Buat Cili Kisar Step By Step...

2:54:00 PM Noor Akma 2 Comments

Hari ni buat cli kisar @ cili giling untuk bekalan selama dalam seminggu hingga 10 hari. Selepas buat tu, simpan dalam peti ais. Nak guna, cedok je, berapa sudu yang diperlukan. Dah lama juga aku tak buat cili kisar sendiri. Biasanya beli yang dah sedia di pasar.

Tapi dalam beberapa bulan ni tergerak hati nak buat sendiri balik bila lihat kuantiti cili kisar dalam bekas tu dah surut setengah inci dan semakin cair. Tak berbaloi dah. Lagi pun aku dah sepenuh masa di rumah.  Tak macam dulu, sibuk berniaga di luar dan jarang masak. Dah banyak kali aku buat ni sejak dua bulan lebih ni...

Buat Cili Kisar Step By Step...


Mudah je buat cili kisar ni. Bukan nak kena menggunakan kudrat. Dah ada alat yang memudahkan kerja. Lepas tu boleh simpan di peti ais. Kalau dulu-dulu, bila nak masak je kena tumbuk atau giling... penat betul dan leceh masa tu. Saja-saja aku menyibuk tunjuk cara buat ni, sebenarnya ramai yang tahu.. hehe!

Buat Cili Kisar Step By Step...
Buat Cili Kisar Step By Step...

Gambar di atas, itulah step by step aku buat cili kisar tengahari tadi selepas memasak juadah tengahari...

1. Seplastik cili kering 200g ... 
2. Aku guna separuh iaitu dalam 100g.
3. Cili di potong-potong kalau panjang potong tiga bahagian. Boleh juga di belah dua. 
4. Rendam cili kering yang dah di potong dalam lebih kurang 10 minit.
5  Basuh dan keluarkan biji cili yang terkeluar. Kalau rajin, biji cili tu boleh buat benih tanaman..
6. Rebus cili sehingga kembang dalam 10 minit.

Buat Cili Kisar Step By Step...
Buat Cili Kisar Step By Step...

Step seterusnya yer....

7. Dah siap di rebus, hati-hati panas, gunakan penyepit masukkan cili kering ke dalam  blender.
8. Buangkan air rebusan dan biji  cili  terlebih dahulu.
9. Blender bersama 1/4 cawan minyak masak dan 1/2 cawan air sampai betul-betul halus.
10. Tuangkan kedalam bekas yang sesuai.
11. Dah siap di isi.
12. Bolehlah simpan di peti sejuk.

Jumlah air dan minyak ikutlah kesesuaian sendiri. Bergantung sebanyak mana yang diperlukan. Siap sudah stok cili giling untuk kegunaan selama anggaran dalam 2 minggu. Senanglah kerja aku nak masak sambal  ikan atau ada orang panggil ikan goreng bercili. Boleh ikuti cerita tentang itu di SINI

p/s : Itu je la... cerita serba sedikit kerja seorang suri rumah... hihi!


2 comments:

Amanda Suria said...

Sama cara ngan SA..biasa buat macam tu jugak campur minyak

Maria Firdz said...

Saya suka belah sbb bijinya lebih sng nak buang..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...