Tips Menggoreng Agar Minyak Tidak Terpercik...

2:29:00 PM Noor Akma 5 Comments

Anak-anak sekarang tak minat ke dapur untuk aktiviti memasak. Salah satu sebabnya selain renyah,  adalah ketakutan mereka dari aktiviti menggoreng. Takut sangat diorang dengan percikan minyak dari kuali waktu menggoreng. Justeru itu, aku nak kongsi sedikit petua tips menggoreng agar minyak tidak terpercik. Tips menggoreng ini aku gunakan dah cukup lama.. Memang sangat berkesan dan minyak pun tak terpercik mengotori lantai. 

Tips Menggoreng Agar Minyak Tidak Terpercik...
Tips Menggoreng Agar Minyak Tidak Terpercik...

Kengkadang tu, gelihati sungguh dengan gelagat diorang masa menggoreng ikan, takutnya tak terkira. Ada yang lari lintang pukang apabila mendengar letupan-letupan kecil tu. Ada pula pegang tudung periuk dan melindungi muka dengannya. Dah ada video yang di buat tentang perkara ni. Memang kelakar betul di buatnya... kan....hihi!

Sebenarnya caranya paling senang dan mudah sangat....  Apa-apa benda yang nak di goreng boleh buat cara ni. Ikan yang paling teruk percikannya mestilah ikan keli. Rasa ikan keli goreng memang sedap tapi aktiviti menggoreng tu yang mencabar. Dengan cara ini, anda boleh menggoreng ikan keli dengan tenang.

Tips Menggoreng Agar Minyak Tidak Terpercik...


Caranya :

1. Siang ikan/ayam dan bersihkan ikan/ayam dulu....
2. Seperti biasa lumurkan dengan garam dan kunyit 
3. Masukkan bersama sesudu tepung jagung (anggaran 5 ekor ikan - kalau lebih boleh tambah kuanttiti tepung)
4. Lumurkan rata2 pada ikan/ayam Siap..... bolehlah digoreng. 

Anda akan dapati minyak x memercik lagi keluar dari kuali..... Kerja memasak menjadi lebih mudah. Boleh juga digunakan untuk menggoreng hati ayam, ayam, udang dan apa saja bahan untuk di goreng. Bahan gorengan anda menjadi lebih sedap, rangup dan tidak melekat di kuali.

Untuk melihat lebih banyak petua yang di kongsi.... klik SINI

p/s : Selamat mencuba. Tak adalah takut lagi waktu menggoreng... hehe!


5 comments:

Seorang Syed said...

Ohhhh senang ja. Guna tepung jagung sahaja rupanya. Sia2 pakai tudung periuk tutup muka sebelum ni haha. Thanks di atas perkongsian yang berguna ni.

Flavnesz said...

Baru tau pasal tepung jagung tu.. Mak just selalu cakap, jangan campak lauk tu kalau tak nak minyak terpercik.. hehe

Guna tepung jagung ya? Baru tahu ni . Selalu CCL kalau nak goreng ikan or ayam kena tos air biar betul-betul kering baru lumur garam kunyit .

Cik Qenari said...

laaa...baru tau tepung jagung tu..boleh try pasni. thanks for the tips.

Hernee Nazir said...

wahhh..thanks for the tips ya..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...