28 February 2017

Nuffnang : Cara Nak Dapat Pendapatan Darinya.....

Minggu lepas aku ada buat entri pasal dapat cheque nuffnang dan ada beberapa blogger baru yang bertanya.... cara nak dapat pendapatan dari nuffnang. Jadi aku rasa terpanggil nak berkongsi serba sedikit tips yang aku tahu dan rasakan berkemungkinan. Yang sebenarnya aku pun bukanlah blogger yang pandai nak mengulas perkara ni. Tapi bolehlah setakat nak berkongsi pendapat sesama blogger cara nak dapat pendapatan dari pengiklanan nuffnang.

Nuffnang : Cara Nak Dapat Pendapatan Darinya.....
Nuffnang : Cara Nak Dapat Pendapatan Darinya.....

Sebelum nak cerita pasal tips dan cara nak dapat pendapatan @ duit dengan nuffnang, kenalah tepek kod iklan nuffnang di blog. Ini ramai blogger yang tahu dan faham macm mana nak buat. Untuk blogger baru, boleh google. Banyak blog yang ajar cara-caranya dengan terperinci iaitu cara nak sign up hingga cara nak letak widget kod html nuffnang di tempat yang sesuai pada blog.

Cara Nak Dapat Pendapatan Dari Pengiklanan Nuffnang.


1. Rajin buat entri. Kalau tidak, macam mana orang nak singgah kat blog. Blog kena sentiasa relevan, baru ramai pengunjung.

2. Cari lebih ramai follower di blog. Manalah tahu, dengan begitu akan ada pengunjung setia. Caranya kena rajin join segmen, giveaway dan apa saja melibatkan blogger di blog.

3. Kenalah rajin blogwalking blog kawan-kawan blogger dan tinggalkan jejak iaitu komen blog diorang.

4. Sementara tu, klik la iklan nuffnang yang menari-nari di blog kawan-kawan blogger ..... Janganlah kedekut. Rajin2kan diri sedekahkan klik tu. Dapat pahala juga tu.

5. Tapi..... ingat! Jangan sekali-kali klik iklan di blog sendiri. Tak ada faedah dan manafaat... hehe!

Itulah antara perkara yang selalu aku buat untuk mendapatkan pendapatan dari nuffnang. Cuma blogwalking dan klik iklan tu dah agak jarang aku buat sejak lappy aku ni lembab lambat loading. Memanglah pendapatan pengiklanan nuffnang ni tak menentu. Taklah selumayan pengiklanan lain seperti adsense dan innity. Tapi boleh jugalah menampung serba sedikit. Sikit-sikit, lama-lama bertimbun juga ....kan!

Ada baru-baru ni aku dapat tahu, bukan semua bloggger bernasib baik dengan nuffnang ni, blogger yang di kenali dan banyak pengunjung pun belum tentu boleh dapat pendapatan bagus dari nuffnang. Jadi pandai-pandailah gunakan tips yang di beri tu. Dah letak iklan nuffnang, kenalah pastikan kita memberi perhatian atas kewujudannya... Ya tak?

Jika nak baca entri tentang nuffnang di blog ini .... klik SINI

p/s: Tips ini dikongsi suka-suka jer.... semoga ada manafaatnya!


7 comments:

  1. Thanks di atas tips yang diberikan ni. Sangat berguna untuk blogger baru. Tapi tengok nuffnang tu macam dah lama ja tak update website diorang. Last update bulan 8 kot.

    ReplyDelete
  2. Betul la tu... LeYa setuju sangat... Ape sahaja pekerjaan yang kita lakukan kenalah rajin... Barulah kita dapat ape yg kita usaha

    ReplyDelete
  3. Yang penting semua dari nawaitu dan keikhlasan anda.

    ReplyDelete
  4. Yup..kene rajin update, dan blogwalking..

    ReplyDelete
  5. hai! thanks for the tips! kite orang lama pn susah nak dapat masyukk dari nuffnang.. hehe.. btw, ni link blog baru saya. follow yer walaupun takseberapa.. hehe..

    http://bercakapdenganbintang.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. thanks for sharing sis! huhu tapi pelik jugak sebab views meningkat je hari hari tapi income nuffnang yang tak naik naik dah seminggu dah begitu jugak. padahal diorang tinggalkan dekat cbox kata dah klik. pelik tau nie huhuu

    singgah isi tabung :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/02/berhutang-punca-sahabat-menjadi-musuh.html

    ReplyDelete
  7. thanks for the tips..berguna untuk blogger newbie macam saya

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...