Tanaman : Buat Baja Kompos Sendiri Sebagai Campuran Tanah...

12:58:00 PM Noor Akma 3 Comments

Aku sangat berminat untuk bercucuk tanam. Pokok bunga-bungaan dan sayur-sayuran. Sebelum aku tinggal di rumah yang ada sekarang aku dah ada pengalaman menanam pokok-pokok itu semua. Waktu duduk di rumah teres dulu, Biasalah bila bercucuk tanam di bandar, tanah kenalah di beli di pusat tanaman atau di pasaraya. Berjimat sangat tanah tu untuk mengisi penuh sepasu. Aku biasa buat baja kompos sendiri untuk pokok-pokok bunga yang aku tanam. Menjimatkan kos baja dan tanah bila buat baja kompos sendiri ni....

Tanaman : Buat Baja Kompos Sendiri Sebagai Campuran Tanah...
Tanaman : Buat Baja Kompos Sendiri Sebagai Campuran Tanah...

Aku buat baja kompos sendiri menggunakan rumput-rumput rampai yang aku cabut dari pasu tanaman aku. Campur sekali dengan daun-daun kering, daun-daun pokok bunga yang aku pangkas. Sedikit bahan-bahan dapur yang kering seperti kulit telur, kulit bawang, tangkai cili, dan sampah sayuran. Kumpul setiap hari, lama-lama, dapatlah banyak. 

Aku tak letak sekali semua sampah dapur yang ada sebab nanti tak tahan dengan bau yang busuk bila bahan tu mereput. Lepas tu campur dengan tanah lama yang telah di gunakan. Hampas teh, hampas kopi, air beras, air kelapa, ragi, larutan molasses (gula merah yang dimasak dengan sedikit air) pun boleh di campur sekali semasa membuat baja kompos. Tak ada pun tak apa. Aku biasa buat dengan cara mudah tu sahaja.


Tanaman : Buat Baja Kompos Sendiri Sebagai Campuran Tanah...


Aku isi bahan nak buat baja kompos tu dalam pasu yang tak digunakan atau baldi pecah pun boleh. Bekas polisterine besar yang lama pun boleh (seperti gambar). Setiap 2-3 hari balikkan bahan tu sambil di siram dengan air. Boleh tambah bahan-bahan dari masa ke semasa ikut kesesuaian.  Dalam 2 - 3 bulan dah boleh di gunakan iaitu gaul dengan tanah hitam di dalam pasu. Lepas tu bolehlah menanam. Ini dapat mengurangkan penggunaan tanah hitam dan tak membazirkan tanah lama. 

Tanah yang lama akan kembali di gunakan dan dapat menyuburkan tanah dengan sampah organik yang ada. Pokok-pokok bunga dan sayuran akan hidup subur dengan cara ini. Sangat menjimatkan kos untuk membeli tanah hitam sebab tanah boleh di gunakan berulang kali. Sisa sampah dan tanaman tak terbuang begitu sahaja. Dapat di gunakan kembali dengan jayanya

Semoga cerita perkongsian aku ni bermanafaat untuk yang gemar bercucuk tanam di tanah yang sekangkang kera... di bandar. Aku di saat ini belum berkesempatan lagi nak menanam. Cuma cerita lama yang ada menjadi nostalgia. Insya'allah siap projek teratak kasih nanti, bolehlah aku bercucuk tanan kembali.... hurmmm...!

Nak baca cerita aku tentang tanaman... klik SINI

p/s: Selalu teringat masa dulu-dulu, waktu pokok-pokok bunga cantik merimbun di halaman....

3 comments:

Nour Adieb said...

syukur skrg ni sy dah timbul kesedaran nak bcucuk tanam. sy main tabur je biji, nnt ada la tu yg mjadi dgn izin Allah. skrg ni, yg menampakkan hasil tnmn labu & petola. harap umur tanaman tu panjang

berminat nyer...
aida berangan-angan nak ada area bercucuk tanam.
tapi tu la. lom ada peluang dan ruang nak start.

Aina said...

Waa.. Idea menarik ni. Daripada dok beli baja baik buat sendiri. Thanks for the tips! Boleh try lepas ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...