Catatan Seorang Dropshipper #2

12:17:00 PM Noor Akma 3 Comments

Nak sambung cerita kerjaya aku sebagai seorang dropshipper ni. Sesiapa yang baru nak berjinak-jinak mencari ilmu dalam perniagaan online ni, eloklah bermula sebagai dropshipper dahulu. Taklah susah menjadi seorang dropshipper ni. Cuma memerlukan tahap kerajinan yang amat tinggi dan tak cepat putus asa. Kena sentiasa war-warkan produk yang dijual pada laman-laman sosial yang ada tanpa rasa jemu.... Haihh!

Catatan Seorang Dropshipper #2
Catatan Seorang Dropshipper #2

Mula-mula kena dapatkan pembekal produk yang boleh dipercayai. Maksudnya walau kita dan pembekal hanya mengenali di internet, kita mestilah cuba mengenali peribadi pembekal itu. Caranya, siasat dan dapatkan data-data peribadi pembekal sebanyak mungkin dari laman sosial seperti Facebook, instagram dan lain-lain.Kalau ada sepuluh pembekal, semuanya kena ambil kira.

Catatan Seorang Dropshipper #2


Seorang dropshipper mestilah ada beberapa akaun bank dari bank yang terkenal. Biasanya yang paling popular iaitu Maybank dan Cimb. Semestinya boleh mengendalikan perbankan online. Takkanlah bila pelanggan dah bayar je, berkejar pergi bank nak pastikan duit dah masuk dan sekali lagi nak pindahkan duit pada pembekal. Sekarang semuanya boleh buat di hujung jarinya melalui talipon bimbit masing-masing.

Pelanggan kini  dah pandai buat resit bank palsu. Jadi penjual barang online dan dropshipper kena berhati-hati takut terkena. Baru-baru ni ada pula pelanggan dari luar negara konon... Pura-pura nak membeli barang tetapi sebenarnya menipu dengan trik mengatakan duit dia dah termasuk terlebih keakaun kita. Lepas tu memaksa kita pulangkan balik duit tu.... sedangkan duit tak masuk pun. Dapat cerita scammer ni dari group seller online.... !

Macam-macam hal dan perkara pernah berlaku sepanjang menjadi dropshipper. Tapi taklah sampai tak dapat dtangani lagi. Kisah dari pembekal ada, dari pelanggan lagi banyak. Tapi itu semua menjadikan aku lebih matang dan lebih bijak dan berani menghadapi apa saja masaalah yang mendatang. Nak membaca kisah catatan seorang dropshipper yang terdahulu.... klik SINI

p/s :  Tunggu bahagian yang seterusnya.....ehhh!


3 comments:

Ana Suhana said...

Betul. Kena tgk supplier tur wujud ke x. Kalau tak kita jd mangsa :(

Terima kasih info tersebut...

y i e n said...

Kite pon buat bisnes dropship jugaq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...