Lepak.... Bosan Duduk Kat Rumah Cuti Ni...

2:56:00 PM Noor Akma 2 Comments

Bila cuti umum iaitu cuti kerja dan sekolah je, automatik aku jadi bosan duduk kat rumah. Padahal aku bukannya pergi kerja. Kerja aku ni sebagai peniaga online dan blogger cuma buat di rumah je. Tapi bila melihat suami dan anak-anak cuti, aku pun rasa nak pergi jalan-jalan. Bosan juga hari- hari berada di rumah....

Lepak.... Bosan Duduk Kat Rumah Cuti Ni...
Lepak.... Bosan Duduk Kat Rumah Cuti Ni...

Tapi bagi suami aku, masa inilah dia nak rehatkan diri dari penat bekerja. Jadi, aku dan anak-anak terpaksalah lepak-lepak dan baring-baring sahaja di rumah. Seronok tengok di whatssap dan FB kawan-kawan pergi bercuti dan balik kampung... hmmm!

Lepak.... Bosan Duduk Kat Rumah Cuti Ni...


Bila mood cuti ni, mood ke laut jugak nk update entri ni. Letih memikirkan hal dan kesah apa yang nak di kongsi. Maka terciptalah entri merapu ni. Tapi tak apalah.... Hari ni ramai orang sibuk belaka.  Whatssap group pun sunyi sepi tak berbunyi. 

So, aku ajak anak-anak  lepak-lepak dan golek-golek depan tv jer. Dah macam gambar kucing yang aku kongsi di atas tu. Kutip gambar tu dari google. Comel gambar tu... kan! Tergedang semua anak beranak tidur.... Gaya tidur pun semacam jer....hahaha!

Nak tengok lagi cerita merapu aku... klik SINI

p/s : Bosannya tak terkiralah ni.... :(

2 comments:

hahaha.. comel sangat meow tu.. >.<

http://www.syahirahvaliant.com/2016/12/contest-menangi-percutian-ke-suria.html

Anonymous said...

heh heh heh memang comel nyeow tu... kalau dapat kat cucu saya pakai lunyai la kucing tu... habis digustinya nyeow tu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...