KKM Minta Pulangkan Balik Ubat Darah Tinggi, Produk Ternolol 50 Film-Coated Tablet (MAL19940057AZ)

11:37:00 AM Noor Akma 1 Comments

Kelmarin... di group wassap tentang ubat hipertensi @ ubat darah tinggi iaitu produk Ternolol 50 Film-Coated Tablet ada sedikit kekeliruan dan hendaklah  di pulangkan kembali ke farmasi atau klinik di mana ubat darah tinggi itu diambil. Jadi aku cari info tu dan war-warkan disini.

KKM Minta Pulangkan Balik Ubat Darah Tinggi, Produk Ternolol 50 Film-Coated Tablet (MAL19940057AZ)

Boleh lihat dan baca untuk informasi tentang ubat darah tinggi ini dengan lebih jelas.....


Kenyataan ini dikeluarkan untuk menasihati pesakit-pesakit hipertensi yang menerima produk Ternolol 50 Film-Coated Tablet keluaran syarikat Hovid Berhad untuk menyemak samada terdapat kelompok BG04645 dalam simpanan mereka. Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah mengeluarkan arahan kepada Hovid Berhad untuk memanggil balik kelompok berkenaan berikutan kotak luar kelompok tersebut dilabel dengan Ternolol 50 manakala label pada blister telah dicetak dengan Ternolol Tab 100mg. 

Produk ini telah didaftarkan oleh Pihak Bekuasa Kawalan Dadah (PBKD) dengan nombor pendaftaran MAL19940057AZ. Ternolol 50 Film-Coated Tablet mengandungi bahan aktif atenolol yang dipreskrib untuk rawatan hipertensi. 

Sekiranya kelompok tersebut ada dalam simpanan pesakit, kerjasama dipohon agar tidak mengambil ubat tersebut dan memulangkannya dengan kadar segera ke klinik, farmasi komuniti atau fasiliti kesihatan di mana ianya dibekalkan. Sila berjumpa dengan pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat/ pemeriksaan sekiranya perlu. 

NPRA dan pihak pengilang sedang menjalankan siasatan menyeluruh ke atas perkara ini bagi mengenalpasti punca masalah ianya berlaku. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi NPRA di talian 03-78835538 atau Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) di talian 1800 88 6722.

Artikel tentang Hospital Shah Alam... klik SINI

p/s : Dah belek-belek bekas ubat yang aku ambil setiap hari... tak ada jenis ubat tu.... :)

1 comments:

PeRdU cINta said...

Terima kasih perkongsian ini...semua kena ambil tahu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...