Laksa.... Peberet Aku!

10:53:00 AM Noor Akma 6 Comments

Aku dah lupa bila aku buat laksa ni... Tapi yang pasti bukan bulan ni. Bulan ni aku agak sibuk. Sesekali buat memang menjilat jari betul rasaya. Laksa ni memang kegemaran aku tapi agak jarang aku buat. Bukan tak ada kerajinan nak buat. Sebab en, suami aku ni memilih makanan. Jadi aku terpaksa masak juga nasi dan lauk-lauk biasa walau aku dah masak laksa seperiuk. Penatlah jadinya.... tau!

Laksa.... Peberet Aku!
Laksa.... Peberet Aku!

Aku masak laksa ni sebab ari tu aku dapat banyak bunga kantan dari sepupu en. suami. Dapat 10 tangkai pulak tu. Separuh aku dah buat masak asam pedas. Separuh lagi ni dah hampir kecut kering di peti ais. Sebelum rosak, aku suruh en. suami beli ikan dan mee laksa. En. suami di belinya ikan cukup-cukup je utuk buat seperiuk kecil kuah. Aku suruh beli banyak sikit... Nak buat macam mana... Dapatlah aku merasa sepinggan sekali hidang. Lepas tu habis di makan anak-anak siap bertambah-tambah. Jadilah, untik merasa.. !


Laksa.... Peberet Aku!


Korang nak resepi ringkas aku buat laksa.... Aku tunjuklah cara-caranya. Mudah dan tak banyak karenah seadanya...

Bahan-bahan:

1 paket mee laksa basah
4 ekor ikan sardin segar
4 biji bawang merah
8 biji cili api
2 sudu besar cili giling
4 keping asam keping
Sedikit belacan
Bunga kantan
Air
Garam dan gula secukup rasa

Bahan hiasan: 

Telur rebus
Cili merah
Timun
Limau kasturi

Cara-cara:

Mee laksa di celur dan ketepikan. Ikan sardin di rebus dan asingkan tulang dan isinya. Air rebusan di gunakan untuk kisar bersama isi ikan sampai hancur. Tulang di kisar berasingan dan tapis ambil airnya.

Bawang merah dan cili api di kisar juga. Rebus isi ikan kisar bersama bawang merah dan cili api kisar. Masukkan juga cili giling, belacan, asam keping dan bunga kantan yang telah di belah 2 atau 4. Perasakan dengan garam dan gula. 

Untuk hidangan... masukkan mee laksa dalam pinggan. Curahkan kuah laksa dan taburkan bahan hiasan seperti hirisan timun, telur rebus dan hirisan cili merah. Perahkan limau kasturi. Kalau tak ada bahan hiasan pun tak apa... masih sedap.

p/s : Inilah cara yang seringkas boleh langkah demi langkah mudah cara aku buat laksa yang menjadi peberet aku sekeluarga kecuali en, suami... Bulan puasa nanti inilah hidangan yang di nanti anak-anak... :) Nak resepi peberet aku... klik SINI


6 comments:

ucing said...

nyum nampak sedap.(^_^).Sertai segmen tonton ucing nak try irama melayu.(^_^).

anzra rizal said...

one of my fav jugak nie.. terliur rasa bila tengok laksa

PeRdU cINta said...

Sedapnya dapat hirup kuah laksa ni..hihi...aah la..lama tak masak laksa...

Saya pun baru berangan-angan nak makan laksa..sedapnya..

Amer Ridzuan said...

Hi, datang menerjah dan follow!
AMERZING|
http://ameridzuan.blogspot.my/2017/04/a-cats-diary-5.html

Amanda Suria said...

Laksa memang all time fav SA..alahai..kena carik gak la laksa..nak buat malas..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...