Tips Putihkan Ketiak Dan Celah Peha Yang Hitam Dalam Masa 7 Hari

1:59:00 PM Noor Akma 1 Comments

Untuk menjaga kecantikan luar dan dalam, pelbagai cara boleh di lakukan oleh kaum wanita. Boleh buat cara moden dan tradisional. Aku paling suka dengan cara tradisional untuk putihkan ketiak  dan celah peha yang hitam dalam masa 7 hari yang sudah pastinya mudah dan menjimatkan. Juga tiada kesan sampingan sebab tiada bahan kimia yang memudaratkan. Nak tahu, kapur makan atau kapur sireh dan sedikit air perahan limau nipis sahaja boleh putihkan ketiak dan celah paha yang hitam....

Tips Putihkan Ketiak  Dan Celah Peha Yang Hitam Dalam Masa 7 Hari
Tips Putihkan Ketiak  Dan Celah Peha Yang Hitam Dalam Masa 7 Hari

Cara-cara untuk mengembalikan keputihan ketiak dan celah peha seperti sediakala...


Ambil secubit (menggunakan 3 jari) kapur makan, kemudian campurkan dengan sedikit air perahan limau nipis, dan sapukan ke bahagian ketiak yang hitam tersebut. Seeloknya semasa mandi basahkaan bahagian ketiak terlebih dahulu. Kemudia gosok ketiak, sebaiknya gosok ketiak dengan kepala lutut. 

Dengan cara ini, ketiak akan cepat bersih dan saki baki daki akan tanggal dengan mudah. Memang akan terasa sedikit pedih atau panas tapi tidak lah ssampai memudaratkan kesihatan kulit anda tu. Amalkan sekerap yang mungkin iaitu 2kali/seminggu semasa mandi. Sehingga ia putih seperti sediakala

Kapur makan ini bukan sahaja akan memutihkan bahagian ketiak, namun ia juga mampu menghilangkan bau badan dan lebih mudah menanggalkan bulu ketiak iaitu dengan hanya menariknya dengan tangan ... insya'allah.

Cuci ketiak dan celah peha anda dengan parutan lemon dan timun selama 15-20 minit sehari, selepas tu basuh bersih dengan menggunakan air suam. Gunakan TAWAS bercampur air suam sedikit, kemudian gosokkan ketiak dan celah peha dengan menggunakan span ataupun kapas.

Satu lagi tips yang paling mudah ialah semasa mandi; ambil sabun dan sapukan pada bahagian belakang telapak tangan, kemudian gosok pada celah ketiak dan celah peha.

p/s :  Ada cara tradisional... buat apa susah-susah guna cara moden. Teringat dan ngeri tengok anak dara aku sapu wax nak menanggalkan bulu.... hihi!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...