Antara Iman Dan Amal

12:36:00 PM Noor Akma 0 Comments

AL-Quran memberi pedoman dalam Surah al Asr – Illallazi na’amana wa’amilussalihat – orang-orang yang beriman melakukan amal soleh. Indahnya Islam tidak saja terletak kepada asas kepercayaan (tauhid) tetapi ketauhidan itu terlihat dalam watak, peribadi dan amal.Keyakinan adanya Pencipta menjadikan insan memiliki jiwa kehambaan yang tinggi dan jiwa kekhalifahan yang tangkas.

Antara Iman Dan Amal
Antara Iman Dan Amal

Pendukung tamadun Islam silam, baik dalam kalangan sesetengah ulama/ilmuwan dan umara (pemimpin) mempunyai kekuatan melakukan sinergi dan berjaya menghasilkan tamadun contoh. Barat dan Eropah mengalami pencerahan kerana pengaruh sains dan teknologi Islami. Ianya terjadi lantaran keimanan dan amalan bergerak seiring.

Antara Iman Dan Amal


Beriman kepada ALLAH tidak sekadar percaya tentang kewujudan ALLAH dengan segala keperkasaanNya tetapi yakin menerusi amal soleh yang memancarkan watak Islami dan menjadi contoh ikutan kepada yang lain. Rasulullah SAW adalah contoh terbaik bagaimana akhlaknya dihubungkan dengan khuluq al-Quran atau akhlak Qurani dan ia hidup dalam diri Rasulullah SAW dan menjadi sumber ikutan kepada yang lain.

Sumber ikutan atau qudwah ini sangat penting dalam tradisi Islam zaman berzaman. Darinya kekuatan Islam terpancar dan akhirnya membangun sebuah tamadun. Tamadun Islam ditunjangi oleh kekuatan ilmu yang datangnya dari al-Quran dan As sunnah dan dijadikan sumber rujukan utama di samping upaya pemikiran manusia melakukan tadabbur (pemerhatian dan kaji-selidik).

Tradisi tadabbur amat penting dibangunkan kini kerana sumber rahmah dan nikmah ALLAH baik yang menyentuh mengenai diri insan itu sendiri dengan segala macam rahsia kejadiannya dan juga kejadian alam ini yang menampilkan kebesaran dan kekuasaan Allah menjadi hikmah terbesar yang memandu manusia menjalani kehidupan yang lebih terarah dan terpedoman.

Pedoman daripada ALLAH amat penting dipelajari dan diketahui supaya perkembangan pemikiran dan penjanaan ilmu sentiasa terhubung dengan kejadian dan kebesaranNya.Manusia yang beriman akan terus merasa kekerdilan diri dan terus mencari makna hidup ini dengan maksud ia terhubung dengan ALLAH dan segala hasil ciptaanNya dan dikaji untuk mendapatkan maklumat sebenar mengapa manusia dihidupkan dan mengapa alam ini dicipta.

Alam ini dicipta dengan penuh ketertiban dan keteraturan. Ia bergerak dan berlegar atas sunnatullah iaitu ketentuan ALLAH kerana ALLAHlah Pencipta semuanya. Perjalanan matahari, bulan, cekerawala, bintang-bintang, galaksi bergerak dengan laju tanpa sesak dan berlanggar.Manusia tidak mampu menguruskannya melainkan Suatu Kuasa Yang Maha Perkasa melakukannya.

Keteraturan dan ketertiban itu harus menjadi pedoman kepada manusia dalam melakukan sesuatu. Pedoman ini penting kerana manusia sering menghadapi konflik dan perbuatan yang gopoh dan melampau dan tidak menjadikan asas keteraturan dan ketertiban sebagai amalan.

Sifat membenci dan dendam sesama manusia sering dijadikan amalan. Buruk sangka dan penghinaan terhadap yang lain terlihat di mana-mana. Pembunuhan dan perseteruan sesama Islam semakin menjadi-jadi.

Politik dan kuasa dijadikan impian utama untuk melakukan dominasi. Ilmu yang benar dan bermanfaat semakin hilang peranan. Nafsu amarah dan emosi melulu sering dijadikan amalan. Dan akhirnya ketertiban dan keteraturan hilang dari diri.

Mengimani kebesaran ALLAH bermakna mengamalkan apa yang ALLAH suruh dan menjauhkan diri dari apa yang ditegah. Mengimani Rasulullah SAW bukan sekadar menyebut namanya dalam selawat dan qasidah tetapi mengamalkan apa yang dilakukannya supaya pancaran iman melahirkan akhlak karimah.

Akhlak karimah menjadi tujuan utama diutus para rasul supaya manusia memiliki iman yang teguh dan kukuh dan terpancar watak manusiawi yang tinggi yang sifatnya menyantuni bukannya memusuhi.

Lebih-lebih lagi pada zaman teknologi maya yang membolehkan komunikasi dan telekomunikasi berkembang pesat dan tersebar dengan cepat. Ia tidak harus menjadi alat menyebarkan maklumat yang tidak bermanfaat berasaskan sumber yang salah, persepsi melulu sehingga berlaku adu domba yang membawa kepada perpecahan, syak wasangka dan permusuhan.

Orang-orang yang beriman akan melakukan pemeriksaan dan penelitian supaya maklumat benar tersebar, sangka baik terjadi dan ukhuwah Islamiah terjalin. Teknologi dari sudut Islam selamanya alat. Bagaimana alat diaplikasi dan mengangkat akal-budi insan menjadi matlamat supaya ketertiban terjadi.

Nak baca tazkirah dari blog ni.... klik SINI

p/s: perkongsian tazkirah hari ini... salam jumaat... :)

#c&p: Tulisan Prof Dr Sidek Baba pensyarah di Insted, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)


0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...