Nak cerita pasal satu produk ni, Tropika Face Cleansing Oil nama di beri. Kenapa Tropika? Jangan tak tau... bahan utama produk ni adalak minyak kelapa dara. Sudah pastinya kelapa sinonim dengan tempat dan kawasan beriklim tropika. Jadi, dari situlah terciptalah Tropika Face Cleansing Oil.... gittew!

Guna Produk Tropika Face Cleansing Oil Bagaikan  Menerjah Ke Alam Semulajadi
 Produk Tropika Face Cleansing Oil 

Bila di sebut minyak kelapa dara atau nama saintifiknya VCO ini sudah pastinya terhasil dari buah kelapa yang biasanya tumbuh di tepi pantai dan kawasan kampung. Jadi apabila  menggunakan produk ini bagaikan menerjah ke alam semulajadi  yang bebas dari bahan kimia yang berbahaya. Bukankah bahan asasnya di perbuat kelapa... kan!

Kini produk Tropika Face Cleansing Oil ini menjadi regim wajib penjagaan wajah aku. Setelah memakainya, kulit terasa lebih lembut dan gebu. Aku sering gunakanya untuk menanggalkan mekap selepas kembali dari keluar beriadah dan membeli-belah.

Guna Produk Tropika Face Cleansing Oil Bagaikan  Menerjah Ke Alam Semulajadi


Cara penggunaan, basahkan kapas muka dengan Tropika Face Cleansing Oil. Lapkan kapas ke seluruh wajah sehingga seluruh mekap tertanggal. Basuh muka dengan air bersih. Sekejap saja muka dah bersih dari mekap dan kulit pun terasa sangat lain dari biasa iaitu lembut dan flawless je.

Untuk penggunaan biasa pada waktu pagi dan malam, picitkan sedikit Tripika Face Cleansing Oil ke tapak tangan dan usapkan keseluruh muka. Setelah basahkan tangan dengan sedikit air dan usapkan lagi keseluruh muka dengan rata. Selepas tu cuci muka seperti biasa. 


Dari pemerhatian aku yang menyeluruh, kini struktur kulit menjadi lebih halus, lebih cerah dan kulit tampak menjadi lebih anjal. Paling bagus produk ini di perbuat dari bahan alami dan menjadikan diri kita lebih dekat dengan alam semulajadi. Yang pastinya tanpa bahan kimia yang memudaratkan kulit wajah.

Produk ini berfungsi untuk penggunaan 3 dalam 1 ini iaitu sebagai penanggal mekap, pencuci muka dan pelembap ini adalah produk bagus untuk yang benar-benar menjaga kecantikan diri dan berminat dengan bahan- organik dari alam semulajadi. Apatah lagi produk ini berasaskan kelapa iatu dari minyak kelapa dara yang telah terbukti mempunyai banyak khasiat dan manafaat.

Sekiranya berminat nak mengetahui lebih lanjut dan mengenali produk ini serta ingin membuat pembelian, boleh hubungi di :





p/s : Ada juga produk lain jenama tropika ni. Macam-macam ada tau. Semua bahan asas pembuatannya dari minyak kelapa dara tau. Boleh klik link ini, yer! www.tropikabeauty.com.my

Assalamualaikum...


Klik banner untuk join...

CARA-CARANYA :


1 :  LIKE FANPAGE :

2 : FOLLOW INSTAGRAM :

3 : SUBSCRIBE YOUTUBE CHANNEL :

4 : buat satu entri kat blog korang yang bertajuk "2nd GIVEAWAY ATIEHILMI.COM ft. 1ST DENTAL CLINIC"

5 : follow blog kakak ya !! ada kat sidebar nun.. hee~


dah siap semua ? haa.. share link korang kat ruangan komen eh.. nanti kakak cek satu satu.. hee~ kena jaga sponsor maa.. tanak la nanti ade yang ngelat tapi rezeki dia plak menang.. unfair pada yang betul betul ikhlas support giveaway kakak ni..

HADIAH

pihak penganjur 1st Dental Clinic berbesar hati nak bagi RM 50.00 untuk 6 orang pemenang !! maksudnya jumlah keseluruhan adalah RM 300.00 !! wah !! kalau 6 orang pemenang maksudnya besarlah peluang korang nak menang ni.. hee~
RM 50.00 X 6 orang pemenang !!!

kakak akan buat pilihan pemenang secara rambang la macam yang sebelum ni..

BACA SINI --> RAJIN BETUL KAKAK SIAP PRINT NAMA AWAK ADE KALER TAU !!

16hb OKTOBER 2017 - 30hb OKTOBER 2017

kakak dan pihak penganjur akan mengumumkan pemenang dan buat transaksi seminggu selepas tamat ( 1hb - 7hb November 2017 ) giveaway ni..

okeh !!

let's start !!

*********************************

p/s : Jom ler join ..... :) 


Teringin makan kuih koci tapi terjadi kuih badak berendam pula... Pelik tapi itu yang terjadi pada masakan aku ini. Kuih ini aku panggil begitu sebab kalau kuih badak berendam yang biasa aku buat di kukus. tapi yang ini berlainan sekali. Versi stail sendiri punya. Tak taulah cara orang lain pernah buat macam ni kot atau panggil nama kuih lain ... hihi!

Resepi Kuih Badak Berendam Versi Kuih Koci, Stail Sendiri Tau...
Resepi Kuih Badak Berendam Versi Kuih Koci, Stail Sendiri Tau...

Terjadinya macam ni sebab aku nak buat kuih koci. Tapi tak dapat cari daun pisang sebab kalau tak ada daun pisang macam mana nak balut kuih koci tu. Dah beberapa kali pesan en. suami kalau pergi pasar, belikan daun pisang. Tapi tak di belinya sampai ke sudah. Pergi pasar malam lagi la tak jumpa daun pisang.. hmmm!

Jadi, tergerak hati nak buat kuih koci berkuah, ala- ala kuih badak berendam gittew!. Kuih ni inti macam kuih koci juga iaitu kelapa gula merah. Kuahnya buat bagi rasa masin-masin manis sikit. Barulah terasa lemak kuahnya tu, Nak bagi pekat kuah tu campur sikit tepung jagung. 

Kuih tu selepas di letak inti bulat-bulatkan macam biasa dan rebus dalam air mendidih macam buat kuih buah melaka. Bila kuih terapung dan menandakan dah masak, angkat dan letak dalam kuah yang telah di masak terlebih dahulu. 

Resepi Kuih Badak Berendam Versi Kuih Koci, Stail Sendiri Tau...
Resepi Kuih Badak Berendam Versi Kuih Koci, Stail Sendiri Tau...

Senang sangat membuatnya tapi ada 3 langkah yang perlu di buat. Nak resepi mudah yang tak terjangka ni, di sini di sertakan. Sayugia di ingat, resepi ini di buat tak tak ada sukatan yang tepat. pandai-pandailah laraskan ikut kehendak sendiri yer...!

Bahan-bahan:

Untuk inti:
2 cawan kelapa parut
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula putih

Untuk Kuah:
2 cawan santan pekat
2 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan air

Untuk kuih badak berendam:
1/2 paket tepung pulut
Air secukupnya
Secubit garam

Cara-cara:

Untuk membuat intinya kacau kelapa parut, gula merah, dan gula putih di dalam periuk dengan api yang kecil. Kacau sehingga inti menjadi sebati dan bergaul serata. Dah siap bolehlah di sejukkan.

Untuk membuat kuahnya pula, campurkan santan pekat bersama gula dan garam halus di dalam sebuah periuk. Di sebuah bekas, cairkan tepung jagung bersama air sehingga tidak bergentel. Campurkan sekali ke dalam periuk dam masak di atas api sehingga kuah menjadi pekat. Ketepikan

Untuk membuat kuih badak berendam @ kuih koci pula, Campurkan tepung pulut dengan air dan garam sehingga menjadi doh yang boleh di bentuk. Masukkan air sedikit demi sedikit agar adunan tak menjadi lembik.



Selepas tu ambil sedikit doh, bulatkan sebesar bola pingpong dan leperkan sedikit. Dengan berhati-hati, masukkan inti dan tutup perlahan dengan cermat agar inti tak terkeluar. Buat sehingga habis. Sediakan bekas yang di tabur tepung untuk meletakkan bebola adunan yang telah siap.

Sementara tu didihkan air dalam sebuah periuk. Masukkan bebola kuih ke dalam air panas itu. Apabila bebola timbul, bolehlah diangkat dan masukkan ke dalam kuah yang telah disediakan sebelum ni. Buat sampai habis. Dah selesai, tunggu sejuk....bolehlah di hidangkan. 

Alhamdulillah, lepas kempunan aku nak makan kuih koci. Anak-anak pun suka sangat. Berkali-kali mengulang makan. Lepas ni nak cari tepung pulut lagi. Buat ini pun dari tepung pulut lebihan buat kuih buah melaka bulan puasa ari tu. 

Nak tengok resepi dari blog ni... klik SINI tau.

p/s:  Resepi sedap yang tak terungkap asalnya tak dapat daun pisang jer... !


Assalamualaikum...


Klik banner untuk join...

Syarat-Syarat untuk menyertai Giveaway ini ialah:-
1) Sila buat post di blog anda, yang bertajuk First Giveaway Dari Ronaldmohoni.Com copy paste banner kat atas nih di blog anda dan linkkan post First Giveaway Dari Ronaldmohoni.Com di post anda.
2. Sila follow blog Ronaldmohoni.Com.
3. Sila komen kedua-dua post ini, iaitu:-


Hadiahnya ialah:-
1. Wang tunai Rm10 untuk 3 pemenang (ditentukan oleh cabutan tiket nombor peserta)
3. Kupon Reload Rm5 untuk 2 pemenang (ditentukan oleh cabutan tiket nombor peserta)
2. Top Refferal Rm10 untuk 1 pemenang (ditentukan oleh sistem statistik blogger.com)

Ok, First Giveaway Dari Ronaldmohoni.Com akan berlangsung dari 10/10/2017 hingga 10/11/2017 (sebulan). Penyertaan mestilah melebih 20 penyertaan, jika kurang, giveaway ini terbatal. Sila sent link penyertaan anda dibahagian komen. Sebarang pertanyaan sila tanya dibahagian komen, jangan malu jangan segan. 

Jamu sangat sinonim dengan wanita Indonesia. Oleh kerana Malaysia dan Indonesia yang mempunyai bahasa dan budaya yang sama, tempias pemakanan jamu pun turut di amalkan di Malaysia. Salah satu jamu yang paling terkenal adalah jamu kunyit asam. Kenapa kunyit? Sebab kunyit salah satu rempah anti inflamatori (peradangan) dan anti oksida. Kebanyakan wanita yang amalkan jamu ini  adalah untuk menjaga kesihatan dan kecantikan aset dalaman wanita.

Amalkan Jamu Kunyit Asam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Dalaman Wanita
Amalkan Jamu Kunyit Asam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Dalaman Wanita
Selain itu ada beberapa lagi manafaat dan kebaikan jamu kunit asam yang sangat bagus untuk kesihatan. Tak perlu lagi berbelanja besar membeli produk kecantikan dan kesihatan yang belum tentu keberkesanannya. Boleh menjimatkan kos dan wang ringgit juga.  Antara kebaikan dan manafaat itu adalah: 

- Menyingkirkan toksik dari badan 
Kandungan senyawa kurkumin dalam kunyit boleh mengeluarkan racun dalam badan dan meneutralkan toksik hasil dari pemakanan dan badan yang terdedah pada bahan kimia.

- Pengubat natural luka infeksi
Kunyit salah satu anti peradangan dan boleh membantu mengatasi luka infeksi bakteria secara alami dan semulajadi.


-  Melancarkan kitaran haid
Jamu kunyit asam boleh melancarkan kitaran haid wanita, malah boleh mengurangkan sakit senggugut. Boleh ditambah dengan daun sireh untuk kurangkan nyeri sakit senggugut dan menghilangkan keputihan.

- Mencerahkan kulit 
Bila toksik dikeluarkan dari badan, secara otomatik badan akan sihat, kulit akan kelihatan cerah, bersih dan sihat.

- Membakar lemak dan menguruskan badan
Selain dapat mengurangkan selera makan, jamu kunyit asam dapat membakar lemak berlebihan dalam badan. Seterusnya menguruskan badan dan melangsingkan badan selepas bersalin.

Amalkan Jamu Kunyit Asam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Dalaman Wanita


Di sini di  kongsikan cara buat jamu kunyit asam ini....

Bahan-bahan:

100g kunyit
1 liter air 
200g gula merah
50g asam jawa

Cara-cara:

Bersihkan kunyit kisar bersama 1 liter air. Rebus kisaran kunyit bersama gula merah dan asam jawa. Rebus sehingga menjadi pekat dan likat.

Selepas tu tapis dan bolehlah di minum 2 kali sehari iaitu waktu pagi dan petang. Boleh buat banyak-banyak simpan dalam peti sejuk. 

Sekarang dah ada orang komersialkan jamu asam kunyit ini. Tapi kalau dah boleh buat sendiri, buat apa membeli. Lagi pun bahan-bahannya mudah dan senang di dapati..  kan!

Nak tengok pelbagai informasi dan tips, klik SINI

p/s: Untuk yang rajin menjaga kesihatan dan kecantikan saja.. Almaklum, rasanya tu, payau... hehe!

#kredit FB Norihan Abd Halim

Hidup akan lebih indah dengan segala pemberian hadiah yang di beri dan di terima oleh yang tersayang seperti keluarga dan sahabat handai. Jadi jika anda berniat ingin memberi hadiah yang istimewa kepada yang tersayang anda di hari jadinya atau hari bahagianya bolehlah lihat di sebuah laman web ini iaitu https://www.printcious.com/my 

Peribadikan Hadiah Mu Kepada Yang Tersayang Dengan Printcious
Peribadikan Hadiah Mu Kepada Yang Tersayang Dengan Printcious

Di Printcious nda boleh pilih dari T-shirts, mugs, puzzles, phone cases, cushions, mousepads, ceramic tiles dan  mini tees serta beberapa barang lagi. Seterusnya anda bole reka dan letakkan gambar yang cantik, kata-kata yang indah ,gambar kenangan anda bersama yang tersayang atau gambar diri sendiri. Apa saja boleh dicatatkan pada hadiah ini... Menarikkan!


Sudah tentu ia akan menjadi momen-momen indah yang dapat di kenang hingga ke akhir hayat nanti. Pastinya si penerima akan sangat-sangat menghargai anda jika dapat hadiah sebegini. Tak kisahlah nak hadiahkan pada harijadi, ulang tahun perkahwinan atau pun saja-saja untuk mengejutkan yang tersayang anda.

Peribadikan Hadiah Mu Kepada Yang Tersayang Dengan Printcious


Berminat....?? Apa lagi, teruslah ke website INI untuk mendaftar sebagai member. Lepas tu boleh pilih hadiah yang berkenan di hati. Selepas tu bolehlah reka sendiri rekabentuk dan warna apa yang perlu di cetak pada hadiah anda tu. Ikut suka korang lah apa saja asalkan cantik di mata dan di jiwa anda.... ya tak?

Nak pilih dan buat rekaan sendiri sangatlah mudah. Jika tak ada idea nak rekabentuk sendiri pilihan anda itu, sudah tersedia rekaan yang ada. Cuma perlu letakkan nama dan apa saja tulisan. Boleh juga di letakkan gambar yang sudah pastinya... kan! Untuk membuat rekaan sendiri pilihlah yang bertulis "YOUR DESIGN HERE" pada gambar barang yang di pilih. 

Seterusnya, ikut saja arahan yang di beri. Untuk lebih memudahkan ada video disertakan untuk memudahkan anda mengikut arahan yang di berikan. Seterusnya klik "Start Designing".  Dari situ ada paparan add text, image, background. Pilihlah yang tampak cantik di mata anda. Nak bagi hadiah, kenalah yang cantik dan indah belaka. Tak gittew...!

Dah selesai memilih dan merekabentuk design bolehlah seterusnya "add to cart" dan seterusnya lengkapkan alamat untuk di  hantar barang ini. Selepas tu bolehlah buat pembayaran melalui perbankan online. Nak membeli barang secara online wajiblah ada perbankan online ni  seperti yang paling meluas sekali iaitu maybank2u dan cimbclicks la.

Peribadikan Hadiah Mu Kepada Yang Tersayang Dengan Printcious
Peribadikan Hadiah Mu Kepada Yang Tersayang Dengan Printcious

Episod menunggu poslaju sampai pula lepas ni. Sekarang tengah ada promosi besar-besaran MyCyberSale 2017  iaitu promosi diskaun sehingga 70% tu.... ! Sangat-sangat mengujakan sekali tau. Itu sebabnya "Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart".Sememangnya menusuk hatiku dek harga yang di tawarkan. 

Apa lagi, jom gembirakan orang-orang kesayangan anda dengan hadiah berperibadian tersendiri dari anda. Pasti insan-insan tersayang anda tersenyum lebar kegembiraan dengan kejutan yang anda berikan. Jangan tunggu lama-lama, nanti promosi tamat.

p/s : Juga boleh hadiahkan untuk diri sendiri, untuk reward atas pencapaian... kan, huhu!

Assalamualaikum...


- Buat satu entry bertajuk "Be My Lucky Followers By Seindahcerita"

- Wajib tinggalkan sekurang-kurangnya 1 komen di setiap blog yang korang follow di atas.

- Copy banner dan link kan semula ke entri ini.

- Publish dan tinggalkan komen anda di ruangan komen entri ini sahaja.

- Pemenang di pilih secara Random.org



    Hadiah
    1. Wang Tunai RM20x1 pemenang
    2. Wang Tunai RM10x8 pemenang
    3. Pakej Print Gambar + Random Stuff  x 1 pemenang

p/s : Join ler.... :)


Pada Jumaat lepas, buat sekian kalinya lagi aku datang singgah di Grand Bluewave  Hotel Shah Alam. Kali ini menjenguk promosi BBQ Buffet Dinner dan menjamah segala hidangan yang di sediakan. Kali ini makan waktu dinner pula. Kebiasaannya waktu lunch hour atau high tea. Macam biasa hidangan di Grand Bluewave  Hotel Shah Alam di hias cantik sesuai dengan rasanya yang memukau selera mata ... huhu!

BBQ BUFFET DINNER DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM
BBQ BUFFET DINNER DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

Dengan ini Grand Bluewave  Hotel Shah Alam, telah memperkenalkan menu terkini iaitu BBQ Buffet Dinner yang di sajikan pada Jumaat dan Sabtu.  Hidangan yang lazat dan beraroma ini di bermula dari RM78.00 + untuk orang dewasa, RM55.00 + untuk warga emas dan RM39.00 + untuk kanak-kanak.


Sajian ini di buat setiap minggu dari pukul 6.30 petang - 10.30 malam. di Royale Songket Restaurant, Grand BlueWave Hotel, Shah Alam. Hidangan yang di tawarkan iaitu ayam, kambing, daging lembu dan makanan laut yang sangat segar yang di hidangkan panas dari dapur chef. Jom menikmati pelbagai piliha hidangan BBQ Buffet Dinner yang khas di sajikan ini.

BBQ BUFFET DINNER @ ROYALE SONGKET RESTAURANT GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM


Banyak sungguh hidangan yang di sediakan boleh menjadi pilihan. Pilihlah mengikut citarasa sendiri. Ada hidangan citarasa Malaysia dan citarasa barat juga. Hidangan kegemaran ramai seperti satay pun ada. Hidangan ayam dan daging pastilah termasuk makanan laut seperti NZ green mussels, crab, oysters, prawn dan black mussels. Boleh lihat gambar yang di sertakan di sini. Menggiurkan dan menyelerakan belaka.

BBQ BUFFET DINNER DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM
BBQ BUFFET DINNER DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

BBQ BUFFET DINNER DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM
BBQ BUFFET DINNER DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

BBQ BUFFET DINNER DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM
BBQ BUFFET DINNER DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

Seperti biasa di sediakan hidangan pencuci mulut @ dessert yang sedap-sedap penuh 3 meja. Macam-macam ada sehinggakan pengat pisang yang menjadi kesukaan aku pun ada. Apa lagi, aku makan dan siap tambah 2 kali tu. Berbagai jenis kek dan puding boleh juga di nikmati di sini. Sedap dan lazat sudah pastinya.... tau!

BBQ BUFFET DINNER DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM
BBQ BUFFET DINNER DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

Pada sesiapa yang mencari tempat makan dan bersantai bersama keluarga, kawan-kawan dan rakan prniagaan, aku syorkan makanlah di sini. Tak jauh dari kesibukan kotaraya Kuala Lumpur tapi yang pasti laluan ke sini tak menempuh kesesakan jalanraya. Aman dan damai di bandaraya Shah Alam ni.

Sebelum ni ada beberapa promosi dari GBWHSA yang pernah aku letakkan di blog ni... Untuk membaca kesemuanya, boleh klik SINI. Seterusnya, untuk informasi dan tempahan, boleh lihat di bawah ini :

Harga : 
RM 78.00 ++ (dewasa)
RM39.00 ++ ( kanak-kanak ) 4-11 tahun

Waktu Operasi : 
6.30 pm - 10.30 pm
Setiap Jumaat & Sabtu

Untuk Tempahan :
03 5511 8811 ext 2612 atau 2613

Alamat :
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor

p/s : Selamat menjamu selera yer.... :)


Bila sebut saja demam campak mesti akan terfikir dengan daun semambu @ Daun Mambu. Daun ini sangat berkesan untuk merawat demam campak. Ada cara yang betul merawat demam campak dengan daun ni. Baru  rawatan dapat di lakukan dengan berkesan  dan semaksimum mungkin. Kalau tidak , keberkesanannya akan berkurang untuk  meyembuhkan demam campak dengan cepat.

Cara Merawat Demam Campak Dengan  Daun Semambu @  Daun Mambu
Cara Merawat Demam Campak Dengan  Daun Semambu @  Daun Mambu 

Sekarang agak sukar nak jumpa tumbuhan daun semambu @ daun mambu ini. Di Shah Alam, kata orang ada di di tanam di kawasan Tasik Shah Alam sebelah Masjid Negeri tu. Aku pun tak pasti tapi masa salah seorang anak buah kena campak, en suami tolong ambilkan di sana. Masa tu beberapa tahun lepas en. suami bekerja dengan sub-kontrak di Masjid Negeri Shah Alam.

Tanda-tanda demam campak seperti biasa iaitu tumbuh tanda merah-merah pink dan gelembung cecair pada kulit. Biasanya di tempat-tempat yang mempunyai kulit lembut dan tersorok. Bila dah kena macam tu, kegatalan,  miang dan bisa-bisa badan pun menyerang dengan teruknya.


Pada waktu ini jauhkan dari makanan yang berminyak dan bergoreng agar gatal-gatal tidak menjadi berlebihan. Nak menggoreng di dalam rumah pun dikatakan tak boleh. Ini disebabkan memberi kesan pada sesiapa yang kena campak di dalam rumah. Makanlah makana yang rebus, kukus dan bakar sahaja, Juga elakkan makanan yang boleh menyebabkan gatal, contohnya seperti seafood.

Cara Merawat Demam Campak Dengan  Daun Semambu @  Daun Mambu 


Bila dah dapat daun semambu ni, mula-mula bersihkan daun dari kotoran dan makhluk yang menghuni pada daun. Pisahkan daun dari batang dan tangkainya. Hati-hati, tepi-tepi daun ni tajam tau, ala berduri terkait jari dah luka. Rebus daun tu sehingga bertukar warna sedikit untuk kegunaan mandi 2 kali sehari pagi dan petang.

Waktu nak mandi nanti, ramas-ramas daun tu sekejap untuk mengeluarkan bahan yang di perlukan untuk merawat demam campak tu. Mandi seperti biasa. Untuk mandian terakhir jiruskan air daun semambu bersama dengan daunnya sekali pada badan yang terkena demam campak tu. Tak perlulah bilas. nanti tak berkesan pula rawatan.

Untuk sedikit tips... Daun semambu yang digunakan untuk mandi tu jangan di buang. Keringkan daun tu dan boleh diletakkan sebagai hamparan di tempat tidur yang terkena campak, Ini untuk menyejukkan dan mengurangkan gatal, bisa dan miang, seterusnya agar orang yang kena demam campak boleh tidur lena. Caranya tabur di atas tempat tidurny dan lapik dengan sehelai kain nipis(kain batik pun boleh).

Tips kedua pula, kisar daun semambu dan gaulkan dengan bedak sejuk. Sapu di tempat yang terkena campak untuk mempercepatkan pengecutan gelembung-gelembung campak yang tumbuh di badan. Juga untuk mengurangkan terjadinya kesan parut akibat dari demam campak itu. Campuran daun semambu dan bedak sejuk ini juga di katakan boleh merawat penyakit kurap.

Untuk mendapatkan lebih informasi dari blog ni... klik SINI

p/s: Untuk mempercepatkan bisa demam campak keluar, di sarankan minum air kelapa muda. Kelapa muda segar tanpa apa-apa tambahan  tau. Jangan pula nak campur gula atau air batu... itu dah tak berkesan dah... hihi!

Assalamualaikum....


Giveaway kali ni unik sikit... nak tau lagu kegemaran para blogger pulak. Sebenarnya banyak lagu-lagu yang aku suka dengar. Ada lagu evergren yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas yang menjadi kegemaran aku. Tak terkira banyaknya. Tapi untuk giveaway ini kenalah mengikuti peredaran semasa. Takkan nak tunjuk lagu lama zaman rock kapak dulu.. hehe!

Lagu yang tengah ngetop sekarang ni yang aku suka dengar dan menjiwai lah juga adalah lagu dari penyanyi muda belia iaitu "SABAR' nyanyian Ismail Izzani. Sedap lagu tu. Terbuai dan terkesan aku apabila mendengar lagu ini. Tepek lirik lagu ni kat sini... dan jadi jiwang karat sekejap...hihi!



Jangan Menangis sayangku
Ini Hanyalah sementara
Berdoalah
Pada Yang esa
Terus Menahan sabar
Agar Bahagia di sana

Mungkin Kau tak pernah sedar
Bukalah Mata dan dengar
Dengarkan Lagu ku
Ku Cuba untuk lepaskan
Luahan Hati ini
Ku Disakiti
Namun Jua kau sedar
Kau Tersakiti

Jangan Menangis sayangku
Ini Hanyalah sementara
Berdoalah
Pada Yang esa
Terus Menahan sabar
Agar Bahagia di sana

Now I’m all alone in the dark
Why Should i lose you when i needed you the most
The Best is the best, the past is the worst
Just Let it go, just let it go, no

Okey... Sekiranya nak dengar lagu ni, boleh klik link di SINI. Itu je lah ....  Dah pun dengar lagu dan ikut syarat-syarat yang di berikan... Hadiah yang menanti agak lumayan tu. Rugi kalau tak join. Jomlah join ramai-ramai sambil mencari idea nak update  blog.

p/s : Mengantuk sudah... :)

Terjumpa cara buat baja ini dalam satu FB ni. Minat pula aku dengan pembuatan baja dari bahan-bahan laut atau di panggil baja ikan atau di kenali FAA (Fish Amino Acid). Nanti bila nak bercucuk tanam dan menjaga pokok-pokok bolehlah aku buat sendiri baja ikan ini. Sangat mudah dan tak perlu lagi guna baja kimia.

Cara Buat Baja Ikan Untuk Kesuburan Pokok @ FAA (Fish Amino Acid)
Cara Buat Baja Ikan Untuk Kesuburan Pokok @ FAA (Fish Amino Acid)
Antara  satu hobi yang paling aku suka adalah menanam pokok-pokok. Tak kiralah pokok bunga, pokok sayur atau pokok buah. Tapi hobi tu pada waktu ini terbantut Dah pastilah sebab aku tinggal di rumah yang tak bertanah dan tak ada beranda. Aku dalam perancangan nak pindah ke rumah yang di kelilingi kawasan yang bertanah. Jadi informasi ini sangat berguna untuk aku simpan dan dokumentasikan dalam blog.

Apa itu baja FAA?.. Fish Amino Acid ( FAA ) adalah cecair dari proses pereputan ikan yang menghasilkan asid amino,dan ianya merupakan bahagian penting dari protein. FAA merupakan penghasilan yang baik untuk kehidupan dan pertumbuhan mikrob dan juga pokok tumbuhan, kerana mengandungi pelbagai nutrient dan berbagai jenis asid amino dan komponen protein lain untuk kebaikan pokok.


Juga info yang aku dapat dari FB ni mengatakan kelebihan baja ikan ini kaya dengan kalsium dan unsur2 micro yangg lebih kecil dan diperlukan oleh pokok. Penggunaan baja ini  membuat pokok akan lebih rintang penyakit dan tumbuh lebih subur. Kalau macam tu, memang baja ini sangat bagus untuk tumbesaran pokok. Di sini aku letak cara-cara buat baja ni. Senang nak cari nanti bila nak di gunakan... huhu!

Cara Buat Baja Ikan Untuk Kesuburan Pokok @ FAA (Fish Amino Acid)


Bahan-bahan:
2kg ikan
2kg gula merah

Cara-cara:
- Cincang ikan dan gaulkan dengan gula merah dan masukkan dalam bekas (Isikan 2/3 bahagian bekas)
- Tutup dengan kertas/kain
- Simpan ditempat kering dan gelap selama 2 minggu
- Selepas 2 minggu tapis airnya dan boleh digunakkan untuk semburan pokok. Baja ini peram lama lagi bagus. 

Cara guna:
- Campurkan baja ikan(FAA) dengan kadar 50ml kepada 10liter air. Kacau campuran tersebut.
- Sembur campuran ke daun atau/dan jirus di sekeliling pokok. ( Seeloknya waktu pagi, tanpa sinaran terik matahari. )
- Guna mengikut keperluan pokok tersebut. Biasanya 1 minggu sekali.

Dari informasi yang aku dapat, baja ikan ini penggunaan FAA atau amino asid amat baik untuk menentukan kesuburan pokok yang maksima dan ketahanan dari penyakit, serta untuk penghasilan buah/bunga yang berkualiti dan meningkatkan produksi. Semoga perkongsian ini memberi manafaat pada semua yang meminati hobi tanaman.

Nak baca informasi di blog, klik SINI

p/s: Menjimatkan kos dan tanpa penggunaan bahan kimia....

#kredit FB group kebun kampung

Berangan nak masuk dalam bloglist blog otai blogger yang di kenali ramai iaitu hasrulhassan.com. Jadi kenalah berusaha sikit dengan bercerita serba sikit. Nak bercerita tentang blog picisan dan suam-suam kuku ni agak payah la. Nak kena redah jugalah asal dapat menerjah masuk dalam blog hasrulhassan.com yang power dan glamour tu,.. huhu!

Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM

Sepertimana nama blog ni blog santai-santai jer, dah semestinya gaya penceritaan kat blog aku ni di buat sesantai yang boleh tapi masih berinformasi. Selain tu nama huhahuhajerr yang aku pilih untuk domain blog aku ni sebab blog ni untuk suka-suka dan sesedap rasa, hati dan jiwa aku sahaja  masa mula-mula aku berblog dulu. Tak sangka kini aku terus bertahan tanpa jemu selama 7 tahun dengan blog ni. Tapi kadang-kadang rasa nak muntah juga perah otak mencari idea untuk pengisian blog.

Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017 By HASRULHASSAN.COM


Blog otai @ sifu  blogger hasrulhassan.com ni banyak membantu aku terus survive dalam dunia blogging. Kiranya blog inilah yang menjadi inspirasi untuk aku terus setia berblog sehingga ke hari ini. Jangan tak tau, masa mula-mula nak ada domain sendiri di blog ini aku tanya terus dengan hubungi blogger hasrul hassan. Untuk belajar dan dapatkan iklan adsense pun aku mesej personal dengan dia ni... kan en. hasrul!!

Mula-mula aku buat blog ni suka-suka, tapi sekarang dah serius pula. Lebih-lebih lagi blog dah dapat menjana pendapatan serba sedikit. Tengah berusaha nak mendapatkan pendapatan yang stabil dengan blog. Jadi aku kena bekerja keras macam otai blogger ni. Kalau tak terus berusaha tanpa jemu, manakan nak dapat hasilnya... ya tak?


Sekarang ni aku banyak kongsikan apa saja aktiviti yang aku buat untuk kenangan kemudian hari dan meletakkan macam-macam informasi yang aku telah dan baru ketahui dalam blog. Tujuannya bila aku nak guma info dan tips tu senang nak cari di blog sendiri. Dengan sendirinya bermanafaat juga untuk orang lain.

Harap angan-angan nak masuk bloglist jadi kenyataan. Biar blog aku ni yang berstatus suam-suam tak masak ni naik sikit uv dan pvnya. Bolehlah dapat lebih rezeki nanti. Kalau dapat beribu-ribu lemon lagi lah bagus... kan! 

p/s:  Rajin baca blog hasrul pasal tips blogging dan adsense. Selain tu suka baca tentang kawasan di Perak Tengah... Parit tu kampung teman tau.. sekampung.. hehe!

Sekarang ni aku dah tahu guna apps Grabcar bila nak kemana-mana kini. Sebelum ni rajin juga aku naik Grabcar ni tapi anak perempuan aku yang uruskan dengan apps dari telefon dia. Beberapa hari lepas beberapa kali aku terpaksa guna apps Grabcar tu sendiri. Anak perempuan aku dah sambung belajar, jadi terpaksa buat sendiri. 

Pemandu  Ajar Cara Guna Apps Grabcar Dengan Betul...
Pemandu  Ajar Cara Guna Apps Grabcar Dengan Betul... 

Ini cerita beberapa hari lepas, aku ambil perkhidmatan Grabcar nak pergi beli barang @ shopping. Biasalah tempat  yangg aku tinggal ni tak boleh letak alamat terus dalam apps. Carian google hanya detect jalan besar berhadapan tempat ni  saja. Puas aku cuba, memang tak dapat. Aku ada terfikir juga, macam mana pemandu Grabcar nak cari lokasi aku selain dengan menelefon. 

Ini di sebabkan aku tak betul-betul memahami cara  guna apps lagi. Jadi aku di sekolahkan dek pemandu Grabcar yang aku naik tu. Katanya boleh letak sedikit info dalam apps tu. Hanya klik di bahagian 'Notes to driver'  tu dan tulis alamat atau informasi di mana lokasi penumpang. Senang sangatlah, kan!

Contohnya, kalau di pusat membeli belah, biasanya banyak pintu keluar dan tak semestinya keluar dan menunggu di pintu depan saja. Bolehlah penumpang letak sedikit nota kawasan mana tempat menunggu. Samada pintu depan, kiri atau kanan. Tidaklah pemandu terpaksa pusing keliling pusat membeli belah dan menghubungi penumpang. Dah jimat masa dekat situ, lebih-lebih lagi di kawasan yang sesak. 

Selain tu, ada juga bahagian di apps tu yang membolehkan mesej dengan pemandu. Di sudut kanan bahagian bawah apabila apps telefon penumpang bersambung dengan apps telefon pemandu. Tak perlulah pemandu menelefon penumpang dah. Jimat kredit pemandu... heh!

Aku tak marah pun pemandu tu sekolahkan@ ajar aku tu, malah sangat berterima kasih dengannya. Aku bagi 5 bintang lagi kat dia. Anak perempuan aku tu ada ajar serba sedikit sebelum ni tapi tak sampai habis rupanya. Hanya setakat macam mana nak dapatkan harga promosi bila menggunakan perkhidmatan ini saja. 


Pada yang belum tahu tentang nak dapatkan promosi, aku beritahulah sikit. Kadang-kadang bila buka je apps tu ada keluar notis @ notification. Kalau tidak pun klik garisan 3 baris di sebelah kiri apps. Cari notification dan dapatkan promosi tu dengan taip kod promosi dengan klik tulisan 'Promo'di sebelah kiri tengah apps ni. 

Nilaian harga  yang perlu di bayar akan berubah serta-merta. Nanti bayar ikut harga yang tertera di situ. Sesekali bila ada promosi, boleh naik percuma saja Grabcar ni bila promosi tu dah meliputi kos tambang.  Itu yang seronoknya menggunakan perkhidmatan Grabcar ni. 

Selepas ni makin bertambah rajin lah aku keluar ke sana-sini. Ada aku tanyakan pemandu tu, kalau ada tol  macam mana,  siapa yang kena bayar. Pemandu tu beritahu, biasanya penumpang yang bayar. Oh yeke, tak kisahlah .. Belum naik yang melepasi tol lagi... nantilah.. huhu!

Nak baca berbagai informasi di blog ni... boleh klik je SINI

p/s : Apapun kos menaiki Grabcar dan satu lagi perkhidmatan macam ni, jauh lebih murah dari teksi yang biasa tu.....


Sekali sekala sebagai seorang surirumah aku  akan keluar berriadah bersama keluarga. Kadang-kadang bersantai di taman permainan atau window shopping dan sesekali aku jogging sambil menikmati keindahan alam. Aktiviti itu semua itu pastinya memerlukan pakaian yang sesuai. Dan semestinya nak yang selesa dan bergaya. Akhirnya kini aku dah dapat  pakaian yang selesa dan bergaya serta sangat sesuai dengan aku yang sentiasa menjaga penampilan agar sentiasa  anggun jelita walau dalam situasi apapun.

Selesa Dan Bergaya Dengan  Hotpanst@Activpants Jonlivia
Selesa Dan Bergaya Dengan  Hotpanst@Activpants Jonlivia 

Iaitu seluar @ hotpant dari Jonlivia Active Hotpants S5+.  Mula-mula aku dapat bungkusan seluar ni, jadi cuak sekejap sebab tengok saiz yang di hantar tu jauh berbeza dengan saiz aku. Ngeri tengok saiz, takut terkoyak sebab takut tak muat.Tapi dek keterujaan dan memikirkan takkanlah diorang akan beri saiz yang salah, aku cuba jugalah dengan harapan yang menggunung agar boleh di pakai.

Selesa Dan Bergaya, Bersantai, Jogging Serta  Kemana Saja Dengan  Hotpanst@Activpants Jonlivia 


Eh.... bolehlah akau pakai. Sangat stretchable dan menakjubkan rupanya. Sedang elok saja dan sangat selesa dan ringan.  Tak seperti legging yang pernah aku beli bertahun dulu. Melekap, tersembul segala lemak di badan dan agak berat sedikit. Selepas tu aku  pakai pergi shopping bersama dengan kemeja labuh sebagai top. Cantik dan anggun sekali pemakaian aku ni. Puji diri sendiri... hehe!

Selesa Dan Bergaya Dengan  Hotpanst@Activpants Jonlivia
Selesa Dan Bergaya Dengan  Hotpanst@Activpants Jonlivia

Kelmarin aku pakai  Jonlivia Active Hotpants S5+ pergi jogging di Tasik Shah Alam pula. Mestilah dengan gaya muslimah juga bersama Tshirt yang  menutup punggung. Wah, memakainya aku merasa seperti mengalami perasaan yang sungguh bersemangat dan badan pun terasa ringan dan sangat bebeza masa aku jogging sebelum ni.

Apa tidaknya, hotpants ni memberi rasa selesa yang teramat sebab tak panas  dan tak rasa basah langsung akibat perpeluhan. Boleh pergi shopping pula selepas tu sebab tak terasa rimas dengan peluh selepas jogging. Kalau dah rimas, biasanya cepatlah balik ke rumah, Tapi kali ini, itu tidak berlaku. Boleh pula window shopping kat PKNS, SACC dan PAS. Lepas ni bolehlah rajin jogging lagi dan jalan-jalan sekali... yeayh!!

Rupanya Jonlivia Active Hotpants S5+ ini membantu membakar lemak di badan, peha dan betis melalui perpeluhan. Di perbuat dari 100% genuine neoprene yang sejenis kain yang tidak hanya bersifat lembut, tahan air dan elastik, tetapi kain neoprene ini juga mampu menahan hawa dingin dan memberikan rasa hangat terhadap tubuh kita.

Selesa Dan Bergaya Dengan  Hotpanst@Activpants Jonlivia
Selesa Dan Bergaya Dengan  Hotpanst@Activpants Jonlivia

Hotpants ini  membakar 2000 kalori hanya dalam 2 hingga 3 jam rutin senaman biasa. 3 kali lebih cepat dari mana- mana pakaian sukan seumpamanya. Canggih kan! Ada lagi.... Dengan ketebalan hanya 2.5mm ia sebenarnya ia mempunyai 4 lapisan tau. Iaitu external fabric, high performance neoheat fabric, internal fabric (fungsi menyerap dan selesa) dan special airy fabric (untuk mengawal aliran udara). 

Ia juga mempunyai jahitan yang kukuh. Tak perlu risau takut jahitan pecah dan koyak. Berlapis-lapis jahitannya tau. Semestinya memakai hotpants ni akan dapat menutup perut dan semestinya boleh mengempiskan perut sebab ia mempunyai garisan yang menutup perut sehingga ke atas pinggang. Bagusnya hotpants ni. Berbaloi-baloi membeli dan mendapatkannya. 


Satu lagi yang perlu di ketahui iaitu ada poket kecil di dalam hotpants ni. Boleh muat kunci kereta dan barang kecil. Kalau nak letak telefon bimbit 3x5 inch pun muat. Apa lagi, jom beli, jangan tak beli. Macam-macam aktiviti beriadah boleh di lakukan dengan memakai hotpants ni. Tak semestinya membuat latihan fizikal atau bersenam jeje. 

Menari, berlari, berbasikal, berenang, berzumba lagilah boleh. Pergi shopping pun boleh saja macam aku... hihi! Boleh order online di website jonlivia.com. Bukan hanya hotpant je ada.... macam-macam ada tau. Termasuk pakaian dalam. Boleh tengok-tengok dan membeli di situ. Untuk keterangan dengan lebih lanjut, bolehlah hubungi laman sesawangnya di bawah yer... 

Instagram       www.instagram.com/jonlivia/
Facebook        : www.facebook.com/jonlivia/
Website           : www.jonlivia.com/
No. Contact      : +6016 384 5358

p/s : Jonlivia.. you're great, making me become perfect... tq!

Assalamualaikum....


Klik link untuk join.... ^-^

Bagi siapa yang nak join, langkah-langkah yang perlu anda lakukan adalah:

1. Buat satu entry bertajuk Giveaway Paling Gedik, letakkan banner di atas dan backlink ke entry ni. Nak tag sesiapa atau tidak, terpulang.


2. Follow blog ini>>> http://www.bajuwarnacoklat.com dan instagram ini>>> https://www.instagram.com/rraihnh/

3. Komen link entry yang korang buat tu kat entry ini sahaja. Di tempat lain gua tak terima.

Hadiah? Nah. Hadiah paling gedik aku nak kasi. 

Giveaway Paling Gedik

Baju tidur comel [random design] untuk seorang pemenang bertuah. Ni baju tido tau Jemah. Jangan pakai buat p kerja pulak. Aku tampo nanti. Baju ni free size okay.

Penyertaan terbatal secara automatik sekiranya jumlah peserta tidak melebihi 5 orang. HAHAHAAA. *kesian*

Kalau ramai join, In Shaa Allah aku tambah hadiah. So, meh lah memeriahkan giveaway ini yaa uolss.

Tataa!

*************



Awet muda sinonim dengan kecantikan wajah yang tak terjejas akibat penuaaan. Macam-macam cara, petua dan produk yang boleh di manafaatkan untuk awet muda ini. Tapi daripada pelbagai cara, petuaa dan produk ini ada rahsia awet muda yang sepatutnya di ketahui oleh orang Islam. Ia lebih afdal dan pastinya tanpa risiko, tulen dan sangat-sangat barakah.

Rahsia Awiet Muda Dari Pespektif Islam
Rahsia Awiet Muda Dari Pespektif Islam

Tanpa perlu bergantung pada produk yang melimpah ruah di jual di pasaran, rahsia awaet muda tersedia untuk umat Islam. Wajar di jadikan amalan seharian yang pastinya sangat ampuh. Di sertai pula doa ke hadrat Allah dan puji- pujian ke atas rasulullah s.a.w. Jadi jom amalkan untuk mendapat syafaat dan manafaat yang tak terhingga.


Rahsia Awet Muda Dari Pespektif Islam


-Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

-Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

-Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

- Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

-Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

-Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

-Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

- Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.


- Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. - Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

- Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

- Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

- Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

-. Amalkan solat tahajud.

-. Sentiasa tenang dan bersikap positif.

-. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

- Maafkan semua orang sebelum tidur.

Perkongsian yang biasa-biasa je. Semoga memberi manafaat pada pembaca semua. Salam Jumaat, semoga hari-hari yang mendatang akan jadi lebih indah apabila kita emgikuti landasan Islam yang sebenar-benarnya. Sharing is caring... :)

p/s : Selamat bercuti dan selamat berhujung minggu esok... :)