Petua Memaniskan Buah Limau Mandarin Yang Masam

3:12:00 PM Noor Akma 3 Comments

Sekarang musim buah limau mandarin disebabkan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang. Ramai yang dapat buah limau mandarin percuma. Nak pula yang kerja dengan syarikat yang menyambutnya. Apatah lagi yang bekerja di bahagian yang berurusan dengan pembelian dan penjualan. Melimpah ruah dapat buah ni.... Kalau tidak pun beli kat pasaraya... hihi

Petua Memaniskan Buah Limau Mandarin Yang Masam
Petua Memaniskan Buah Limau Mandarin Yang Masam

Buah limau mandarin yang sinonim dengan Tahun Baru Cina ni kalau manis memang sedap di makan. Tetapi adakalanya terjumpa juga yang masam mencuka. Dah kurang sedap rasanya.... jangan di buang atau di biarkan begitu saja sehingga busulk. Ada petua yang boleh mengurangkan rasa masam dan memaniskan buah ni. Barulah sedap jadinya.

Petua Memaniskan Buah Limau Mandarin Yang Masam


Isikan air suam kedalam sebuah bekas. Lepas tu, masukkan buah limau mandarin yang masam tu. Masukkan buah tu selama 10 minit. Tak perlu lama sangat. Keluarkan buah tu dan bolehlah di makan. Nak makan sejuk, boleh di simpan dalam peti sejuk sebentar. 

Hasilnya, buah limau mandarin akan menjadi manis atau kurang masam dari seperti sebelumnya. Bolehlah makan banyak-banyak tapi jangan berlebihan pula nanti sakit tekak dan hilang suara. 'Happy Chinese New YEAR' untuk yang menyambutnya... dan selamat bercuti!

Nak lebih banyak petua... boleh klik SINI

p/s : Esok cuti sekolah tahun baru cina dah bermula, aku pulak yang boring tak kemana.... huh!

#kredit SINI


3 comments:

Terima kasih atas tips ni.. Saya ni jarang makan limau sebab tak suka benda yang masam betul.. :) Nasib ada tips ni

PeRdU cINta said...

Wah bagusnya..alhamdulillah boleh praktikkan ni..

SalbiahM said...

menarik..yelah, kalau nak buat jus pun tak banyak airnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...