Jadi Blogger Mesti Jujur Bila Buat Giveaway Dan Contest....

12:22:00 PM Noor Akma 10 Comments

Aku terpanggil nak menceritakan perkara ni, bila ada terbaca satu komen blogger tu. Dah lama aku pendamkan dan simpan jauh dalam hati. Entah apa hal sesetengah blogger ni... Dah buat giveaway tapi hadiah tak ada. Ada yang dah bagi alamat tapi hadiah tak kunjung tiba. Ataupun giveaway bubar entah kemana. Jadi blogger mesti jujur la... Kalau tidak, jangan jadi blogger atau tak payah buat giveaway.... ya tak? Korang pernah kena tak...  aku dah biasa tapi bukanlah giveaway dalam tahun ni... yer!

Jadi Blogger Mesti Jujur Bila Buat Giveaway Dan Contest....
Jadi Blogger Mesti Jujur Bila Buat Giveaway Dan Contest....

Dah lama jadi blogger ni macam-macam perkara aku tempuh. Dah biasa juga dapat hadiah giveaway ni. Yang dapat tu alhamdulillah, ada rezeki. Ini musykilnya dah tersenarai dapat hadiah tapi hadiahnya tak dapat. Pernah sekali tu dah ingat nak dapat hadiah, aku cuba hubungi di facebook, tak ada balasan. senyap sepi. Ada juga yang dah bagi alamat siap... terus menghilang. Whassap pun dah tak boleh dah. Kena block la tu....  Ada cuba tanya di komen blog dia... Senyap jer. Dah tak berusik lah blog dia dah...  Redho sangatlah aku... hurm!


Jadi Blogger Mesti Jujur Bila Buat Giveaway Dan Contest....


Sesetengah blogger tu sangatlah bagus.... Suka blogger macam ni, teliti  kerja dia. Selepas habis giveaway, terus hubungi pemenang. Jadi, tak payah blogger tengok satu persatu giveaway yang dia join. Kadang-kadang terlepas pandang yang diri sendiri dah jadi pemenang. Dapat tau apabila tarikh hantar maklumat dah tamat. Apa nak di kata.... dah terlebih sibuk, tak sempat nak mengadap blog. Rugi juga tapi tak ada rezeki lah jawabnya.

Kalau buat giveaway ramai-ramai, penyelaras(admin) tolonglah pantau. Kalau tidak, nama sendiri juga yang terbabit. Ada giveaway blogger di kenali yang aku sertai, sampai sudah tak dapat hadiahnya. Tapi takkan nak salahkan blogger tu sebab dia tak tau rasanya. Aku pula bukan jenis yang suka bising dan melagakan orang. Tapi sesiapa yang jadi penyelaras tu, seeloknya pantau pemenang sampai selesai tau. Bukannya susah, buat group pemenang  di whassap. Dah dapat hadiah, keluar. Bila dah selesai semua, boleh tutup akaun group.... gittew!

Macam macam hal kaedahnya blogger ni. Aku ingatkan, tak payahlah nak buat masaalah macam ni. Tak bagus untuk diri sendiri, untuk hubungan sesama blogger dan hubungannya dengan yang maha Esa. Rasanya orang yang buat hal macam ni tak lama di dunia blogger.  Dia mesti jenis yang bukan benar-benar nak berkecimpung  jadi blogger yang sebenar, nak mencalarkan dunia blogger sahaja. 

Jangan kecam aku bila buat entri macam ni yer.... Ini hanya luahan hati aku je. Tak di tujukan pada sesiapa pun. Dunia blogger Melayu di Malaysia ni, walau nampak ramai tapi sebenarnya pusing kiri, pusing kanan.... jumpa orang yang sama jer... Lebih-lebih lagi di dunia internet, di celah jari... sempit gituuuu. Apapun kalau ada yang 'termakan cili, rasalah kepedasannya'.... hihi!

Kalau nak baca cerita merapu lagi... klik SINI

p/s: Hati mau baik, jiwa mesti tenang. Biasanya blogger yang buat hal begitu, lesap akhirnya.. takut kena palau... huh!

10 comments:

setuju sangat tu..janganlah persiakan orang yang dah join giveaway tu...dah janji kena tepati

-Kisahsidairy-

Mia Liana said...

alhamdulillah... setakat ni ga dan segmen yang kak mia buat takde masalah... semuanya ok...

- Mia Liana

yes elsa pun setuju jugak entry nie. tapi ada satu masalah juga, pemenang yang tak respon kita even kita dah inform melalui emel atau media sosial lain. dan itu yang elsa tengah lalui sekarang huhu. tambahan pula, pihak sponsor juga tak respon. ah sudah memang elsa sebagai penganjur rasa bersalah sangat. tapi elsa cuba sedaya upaya untuk tunaikan hadiah pemenang :)

singgah klik nuffnang :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/my-boyfriends-girlfriends-bloglist.html

Saya tak pernah kena lagi situasi macam ni. Mungkin sebab saya jarang join giveaway kot ha3

Segan la nak join giveaway ni

setuju sangat2

Saya pun setuju dengan statement nie, memang perlu ada sifat jujur dalam diri, kalau tak mampu nak buat, adalah lebih baik tak payah buat apa2 contest.. Saya pun penah jugak berkali2 menerima nasib hadiah tak sampai, whatsapp pun tak berbalas akhirnya saya mendiamkan diri saja...

Cik Qenari said...

ada jugak macam tu rupanya..

entri panas. haha setuju jugak dengan semua yg diperkatakan di atas

sy pernah kena.. dah lama rsnya. bila baca entri ni terus tringat balik. hehe. sy join dan dia dh umum pemenang. bila bg detail alamat. sampai kesekarang barang tak smpai.. lawak jugak blogger mcm ni. tp biar la dia. tak kemana pun kan nak menipu mcm tu.

Nour Adieb said...

sy x prnh kena rasanya, sebab jarang juga join GA. start bulan 1 2017 ni baru sy rajin join

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...