Cara Mudah Memotong Lapisan Kek Menggunakan Benang Dan Pencungkil Gigi

5:47:00 PM Noor Akma 0 Comments

Aku bukan pakar membuat kek. Setakat  buat untuk makan sendiri sahaja bolehlah.... Tapi untuk proses pembelajaran, aku pernah cuba belajar sendiri. Ada yang menjadi dan ada yang kurang menjadi.  Rupanya ada cara mudah memotong lapisan kek, cuma menggunakan benang dan pencungkil gigi. Pernah  kek yang aku buat patah berderai dek kesilapan memotong lapisan kek. Biasalah tu... hahaha!

Cara Mudah Memotong Lapisan Kek Menggunakan Benang Dan Pencungkil Gigi
Cara Mudah Memotong Lapisan Kek Menggunakan Benang Dan Pencungkil Gigi

Cara nak memotong lapisan kek nampak sangat mudah sahaja. Boleh buat dua atau tiga lapis potongan kalau macam ni. Tapi kena hati-hati juga. Takut pecah berderai. Kalau dah berkemahiran senang sahaja nak membuatnya. Tak adalah pemotongan kek menjadi senget benget dan patah riuk dikerjakan. Apapun canggih juga cara ini. 

Cara Mudah Memotong Lapisan Kek Menggunakan Benang Dan Pencungkil Gigi


Bahan yang diperlukan:
Kek
Benang
Pencungkil gigi

Cara-cara:
Ukur ketinggian yang diperlukan dengan pembaris. Tandakan dengan pencungkil gigi. Buat dalam  5 - 6 tempat disekeliling kek. 

Ambil benang dan lilit sekali disekeliling kek di atas ukuran pengcungkil gigi. Tarik benang berhati-hati sehingga kek terpotong oleh benang tadi. 

Lepas tu dengan menggunakan pisau lepa, angkat  berhati-hati dan terbalikkan di atas kertas minyak. Bolehlah di hias dengan krim, coklat dan apa-apa saja. dan letakkan kembali seperti biasa dan di hias cantik.

Itu jer la.... teringat kek yang aku pernah buat. Walaupun  kek berkecai senget benget di atas kesilapan memotong lapisan tapi setelah di baiki, di cantum dan di lepa buttercream.... cantik juga di mata anak-anak. Apatah lagi setelah di hias chocolate rice dan rainbow rice....hihi!

p/s: Jom buat kek coklat .... resepi SINI

#kredit SINI

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...