Mengait @ Crochet Di Buat Sambil Duduk Depan Laptop....

4:59:00 PM Noor Akma 5 Comments

Aku ada satu hobi iaitu mengait @ crochet yang sentiasa aku suka buat bila duduk tak ada apa nak buat tu. Biasanya sambil menonton tv. Tak pernahlah aku duduk saja menganga depan tv tu. Juga mengait @ crochet ni aku buat sambil mengadap laptop mencari ilham nak edit blog.

Mengait @ Crochet Di Buat Sambil Duduk  Depan Laptop....


Lebih-lebih lagi bila laptop aku ni ada problem loading yang teruk. Jadi taklah bosan jadinya. Sambi-sambil tu aku menonton tv dan berwassap di talipon. Tak adalah pula aku kena buat cepat-cepat mengait tu. Buat untuk suka-suka je. Dulu-dulu aku ada buat lapik meja, lapik tv dan bermacam-macam lapik lagi.

Mengait @ Crochet Di Buat Sambil Duduk  Depan Laptop....
Mengait @ Crochet Di Buat Sambil Duduk  Depan Laptop....

Mengait @ Crochet Suka-suka Cari Pendapatan


Sekarang ni aku suka buat benda yang kecil dan comel-comel jer.  Macam pada gambar di atas. Aku buat brooch comel. Banyak sebenarnya paten brooch yang aku buat. Ini yang paling kecil kiranya. Dulu-dulu aku jual di tempat berniaga. Dah tak berniaga kat luar dah.... Sekarang ni ada sesekali orang tempah buat cenderahati.

Itu juga sebabnya aku sentiasa buat brooch ni. Bila ada orang nak menempah senang la. Dah ada stok yang tersedia. Kadang-kadang anak-anak menjual brooch ni pada kawan sekolahnya. Hujung tahun lepas, anak-anak yang beli balik brooch aku ni. Nak bagi cenderahati pada kawan-kawan katanya.

Mengait @ Crochet Suka-suka Cari Pendapatan
Mengait @ Crochet Suka-suka Cari Pendapatan

Brooch kecil ni aku jual.... 100 biji RM40 sahaja. Saiz brooch lebih kurang sebesar duit syiling 50 sen. Warna campur-campur .... kalau nak satu warna sahaja, harga lain. Harga kalau nak membeli sebiji, RM1 tapi kalau beli 5 biji dapat free 1 biji.  Beli 50 biji dah harga lain iaitu 50 sen sebiji. Tak termasuk pos yer. Kalaulah ada yang bertanya.... hehe!

p/s : Selain brooch, ada juga buat keychain dan macam2 lagilah. Nak tau cerita dan tengok gambar barang yang lain, boleh klik SINI .... :)


5 comments:

Belogs JM said...

comel bentuknya...

Yang sambil-sambil pun boleh buat pendapatan..
Cantik-cantik..

PeRdU cINta said...

Cutenya.. :)

Cantiknya ^_^

Sheila Adziz said...

wow... comey semuanya... kuit miut.... pandai sis mengait...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...