Mendidik Anak Kecil Dengan Nilai Kasih Sayang Cara Rasulullah S.A.W.

1:18:00 PM Noor Akma 0 Comments

Pada usia kecil, sangatlah tidak wajar bagi ibu bapa menggunakan kata-kata yang kasar dan keras apatah lagi memukulnya dengan tujuan mendidik anak kecil inj. Anak-anak dalam usia ini sangat sensitif baik perasaan mahupun jasmani mereka. Jadi, Bagaimanakah mendidik anak kecil yang kurang daripada dua tahun agar dia boleh mendengar cakap dan tidak terlalu nakal. Bolehkan menggunakan percakapan yang keras bagi membentuknya...

Mendidik Anak Kecil Dengan Nilai Kasih Sayang Cara Rasulullah S.A.W.
Mendidik Anak Kecil Dengan Nilai Kasih Sayang Cara Rasulullah S.A.W.

Kadangkala kita jadi buntu apakah cara terbaik untuk mendidik anak-anak supaya mereka mudah dengar kata, menjadi anak yang baik dan tak mudah melawan ibu bapa. Sebenarnya usia dua tahun adalah masa yang sangat aktif bagi anak-anak, kerana pada usia ini pertumbuhan fizikal dan perkembangan mentalnya sedang meningkat. Situasi ini mesti dihadapi oleh setiap ibu bapa yang mempunyai anak yang normal.

Mendidik Anak Kecil Dengan Nilai Kasih Sayang Cara Rasulullah S.A.W.


Sebagai ibu bapa Muslim, kita sangat disarankan mencontohi cara Rasulullah S.A.W melayan kanak-kanak. Baginda sangat menyayangi cucu-cucunya Hasan dan Husain. Bahkan ketika baginda sedang menjadi imam yang diikuti oleh jemaah lain, kedua cucunya memanjat tengkuk menyebabkan baginda melamakan waktu sujud demi menjaga kedudukan cucunya.

Setelah selesai solat, para sahabat bertanya mengapa terlalu lama baginda sujud, mereka bertanya adakah baginda menerima wahyu ketika itu. Rasulullah menjelaskan tentang peristiwa yang terjadi. Pengajaran yang diberikan oleh Rasulullah ini menunjukkan bahawa pada usia kanak-kanak ini, ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak dengan kasih sayang dan kelembutan. Jika ingin mencegah kesilapan yang dilakukan, buatlah dengan kelembutan dan kasih sayang.

Baginda menyuruh agar umat Islam memerintahkan anak-anak yang berumur tujuh tahun mengerjakan solat, namun jika umur 10 tahun tidak mengerjakan solat maka pukullah mereka. Ertinya keizinan memukul anak dalam pendidikan Rasulullah S.A.W adalah ketika anak berumur 10 tahun, itupun jika mereka melanggar perintah Allah SWT iaitu meninggalkan solat.

Namun pukulan yang dimaksudkan bukanlah memukul dengan kemarahan tetapi dengan unsur mendidik dan kasih sayang. Lebih baik ibu bapa menunjukkan akhlak yang mulia di depan anak-anak agar mereka dapat meniru keperibadian yang mulia tersebut. Setelah itu banyakkan berdoa agar mereka mempunyai hati yang lemah lembut, budi pekerti mulia serta menjadi anak yang soleh dan solehah.

Didiklah dengan cara berhemah dan ingatlah ibubapa adalah cerminan anak-anak. Jadi jagalah perlakua, tingkahlaku, percakapan dan tabiat kita sebagai ibubapa. Anak-anak kecil ini sangat mudah meniru dengan apa yang kita buat dan percakapan kita. Ini pernah terjadi pada jiran aku.... apabila  anak kecil memaparkan tingkah laku ibu bapa di depan orang luar. Mana nak letak muka ooi....

Itu je la tazkirah lebih kurang hari ini, nak baca tazkirah yang lain.... klik SINI

p/s :  Salam Jumaat kalian semua.... :)


0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...