Cara Menanam Uri Anak : Semua Lelaki Mesti Tahu Ilmu Ini

2:02:00 PM Noor Akma 4 Comments

Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri @ menanam uri anak. Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa di dalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi. Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Jadi suami atau si ayah kenalah tahu cara menanam uri anak dengan betul.

Cara Menanam Uri Anak : Semua Lelaki Mesti Tahu Ilmu Ini
Cara Menanam Uri Anak : Semua Lelaki Mesti Tahu Ilmu Ini

Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik. Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Cara menanam uri anak dan menguruskan uri tersebut...


1. Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
2. Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4. Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5. Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6. Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
7. Letakkan dalam bekas mudah reput seperti plastik/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ini untuk mengurangkan bau hanyir yang menarik perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti
8. Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
9. Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
10. Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
11. Tanam di tempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
12. Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
13. Jangan diletak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat. 

Ingat lagi waktu melahirkan anak-anak dulu. Membersihkan dan menanam uri suami yang uruskan. Beberapa bulan sebelum melahirkan aku dah siapkan sehelai kain putih dan sebiji tempurung kelapa (yang dah nak dibuang selepas kelapa diparut tu). Ambil dan minta dari kedai runcit yang jual kelapa parut. Aku cuci dan buang sabut yang melekat. Simpan untuk digunakan menjadi bekas menanam uri. 

Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh dibakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk ditanam di tempat masing-masing. Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat...

Untuk melihat lebih banyak info.... klik SINI

p/s: Para lelaki kena ambil tahu ilmu ni,  kalau tidak siapa yang nak buat...

#kredit SINI


4 comments:

Sheila Adziz said...

erm... betul tu hband harus tahu... uri anak sulong sy mak mertua tlg tanamkan... anak kedua hband uruskan sendiri... nak tak nak dia pandai sendiri... hehe

Ucing said...

Info yang berguna .(^_^).

thanks for sharing. tapi alamak elsa lambat lagi nak ada anak sendiri hahahaha

singgah isi tabung. elsa ada cerita baru :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/02/lagu-nostalgia-pilihan-elsa-kisah.html

Seorang Syed said...

satu perkongsian yang menarik ni hehehe tapi tak tahu bila boleh dipraktikkan. InshaAllah satu hari nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...