Susu Dutch Lady PureFarm.... Menyelit Di Celah Sarapan Pagi Ku Kini...

4:44:00 PM Noor Akma 1 Comments


Dalam kehidupan sehari-hari aku dan keluarga ada mengambil minuman susu ni, tapi biasanya yang serbuk tu dibancuh bersama air panas. Selalunya minuman bercoklat dicampur dengan susu pekat. Itulah yang di ambil bersama sarapan diwaktu pagi. Anak2 pun ada menerima program susu sekolah. Dapatlah sekotak sehari di hari persekolahan.

Biasanya susu ni pada tanggapan ramai orang hanya untuk bayi dan kanak2. Biasa la tu.. kan? Tambahan lagi susu ni  pada ramai orang bukan barang keperluan untuk di manfaatkan kecuali pada bayi dan kanak2. Yang ramai orang tak tahu, susu adalah penting untuk tubuh badan kerana ia mengandungi kalsium yang dperlukan untuk tulang, gigi, sistem saraf dan tisu otot yang kuat.



Aku sebagai seorang ibu sangat mengetahui susu adalah minuman terbaik di waktu sarapan. Dutch Lady PureFarm.... Susu No. 1 untuk sarapan memudahkan kerja aku. Tak perlu sediakan air panas. Boleh terus di minum bersama sarapan. Rasanya pun sedap dan digemari anak2. Hari yang hebat pasti bermula dengan Dutch Lady Pure Farm... Yeayh!

Kini dan hari2 seterusnya aku kena pastikan kami seisi keluarga mengambil sarapan bersama sekotak @ segelas susu setiap hari. Dan pilihan aku adalah susu Dutch Lady PureFarm... Susu No. 1 untuk sarapan. Menu sarapan keluarga aku kini akan lebih menyerlah khasiatnya apabila bergandingan dengan Susu Dutch Lady PureFarm.
Susu Dutch Lady PureFarm ada pelbagai perisa selain original dan low fat. Ada perisa coklat, kopi dan strawberry juga. Boleh pilih ikut sekehendak hati dan jiwa raga sendiri. Hmmm... sedap2 belaka perisa susu Dutch Lady PureFarm ni! Boleh cuba bersarapan dengan pelbagai perisa... hehe!

Sarapan pilihan Dutch Lady

Sarapan aku @  Cabaran 7 Hari Sarapan Bersama Dutch Lady Malaysia
Macam2 jenis sarapan boleh dipadankan dengan susu dutch Lady PureFarm. Kita boleh lihat beberapa sarapan pilihan Dutch Lady yang dipaparkan disini. Sarapan pilihanku pun disertakan sekali. Bolehlah di adaptasi dam kehidupan harian nanti bersama Susu Dutch Lady PureFarm. Demi apapun, pilihanku..... Susu Dutch Lady PureFarm... Susu No. 1 Untuk Sarapan.... MALAYSIA!!!

Untuk info lanjut tentang susu Dutch Lady, klik... 

Website

FB

IG


p/s : Jom minum susu.... Susu Dutch Lady PureFarm.... Inilah pilihanku... !!!

1 comments:

Tidur Bersama Solekan, Jangan amalkan......

6:44:00 PM Noor Akma 0 Comments


Seletih mana pun kita, waktu nak tidur tu mesti amalkan mencuci solekan terlebih dulu. Jangan terperangkap dengan sifat malas dan memberi alasan keletihan. Bukannya lama, seusai dalam masa 3 minit.... wajah dah siap dicuci. Selebihnya bolehlah disapu krim malam agar kulit menjadi sihat. Tak sapu apa2 pun boleh... tak memudaratkan.

Apa sebenarnya yang terjadi jika kita tidur dengan wajah masih bersolek? Percayalah tiada satu pun manfaat selain anda rasa anda tidur dengan cantik bagaikan Sleeping Beauty. Disini akan dihuraikan akibatnya....

KULIT KERING & CEPAT BERKEDUT
Tidur dengan mekap boleh menjadi punca kulit kering. Ia juga menyebabkan kulit terdedah dengan radikal bebas yang akhirnya membuatkan kolagen kulit musnah, dan akhirnya kedutan mula muncul di kulit. Kulit biasanya memperbaharui sel-sel ketika kita tidur, tetapi andai kulit tidak dicuci bersih sukar untuk ia menghasilkan sel baru secara semula jadi.

BAKTERIA TERPERANGKAP
Bila bedak asas atau bedak kompak meliputi muka dari siang ke malam, banyak kotoran dan bakteria sudah terperangkap. Bakteria-bakteria yang terperangkap di dalam pori wajah akan menyebabkan masalah lain seperti jerawat dan lama-kelamaan menyebabkan kulit menjadi kusam.

IRITASI MATA
Partikel-partikel maskara boleh membuatkan folikel tersumbat dan akhirnya menyebabkan iritasi pada mata sekaligus menyebabkan radang mata. Anda akan lihat mata akan menjadi merah-merah dan garis halus sekitar mata juga lama-lama akan muncul.

BULU MATA GUGUR
Memakai maskara terlalu lama juga boleh menyebabkan bulu mata menjadi lemah dan mudah gugur. Bayangkan apa lagi yang boleh berlaku jika anda tidur dengan bulu mata palsu masih terlekat di mata? Hmmm…!

BIBIR KERING & PECAH-PECAH
Tidur dengan gincu masih bersalut pada bibir menyebabkan bibir kering dan pecah-pecah, tidak kiralah apa jenis gincu sekali pun, frosted, glos mahupun pusam. Ramai dermatologi menyarankan sapuan pelembap atau gloss bibir sebelum tidur kerana suhu rendah pendingin hawa boleh menyebabkan bibir kering.

p/s : Bahaya... kan? So, lepas ni beringatlah, untuk wajah lebih berseri dan anti penuaan....

#kredit SINI



0 comments:

Petua Mudah Kecutkan Jerawat.... Kunyit!

8:06:00 PM Noor Akma 0 Comments


Kalau tetiba tumbuh jerawat batu yang nak meletus macam gunung berapi.... tak payah susah2 nak cari ubat kat farmasi lagi. Kita cuba idea murah dan mudah ni. Barang yang sentiasa ada di dapur. Biasa digunakan untuk buat rendang dan masak lemak serta beberapa masakan kampung lagi.

Kunyit..... menerusi beberapa kajian, telah terbukti mempunyai bermacam-macam khasiat perubatan. Kandungan antiseptik yang terdapat pada kunyit mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka kecil, kecederaan dan melecet. Disebabkan kesannya yang menakjubkan pada kulit, pakar kecantikan dari seluruh dunia kini mula menyedari dan menggunakannya ke dalam produk kecantikan masing-masing.

Cara mudahnya untuk megecutkan jerawat dimuka.... tumbuk seketul kunyit hidup sehingga lumat dan tepekkan di muka. Biar seberapa lama yang boleh. Lepas tu cuci macam biasa. Ulang rutin ini beberapa kali sehingga jerawat hilang sepenuhnya. Ambil masa dalam 2 - 3 hari juga lah.

Untuk kesihatan dan kecantikan kunyit boleh juga di buat jus dengan hanya kisar kunyit hidup dengan air masak, tapis dan hidangkan dengan sedikit asam keping serta gula melaka. Jika diamalkan, ia dikatakan mampu memperbaiki sistem dalaman tubuh badan.

Boleh juga mencuba scrub kunyit dengan mencampurkannya bersama beras yang di kisar dan air. Sesudah itu mulakan tugas menyental ke seluruh badan sebelum mandi. Ia dikatakan dapat membuang sel kulit mati dan membuatkan kulit menjadi mulus dan sekata warnanya.

Pendek kata selain mengecutkan jerawat, ada macam2 lagi kelebihan kunyit. So, Sama-samalah kita menjadi segar dan cantik dengan kunyit...... Dan yang pasti jerawat tak menyinggah lagi.!

p/s : Rawatan kecantikan yang boleh dilakukan dengan sangat mudah dan murah dengan keselesaan di rumah sendiri. Jom cuba....

#kredit SINI


0 comments:

Jambu Batu Merah Lebih Banyak Khasiat........

5:24:00 PM Noor Akma 2 Comments


Waduhhhh.... selalu makan jambu batu hijau jer. Jaranglah jumpa jambu batu merah. Selalunya jambu batu merah jumpa yang dah siap jadi jus. Memang sedap jus jambu batu merah ni. Jambu batu yang hijau selalu jual di jalanan sebagai buah potong. Makan dicicah serbuk asam boi atau kuah rojak. 

Jambu batu merah lebih banyak kandungan air dan kurang manis jika dibandingkan dengan jambu batu biasa. Tidak hairanlah jika buah jambu batu merah lebih banyak dibuat jus jika dibandingkan dengan jambu batu biasa. Banyak dijual di pasaraya dalam kotak minuman. Buahnya jadi lembut bila masak ranum, tak macam yang hijau.... keras macam batu... hehe!

Kita ambil tahu pulak khasiat jambu batu merah ni.....

Tinggi vitamin C
Makanlah jambu biji merah kerana banyak kandungan vitamin C yang terdapat dalam buah ini. Kebaikan kolagen sebagai protein yang diperlukan tubuh untuk mengekalkan keutuhan pembuluh darah, kulit, tulang dan organ-organ lain.

Baik untuk pencernaan
Makan jambu biji merah baik untuk kesihatan sistem pencernaan. Ini berikutan dengan kandungan serat dalam buah ini. Serat berguna untuk melancarkan pergerakan usus dan memudahkan pergerakan usus dalam membuang toksin daripada tubuh. Turut kaya dengan vitamin B kompleks.

Merendahkan tekanan darah
Amat bahaya jika mengalami masalah tekanan darah tinggi. Dikatakan mampu merendahkan tekanan darah. Kandungan kalium yang tinggi dalam buah ini dikatakan mampu menstabilkan darah mencegah tekanan darah tinggi.

Mengekalkan fungsi kelenjar tiroid
Kesihatan tiroid juga mampu dikekalkan jika makan jambu batu merah. Ini kerana kandungan tembaga yang terdapat dalam buah ini dikatakan terbukti berkesan untuk kelenjar tiroid.

Membantu penyerapan zat
Pengambilan jambu batu merah dikatakan mampu membantu penyerapan zat. Kandungan mangan dalam buah amat penting untuk tubuh menyerap pelbagai zat.

Merawat demam denggi
Simptom-simptom demam denggi dikenali melalui penurunan sel-sel darah merah sihat (platelet), bintik merah pada kulit. Ini juga menyebabkan penghidapnya berasa loya dan pening.

Kaya dengan magnesium
Jambu batu merah kaya dengan magnesium. Dikatakan mampu membantu otot merehatkan saraf dalam tubuh. Pengambilan jambu biji merah selepas melakukan aktiviti seharian mampu mengembalikan semula stamina yang hilang.

Sihatkan otak
Kandungan vitamin B3 dan B6 yang terdapat dalam jambu batu merah dikatakan amat berguna dalam mengekalkan fungsi otak menggunakan peredaran darah.

Kekalkan kecantikan dan kesihatan kulit
Jambu batu merah dikatakan amat baik dalam mengekalkan kesihatan kulit. Vitamin, beta karotena dan antioksidan memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan kulit. Pengambilan jambu batu merah akan menjadikan kulit cerah, halus dan jauh daripada masalah kulit seperti jerawat, kulit kering, kulit berminyak dan masalah kulit lain.

p/s : Masa kecil dulu ada pokok jambu batu merah ditanam oleh bapak aku. Rajin memanjat sambil makan buah ni kat pokok. Buahnya kecik jer, tak macam jambu batu hijau yang besar gedabak... ^-^peace!

2 comments:

Makan-makan Steamboat BBQ D'Kayangan Tuhh....

5:51:00 PM Noor Akma 3 Comments


Kelmarin bertandang kesini,  BBQ Steamboat D'Kayangan. Memang terasa berada di kayangan sungguh. Penuh dengan serbanika makanan laut. Orang yang suka sangat makanan laut mesti suka tempat ni. Nak makan sini kena kosongkan perut dulu sebelum datang.... barulah puas merasa semua makanan kat sini... walla!


Tengok gambar tu... penuh dengan isi laut yang dah dibawa ke daratan. Pilih je la yang mana terasa sedap ditekak. Ada yang telah di perap dengan perencah yang menyelerakan. Sosej dan bebola berbagai bentuk pun ada. Semuanya yang terhidang tunggu untuk di rebus dan di bakar saja. Sayuran pun ada, cuma lupa ambil gambar je.... Tak sabar nak melantak ler tu... hihi!


Gambar ni pula juadah iringan..... Berbagai jenis sos untuk dicicah dengan makanan dan berbagai bentuk mee kering dan telur ayam serta telur puyuh disediakan untuk di rebus juga. Kambing golek, mee goreng, nasi goreng dan pelbagai juadah lagi untuk di santap. Bolehlah ambil semasa menunggu rebusan dan bakar tu siap. Buah2an, kek dan aiskrim juga ada buat pencuci mulut.... pendek kata betul2 rasa di atas kayangannnnnn.... hahaha!


Masa ni operasi memasak pulak. Merebus @ steamboat dan membakar @ BBQ. Boleh pilih nak kuah sup ayam atau tom yam. Kami pilih tomyam. Biar ada kepedasan... baru terasa kemanisan makanan laut tu. Tomyamnya pekat dan rupa serta rasanya sangat menyerlah. Tengok tu,  berasap2 dan berapi rasa kesedapannya.

Gambar ni letak di FB dan Instagram kelmarin. Ramai yang like dan tanya macam2. Yang paling best dapat respon terus dari jiran kat rumah aku ni. Katanya minggu depan nak makan2 bawa keluarga kat D'Kayangan ni. Huyyoo..... dah meleleh air liur ler tu...hehe!


Pada yang berminat nak makan2 di Steamboat BBQ D'Kayangan boleh tengok kat flyers tu.... Untuk lebih terperinci aku catitkan juga la...Untuk hari biasa D'Kayangan dibuka setiap hari isnin hingga ahad bermula 5 petang hingga 1 pagi dengan harga untuk dewasa Rm33.00++,kanak-kanak RM18.00++ sahaja. Boleh booking awal... lebih mudah sikit. Tingal tunggu makan jer.

Promosi terkini... Sunday Lunch dari 11 pagi hingga 3 petang. Harga dewasa RM22.90+ dan kanak2 RM9.90+ sahaja. Dah murah sangat tu dan sangat berbaloi2. 

Untuk info lanjut, boleh tengok kat bawah ni.......

Facebook
Instagram
Alamat
No 1, Apartment Servis Sri Acapella
Jalan Lompat Tinggi 13/33,Sekseyn 13
Shah Alam Selangor
No Tel
012 297 1091
017 507 6274
03 5523 4979


Muka kekenyanganan dan happy sangat..... Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Kami bagi 5 bintang.... huhu! Terima kasih D'Kayangan BBQ & Steamboat... 

p/s Untuk yang bercadang nak ke sini selamat menjamu selera dan makan2 d'kayangan @ syurga makanan.... keh..keh.. keh!


3 comments:

Gigit2 Tu Rupanya Nak Bermanja, Alahai Si Kucing...!

4:58:00 PM Noor Akma 1 Comments


Alahai si kucing.... manalah tau nak bermanja. Bila di usap2 tetibanya mengelinjeng nak menggigit bagai. Alamatnya kena tendang ler. Bukannya apa, takut juga kena gigit kang... bertanda dan bercalar balar tangan aku nanti. Tengok aksi kucing dalam gambar tu, terkenang cerita lama... hehe!

Kucing ni sama jer spesis pak belang yang dihutan tu. Cuma dah hidup dikalangan manusia... dah jinak le. Tapi buatnya keluar sifat liarnya tu, ngeri juga dibuatnya. Takpe... takpe dah faham dah sikit sifat si kucing. Tapi kena juga berhati2, jangan terlebih2 manja denga kucing tu. Nanti....auwwww  grrrr... kena cakar!

Pernah aku ada kucing yang semacam faham jer apa aku cakap dan suruh. Pandai kenakan aku juga tu. Bila aku keluar jalan2, memula nak ikut tapi bila aku suruh tunggu aku balik, elok je dia duduk diam2. Balik je, berkejar bila nampak aku.

Lagi satu berebut kusyen depan tv. Dia dah baring elok kat kusyen lain. Bila aku ambil kusyen lagi satu, berkejar dia berebut dengan aku. Nostalgia dah cerita ni. Kucing tu dah mati. Kena penyakit mulut busuk tak boleh makan. Tak sempat nak bawa klinik... dah mati. Menyesal tak sudah aku masa tu, busy sangat.

Rumah yang aku tinggal sekarang tak dapat nak bela kucing. Rumah flat jer.. Tapi mana2 kucing yang ada kat flat ni semua aku sayang. Kalau ada yang datang kat pintu rumah mesti aku bagi makan. Nnti dah siap rumah idaman aku tu... mesti aku bela kucing lagi... insya'allah.

p/s : Sangkar kucing masih ada.... ramai yang tanya nak beli. Tak jual2. Sayang... :)

#kredit SINI


1 comments:

Add Tuuuuu.... Dah Tak Faham, Nak Buat Camne..Hahaha!

3:39:00 PM Noor Akma 2 Comments


Hadoiii... tak tau nak kata apa... Malu tak terkata.. Nak buat camne dah tersilap bagi jawapan. Jawapan yang bernas plak tu. Nak nyorok dalam henpon, orang jumpa juga.. Left grup la jawabnya. Jangan silap faham nih.. bukan aku yer.. dapat benda ni dalam grup kelmarin.

Tu le pasal.... zaman IT dan teknologi yang dah macam2 ni.... macam2 istilah aku jumpa. Janganlah nak memandai2 guna istilah yang kita sendiri tak faham. Silap haribulan kena gelak berirama dan jadi viral kat media sosial.

Kenalah berfikiran terbuka dan otak pun nak kena sentiasa berhubung. Semestinya kena rajin bertanya apa2 yang tak tau kepada yang lebih tau. Macam kengkawan aku yang dah jadi mokcik2 yang otak dah berkerak tu... rajjn juga lah bertanya pada aku hal2 macam ni. Aku bukannya pandai tapi dia orang tau aku la yang paling rajin berinternet.... hehe!

p/s : Macam istilah omg dan otw tu pun ada yang tak tau... Aku, kalau nak tau apa2, tanya jer anak2, tak pun google jer... :)



2 comments:

Tiada Jalan Mudah Mencari Kesenangan....

4:50:00 PM Noor Akma 0 Comments


Nak senang jer... Mana ada kerja yang senang... Tidur baring memang senang.... Tapi bila perut lapar kena pergi cari makanan juga. Nak dapatkan makanan perlu ada duit. So, balik2 ke situ juga... perlu berusaha, bekerja....baru ada rezeki...hmmm!

Tengah berusaha mencari rezeki dan kesenangan... bak kata pepatah "Yang pipih tak datang terus melayang, yang bulat tak datang terus bergolek"....  Maksudnya kena ada sesuatu  daya tolakan untuk rezeki dan kesenangan datang pada kita. Betul ke peribahasa ni..... entah, main hentam jer!

Cara setiap orang berbagai2, yang penting kerja dan usaha yang halal dan barakah. Menurut pendapat beberapa pakar psikologi, hidup itu menjadi indah kerana hadirnya 2 perkara.... senang dan susah. Redhakan  lah.

Bayangkan kalau seseorang itu sentiasa senang atau susah terus, pasti hidupnya tidak akan berwarna warni. Allah SWT berfirman dalam surat Al Insyirah ayat 5 dan 6 yang ertinya: “Maka bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan”.

p/s : Kalau ada yang datang pada aku... ajak masuk skim entah apa2.  Kena bayar duit sekian2 lepas tu duduk diam2 boleh dapat duit... jangan harap la aku nak percaya... hehh!


0 comments:

Penyepit Bulu Mata.... Trauma Wehhh!

7:12:00 PM Noor Akma 3 Comments


Secebis cerita di sebalik sebuah penyepit bulu mata. Dah lama cerita ni... terbongkar kembali apabila anak perempuanku pulang bercuti hari raya korban baru2 ni. Di bawanya pulang sebuah penyepit bulu mata. Aku nampak sewaktu dia bersiap beghegek (bahasa perak, maksudnya berhias muka)... senang cerita bermekap la... 

Ada ke nak nak di acunya bende ni (penyepit bulu mata) kat mata aku. Ngeri dan trauma aku kat benda ni dia tak tau. Walau dah lama berlalu, masih terasa lagi kesakitan dan nak tercabut mata dibuatnya. Itulah alkisah masa aku belajar dulu. 

Ada member bilik aku di kolej nak pakaikan aku benda ni. Tapi tersilap cara, kelopak mata aku yang tersepit. Sakitnya jangan ceritalah..... Sejak itu aku dah tak berani nak pakai lagi benda ni. Tak ada bulu mata lentik pun tak apalah. Trauma... wehh!

Aku ni bukanlah seorang yang suka beghegek lebih2 pun... haha cakap Perak lagi! Cukup dengan pakai bedak dan lipstik jer. Masa kerja 8 - 5 dedulu ada la pakai sikit yang kaler2 bawah kening tu. Tapi sejak dikerjakan anak kecil  pewarna tu... tak pernah beli dan pakai dah!

p/s : Anak cakap "mummy ni kolotlah, itu pun tak reti pakai" Aku cakap "Yer la orang kampung jer, tapi mummy ni blogger tau".... hehe!


3 comments:

Ku Lihat Hijau....

7:08:00 PM Noor Akma 2 Comments


Stressnya aku.... So, aku terbayangkan warna hijau. Hijau... merupakan warna yang bermanfaat mengurangkan stress, banyak dijumpai pada daun-daun. Hijau itu warna yang mendamaikan jiwa. Terasa nak pergi kesuatu tempat yang penuh dengan kehijauan... huhu!

Kita lihat apa kata makcik wiki tentang hijau...

"Hijau ialah warna yang biasa dinampak dalam alam semula jadi, khususnya tumbuh-tumbuhan. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan berwarna hijau, terutamanya kerana tumbuh-tumbuhan mempunyai klorofil, sejenis sebatianyang terlibat dalam proses fotosintesis."

Di traffic light yang ada di jalanraya, warna hijau pasti yang sangat ditunggu - tunggu. Mengaku je la.... Bila lampu merah bertukar ke warna hijau, pasti rasa kebosanan menunggu itu akan lenyap begitu saja. Betul tak? Lampu hijau....maksudnya jalan terus. Melalut plak... hihi!

p/s : Moga stress aku akan segera berlalu pergi ... Kenapa stress, nanti aku cerita...!


2 comments:

Sinki Tersumbat.....? Dah Takde Dah... Lega!

2:34:00 PM Noor Akma 3 Comments


Pernah tak sinki kat rumah korang tersumbat? Dulu2 rajin juga lah sinki tersumbat kat rumah aku ni. Bila dah tersumbat, semua kerja di dapur jadi susah. Bila dah dibaiki, jadi balik. Bukan senang nak disiplinkan anak2.

Semua tak mengaku.... Tak reti nak kosongkan pinggan dulu bila basuh pinggan. Sekarang masalah tu dah selesai apabila aku terfikir cara mudah ni. Cara mudah aku nak elak tersumbat, aku letak bekas penapis sayur yang hampir sama besar dengan sinki di dalam sinki. 

Lubang penapis tu dapatkan yang kecil agar segala macam sampah tak terus masuk ke lubang sinki. Jadi, bila basuh pinggan tu sisa2 nasi dan makanan akan terlekat di bekas penapis tu. Lepas tu, bolehlah kutip dan buang dalam plastik sampah.

p/s : Kuah makanan yang tak habis jangan curah dalam sinki yer. Lemak2 dan minyak2 tu akan melekat kat dinding lubang tu. Sumbat juga nanti. So, buang dalam plastik ikat ketat2. Beresss...!

3 comments:

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com

12:36:00 AM Noor Akma 1 Comments



3D GOLD STEMCELL SERUM MY BEAUTY HERBS

Adakah anda ingin kulit wajah bebas tanpa jeragat, parut dan pori-pori terbuka? Adakah anda inginkan kedut di muka hilang sedikit demi sedikit dan anda inginkan semua masalah kulit muka hilang dengan hanya satu rawatan yang tidak melibatkan kos yang mahal? 

3D Gold Stemcell Serum akan menjadi jawapan atau solusi untuk permasalahan anda. PARUT JERAWAT, JERAGAT yang mula berkampung di muka dan yang sudah berkerak, KEDUT di muka yang menjadi teman apabila usia semakin bertambah adalah penyebab hilang keyakinan diri untuk bersosial.

Jangan biarkan masalah ini menghantui anda setelah sekian lama anda berada di dalam dilema dan malu bertemu janji. Kini My Beauty Herbs mengembalikan kejelitaan anda tanpa perlu melakukan laser dan kos-kos perubatan yang mahal. Beralihlah kepada 3D Gold StemCell Serum yang bakal mengubah kulit muka anda dari biasa menjadi luar biasa…Sangat hebat dengan hanya calit-calit merecik... Wow...


"Penyanyi/Pengacara Feeya Iskandar antara pengguna setia 3D GOLD STEMCELL SERUM. Beliau berjaya kekalkan kulit gebu semasa mengamalkan 3D GOLD STEMCELL SERUM dengan sapuan treatment cream di waktu malam."


Produk buatan MALAYSIA yang diformulasikan di FRANCE dan lulus KKM (NO KKM : NOT160106092K). Dapatkan KULIT KEKAL MUDA ANGGUN hanya dalam 30 HARI. Kesan penggunaan seawal 10 hari! Dapatkan kulit idaman anda hari ini. Dengan hanya sekotak, mesti ada perubahan ketara dan kulit lebih merecik flawless dan muda jelita. Nak lagi best pakai secara konsisten selama boleh. Memang TERBUKTI BERKESAN! Bahan SEMULAJADI!

3D GOLD Stem Cell Serum mempunyai kelebihan kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal dan formula yang terkini seperti Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprouts Extract & Dermacom. Kelebihan yang ada pada 3D Gold StemCell Serum menjadikan kulit anda terus kekal muda anggun selamanya, seperti Feeya Iskandar duta My Beauty Herbs. Formula Hebat ini mampu memberi kesan “Instant Lifting” pertama kali ketika memakainya. Rangsangan tegang akan dapat dirasai secara lembut.

3D GOLD STEMCELL SERUM bagus dan berkesan untuk :
  1. Hilangkan parut hitam 
  2. Hilangkan dan cegah jeragat
  3. Mencegah luka jerawat
  4. Menutupi liang pori
  5. Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
  6. Lembapkan kulit
  7. Menganjalkan kulit
  8. Mengawal minyak pada wajah
  9. Mencerahkan kulit
  10. Menegangkan kerutan dimata
  11. Pudarkan gelap bawah mata
  12. Melindungi kulit dari sinaran UV
  13. Mengalakkan penghasilan kolagen
  14. Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten 
Cara Penggunaan My Beauty Herbs, 3D GOLD STEMCELL SERUM :
  1. Sila tekan 1 ATAU 2 kali dan ratakan serum ke wajah, bawah mata, leher dan mata sebelum tidur dan waktu pagi selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa panjang.
  2. Pastikan anda membersihkan wajah sebelum menggunakan SERUM
  3. Krim rawatan dipakai pada waktu malam selepas mencuci muka. Jangan dicampurkan dengan produk lain.
  4. Minum minima 8 GELAS air kosong sehari

Harga
RM150 Semenanjung RM159 Sabah/Sarawak $65 Brunei $65 Singapore. Dapatkan harga promosi RM120 sekarang dengan treatment cream percuma bernilai rm69.90. 

Video Eksklusif Feeya Iskandar


Soalan yang kerap ditanya :
  1. Adakah 3D Gold Stemcell Serum ini berkesan ke? InsyaAllah berkesan, kerana dah lebih 1002 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus sebelum dilancarkan.
  2. Kenapa ramai yang order 3D Gold Stemcell  Serum iniKesan dapat dilihat seawal 10 hari, 100% diperbuat dari bahan semulajadi, tiada kesan sampingan yang menjejaskan kesihatan, 100% lulus KKM, harga yang berpatutan dengan kualiti terbaik,  mempunyai kandungan pure stemcell yang sangat tinggi, tiada pantang larang semasa pemakaian, sesuai untuk golongan lelaki dan perempuan, tahan lama dan untuk sebulan, terbukti secara klinikal, tiada bahan kimia, kualiti bertaraf antarabangsa, majoriti pengguna berpuas hati.
  3. 3D Gold Stemcell Serum ni boleh tahan berapa lama? 3D Gold Stemcell Serum 20ml boleh tahan selama sebulan.
  4. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, kerana ada kandungan Lepitium Sativum Sprout Extract, Pure argania stemcell,Hydrolyzed Wheat Protein, Lepituim Sativum Sprouts Extract & Dermacom  yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau pori-pori besar. Jangan lupa sapu treatment krim di waktu malam.
  5. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh, tiada masalah.
  6. Ada kesan-kesan sampingan tak? Tiada kesan sampingan. 3D Gold Stemcell Serum, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit.
  7. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  8. Bagaimana nak dapatkan 3D Gold Stemcell Serum? Dapatkan dari kami My Beauty Herbs Hq +6011 28090446 atau beli online di website www.mybeautyherbs.com.my



Sila jawab soalan-soalan berikut :
  1. Siapakah pengguna yang akan mencuba? (sendiri/suami/isteri/lain-lain : SENDIRI)
  2. Kondisi Kulit Pengguna Sekarang (berjerawat/pigmentasi/jeragat/kulit tidak sekata/ berminyak/lain-lain :  JERAGAT, KULIT TAK SEKATA DAN BERUMUR 40AN)
  3. Saya patut dipilih oleh My Beauty Herbs dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review 3D Gold StemCell Serum berdasarkan pengalaman pengguna kerana JIKA PRODUK INI BERKESAN KEPADA SAYA, SUDAH TENTU INI PRODUK TERBAIK!!!

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 16 hingga 25 September 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama My Beauty Herbs dalam mencari 40 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


1 comments:

Sambal Ikan..... Resepi Mudah Yang Biasa Sangatttt...!

1:52:00 PM Noor Akma 2 Comments


Hari ni nak cerita pasal resepi ikan yang biasa sangat aku masak.... Hampir 2 - 3 hari sekali mesti ada lauk ni dalam menu hidangan. Jarang la aku goreng ikan tak bersambal ni. Kalau ikan tu goreng bogel jer... en somi akan tanya... sambalnya mana?.... kann!

Kengkadang aku buat sambalnya asing... sebab nak makan ikan cicah budu, cencalok, sambal kicap atau sambal belacan. En. somi tak makan itu semua selain sambal ikan tu.... So, buat jer la.

Kalau masak sambal ni, satu rumah terbersin. Sambal ni kena masak agak lama sikit.. biar warna cili  pecah minyak dan bertukar gelap sikit... baru sedap. Kalau tak betul2 masak... cili tu akan rasa dan berbau rumput. 

Anak2 dan en. somi suka sangat dengan sambal ni.... Tapi aku... si tukang masaknya, tak berapa nak suka.... Pelik kannn... hahaha..!

Nak resepi sambal ikan aku yang power ni... klik SINI..

p/s : Sambal ni ... nak match dengan ikan apa pun boleh. Kalau tak nak ikan, telur, ayam, udang dan sotong pun boleh... Ikut selera sendiri... :)


2 comments:

Kalaulah Semua Mimpi Indah Menjadi Nyata.....

4:16:00 PM Noor Akma 1 Comments


Kalau setiap cerita hidup kita selalu indah, hati ini tak pernah kenal dekat dengan sabar dan ikhlas. Kalau setiap yang kita inginkan maunya dikabulkan, kita tak pernah tahu indahnya mendekati Allah bersama jutaan doa dan harapan. 

Kalau setiap harapan kita selalu berjalan sesuai rencana, kita tak akan pernah belajar bahawa rasa kecewa itu menguatkan jiwa!

p/s : Duhai hati... duhai jiwa.... bertabahlah!



1 comments:

Kakinya Biru..... Cantikkk!

2:49:00 PM Noor Akma 0 Comments


Cantik dan unik burung ni.... subhanallah....! Hmmm... warna biru tu menyerlah sungguh. Cari info kat google, nama burung ni...

"The blue-footed booby is a marine bird native to subtropical and tropical regions of the Pacific Ocean. It is one of six species of the genus Sula—known as boobies."

p/s : Sesungguhnya muka bumi ini penuh dengan kejaiban.... ^-^ peace !


0 comments:

Hatiku Nan Sekeping.....

1:54:00 PM Noor Akma 0 Comments


" Salam Jumaat "

Semoga hari ini lebih baik dari semalam... 
Duhai hati, pujuklah jiwa agar sentiasa redha dengan nikmat yang kau beri.....
Semoga ada hikmah menanti dikemudian hari....

p/s : Gambar ambil kat google....


0 comments:

Sepetang Di Tasik Shah Alam...

2:06:00 PM Noor Akma 2 Comments



Cerita berjalan2 di tasik shah alam petang. Sesaje jer kesana untuk bersantai2 melihat2 keindahan alam dan menghilangkan bosan. Aku pun dah pening asyik terperap kat rumah. Demam dah pulih, pening2 lalat tu tak hilang lagi.

Hurm.... hilanglah sikit kepeningan ni. Nanti bolelah beriadah lagi kat sini. Ambil gambar banyak2 lagi. Nak jogging juga nanti. Tengok ramai orang jogging. 

p/s : Nak pergi bercuti ongkosnya tak ada....... :(



2 comments:

Rezeki Itu Rahsia Allah.....

12:55:00 PM Noor Akma 0 Comments


Rezeki hadir pelbagai cara....
Bukan hanya wang ringgit.....
Pemberian, kesihattan yang baik, juga adalah rezeki.....

p/s : Syukurrrr.... atas rezeki yang sentiasa ada...... :)


0 comments:

Projek Kuih Siput Bersama Anak2....

4:46:00 PM Noor Akma 0 Comments


Hari ni aku buat projek menghilangkan bosan bersama anak2. Projek kuih siput, bergotong royong mengentel kuih siput dengan anak2. Pagi2 lagi aku dah bancuh sekilo tepung gandum. Pulul 10 lebih. kita orang pun mula mengentel dan menggoreng.

Anak2 aku bagi sekeping sorang acuan kuih siput. Suka dorang membuatnya sambil  bergurau senda dengan bentuk2 dan kejadian kuih siput tu. Aku ambil bahagian yang menggoreng jer. Kalau di bagi anak2 menggoreng.... macam2 warna pulak kejadian kuih siput aku ni.... hihi!

Ini projek kuih siput kali ke2.... Yg pertamakali masa cuti raya puasa ritu. Dah siap, sebalang besar kuih siput. Bila berjasama.... semua jadi mudah dan ringan. Tau2 dah siap jer! 

Nak resepi...... klik SINI - my cooking blog

p/s : Nanti, projek menghabiskannya plak... kejap jer tu... kunyah2 sambil tengok tv!



0 comments:

Hidangan Aidiladha 2016...

11:58:00 AM Noor Akma 3 Comments


Taraaa..... juadah dah siap terhidang. Pukul 8 pagi dah siap tu. Sebelum bersarapan hari raya dengan hidangan tu, inilah gambarnya. Sempat snap pic sekeping dua. Nasi impit, kuah kacang, rendang daging dan pencuci mulut puding laici.

Jom makannn...... :)

p/s : Lepas ni golek2, baring2 depan tv..... tengok la cerita apa yang ada....

3 comments:

Juadah Hari Raya Dalam Pembikinan......

2:52:00 PM Noor Akma 1 Comments


Esok dah nak raya lagi. Sekarang tengah sibuk menyiapkan juadah raya esok. Buat syarat jer, kannn! Juadah yang dah siap......... puding laici, dah dibekukan dalam peti ais dan rendang daging. Berhenti rehat makan jap. Dah tak tertahan dengan bauan rendang tu... hehe!

Petang nanti rebus nasi impit. Kuah kacang buat malam nanti. Kacang dah siap goreng dah... Kisar sementara rebus nasi impit. Ramuannya pun dah siap sekali masa buat rendang tadi.  Dah susun elok2 apa yang perlu dibuat dulu dan kemudian.... jadi mudah lah kerja aku.

Raya esok aku sekeluarga tak kemana2.... memerap jer la kat rumah tengok tv. Cuma en. somi pergi kerja. Apa nak kata.... dah tanggungjawab katanya. Sambil tengok tv, bolehlah makan juadah yang aku buat hari ni..... Itu jer la...

p/s : Selamat Hari Raya Aidil Adha...

1 comments:

Spidercat.... Woo!

6:02:00 PM Noor Akma 1 Comments


Kucing pun dah pandai melekat kat dinding....
Camne nak turun tu....
Gayat weh...!

p/s : Kena tunggu tuan si kucing turunkan pakai tangga... :)


1 comments:

Sakit Demamku Penghapus Dosa Kecil....

3:12:00 PM Noor Akma 0 Comments


Aku, masih lagi terasa pening dan sejuk menggigil walau panas dah reda. Gagahkan jugalah menghapdet blog. Tercari2 tazkirah untuk diri sendiri pasal sakit yang ku alami ni. Buat penenang jiwa yang tengah gundah menahan tubuh yang masih tak larat ni. Dapat yang ni.... Jom la menghayatinya...

Dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar dengan seribu satu dugaan, tidak pernah melepaskan seseorang muslim daripada tertimpa bala bencana. Kesakitan adalah salah satu daripadanya. Bezanya hanyalah sama ada kecil atau besar.

Ada orang ditimpa ujian kehancuran terhadap hartanya. Namun, tidak sedikit pula bagi seseorang yang diuji dengan kesakitan terhadap dirinya sendiri. Ada yang terlantar bertahun-tahun kerana mengalami penyakit yang ganjil. Begitu pula ada yang terpisah dengan anak atau ahli keluarga begitu lama. Semuanya mendera jiwa. Sakit.

Namun, apakah kesakitan baik yang menimpa anggota tubuh badan, harta atau jiwa itu tanda Allah murka kepadanya? Atau mungkinkah ia tanda Allah sedang menghapus dosanya? Barangkali ia merupakan jalan untuk sampai kepada maqam tertinggi di sisi Allah?

Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

p/s : Sesungguhnya aku redha ya'Allah... sebanyak mana aku yang sering melupakanMu.....

#kredit SINI



0 comments:

Aku Yang Tak Berdaya....

11:01:00 PM Noor Akma 0 Comments


Dah pergi klinik pagi tadi..... Klinik Kesihatan Seksyen 7 yang sebelah Hospital Shah Alam tu. Aduyai, punya la ramai umat kat Shah Alam ni berkumpul kat situ. Berjanggut manggut rasanya menunggu dari satu step ke step yang lain. Sabar aje lah...

Masa menunggu tu dah rasa nak pitam dah. Dah la rasa sejuk menggigil yang melampau. Nasib baik tak apa2. Ambil darah dah.... Dapat 2 tusukan. Tusukan pertama darah tak keluar, pindah cucuk tempat lain plak....sakitnya..! Doktor cakap takde apa2...Okey je. Ingatkan kena masuk wad. Tapi tu la, tak rasa tambah sihat pun. Dah makan ubat dah.... 

Kalau masih tak sihat juga esok lusa, ingat nak pergi terus kat Emergency Department Hospital Shah Alam. Demam aku ni macam on off jer .... lepas makan ubat dalam 2 -3 jam dah berpeluh dan rasa ok sikit. Tapi 2 - 3 jam kemudian mula pening dan badan start panas balik. Sekarang tengah ok la ni... tapi dah ada tanda2 nak pening balik... hadoi!!!

p/s : Malm tadi en somi belikan 100plus, minum 2 cawan ... bacaan gula dah tinggi. Doktor cakap, lain kali jangan minum dah. Minum air kelapa atau air barli... betul jugak, tak terfikir.!


0 comments:

Demam Dah 2 Hari.....

3:59:00 PM Noor Akma 2 Comments


Semalam dan hari ni aku dilanda demam. Mengigil2 badan duduk dalam selimut. Makan ubat demam dah.... Air dah berbotol2 minum.... Demam masih tak kebah. Esok memang ada temujanji kat klinik. Check demam sekali la..... 

p/s : Gambar dari pakcik google

2 comments:

Belimbing Buloh Boleh Cantikkan Kuku...

11:50:00 AM Noor Akma 2 Comments


Buah belimbing buloh yang sedap buat masak lemak cili api.  Buat sambal hitam pun sangatlah sedap. Dulu2 tak berharga buah ni. Sekarang buah ni boleh tahan mahalnya. 

Buah ni ada ditanam dibelakang dapur rumah keluarga aku. Bila berbuah lebat tu tak termakan. Bapak aku buat mencuci tangan hilangkan bau busuk getah sekerap lepas balik kebun.... hehe!

Selain tu, kegunaan lain boleh mencantikkan kuku....

Caranya : 

Gosok buah belimbing buluh terus ke atas permukaan kuku. Selepas itu, rendam kuku di dalam air suam yang telah dicampur garam untuk hasil yang lebih efektif. Biarkan ia kering dengan sendiri. Untuk kesan lebih baik, sapukan minyak zaitun. Amalkan petua ini untuk atasi masalah kuku kusam dan mudah kering.

Lebihan buah belimbing bila masak lemak tu, bolehlah cuci kuku.

p/s : Petua yang bagus juga....

#kreditSINI


2 comments:

Segmen Tonton Sudah Ku Tahu Versi Ucing

9:54:00 PM Noor Akma 3 Comments

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/09/segmen-tonton-sudah-ku-tahu-versi-ucing.html

Lagu Sudah Ku Tahu adalah  Lagu daripada Projektor Band yang di minati Ramai.Banyak Peminat nya menyanyikan lagu ini sebagai Cover  melalui Social media Fb & Smule.Jadi Ucing pun tidak juga ketinggalan untuk menyanyikan lagu ini sebagai Cover melalui karaoke.

Sertai Segmen Tonton Sudah Ku Tahu Versi Ucing Sebagai Supporters.Syarat-syarat nya adalah mudah:

1) Follow Blog Ucing Kadayan,Google + atau Facebook Ucing.
2) Buat Tajuk Post " Segmen Tonton Sudah Ku Tahu Versi Ucing "
3) Copy semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.
4) Tinggalkan Url post Anda ke dalam ruangan Komen Disini

Tag Rakan Anda
wawa

Tamat Segmen 9-9-2016.Kepada Blogger yang ikut Segmen ini akan di Senaraikan dalam Video Animasi Tonton Sudah Ku Tahu Versi Ucing Sebagai Supporters.



3 comments:

Limau Bali.... Eh..eh Limau Tambun.... apa2 ajelah!

1:11:00 PM Noor Akma 5 Comments


Balik kerja pagi ni en. somi bawa bali 2 biji limau bali. Di sedekah oleh kawan2 tempat kerja yang pulang berkursus di Ipoh. Di Ipoh terkenal dengan buah ni. Banyak dijual di gerai2 tepi jalan di kawasan Tambun. Jadi, buah ni juga dikenali dengan nama limau tambun.

Kat rumah keluarga aku, jauh sikit dari bandaraya  Ipoh ni ada sepokok limau bali ni. Ditanam di depan tangga dapur rumah. Jadi, sejak aku kecik lagi aku dah kenal buah ni. Tapi pokok ni sekarang dah tinggal tunggul jer sebab dah tua. So, dah nak mati... pokok ni di tebang la. 

Banyak kenangan dengan pokok ni,.. masa pokok ni berbunga lebat, satu rumah harum bau limau. Bila dah keluar buah kena balut, kalau tidak habis busuk di korek lalat buah. Ramai penggemar buah ni datang membeli. Yang paling ku ingat apek jual ikan.  Siap tempah tu.

Masa baru kahwin dulu, buah ni sering jadi ole2 dari kampung. Sekarang dah tinggal kenangan sebab pokok dah  tak ada. Ada ditanam pokok ni kat tempat lain tapi tak berbuah elok. Tak sesubur depan tangga dapur tu. Buah ni bukanlah buah kegemaran aku dan anak2. Setakat  boleh makan ajelah.

Dapat 2 biji ni, aku panjangkan sedekah pada jiran sebelah. Cukup la sebiji buah ni untuk kami sekeluarga. Pada yang memberi.. terimakasih daun keladi :)

p/s : Musykil sikit dengan nama buah ni... camne dapat nama bali tu...eh!


5 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...