22 April 2017

Blogging.... Memperlahankan Langkah Sekejap Sebulan Dua Ni !!

Sekarang dah hampir bulan Ramadan dan nak masuk Hari Raya. Jadi, sibuklah sikit melayan pelanggan untuk membeli online melalui whatssap  yang lebih ramai dari biasa. Waktu biasa, bukannya tak sibuk, tapi taklah bertalu-talu macam sekarang ni. Jadi mood nak blogging ni jadi hilang sekejap. Idea nak menulis dan blogging macam serasa tak mau datang dek fikiran memikirkan baju, baju dan baju customer. Daripada letih memikirkan... baiklah aku memperlahankan langkah sekejap....!

Blogging.... Memperlahankan Langkah Sekejap Sebulan Dua Ni !!
Blogging.... Memperlahankan Langkah Sekejap Sebulan Dua Ni !!

Biasalah macam ni saban tahun sejak beberapa tahun ni. Apabila Ramadan tiba, rezeki pun hadir lebih sikit. Tapi yang nak keluar pun lebih juga. Al maklum Hari Raya banyak buat perbelanjaan pakaian, makanan dan perjalanan balik kampung. Apapun, aku akan terus mencari kesempatan untuk menulis dan mengupdate entri di blog seperti biasa. Tapi kan!, payah sungguh rasanya nak mengeluarkan idea blogging bila fikiran penuh ke lain.... hahaha!

Blogging.... Memperlahankan Langkah Sekejap Sebulan Dua Ni !!


Pada yang belum tahu... selain seorang blogger, aku juga seorang dropshipper aktif. Dah ramai pelanggan yang membeli belah di blog jualan aku sejak beberapa tahun ni. Ada yang telah menjadi pelanggan tetap dan saban bulan mesti membeli baju dari aku. Setakat ini, tiada apa-apa masalah yang besar pernah aku hadapi sejak menjadi seorang dropshipper ini. Perkara kecil-kecil tu biasalah dan semua dapat aku tangani dengan jayanya.

Laptop pun dah dapat yang lain... Walaupun bukan yang baru, yang terpakai je, memang sangat-sangat membantu aku untuk memasukkan stok baju-baju ke dalam blog dengan cepat. Aku ada beratus-ratus jenis baju yang ada di jual di blog jualan aku ni. Pelanggan boleh silih memilih yang mana berkenan di hati. Lepas tu, pelanggan boleh tanya stok dengan aku. Insya'allah baju-baju yang terkini dan baru aku updated masih ada dalam stok. 

Yang dah lama aku udated tu seeloknya jangan tanya dah. Kebiasaanya dah habis... Ada pelanggan suka sangat korek entri baju-baju lama dan tanya,... Walhal sesetengah tu dah letak sold out dah. Nak buat macam mana... layan je lah... Dah tak ada, aku beritahulah dah sold out. Stok lama ada yang aku dah letak gambar sold out. Mana yang tak sempat tu, nak buat macam mana... Tak larat nak cover semua... penat!

Sekiranya ada balik stok lama tu... aku akan update balik. Jadi tengoklah tarikh, kalau lebih dari tiga bulan tu biasanya dah habis di jual. Kalaulah ada yang berminat nak beli pakaian hari raya dengan aku ... aku bagi linknya. Baju-baju raya tahun ni di jamin cantik dan menepati selera semua golongan umur dan masyarakat. Aku juga seller yang boleh di percayai dan tak pernah ada hal yang meragukan. Ada aku cerita sikit pasal meniaga ini di blog... baca SINI. Okey... jom shopping...!

Nama Blog Jualan : nurbeautyanggun.com

FB Page : nurbeautyanggun

Instagram : nurbeautyannggun

Email : noorakma309@gmail.com

No. Tel : 017-2387594 / 017-3215261

p/s :  Semoga jualan akan terus meningkat....  dan untuk pengetahuan, aku lebih menjual melalui blog, tak terlarat nak updated di ig dan fb page dah.... busy sangat-sangat..!!!

3 comments:

  1. Semoga terus dimurahkan rezeki kak. Boleh tahan juga blog jualan tu :)

    ReplyDelete
  2. wah. moga akma terus aktif berniaga.
    nanti aida visit ekk produk jualan akma.
    aida ni utk pakaian x prnah beli online, kecuali tudung AJ :)
    mesti nak fitting.
    mesti nak sarung kat badan dulu before beli.
    pe pun, nanti aida jengah ekk :)

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...