Kunci Kebahagiaan Keluarga Mengikut Sunnah...

12:24:00 PM Noor Akma 0 Comments

Bagaiman rasanya bahagia... Macam mana caranya nak hidup bahagi. Bahagiakah ku rasa? Kunci kebahagiaan terletak dalam diri dan sanubari kita sendiri. Nawaitu kena betul dan redha dengan segala ketentuan yang Allah berikan. Kunci kebahagian keluarga mengikut sunnah dan bagaimana mahu membina keluarga mengikut pendekatan agama Islam....

Kunci Kebahagiaan Keluarga Mengikut Sunnah...
Kunci Kebahagiaan Keluarga Mengikut Sunnah...

Inilah antara darinya :

Kunci Kebahagiaan Keluarga


1. Mendirikan rumahtangga berlandaskan al-qur'an dan sunnah nabi.
- Rumahtangga yang dibina atas landasan taqwa, berpandukan al-qur'an dan sunnah dan bukannya atas dasar cinta semata-mata.

2. Membentuk rumahtangga untuk mencipta kasih sayang
- Sifat kasih sayang yang wujud  dalam sebuah rumahtangga dapat melahirkan sebuah keluarga yang bahagia, saling menghormati, saling mempercayai dan saling tolong menolong dalam kebaikan. Tanpa kasih sayang, sebuah perkahwinan akan hancur.

3. Bersyukur di kurniakan pasangan hidup
- Mensyukuri nikmat Allah merupakan satu kewajipan bagi setiap hambaNya kerana setiap manusia telah di jadikan berpasang-pasangan. Sentiasa menerima dan bersedia dengan kelebihan dan kekurangan pasangan hidup adalah salah satu tanda syukur. Rumahtangga bahagia akan saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain dan menutupi kekurangan antara satu sama lain.

4. Memilih kriteria suami atau isteri dengan tepat
- Di antara kriteria tersebut adalah beragama Islam dan soleh ataupun solehah. Berasal dari keturunan dan keluarga yang kita percayai dan yang baik-baik. Mempunyai akhlak mulia, sopan santun dan mempunyai sifat dan tutur kata yang baik.

5. Menjalankan tanggungjawab hak dan kewajipan sebagai suami dan isteri dengan baik
- Menjalankan kewajipan bagi seorang suami dan isteri. Bijak dalam menangani isu-isu yang berkenaan dengan hak-hak suami dan isteri dalam rumahtangga. Apabila kesemuanya berjalan dengan baik maka akan terciptalah keluarga yang harmoni dan bahagia.

Nak cari kunci untuk bahagia?  Selamilah tulisan atau tips di atas. Selebihnya selongkarlah ilmu dari Al-qur'an dan hadis. Banyak imu dan manafaat yang dapat dpelajari untuk mendapat kunci kebahagiaan keluarga dunia dan akhirat.
Sekianlah serba sedikit tazkirah sempena hari Jumaat..... nak baca tazkirah lagi! klik SINI

p/s : Salam Jumaat yang indah....:)

#kredit SINI


0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...