Seterika Melekat .... Penyelesaian Masaalah, Beli Seterika Garment Steamer Di Lazada

12:22:00 PM Noor Akma 1 Comments

Bila anak-anak menggosok pakaian, perkara yang paling bengang sekali bila seterika cepat panas dan seterika tu melekat pada kain penggosok seterika. Lepas tu, tak perasan gosok pulak baju. Sudahnya, baju nampak macam bertanda kesan kotor. Nak.. nak pula baju sekolah. Puas juga nak menghilangkan bekas seterika melekat tu. Kengkadang ada baju dan tudung yang dah tak boleh di gunakan gara-gara perkara ni.

Seterika Melekat .... Penyelesaian Masaalah, Beli Seterika Garment Steamer Di Lazada
Seterika Melekat .... Penyelesaian Masaalah, Beli Seterika Garment Steamer Di Lazada

Alat tempat menggosok baju tu pun dah koyak rabak nampak span dia. Seterika tu pula di tapaknya penuh dengan kesan coklat kehitaman. Wayar seterika tu pula dah berbelit-belit dan dah nampak wayar tersembul sana sini. Penyelesaian awal mingu ni aku order cloths hanging garment steamer. Dah lama sebenarnya nak benda ni. Nampak macam senang nak menggosok pakaian bila tengok ramai kedai pakaian guna benda ni.

Tengahari semalam sampai dah garment steamer ni ke rumah aku. Mula-mula semacam pelik je nak pakai benda ni. Benda baru yang tak pernah lagi digunakan. Sekarang dah tau dah... Tak semudah mana, tapi bolehlah.... Yang penting tiada lagi baju dan tudung yang rosak lagi. Aku beli yang paling murah dan berbaloi dari Lazada. Barang keperluan yang perlu di utamakan ini. Beli seterika biasa pun kurang sikit jer harganya.

Seterika Melekat .... Penyelesaian Masaalah, Beli Seterika Garment Steamer Di Lazada
Seterika Melekat .... Penyelesaian Masaalah, Beli Seterika Garment Steamer Di Lazada

Anak-anak menanglah teruja bila mendapat benda baru. Mula-mula kekok juga.. Lama-lama, biasalah tu.  Semoga mereka-mereka tu akan lebih rajin gosok baju. Termasuklah aku nanti...  Kerja paling malas yang aku nak kena buat. Lipat kain lagi aku suka. Boleh tengok tv sambil lipat kain.... menggosok pula kena hati-hati takut melecur tangan... hihi!

Tengah fikir apa lagi yang perlu di beli.... Kumpul-kumpul duit, boleh shopping kat Lazada lagi. Nak cari benda-benda yang boleh menyenangkan kerja-kerja di rumah. Rasanya ada lagi barang yang aku nak beli ni...  Biar semua pendapatan yang aku dapat dari dunia blogging ni nampak bendanya. Kalau tidak, habis begitu sahaja di gunakan....hmmm!

Banyak cerita mengomel aku di SINI

p/s : Tengah pilih mixer, bread maker, pressure cooker, vacum cleaner.. etc. Macamlah banyak duit... hadoi!


1 comments:

Aina said...

Selalu juga tengok orang guna. Tapi takut pula terhala wap yang keluar tu kat anak kecik ni. Senang tak nak gosok?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...