya... rumah2 tertutup.. gi beraya la tu.  Iyer la, tak diberitahu awal2 nak datang. Bukan apa, tak nak menyusahkan tuan rumah buat itu ini... Tapi takpe, sebuah rumah pun jadi la....

Balik dari rumah ni, dapat setandan pisang emas dan sekotak berpuluh biji buah kuinin. Murah rezeki kami sekeluarga.... sangat2 berbesar hati. 

p/s : Orang berbudi kita berbahasa..... :)


5 comments:

Raya 2016... Gambar Raya Keluargaku !!!

5:02:00 PM Noor Akma 2 Comments


Beraya di kampung halaman... berbaju raya dan bergambar kenangan. Raya ketiga baru kami rasmi beraya...... gara2 en. somi kena bekerja pada raya pertama dan kedua. Malam raya ketiga sebelum balik kampung aku buat rendang lagi... 

Buat kek buah dan kek coklat untuk dijadikan buah tangan pulang ke kampung halaman di Perak. Malam tu lah baru terasa nak beraya......... Kalau tidak, anak2 semuanya muka monyok2 belaka... Meriah x tido sampai pagi bergelak ketawa sambil mengacau rendang... hehe!

Balik beraya .... jalan jammed, balik lepas raya pun jalan jammed. Nasib la....! Tapi paling seronok jumpa ibu bapa... tengok kampung halaman dan jumpa sedara mara serta kawan2. 

Apapun, dengan ini..... saya Noor Akma dan keluarga mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA 2016" .....  

p/s : raya sebulan... kan! Lepas ni, jenjalan open house plak!


2 comments:

Dah Nak Raya Ke...?

8:41:00 PM Noor Akma 1 Comments



Puasa ke 27..... dah dekat nak raya nih. Tapi mood raya entah kemana lah perginya. Disebabkan aku terpaksa beraya di Shah Alam pada raya pertama dan kedua. Raya ketiga petang, baru nak gerak balik kampung. En. somi masih bekerja... so, terpaksalah beraya yang tak serupa beraya kat sini... isk isk2!

Hmmm... bosan le dibuatnya. Kedai online pun dah ditutup sempena raya nih. Buka balik selepas raya... FB sunyi  jer... Hari  ni baru nak terketik2 update blog ni.... Sebenarnya idea menerawang jauh tapi teramat susah nak di ungkap jadi perkataan... huh!

Persiapan raya... jangan tak ada je la. Baju raya dan tudung raya aku dan anak2 perempuan beli online.... Sepasang sorang jer.. Kelmarin pergi jugak la shopping beli kasut untuk anak2 perempuan dan kemeja en. somi dan anak bujang. Handbag aku plak tetiba rosak... So, beli online kat Lazada..! Walau beg tu cantik tapi kurang menepati selera ..... Dah beli, pakai je la. 

So, itu jer la.... info terkin dari aku... Sekarang dalam beberapa hari ni, bertukus lumus menyiapkan projek mega en. somi. Anak bujang aku lah yang paling busy menguruskannya. Projek cari duit modal balik kampung. Apa lagi, berkecah la rumah. Bertabah lah :((

Lepas ni nak masak hidangan raya plak. Buat seba sikit lebih kurang jer.... Nasi impit, kuah kacang dan kuah lodeh..... Buat seperiuk kecik jer semua tu. Biskut raya jangan tanya.. bayang pun tak nampak... Tak ada pun tak kisah. Nanti aku nak buat kek 2 biji ... Kek buah dan kek coklat..... Not so excited... hehe!

Ok... bye!

p/s : Berhati2 di jalanraya.... 




1 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...