Demam, Gunakan Air Suam Turunkan Suhu Badan, Bukan Air Ais

11:57:00 AM Noor Akma 0 Comments

Hmmm..... Baru kini aku tahu apabila demam, gunakan air suam untuk menurunkan suhu badan pesakit iaitu dengan meletakkan tuala kecil yang di basahi air suam di dahi pesakit. Juga di tempat-tempat lain seperti di leher, perut, celah ketiak dan celah peha. Apabila demam, gunakan suam ini dapat membantu pembuluh darah di kulit mengembang lalu membuka pori-pori dan memudahkan mengeluarkan suhu panas dari dalam tubuh.

Demam, Gunakan Air Suam Turunkan Suhu Badan, Bukan Air Ais
Demam, Gunakan Air Suam Turunkan Suhu Badan, Bukan Air Ais

Aku dah silap besar selama ni  menggunakan air ais untuk menurunkan demam pada diri sendiri juga pada anak-anak. Rupanya menggunakan air sejuk, air ais atau ketul ais bukannya menurunkan suhu tubuh badan tetapi meningkatkan lagi suhu badan kerana iar dingin menyebabkan pembuluh darah di kulit mengecut sehingga panas dibawa darah ke kulit, terhalang. Nasib baik tak terjadi apa-apa masa tu. Baru kini ku tahu dari sebuah majalah.... 

Demam, Gunakan Air Suam Turunkan Suhu Badan, Bukan Air Ais


Juga apatah lagi bila demam ada yang suruh mandi dengan air sejuk. Kalau anak kecil lagi kasihan apabila menggigil serta lagi makin naik demamnya. Jika kita sendiri demam, cuba terus pergi mandi air sejuk. Pijak lantai bilik air pun dah menggeletar.... kan. Kalau nak mandi juga, dibolehkan tetapi air yang digunakan haruslah air yang hangat suam. Jangan gunakan air sejuk. Dengan begitu, tubuh menjadi segar dan nyaman. Setelah mandi, keringkan tubuh dengan kain tuala dan terus cepat tutup badan dengan pakaian.

 Elakkan menyelimuti orang yang demam atau memakai baju yang tebal seperti jaket atau pakaian ketat yang boleh meningkatkan suhu badan. Sebaiknya gunakan pakaian yang tipis dan longgar, yang dapat menyerap peluh sehingga suhu badannya menurun ke paras normal. Pasal ni, ku pernah kena marah dengan doktor sebab pakaikan anak dengan baju tebal dan selimut lagi dek anak asyik menggigil demam. Waktu tu masa pergi dapatkan rawatan.

Apabila demam, tubuh badan mengeluarkan cairan lebih banyak seperti peluh dan kencing. Maka rajin-rajinlah minum air yang banyak lebih-lebih lagi jika terjadi kepada bayi atau kanak-kanak untuk mengelakkan dehidrasi. Lagi banyak cairan diberi, maka lagi banyaklah cairan yang keluar melalui urin yang juga menolong menurunkan suhu badan yang panas.

Kalau bayi/anak anda demam kenalah cepat berjumpa doktor apatah lagi berpanjangan lebih dari dua hari, kelihatan lesu, hilang selera makan minum, panas kejang, susah bernafas, muncul bintik merah atau biru di tangan, muntah, cirit birit, ini tanda infeksi kuman/virus yang tubuh badan bayi tidak berupaya melawan. Segeralah bawa bayi/anak berjumpa dengan doktor. Doktor akan siasat punca panas dan infeksi tersebut. Mungkin antibiotik diperlukan.

Diri sendiri demam pun kena dapat rawatan juga. Lebih-lebih lagi takut terkena demam denggi. Sekiranya demam tak surut selama tiga hari selepas makan ubat, jumpalah doktor untuk ujian darah. Harap-harap tak terkena penyakit yang disebabkan oleh pontianak kecil ini.... Nak dapat informasi lagi... klik SINI

p/s :  Ini hanya pengalaman sendiri yer.... selebihnya mintalah nasihat pakar iaitu doktor.... eh eh!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...