Blogging.... Memperlahankan Langkah Sekejap Sebulan Dua Ni !!

2:09:00 PM Noor Akma 2 Comments

Sekarang dah hampir bulan Ramadan dan nak masuk Hari Raya. Jadi, sibuklah sikit melayan pelanggan untuk membeli online melalui whatssap  yang lebih ramai dari biasa. Waktu biasa, bukannya tak sibuk, tapi taklah bertalu-talu macam sekarang ni. Jadi mood nak blogging ni jadi hilang sekejap. Idea nak menulis dan blogging macam serasa tak mau datang dek fikiran memikirkan baju, baju dan baju customer. Daripada letih memikirkan... baiklah aku memperlahankan langkah sekejap....!

Blogging.... Memperlahankan Langkah Sekejap Sebulan Dua Ni !!
Blogging.... Memperlahankan Langkah Sekejap Sebulan Dua Ni !!

Biasalah macam ni saban tahun sejak beberapa tahun ni. Apabila Ramadan tiba, rezeki pun hadir lebih sikit. Tapi yang nak keluar pun lebih juga. Al maklum Hari Raya banyak buat perbelanjaan pakaian, makanan dan perjalanan balik kampung. Apapun, aku akan terus mencari kesempatan untuk menulis dan mengupdate entri di blog seperti biasa. Tapi kan!, payah sungguh rasanya nak mengeluarkan idea blogging bila fikiran penuh ke lain.... hahaha!

Blogging.... Memperlahankan Langkah Sekejap Sebulan Dua Ni !!


Pada yang belum tahu... selain seorang blogger, aku juga seorang dropshipper aktif. Dah ramai pelanggan yang membeli belah di blog jualan aku sejak beberapa tahun ni. Ada yang telah menjadi pelanggan tetap dan saban bulan mesti membeli baju dari aku. Setakat ini, tiada apa-apa masalah yang besar pernah aku hadapi sejak menjadi seorang dropshipper ini. Perkara kecil-kecil tu biasalah dan semua dapat aku tangani dengan jayanya.

Laptop pun dah dapat yang lain... Walaupun bukan yang baru, yang terpakai je, memang sangat-sangat membantu aku untuk memasukkan stok baju-baju ke dalam blog dengan cepat. Aku ada beratus-ratus jenis baju yang ada di jual di blog jualan aku ni. Pelanggan boleh silih memilih yang mana berkenan di hati. Lepas tu, pelanggan boleh tanya stok dengan aku. Insya'allah baju-baju yang terkini dan baru aku updated masih ada dalam stok. 

Yang dah lama aku udated tu seeloknya jangan tanya dah. Kebiasaanya dah habis... Ada pelanggan suka sangat korek entri baju-baju lama dan tanya,... Walhal sesetengah tu dah letak sold out dah. Nak buat macam mana... layan je lah... Dah tak ada, aku beritahulah dah sold out. Stok lama ada yang aku dah letak gambar sold out. Mana yang tak sempat tu, nak buat macam mana... Tak larat nak cover semua... penat!

Sekiranya ada balik stok lama tu... aku akan update balik. Jadi tengoklah tarikh, kalau lebih dari tiga bulan tu biasanya dah habis di jual. Kalaulah ada yang berminat nak beli pakaian hari raya dengan aku ... aku bagi linknya. Baju-baju raya tahun ni di jamin cantik dan menepati selera semua golongan umur dan masyarakat. Aku juga seller yang boleh di percayai dan tak pernah ada hal yang meragukan. Ada aku cerita sikit pasal meniaga ini di blog... baca SINI. Okey... jom shopping...!

Nama Blog Jualan : nurbeautyanggun.com

FB Page : nurbeautyanggun

Instagram : nurbeautyannggun

Email : noorakma309@gmail.com

No. Tel : 017-2387594 / 017-3215261

p/s :  Semoga jualan akan terus meningkat....  dan untuk pengetahuan, aku lebih menjual melalui blog, tak terlarat nak updated di ig dan fb page dah.... busy sangat-sangat..!!!

2 comments:

Laksa.... Peberet Aku!

10:53:00 AM Noor Akma 6 Comments

Aku dah lupa bila aku buat laksa ni... Tapi yang pasti bukan bulan ni. Bulan ni aku agak sibuk. Sesekali buat memang menjilat jari betul rasaya. Laksa ni memang kegemaran aku tapi agak jarang aku buat. Bukan tak ada kerajinan nak buat. Sebab en, suami aku ni memilih makanan. Jadi aku terpaksa masak juga nasi dan lauk-lauk biasa walau aku dah masak laksa seperiuk. Penatlah jadinya.... tau!

Laksa.... Peberet Aku!
Laksa.... Peberet Aku!

Aku masak laksa ni sebab ari tu aku dapat banyak bunga kantan dari sepupu en. suami. Dapat 10 tangkai pulak tu. Separuh aku dah buat masak asam pedas. Separuh lagi ni dah hampir kecut kering di peti ais. Sebelum rosak, aku suruh en. suami beli ikan dan mee laksa. En. suami di belinya ikan cukup-cukup je utuk buat seperiuk kecil kuah. Aku suruh beli banyak sikit... Nak buat macam mana... Dapatlah aku merasa sepinggan sekali hidang. Lepas tu habis di makan anak-anak siap bertambah-tambah. Jadilah, untik merasa.. !


Laksa.... Peberet Aku!


Korang nak resepi ringkas aku buat laksa.... Aku tunjuklah cara-caranya. Mudah dan tak banyak karenah seadanya...

Bahan-bahan:

1 paket mee laksa basah
4 ekor ikan sardin segar
4 biji bawang merah
8 biji cili api
2 sudu besar cili giling
4 keping asam keping
Sedikit belacan
Bunga kantan
Air
Garam dan gula secukup rasa

Bahan hiasan: 

Telur rebus
Cili merah
Timun
Limau kasturi

Cara-cara:

Mee laksa di celur dan ketepikan. Ikan sardin di rebus dan asingkan tulang dan isinya. Air rebusan di gunakan untuk kisar bersama isi ikan sampai hancur. Tulang di kisar berasingan dan tapis ambil airnya.

Bawang merah dan cili api di kisar juga. Rebus isi ikan kisar bersama bawang merah dan cili api kisar. Masukkan juga cili giling, belacan, asam keping dan bunga kantan yang telah di belah 2 atau 4. Perasakan dengan garam dan gula. 

Untuk hidangan... masukkan mee laksa dalam pinggan. Curahkan kuah laksa dan taburkan bahan hiasan seperti hirisan timun, telur rebus dan hirisan cili merah. Perahkan limau kasturi. Kalau tak ada bahan hiasan pun tak apa... masih sedap.

p/s : Inilah cara yang seringkas boleh langkah demi langkah mudah cara aku buat laksa yang menjadi peberet aku sekeluarga kecuali en, suami... Bulan puasa nanti inilah hidangan yang di nanti anak-anak... :) Nak resepi peberet aku... klik SINI


6 comments:

Bateri Kereta Kong...? Anda Jangan Panik Ya, bateriku.com Ada...!!

12:43:00 PM Noor Akma 5 Comments

Kereta bila tetiba je tak boleh nak di hidupkan. Janganlah panik... terus mengatakan bateri kereta kong nak tukar bateri kereta. Kereta bila rosak dan tak boleh nak di hidupkan, ada banyak kemungkinan lain yang menyebabkannya. Antaranya, minyak habis, starter rosak, alternator tak berfungsi dan macam-macam lagi. Jadi, jangan ingat setiap kali rosak asyik bateri kereta kong sahaja. Tapi tak apa, jangan susah hati...  bateriku.com sedia membantu.

Bateri Kereta Kong...? Anda Jangan Panik Ya, bateriku.com  Ada...!!
Bateri Kereta Kong...? Anda Jangan Panik Ya, bateriku.com  Ada...!!

Sekarang ini jangan tak tahu.... ada kempen program free checking oleh bateriku.comProgram free checking untuk badan koporat, kelab kereta, komuniti perumahan secara percuma tapi bergantung pada tempahan. Free checking ini berada di sekitar anda sahaja. Iaitu di seluruh lembah klang, Ipoh, Penang, Kedah, Perlis, Seremban, Melaka dan Johor Bharu. Kempen ini bagus untuk para wanita yang hanya tahu memandu kereta sahaja. Boleh belajar serba sedikit berkenaan kereta. Bolehlah belajar ambil tahu fungsi -fungsi isi perut kereta itu sekali... hahaha!


Bateri Kereta Kong...? Anda Jangan Panik Ya, bateriku.com  Ada...!!


Sebagai tuanpunya kenderaan anda kenalah ambil tahu keadaan kereta sewaktu memandu.... Macam orang juga, kengkadang demam, batuk dan sakit-sakit sendi. Begitulah juga dengan kenderaan yang anda pandu. Anda mesti ambil tahu iaitu :

• 65% pengguna yang mempunyai masalah bateri lemah atau bateri kong adalah berpunca dari ‘charging’ alternator yang kurang baik?
• Bateri yang lemah atau kong disebabkan oleh alternator boleh diselamat kan lagi jika masih baru??
• Bagaimana nak tahu tahap ‘kesihatan’ alternator kenderaan anda?

Pihak bateriku.com pasti ada jawapannya. Mereka akan berkongsi maklumat dan membuat pemeriksaan percuma untuk anda. Jangan risau.... mereka akan datang ke lokasi anda. Sekiranya tiada apa-apa... pemeriksaan percuma. Tiada sebarang caj sekiranya bateri kereta anda masih elok dan dalam keadaan baik. Cuma di kenakan caj berpatutan sekiranya bateri kong atau tidak berfungsi. Pemasangan dan penghantaran percuma.

Teringat satu cerita pasal seorang kawan. Kereta rosak di pinggir jalan... Sementara nak tunggu suami sampai, kereta di tarik ke sebuah bengkel. Bengkel tu nak caj harga beribu-ribu sebab rosak macam-macam katanya. Suami kawan  tak terima.... Kereta tu ambil balik, hantar ke bengkel kawan suami dia. Bateri memang kong dan rosak tak teruk mana Kena bayar tak sampai 300 lebih sahaja. Jadi, kalau ada pilihan, buat apa nak kena tipu... ya tak?

Dapatkan lebih banyak kepastian dengan bateriku.com apabila kesayangan anda tak sihat iaitu demam, batuk-batuk, sakit-sakit badan atau apa saja.... Opps, kereta kesayangan apabila kereta anda ada tanda-tanda kerosakan. Apabila nak tukar bateri kereta, periksa dulu,, mungkin bateri kereta ok lagi,,, kan! Dengan itu lebih menjimatkan duit anda... hehe!

Servis bateri.com ni yang tiada di tempat lain adalah harganya tetap. Tak ada lain2 caj yag tersorok dan tersembunyi. Keluasan kawasan perkhidmatan sangat meluas dari utara ke selatan tanahair. Servis pula hampir 24 jam sehari iaitu dari 7 pagi hingg 1 pagi... Segalanya percuma tau!  Cuma bateri sahaja yang kena bayar. Petugas MOTEC (Mobile Technician) pun terlatih, peramah dan boleh di percayai. Jadi tak perlu ragu- ragu dan was-was dengan mereka 

Ada waranti pulak tu dari 12 bulan hingga 30 bulan. Waranti servis pula meliputi setiap network kawasan yang telah di tetapkan...bagusnya kan! Nak lebih memudahkan boleh boleh muat turun Mobil App BATERIKU.COM sekarang di Google Play Store dan Apple App Store. Mudah, cepat & anda boleh "track" pergerakan Mobile Tecnician bateriku.com 

Disebabkan perkhidmatan bateriku,com ni aku dapat tahu tip-top bagus punya... Aku iklankan sekali lagi kat sini dia punya servis... ada whatssap , telefon tol free dan juga laman web. Perkara yang baik, eloklah di war-warkan, ya tak? Meh la korang baca, manalah tahu kot-kot sekiranya mengalami kesulitan nanti....

NAK TUKAR BATERI KERETA?
#JanganTukarDulu
MUNGKIN BATERI OK LAGI !
#DapatkanKepastian
#GetSecondOpinion
JIMATKAN DUIT ANDA

Panggil BATERIKU.COM @ Tol Free 1-800-22-2324 | Whatsapp 012-245-8027 & 019-699-8279

Mereka datang ke lokasi anda | Pemeriksaan PERCUMA | Tidak perlu beli bateri & DIJAMIN tiada sebarang caj sekiranya bateri anda masih elok.

Isnin ~ Ahad | 7am~1am | Johor ke Perlis

Anda berminat menyertai BATERIKU.COM di seluruh negara ?? Sila mohon secara on-line di www.bateriku.com >> Dealer >> Runner ( Full Time/Part Time/Freelance) >> Rakan Wokshop >> Rakan Tow Truck

Selangor
Perak
Pulau Pinang
Perlis
Negeri Sembilan
Melaka
Johor

p/s: Beriklan sambil membebel dan merapu sesaja aku ni  yek! Yang pasti, bila kereta tetiba je tak boleh di hidupkan, ingat bateriku.com Nak baca cerita merapu lagi baca di SINI

5 comments:

GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR

11:27:00 PM Noor Akma 2 Comments



GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR 


SOALAN UNTUK GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR

1. Berikan nama karakter POWERPUFF GIRLS

POWERPUFF GIRLS terdiri dari 3 karakter iaitu Blossom, Buttercup dan Bubbles.

2. Siapakah idola cilik (Malaysia) kepada POWFACTOR - POWERPUFF GIRLs?

Chef cilik Danish Harraz Abd Hafiz (dikenali sebagai Abang Danish). Yang berumur 10 tahun, yang pandai membuat baking dan cooking business online telah terpilih untuk menjadi idol kepada cerita ini.

3.Bilakah program POWFACTOR ini di tayangkan dan di mana akan di tayangkan?

Pada setiap Jumaat 14, 21 dan 28 April 2017 dari jam 4 petang di Cartoon Network (Astro Channel 616)

4. Lengkapkan slogan ini "Saya ingin memenangi GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR kerana ............................" (tidak melebihi 50 patah perkataan)

Karektor POWERPUFF GIRLS sangat comel dan amat di sukai oleh anak gadis kecil saya. Sudah tentu saya ingin menghadiahkan set POWERPUFF GIRLS INI kepadanya. Tak kisahlah, kalau dapat selain dari set tu pun tak apa. Yang pasti kalau dapat memilikinya, dia akan sungguh gembira.


klik BANNER untuk SERTAI



SYARAT-SYARAT GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR


1. Warganegara Malaysia

2. Jawab semua soalan diatas.

3. Buat satu entri blog yang bertajuk GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR dan jangan lupa sertakan jawapan di entri blog masing-masing ye.

4. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen entri ini.

5. Follow blog , G+ dan subscribe YouTube

6. Penyertaan GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR akan di tutup pada 28 April 2017 jam 11.59 malam (Jumaat)


HADIAH UNTUK GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR






2 pemenang dari FACEBOOK dan 2 pemenang dari BLOG ini di cari. Nak tahu ke apakah hadiah untuk KEMPEN POWFACTOR ini? Ha...hadiahnya agak ekslusif juga tau.

*4 set of Powerpuff Girls plush toys (Blossom, Bubbles, Buttercup)
*4 sets of UBS (Blossom, Bubbles, Buttercup)
*4 Powerpuff Girls notebook
*4 Powerpuff Girls stickers

Jom sertai ! Semoga Berjaya !

Selanjutnya untuk informasi, keterangan lanjut dan lain-lain pertandingan. Boleh lawati ke : Astro Circle website., www.PowerpuffYourself.com , CartoonNetworkAsia.com atau facebook.com/Asia.CartoonNetwork.


2 comments:

Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual..... 2017

1:36:00 PM Noor Akma 1 Comments

Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Mengeluarkan makluman kepada orang ramai produk kosmetik yang tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan pihak berkuasa telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran. Produk ini semua adalah produk kosmetik mengandungi racun berjadual dan baham larangan. Kecoh sekejap laman sosial dek produk kosmetik mengandungi racun berjadual ni. Mungkin yang kecoh-kecoh tu sebab produk tu diorang guna atau jual... kot!

Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual..... 2017
Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual..... 2017

Itulah... Jangan cepat percaya dengan segala macam pengiklanan yang di gembar-gemburkan. Siasat dan kaji dulu. Aku paling tak percaya yang mengatakan seawal 7 hari dah cantik. Apatah lagi yang mengatakan seawal 3 hari pulak tu. Dari situ dah boleh agak ada sesuatu yang tak kena. Mana ada yang boleh bagi kesan yang cepat kecuali bahan-bahan itu yang elok sekejap tetapi memudaratkan kemudian hari.

Aku ada jiran rumah lama aku dulu. Dia memang asyik bermekap senantiasa. Memang jadi ratu diva di kawasan kejiranan aku tu. Cantik, putih dan macam telur di kupas muka dia. Awal tahun ini aku ada terjumpa dia. Dia macam nak elakkan diri dari jumpa aku. Aku pulak terkejut tengok muka dia. Tak macam dulu dah... Muka dah berjeragat teruk nampaknya. Aku rasa ini mesti kesan produk yang dia pakai. Ngeri pulak aku di buatnya. Mana perginya wajah dia yang mulus dulu tu...?

Biarlah aku jadi diri sendiri. Tak dapat kulit wajah cantik halus mulus pun tak apa. Pakai produk kecantikan yang murah-murah sahaja orang macam aku ni, Apapun korang kenalah berhati-jati dan gunakan produk yang boleh di percayai sahaja tau... Ini senarai produk larangan dan mengandungi racun berjadual yang di keluarkan oleh Kementerian Kesihatan :

Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual..... 2017


Nama Barang                                               Racun Berjadual Yang Di Kesan

1.  Moleek Day Cream                                 Merkuri  

2.  Adel Miracle Flawless Serum                 Merkuri

3.  Ah Beauty Night Cream                          Merkuri

4.  NDZ UV Whitening                                Hydroquinone

5.  Snow Cream Normal                               Hydroquinone dan Tretinoin

6.  Snow Cream Sensitif                               Hydroquinone dan Tretinoin

7.  Dinars Nar Cream                                    Hydroquinone dan Tretinoin

8.  Elfie Night Cream                                    Hydroquinone dan Tretinoin

9.    Tati Skincare Night Cream                     Hydroquinone dan Tretinoin

10.  Tati Skincare Treatment  Cream             Hydroquinone dan Tretinoin

11.  Moleek Anti Pigment Cream                  Hydroquinone dan Tretinoin


Lihat dan periksalah sendiri. Adakah produk kecantikan korang tersenarai dalam tu. Kalau ada, sila lah buang. Aku membayangkan.... dah rugi duit lepas tu dah risau takut muka rosak pulak dah. Ada produk yang di kenali ramai dalam tu juga. Selalu ada tersiar iklannya dalam tv. Walau hanya 1 produk sahaja tersenarai, produk lain tu pun aku dah rasa was-was juga. Cara terbaik kena buang satu set...  Nasib baik tak terfikir nak pakai produk tu walau dah pernah belek-belek di kedai.

p/s : Hati -hatilah wahai korang semua. Jangan kerana mengejar wajah cantik, terlupa nak tengok dan siasat bahan-bahan dalam produk yang di gunakan.

#kredit SINI     
                    

1 comments:

Wipes Tanggal Makeup Imaan Suci Cleaning Wipes Senang Sesangat...!

3:16:00 PM Noor Akma 6 Comments

Baru-baru ini baru aku baru dapat tahu ada wipes tanggal makeup yang senang dan mudah sesangat untuk di gunakan iaitu Imaan Suci Cleaning Wipes. Boleh menanggal makeup sepantas kilat, iaitu hanya sepuluh saat sahaja tau. Wipes yang di panggil dan di sebut juga sebagai tisu basah sangat berguna apabila berada di luar rumah atau masa tiada  air.. Ada pula Imaan Suci Cleaning Wipes ini, senang jadinya... Apatah lagi pek comel berisi 10 keping wipes tanggal makeup Imaan Suci Cleaning Wipes ini senang di bawa kemana-mana sahaja. Campak terus dalam beg tangan... dah boleh enjoy!

Wipes Tanggal Makeup Imaan Suci Cleaning Wipes Senang Sesangat...!
Wipes Tanggal Makeup Imaan Suci Cleaning Wipes Senang Sesangat...!

Imaan suci cleansing wipes ni suci tanpa alkohol tau.... Bolehlah menanggal makeup dengan segera bila berjalan-jalan kat luar dan bila tiba waktu solat taklah terkocoh-kocoh buang masa menanggal makeup yang ada. Makeup remover di pasaran biasanya agak susah dan lambat membuang solekan water proof dan tebal dengan foundation. Puas tenyeh-tenyeh kapas di muka berulang kali. Apatah lagi bila di bersihkan dengan air biasa. 

Wipes Tanggal Makeup Imaan Suci Cleaning Wipes Senang Sesangat...!


Imaan suci cleansing wipes pula membersih sebersihnyan dan seterusnya menyegarkan wajah. Wangi baunya, bukan sekadar membersih juga menyegar dan melembapkan kulit muka sebab ada vitamin E. Ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Tak payah beratkan beg dengan botol remover dan kapas muka dah. Juga yang pasti tak perlu sama sekali beli makeup remover lagi. Guna Imaan cleansing wipes sahaja pada bila-bila masa untuk mencuci makeup. Boleh buat sambil tengok tv dan layan whatssap....

Di sini, di sertakan bahan-bahan yang terkandung di dalam Imaan suci cleansing wipes :

1. Purified water :Air yang telah melalui proses tapisan mengikut kualiti control atau standard umum (water for pharmaceutical use) 

2. Propylene Glycol : pelembap bebas minyak ( untuk melembap dan refresh kulit) 

3. Phenoxyethanol : ejen pewangi (untuk mengekalkan bau dan bau tahan lama) 

4. Polysorbate 20 : Bahan pelarut minyak (mengawal minyak pada muka) 

5. Perfume : minyak wangi haruman bunga 

6. Cetylpyridinium Chloride : Anti septik ( untuk membunuh bakteria merbahaya pada muka, juga ia di gunakan pada ubat gigi, pewangi mulut dan tablet hisap ) 

7. CocoAmidopropyl Betaine: sabun/ pembersih yang di hasilkan dari minyak kelapa bahan organic (untuk membersih kotoran pada muka ) 

8. Tocopheryl Acetate : Vitamin E ( banyak manfaat untuk kulit Muka )

Aku, kalau nak beli sesuatu barang tu suka belek-belek dan ambil tahu bahan yang terkandug di dalamnya ... Bukannya apa untuk pengetahuan dan jaminan diri sendiri. Itulah sebab aku kongsikan segala  maklumat  bahan-bahan yang ada. Nampaknya  bahan-bahan  Imaan  suci cleansing wipes ini   mempunyai nilai yang positif.... bagus la kan. Jadi, bolehlah di gunakanlah tanpa was-was.

Wipes Tanggal Makeup Imaan Suci Cleaning Wipes Senang Sesangat...!
Wipes Tanggal Makeup Imaan Suci Cleaning Wipes Senang Sesangat...!

Opps, lupa pulak nak beritahu di sini... Imaan suci cleansing wipes ini boleh di gunakan oleh lelaki dan wanita. Tetapi untuk bayi tidak di galakkan. Untuk yang gemar bermakeup tebal ia sangat sesuai. Untuk penggunaan bersihkan muka dari kotoran dan habuk pun pun boleh.. Tak semestinya yang bermakeup tebal je. Kulit sensitif semestinya boleh... dah ada do sebut pada paparan di atas kan!

Harga? Murah sangat tau... Hanya RM15 se packet berisi 3 pek Imaan Suci Cleaning Wipes. Harga tu tidak termasuk pos. Dah cukup murah sangat tu, Berbaloi-baloi nilainya dengan penggunaan dan manafaat yang di dapati di dalam setiap pek tu. Kalau nak membeli atau nak tahu info seterusnya boleh whatssap no. di bawah dan klik website dan Fanpage di berikan :


No. tel : 019-3922261 




Imaan Suci Femine Wipes

p/s : Produk terkini Imaan (gambar) iaitu Imaan Suci Femine Wipes  iaitu tisu pelengkap istinjak (membersih, menyegar dan melindungi). Di formulasi dari daun sireh dan pati mawar. Nak lebih info tentang ni.. hubungi link  yang di berikan yer!

6 comments:

Kompleks PKNS Shah Alam, Di Sini Tadi.... Ada Kenangan Dulu Di Situ...

10:25:00 PM Noor Akma 2 Comments

Pagi tadi aku pergi ke Kompleks PKNS  Shah Alam. Ada janji nak jumpa seorang blogger ni dan nak shopping barang-barang kecil sikit lebih kurang. Bila saja singgah di Kompleks PKNS Shah Alam ni, akan terimbau kenangan lalu di situ. Aduyai... kenangan zaman dedulu sebelum menginjak alam perkahwinan. 

Kompleks PKNS Shah Alam
Kompleks PKNS Shah Alam

Tau tak, aku pernah bekerja di salah satu premis di sini satu waktu dahulu. Syarikat tu, beberapa tahun selepas aku berhenti kerja dari situ, syarikat itu pun dah tak ada. Aku tak pasti apa yang jadi sebenarnya. Pindah ataupun di tutup agaknya. Sebuah syarikat kecil menjual peralatan komputer dan mengendalikan kelas-kelas komputer untuk dewasa dan kanak-kanak.

Kompleks PKNS Shah Alam, Di Sini Tadi.... Ada Kenangan Dulu Di Situ...


Adalah dalam setahun dua aku kerja di sana. Sewaktu itulah aku menyulam cinta dengan en. suami. Pelbagai kisah suka duka terjadi jugalah al kisahnya. Masa tu, boleh katakan ramai petugas dan pekerja di kompleks tu aku kenal. Yalah, dah hari-hari berjumpa. Dulu, KWSP, Imegresen, Klinik Kesihatan, Pejabat Buruh semuanya di tempatkan di Kompleks PKNS inilah. Meriah tau..!

Mana ada pusat membeli belah besar lain lagi di Shah Alam waktu tu. Sekarang, jangan ceritalah dah berkeliling tumbuh macam-macam pusat beli belah lain. Hampir semua warga Shah Alam bertumpu di situ. Kalau nak shopping lebih sikit, kenalah ke Kuala Lumpur atau yang terdekat iaitu Klang. Suasana kompleks PKNS sekarang tetap macam dulu cuma ada kelainan sikit-sikit je.. Lubuk barang keperluan orang melayu. Semestinya meriah pada bulan puasa dah hari raya... Hurm... 

Itulah... bila ke kompleks PKNS ini sekarang, aku mesti pergi ke kedai ustaz. Tengok alat-alat gadget yang ada dan seterusnya membeli serba sedikit peralatan. Biasanya anak  suka beli earphone kat sini. Kat tempat lain mahal sikit, kat sini boleh dapat murah. Lepas jalan-jalan beli barang, peneman aku jalan-jalan ni lapar la pulak. 

Kompleks PKNS Shah Alam, Di Sini Tadi.... Ada Kenangan Dulu Di Situ...
Kompleks PKNS Shah Alam, Di Sini Tadi.... Ada Kenangan Dulu Di Situ...

Jadi, kitaorang pergi makan ayam goreng yang tengah viral tu. iaitu yam goreng Mcd. Terjebak jugak aku akhirnya. Dah ayam goreng... rasa ayam goreng la... ya tak? Yang pasti warnanya memang menyerlah dan membuka selera. Dan yang spicy memang terlebih spicy pedas dari yang lain... Ikut tekak melayu itulah  yang sedap. 

Sebenarnya aku ingat nak jogging ari ni dan seterusnya jumpa blogger tu. Tapi, tak jadi la pulak.. sebab rasa tak seronok bila tak semua anak tak join sekali. Aku pun rasa agak kurang sihat badan sikit. Lain kali nak pergi jogging plak, Sekejapan je aku di Kompleks tadi, pukul 12.30 dah sampai rumah. Buat apa lama-lama, nak berehat la pulak.... Dah tak larat ni... bye!

p/s : Lupa pulak nak bergambar dengan adik blogger yang comel tu.. Jangan lupa bagi gambar dan detail, baru leh review...:)


2 comments:

Kontest "Siapa Nama Baby Hasrul Hassan"

12:07:00 AM Noor Akma 4 Comments

Tahniah, Blogger Hasrul Hassan di atas kelahiran hero baru dalam heidupan keluarganya. Makin bertambah meriah seronok seisi keluarga menerima orang baru. Wah.. nak join jugaklah Kontest "Siapa Nama Baby Hasrul Hassan". Siapalah nama baby bertuah Hasrul Hassan ini yer... Nak kena fikir dulu ni... Kontest "Siapa Nama Baby Hasrul Hassan" Rabak juga otak aku di buatnya nih.. hehe!

Siapa Nama Baby Hasrul Hassan


Fikir punya fikir.... mengantuk jadinya.... Sebelum lena, ku teka Hasif Fikri. Entah betul  ke tak tau la... Aku main hentam saja. Tapi yang pasti nama yang di depan tu betul sebab antara salah satu nama yang di beri pada setiap anak Hasrul sebab aku ada baca di blog... Aku agak nama ni sebab nama ni semacam sedondon je dengan nama anak-anak lelaki Hasrul yang lain....  hahaha!

Semoga baby Hasif menjadi anak kebanggaaan keluarga Hasrul, menjadi anak yang mendengar kata,  taat pada suruhan Allah serta bijak seperti anggota keluarganya yang lain. Tak tau apa lagi nak kata... sampai sinilah saja coretan aku. Aku tak harap pun tekaan aku ni betul... Cuma nak memeriahkan suasana kontest ni je....

Kontest "Siapa Nama Baby Hasrul Hassan"
Kontest "Siapa Nama Baby Hasrul Hassan" 

p/s :  Tahniah sekali lagi.... peace^^!

4 comments:

Petua Hilangkan Bau Busuk Bekas Plastik Dan Balang Plastik

2:59:00 PM Noor Akma 2 Comments

Hari ni aku dapat petua yang aku rasakan bagus. Aku ada banyak bekas plastik makanan yang tak di gunakan lagi. Nak buang terasa sayang pula. Banyak kegunaan bekas-bekas ini. Apatah lagi Hari Raya bakal menjelang. Nanti buat kuih raya, boleh  di isi bekas ini dengan kuih raya. Masaalahnya bekas-bekas ni dulu ada di isi tempoyak, pekasam dan ada juga bekas isi ikan masin. Bekas  kuih raya lama pun berbau tengik berkulat. Barulah kali ini aku dapat petua yang berkesan. petua nak hilangkan bau busuk bekas plastik ni. Lega....!

Petua Hilangkan Bau Busuk Bekas Plastik Dan Balang Plastik
Petua Hilangkan Bau Busuk Bekas Plastik Dan Balang Plastik 

Petua Hilangkan Bau Busuk Bekas Plastik Dan Balang Plastik 


Ada bebeberapa barang yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau yang melekat pada bekas-bekas plastik tu. Antaranya ialah :

- Garam
Bau pada bekas plastik seringkali datang dari sisa-sisa makanan yang bersembunyi dalam alur-alu pada bekas plastik. Ambil garam dan gosoklah perlahan-lahan. Ia boleh menghilangkan kesan makanan yang terperangkap, seterusnya menghilangkan bau.

- Kertas surat khbar
Jika masih berbau, cuba pula menggunakan kertas surat khabar. Ramas-ramas beberapa halaman surat khbar kemudian celupkan dengan sedikit air. Dan letakkannya ke dalam bekas tersebut dan tutupkannya. Biarkan beberapa hari kerana bahan karbon yang terkandung dalam kertas surat khabar boleh menyerap bau dari bekas plastik atau tupperware.

- Kopi
Ini salah satu lagi cara bijak menghilangkan bau, kerana kopi boleh membantu menyerap bau. Untuk bekas kecil, cukup masukkan satu atau dua sudu makan biji kopi. Untuk bekas lebih besar, gunakan 3-5 sudu makan biji kopi. Masukkan kopi ke dalam bekas plastik tersebut kemudian biarkan beberapa hari baru dicuci seperti biasa.

Oleh itu, jangan buang bekas plastik atau balang plastik. Boleh digunakan lagi setelah di hilangkan dan dinyahkan baunya. Kalau tidak,  setiap kali nak raya sibuk nak membeli balang kuih isi kuih raya yang di buat. Kini tidak lagi... Balang kuih yang lama dah sedia ada, boleh di gunakan kembali. Bolehlah  berjimat dengan cara ini. 

Nak tau lebih banyak petua.... klik SINI

p/s : Sangat-sangat membantu petua ini.... 

#kredit SINI

2 comments:

Peria Masak Taucu, Pahit Tapi Menyelerakan...

1:48:00 PM Noor Akma 1 Comments

Hari ni buat sayur dan masakan yang paling aku suka.... peria masak taucu. Suami dan anak-anak tak berapa suka ni, tapi tukang masaknya nak makan.. diorang kenalah hadap juga. Disebabkan dah selalu aku masak dan makan, anak perempuan bongsu dah boleh terima. Itu sebab kena di biasakan. En, suami pun dah boleh makan sikit-sikit gulai peria masak taucu ni .... giteww... hahaha!

Peria Masak Taucu, Pahit Tapi Menyelerakan...
Peria Masak Taucu, Pahit Tapi Menyelerakan...

Nak tahu, peria ni penuh dengan kebaikan yang menakjubkan tau.... Antaranya :

Penjagaan kulit 
Peria boleh menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah. Kulit muka juga akan nampak lebih berseri-seri. 

Perangsang imun 
Minum segelas jus peria setiap pagi dapat membantu menguatkan sistem imun dalam badan. Sistem imun ibarat ‘pengawal keselamatan’ yang menghalang penyakit menyerang. Itu pun kalau tahan dengan rasanya. Tapi aku bila buat masak atau cicah sambal belacan... bolehlah!

Penjagaan mata 
Peria juga seperti lobak, mengandungi karoten yang tinggi. Karoten dapat mengurangkan masalah mata. Kalau yang mata rabun... bolehlah mendapat khasiat untuk mengubati mata.

Menurunkan berat badan 
Peria dapat merangsang hati untuk rembesan jus hempedu yang sangat penting untuk meningkatkan metabolisme badan. 

Baik untuk perut 
Peria sememangnya ejen pencernaan yang bagus dan boleh menghalang sembelit kerana ia mengandungi selulosa yang juga sumber serat terbaik. 

Peria Masak Taucu, Pahit Tapi Menyelerakan...


Nak resepi Peria Masak Taucu... ? Boleh...


Bahan-bahan:

3 biji peria katak
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 hiris halia
4 biji cili api hijau
Sepeket taucu
1 sudu teh pes asam jawa
1 sudu teh kicap masin
Beberapa ekor ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya
Air dalam 1/4 cawan lebih kurang

Cara-cara :

Peria di buang biji dan bahagian putih di dalamnya. di potong-pootng dan di rendam dalam air garam sekurang-kurangnya 5 minit. Lagi lama lagi bagus untuk mengurangkan rasa pahit. Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris halus. Cili api di belah tidak putus.Tak perlu buang tangkai. Ikan bilis di bersihkan.

Tumis bahan yang di hiris bersama cili api dan ikan bilis. Dah hampir kekuningan, masukkan taucu, Goreng sebentar, masukkan peria yang telah direndam tadi tetapi sebelum tu cuci bersih dari air garam. Masukkan sekali air, pes asam jawa dan kicap masin. Air tu ikut kesesuaian. Nak lebih kuah tambah lebih air. 

Biarkan masakan merenih sebentar, iaitu menutupnya dengan tudung periuk dalam 2 - 4 minit. Ini utuk membolehkan peria menjadi sedikit lembut. Selepas tu perasakan dengan gula dan garam. Sudah sesuai ikut rasa sendiri. Boleh tutup api dan di hidangkan. Oh yer... jika suka, boleh di tambahkan tomato yang di belah 4 - 6 dalam gulai peria masak taucu ini sewaktu memasukkan perasa. Okey!

Nak rasa, cubalah masak sayur ni... ketepikan soal pahit dan cuba nikmati ‘kemanisan’ yang dimiliki peria. Antara lain lpelbagai khasiat yang terdapat dalam sayur itu ialah mengandungi protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.

Nak tahu lebih banyak informasi di blog ini... klik SINI

p/s : Selain buat masak, peria sedap buat ulam cicah sambal belacan. Sebelum makan, rendam dulu dengan air garam.. ini dapat mengurangkan rasa pahit dan melemakkannya lagi... :)


1 comments:

Rawat Kecantikan Dengan DIY Masker Di Rumah

1:57:00 PM Noor Akma 3 Comments

Rawat kecantikan diri sendiri dengan DIY masker di rumah sendiri. Ikut keselesaan diri dan persekitaran serta waktu yang sesuai. Sudah tentu menjimatkan masa dan duit poket anda. Walaupun anda berkemampuan untuk pergi ke rawatan kulit yang paling mahal atau mendapatkan khidmat nasihat pakar kulit, namun sebenarnya, tiada siapa yang lebih memahami kulit anda melainkan diri anda sendiri. Jadi, boleh sahaja buat rawatan DIY masker di rumah kan... !

Rawat Kecantikan Dengan DIY Masker Di Rumah
DIY Masker Di Rumah 

Oleh sebab itu, rawatan kulit muka di rumah dikatakan jauh lebih berkesan berbanding rawatan kulit yang berharga ratusan ringgit. Untuk permulaan, apa kata anda cuba membuat sendiri pupur muka mengikut kesesuaian kulit wajah. Pilih sendiri mana-mana yang di ingini  dan sesuai dengan kulit anda dan adun sendiri....


Rawat Kecantikan Dengan DIY Masker Di Rumah 


- Kulit Berjerawat
Lenyek strawberi dan campurkan dengan air perahan lemon, madu asli serta sedikit dadih.

- Kulit Sensitif
Lenyek buah betik bersama krim masam, pisang, madu asli dan bijirin oat.

- Kulit Normal
Campurkan timun yang dipotong kecil bersama dadih sejuk.

- Kulit Kombinasi
Campurkan putih telur dengan oat serta sedikit minyak zaitun.

- Kulit Kering
Campurkan putih telur bersama minyak badam.

- Kulit Berminyak
Campurkan sedikit dadih bersama pisang yang sudah dilenyek dan sedikit madu.

Anda boleh menggantikan oat dengan beras yang dikisar dan lebih baik sekiranya campuran pupur disejukkan dahulu sebelum digunakan untuk memberikan kesegaran kulit secara semula jadi. Oleh kerana ramuan yang digunakan adalah daripada sumber makanan, jangan gunakan pupur yang telah disimpan lebih daripada tiga hari. Lakukan rawatan wajah ini seminggu sekali dengan keadaan kulit yang bersih selepas menyental muka. 

Masker dari bahan-bahan semulajadi seperti ini sudah pasti tidak mengandungi bahan kimia dan di terjamin bersih. vitamin dan mineral yang terkandung dalam bahan-alami ini sangat berguna untuk menyehatkan sekaligus memutihkan kulit wajah anda secara alami dan tentu saja terbebas dari bahan bahan kimia berbahaya. 

Buah-buahan banyak mengandung vitamin C sehingga dapat membantu menegangkan kulit, mencegah kedut , dan memperlambat penuaan sehingga wajah menjadi lebih bersinar dan tambah cantik. Dengan demikian mengapa tidak memanfaatkan masker buah-buhan untuk perawatan wajah anda. Kulit wajah anda menjadi lebih sehat, lebih bersih, dan terbebas dari noda noda hitam maupun jerawat. Paling tidak terapkan seminggu dua kali pada malam sebelum tidur.

Nak dapatkan petua kecantikan di blog ni.... klik SINI

p/s : Boleh buat sambil baring-baring depan tv tengok slot akasia... hihi!

#kredit SINI

3 comments:

Aktor Sharnaaz Ahmad Dah Kahwin, Semoga Berbahagia Hingga Ke Jannah... Amin!

1:37:00 PM Noor Akma 4 Comments

Aku jarang buat cerita artis. Kalau aku buat cerita artis tu, tandanya aku memang minat pada artis tu. Lakonannya pada aku memang hidup dan menjadi. Bila aktor Sharnaaz dah kahwin dan menamatkan menamatkan zaman bujangnya, harap-harap tamatlah segala kontroversi yang ada. Aktor Sharnaaz dah kahwin dengan kakak aktres neelofa lagi tu... tak dapat adik, kakak pun jadilah.. cantik jelita juga, setanding adiknya yang di kenali ramai tu... !

Aktor Sharnaaz Ahmad Dah Kahwin, Semoga Berbahagia Hingga Ke Jannah
Aktor Sharnaaz Ahmad Dah Kahwin, Semoga Berbahagia Hingga Ke Jannah

Pada tarikh  tarikh 31 Mac lepas , satu  hari bersejarah baginya , Sharnaaz selamat bergelar suami kepada Nabila dengan sekali lafaz di Hotel Royale Chulan, Damansara. Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Damansara Perdana, Ustaz Syamsul Firdaus Mohd Supri Al-Hafiz dengan mas kahwin RM1,000, manakala jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.  Selain itu, kakak kepada selebriti popular, Neelofa itu turut menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pengantin lelaki.

“Alhamdulillah, semuanya selesai dengan cukup baik.“Saya bersyukur kerana Noor Nabila sudi menjadi suri...rumah di hati saya.“Insya-ALLAH, saya dan isteri akan terus berbahagia selama-lamanya.“Doakan agar penyatuan ini juga direstui ALLAH SWT,” ujar Sharnaaz. usai majlis pernikahan. Majlis akad nikah berlangsung secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat pasangan pengantin baru.

Seronok dengan status baru, pemilik nama sebenar Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ini bagaimanapun sedar akan tanggungjawab yang bakal digalasnya nanti.“Saya gugup bukan kerana perlu berhadapan dengan ramai. Saya sendiri dah pernah buat pelbagai live show.“Tapi, keadaan itu timbul kerana memikirkan tugas yang bakal dipikul selepas ini.“Saya akui saya rasa sangat bangga hari ini. Today, I became a man,” katanya lagi sambil tertawa bahagia.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangan zuriat, ini jawapnya“Buat masa ini tak boleh nak cakap apa lagi. Bagaimanapun perancangan saya mahukan enam cahaya mata, kalau boleh tiga wanita dan tiga lelaki. Namun semua itu hanya perancagan, selebihnya Allah menentukan,” ujarnya tersenyum. Dalam perkembangan lain, pasangan pengantin baru ini akan menikmati bulan madu mereka di Italy bermula 14 April depan selama tiga minggu lebih.

Sebagai antara salah seorang peminat di antara ribuan peminatnya yang ada, aku dari kejauhan ini turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini hingga ke jannah dan di kurniakan anak-anak yang cantik jelita dan kacak belaka. Juga terus mencipta kejayaan dalam dunia lakonan. Suka tengok Sharnaaz berlakon. Penuh dengan karektor dan karisma...!

Ada la sikit buat cerita artis, nak baca.. klik SINI

p/s: Antara aktor yang pada bila berlakon penuh penghayatan dan menusuk kalbu. Dah la sado... hmmm!

#kredit SINI

4 comments:

Gemersik Dedaunan Kehijauan Menggamit Cinta Kelmarin...

9:17:00 PM Noor Akma 0 Comments

Suatu pagi yang sejuk suam-suam... Matahari baru mengintai di balik dedaunan kehijauam. Disebabkan hujan subuh tadi, butiran air di dedaunan berkilauan bak mutiara. Sepasang kelicap mencari madu bunga  di pohon jambu di tepian rumah. Dedaunan kehijauan bergemersik di puput bayu pagi. Indahnya pagi waktu tu...

Gemersik Dedaunan Kehijauan Menggamit Cinta Kelmarin...
Gemersik Dedaunan Kehijauan Menggamit Cinta Kelmarin...

Aku terkenang kisah di kampung halaman aku dulu. Ada pepohon jambu air di halaman rumah waktu tu. Bila musim jambu berbuah... banyak burung, rama-rama dan serangga datang bertandang di halaman. Bila pokok jambu dah tua, lagipun nak membesarkan rumah, pokok jambu tu pun ditebang. Hmmm...tinggallah kenangan.

Terkenang cinta pertama waktu tu... Pertama kali lah katakan, kiranya cinta monyet kot. Tapi waktu tu aku bukan budak2 lagi. Dah remaja belasan tahun. Zaman persekolahan yang waktu tu ingat nak berseronok sahaja. Hilang dan pergi pun tanpa salam perpisahan. Putus begitu sahaja di bawa waktu yang berlalu.


Gemersik Dedaunan Kehijauan Menggamit Cinta Kelmarin...


Itulah catatan pujangga cinta yang telah pupus ku tinggalkan lama dahulu. Bagai sebuah lagu lama yang sering aku terkenangkan. "Dari sebuah desa berbekal gitar tua datang ke ibukota ...."  tapi tak adalah ku bawa gitar pulak. Bawa sebekas beg pakaian. Lagu penyanyi lama Dahlan Zainuddin... hehe!

Waktu tu mana ada telefon canggih bagai ni. Tinggal di perantauan... sesekali hantar surat ke kampung. Masa tu, kalau ada hubungan cintan-cintu jarak jauh ni memang sukar nak menjadi. Telefon rumah pun keluarga aku tak ada zaman tu. Masa tu telefon rumah pun sudah di anggap barang yang sukar di dapati di kampung aku. Huh...!

Zaman dah berlalu, sekarang ni telefon satu sorang. Nak bersembang, nak bercakap di mana-mana saja pun boleh. Lebih-lebih lagi boleh bertanya khabar melalui whatssap dan telegram... Telegram ini buat aku musykil juga ni... Dedulu ada telegram tapi ia hanya sebuah surat pendek. Kalau nak buat telegram waktu tu... kena buat yang seringkas yang boleh sebab setiap huruf itu ada harganya. Mahal jugalah.. Itulah, kini ada telegram cara baru... hmmm!

Hari ini merepek dan merapu bagai aku sebab idea tumpul nak menulis. Terkenang cerita dan cinta lama pulak dah... Kisah dulu yang terpahat di hati, buat aku  tersenyum sendiri dan kini akan meneruskan kisah kehidupan seadanya. Apalah yang ada... di perantauan kini dan selamanya... hurm!

Dah selalu buat cerita merepek bagai ni... hihi! Nak baca cerita lagi klik SINI

p/s : Menyampah membaca tulisan sendiri... dah tak ada idea.. heh!

0 comments:

Banyak Group Whatssap .. Sampai Tak Terlayan!

3:10:00 PM Noor Akma 0 Comments

Sekarang dah ada jalur lebar atau lebih di kenali sebagi internet dan ada pula telefon yang pintar dan canggih..... Dah boleh buat group atauu kumpulan sembang dalam telefon. Banyak group whatssap, dari grup sekolah rendah, sekolah menengah, group saudara-mara, group kawan-kawan kerja, jiran tetangga dan macam-macam group lagi yang ada. Dah terlalu banyak group whatssap ni, sampailah group jual-beli barang pun ada. Hadoii dah tak terlarat nak layan dah...

Banyak Group Whatssap .. Sampai Tak Terlayan!
Banyak Group Whatssap .. Sampai Tak Terlayan!

Ada banyak kebaikan mempunyai group whatssap. Salah satunya boleh mengumpulkan para keluarga dan sahabat handai yang duduk berjauhan. Selain tu senang mendapat informasi dengan cepat untuk group keluarga, kejiranan dan kerja. Boleh saling mengenali di antara satu sama lain, memudahkan mendapat maklumat dan informasi terkini. banyak lagi lah kebaikan yang tak larat nak di senaraikan.

Di sebalik kebaikan ada juga keburukannya. Salah satu sebab adalah nanti akan menjadi lalai membuat kerja lain sekiranya terlalu taksub dengan whatssap sahaja. Yalah, kalau masa kerja pun asyik tak lepas dengan telefon bimbit ke hulu kehilir. Lepas tu kalau yang group gossip pula dah buat gossip berjemaah pulak dah.... hihi! 

Banyak Group Whatssap .. Sampai Tak Terlayan!


Tapi kan, yang paling tak tahan.... ramai yang dalam group tu tetiba je jadi ustaz atau ustazah tak bergaji. Hantar tazkirah punyalah panjang lebar. Tapi kira baguslah begitu, saling mengingati antara satu sama lain. Ayat tazkirah tu sama je antara satu group dengan group yang lain... muak jugak. Puaslah pulak jadi satu kerja memadamkan benda-benda tu. Kalau tidak, memori telefon penuh. Aiyyyyoooo....hehe!

Aku, macam biasa banyak group ada... Dalam kebanyakan group dan masa, aku jadi cctv jer. Bukan tak baca, tapi kengkadang tu sibuk dengan kehidupan sendiri dan ada kalanya rasa tak berani nak bergurau senda lebih-lebih pada group kengkawan. takut ada yang terasa dan takut tersilap cakap. Apatah lagi group blogger... ramai yang tak pernah aku bersua muka. 

Apapun, group-group yang ada ini menceriakan hidup aku kini... Ada masa, aku senyum tetiba bila membaca berbagai gurau senda yang ada. Sampaikan di tegur anak-anak. Apasal aku senyum bila tengok telefon aku ni. Pada aku, biarlah jadi cctv tapi sesekali aku akan munculkan diri. jangan nanti orang ingat aku tak dah tak wujud plak.. hahaha!

Nak baca banyak cerita... klik SINI

p/s : Sesekali munculkan diri, baru jadi perhatian.... ya tak?


0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...