Pucuk Ubi Rebus Dan Sambal Belacan Cair, Juadah Tengahari....

7:10:00 PM Noor Akma 1 Comments

Nak sambung cerita semalam. Cerita makan tengahari yang lazat berlaukkan pucuk ubi rebus dan sambal belacan cair. Pucuk ubi tu dapat dari tapak projek  teratak kasih di Seksyen 30. Dah habis sessi beriadah dan berkelah di Tasik Shah Alam semalam, En. suami ambil kami anak beranak dan terus ke tapak projek teratak kasih. Paling seronok ramai-ramai meredah belukar kutip pucuk ubi. Boleh makan pucuk ubi  rebus dan sambal belacan cair. Sedapppp...!

Pucuk Ubi Rebus Dan Sambal Belacan Cair, Juadah Tengahari....
Pucuk Ubi Rebus Dan Sambal Belacan Cair, Juadah Tengahari....


Seronok dapat bawa anak-anak semua tengok tempat yang kita orang akan tinggal suatu hari nanti. Anak-anak pun dah tak sabar menjadikan impian ni suatu kenyataan nanti. Macam-macam angan-angan ada. Setinggi langit, setinggi gunung.... ingat macam nak buat banglo siap kolam renang ke apa...! Payahlah macam tu...hehe!

Pucuk Ubi Rebus Dan Sambal Belacan Cair, Juadah Tengahari....
Pucuk Ubi Rebus Dan Sambal Belacan Cair, Juadah Tengahari....

Apapun,  rebus pucuk ubi  dan cicah sambal belacan cair juga yang masih aku terasa. Juadah tengahari semalam itu juadah utama. Hidangan sampingan ayam goreng jer. Itupun dah terangkat habis. Masak nasi punyalah banyak. Habis licin tak sampai ke malam. Pucuk ubi tu basuh dan rebus macam tu saja. Kerja senang sangat... Resepi sambal belacan cair aku letak sini....

Pucuk Ubi Rebus Dan Sambal Belacan Cair


Bahan-bahan:

7 biji cili api
Sebesar ibu jari belacan bakar
1/3 makan sudu garam kasar
2 sudu makan gula
2 sudu makan pes asam jawa
1/4 cawan air masak

Cara-cara:

Cili api, garam kasar dan gula halus di tumbuk lumat. Masukkan belacan. Lenyek sebati. Masukkan asam jawa dan air. Gaul sebati. Dah siap.

Bolehlah di cicah dengan sayur-sayuran rebus. Sedap hingga menjilat pinggan tau.

Inilah  dia  resepi  sambal  belacan  turun  temurun  keluarga  aku.  Ada  macam-macam  cara  dan campuran sambal belacan ni.  Semuanya sedap dan menepati selera. Apapun sayur pucuk ubi segar jugalah yang sedap. Yang kat pasar tu daun ubi yang keras kematu. Sesuai bagi makan kambing jer. Nanti bila cuti lagi nak pergi  tapak projek kutip pucuk ubi lagi. Bila dah  tinggal  sana, boleh tanam pokok ubi banyak-banyak. Huhu!

Nak baca cerita semalam... klik SINI

p/s: Sebenarnya aku alergik dengan belacan tapi pantang jumpa, bila dah makan... siap sedialah ubatnya...hihi!


1 comments:

Nour Adieb said...

kalau ada sambal belacan, otomatik terbuka selera 😍

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...