Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz

10:41:00 PM Noor Akma 2 Comments

Salam ramadhan buat semua pembaca Papaglamz yang aku sayangi. Sayang lebih sikit untuk sesiapa yang sudi baca entri segmen aku kali ni. Hehehe. Ok la, straight to the point. Bersempena bulan penuh barokah ini, aku tergerak hati untuk menganjurkan segmen simple untuk korang semua. Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz. Aku saje je anjurkan segmen sebegini rupa sekadar hendak membawa kita semua selain dari blogwalking tu terasa ada pengisian la sikit kan. Insyallah. Jangan lupa join. Ikuti syarat-syarat yang mudah dengan tertib tau...!!!!


Syarat-syarat

1. Baca 3 Zikir yang mudah ni sebanyak mana yang korang mahu. At least sekali pun Alhamdulillah. Jangan skip ye.




2. Mainkan video youtube di bawah ni. Selama mana yang mampu korang tengok la video ni tau.


Baca syarat-syarat lain di Entri Official Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz (Klik Disini)

SELAMAT BERSEGMEN

2 comments:

Resepi Dadih Bajet Pencuci Mulut Berbuka Puasa

9:47:00 AM Noor Akma 3 Comments

Maka bermulalah bulan Ramadan bagi tahun ini.... 2017 bersamaan 1438 Hijrah. Hari pertama berpuasa semalam, aku berbuka berlaukkan rendang ayam pencen dan sayur tumis kangkung. Hidangan lain adalah cekodok pisang kegemaran suami dan pencuci mulut dadih kegemaran anak-anak. Kali ini di blog ini, aku nak kongsikan resepi dadih bajet pencuci mulut ini kepada semua. Kenapa aku panggil resepi dadih bajet? Ini kerana dengan bahan-bahan dalam nilai RM5 lebih kurang dah dapat sejenis hidangan pencuci mulut yang sedap.

Resepi Dadih Bajet Pencuci Mulut Berbuka Puasa
Resepi Dadih Bajet Pencuci Mulut Berbuka Puasa
Dulu-dulu aku selalu buat guna dadih segera yang bermacam-macam perisa tu. Masa tu harga dalam RM4 lebih jer. Sekarang dadih segera tu dah mahal harganya. Hari tu aku tengok harganya dah menjangkau RM6 lebih. Dah la macam tu, kena tambah susu cair dan gula lagi. Jadi, aku beralih  ke resepi bajet inilah sekarang. Resepi bajet ni bahan-bahannya  tak banyak, sangat mudah di cari dan didapati. Bahan yang di perlukan cuma  agar-agar tali, susu cair, gula dan pewarna.

Resepi Dadih Bajet Pencuci Mulut Berbuka Puasa


Nak rasa lebih sedap, bubuhlah perisa yang di sukai. Aku letak pewarna berperisa sirap ros, sedap... rasa air bandung... lain kali aku buat perisa lain plak... Nak perisa coklat, tambah serbuk coklat, Nak perisa pandan campur warna hijau dan campak daun pandan dalam air masa merebus agar-agar. Kalau nak buat perisa laici... pun boleh. Pendek kata... ikut sesedap rasa apa yang nak di buat.

Agar-gar tali tu boleh ganti dengan agar-agar serbuk tapi harganya jadi mahal lah. Cari agar-agar tali yang sikit je isi dalamnya ... 12gm gitu. Harga dekat bungkusan RM2.50 tapi kat Mydin dapat RM2.15. Susu Cair dalam RM2.20... brand yang paling murah... Campur gula 2 cawan, nilai harganya jadi dalam RM5 lebih kurang. Bila buat ikut resepi ni... Boleh dapat dalam lebih 20 - 25 cawan dadih ikut cawan plastik di pasaran tu. Banyak untung kalau buat jualan ni...hehe! 

Nah.... resepi bajet ni aku taruh di sini.... korang boleh lah cuba buat sendiri nanti....

Bahan-bahan:

1 paket  agar-agar tali(12gm)
1 tin susu cair
2 cawan gula
Air (dalam 3000 ml)
Pewarna dan perisa (jika suka)

Cara-cara:

Didihkan air bersama agar-agar tali sehingga hancur. Masukkan gula. Bila gula dah hancur, masukkan pewarna dan susu cair. Kacau sekejap... sebelum campuran susu mendidih, tutup api cepat. Kalau lambat, campuran susu jadi tak cantik dah. Ingat tu... kalau tidak, jadi macam santan yang berkepala tu.. buruk rupanya tapi masih sedap! 

Kacau dan isi dalam bekas. Ikutlah nak isi dalam bekas apapun. Aku isi dalam bekas plastik besar. Nak makan, cedok saja kedalam bekas lain. Kalau nak berniaga, boleh isi dalam cawan plastik. Simpan dalam peti ais. Aku buat waktu pagi. Waktu berbuka sedap dan sejuk je di tekak dengan kelembutan dari  tekstur kekenyalan dadih tu... mengasyikkan tau...!

Kalau tak ada penyukat nak sukat jumlah air, boleh guna botol air mineral. Botol kecik saiz normal(600ml) dalam 4 botol air. Botol besar (1.5ml) ...dalam 2 botol air. Untuk tengok resepi serba canggih lagi dan lagi.... lihat SINI 

p/s : Nak dadih keras atau lembut bergantung pada jumlah air. Lebih keras jadi agar-agar.... lebih lembut pula boleh jadi puding sedut... hihi!

3 comments:

Cerita Pasar Ramadhan : Sebagai Pembeli Dan Penjual

3:18:00 PM Noor Akma 4 Comments

Beberapa hari ni aku dapat gambar dari berbagai group whassap yang ada cerita  pasar ramadhan... nak beli makanan kena tengok siapa yang menjual... Macam-macam lah ulasan muncul akibat nasihat bergambar ni... Nasihat tu betul juga, tapi jangan menilai orang dari luaran saja. Rupa dan wajah boleh je di lakonkan... Betul tak?   Aku pernah terkena membeli di pasar ramadhan dan pernah juga berniaga di pasar ramadhan. Ini yang aku nak kongsi sedikit cerita pasar ramadhan dari pengalaman aku....

Cerita Pasar Ramadhan : Sebagai Pembeli Dan Penjual
Cerita Pasar Ramadhan : Sebagai Pembeli Dan Penjual

Cerita masa aku bujang, beli makanan di pasar ramadhan tu... pernah  termakan ikan bakar berulat. Aku rasa ikan bakar tu dah beberapa hari. Tak habis, di bakar balik keesokan harinya. Makan ramai-ramai bersama adik dan anak buah suami yang tinggal bersama waktu tu. Anak buah suami beli ikan terubuk bakar bersekali dengan air asam.

Cerita Pasar Ramadhan : Sebagai Pembeli Dan Penjual


Memang nampak sedap sangat... garing tah henggat. Mula-mula tak nampak lagi masaalahnya. Bila dah di cubit isinya sampai ke tulang... Masa tu aku dah habis makan lagi pun tak ambil ikan bakar banyak pun, merasa sikit jer.. Nampaklah benda menguit-nguit... terus diorang (anak buah dan adik) berhenti makan. Dah putus selera. Nasib baik dah kenyang, tinggal nak menghabiskan sisa-sisa isi saja... hahaha!

Pernah juga aku sekeluarga keracunan makanan akibat makanan di pasar ramadhan. Waktu tu, aku tengah mabuk-mabuk dan tak larat awal mengandung anak yang bongsu. Nasib baik tak teruk dan melarat. Ada sekali tu beli kuih tepung talam satu bekas..  Dah hampir 2 -3 kali  beli okey jer... sedap. Sekali tu beli tempat yang sama... basi dan berlendir. Terus tak pernah beli dah.... 

Pengalaman menjadi penjual pulak.... Penatnya tak terkirakan. masa tu anak masih 2 orang ... Pagi-pagi kena pergi pasar borong beli barang. Hampir tiap hari kena pergi. Balik selepas subuh dah mula menyiapkan barang untuk di masak. Rehat sekejap dalam pukul 7 ke 8 pagi. Pukul 9 pagi dah mula memasak. Sampailah pukul 3 petang kena angkut barang-barang untuk berniaga. 

Selepas tu... lenguh kaki menungu para pembeli. Masa tu aku jual rojak, pecal, bermacam-macam jenis bubur dan sedikit kuih. Nasib baik masa tu anak-anak belum bersekolah lagi. Hidup masa tu agak huru-hara rasanya. Rumah dah tak sempat nak berkemas.  Balik dari berniaga pasar ramadhan dah nak kemas barang sampai tengah malam. Mana barang yang tak habis, tak sampai hati nak bagi jiran... nanti di kata "dah tak habis baru nak bagi.." Buang tong sampah je lah...! Hurmmmm!!

Aku sempat berniaga 2 kali puasa sahaja. Serik dan  penat sangat. Bulan puasa masa tu... usahkan nak pergi terawih... nak buat amal ibadat yang biasa tu pun dah kelam kabut. Pendapatan dan keuntungannya taklah seberapa sangat di bandingkan dengan kepenatan yang melampau. Sejak tu aku tarik diri dari berniaga di pasar ramadhan... Ada kawan yang berniaga lauk pauk penuh semeja pun tarik diri juga sebab anak-anak dah marah sebab tak dapat buka puasa kat rumah macam orang lain.

Masa aku berniaga... tak ada langsung aku jual barang yang tak habis sebelum tu. Aku lebih rela buang saja. Tapi melihat makanan yang terbuang tak habis tu memang rasa ralat sangat. Ada juga aku simpan untuk makan sendiri... tapi nak jual balik, memang tidaklah. Tak sampai hati menganiayai pembeli. Ada yang ajar sayur atau mee yang tak terjual tu basuh dan celur balik... tapi aku ni tak sampai hati ... Itu sebab untung tak banyak... hmmm!

Itulah antaranya dari beberapa cerita sebagai pembeli dan penjual pasar ramadhan. Sebagai pembeli, kena berhati-hati jangan terbeli makanan basi, berulat dan dari baki semalam... Lagi mudah tak payah membeli. Lebih baik masak sendiri. Makan nasi lauk telur mata kerbau percik kicap lagi puas hati. Tapi kan.. kalau nak membeli.. beli yang masak panas-panas kat situ.... macam roti john, roti jala dan beberapa lagi.

p/s : Dah bertahun rasanya aku tak pergi pasar ramadhan dah... Tak ada apa yang nak di beli. Masak sendiri lagi puashati, ada tidak, en. suami rajin beli air soya kat situ... Anak-anak pun tak kisah.

4 comments:

Petua Merawat Tapak Kaki Pecah-pecah....

1:16:00 PM Noor Akma 2 Comments

Tapak kaki yang pecah-pecah memang nampak hodoh bila memakai selipar atau kasut yang menampakkan tumit kaki. Bila dah merekah, agak menyakitkan apabila bejalan atau terkena air. Ada cara dan petua merawat tapak kaki pecah-pecah yang boleh di gunakan untuk menghilangkan tejadi perkara sedemikian. Cara dan petua merawat tapak kaki pecah-pecah ini senang saja tapi memerlukan sedikit kerajinan.

Petua Merawat Tapak Kaki Pecah-pecah....
Petua Merawat Tapak Kaki Pecah-pecah....
Cara yang pertama menggunakan daun pokok bunga kembang pukul 10 atau  di panggil bunga ros jepun. Daun yang kecil-kecil tu di lumatkan. Tak kisahlah nak di tumbuk atau di kisar atau di lenyek... janji daun tu di lumatkan. Dah lumat lumurkan di tapak kaki dan tumit yang pecah-pecah tu. Biarkan selama dalam 20 - 30 minit dan lepas tu cuci macam biasa. Buat seminggu sekali. Insya'allah pecah-pecah di tapak kaki akan hilang dengan cepat. 

Cara kedua menggunakan asam jawa yang ada di dapur saja. Kalau menggunakan asam jawa biasa, buangkan biji tapi kalau gunakan pes asam jawa lagi senang. Lumurkan pada keseluruhan tapak kaki. Biarkan selama 20 - 30 minit juga. Cuci kembali sampai bersih. Buatkan cara ni selalu iaitu seminggu 2- 3 kali. Insya'allah pecah-pecah di tapak kaki akan mengecut dan sembuh.

Petua Merawat Tapak Kaki Pecah-pecah....


Untuk mengelakkan tapak kaki merekah dan pecah-pecah, seringkali gunakan selipar atau kasut apabila memijak lantai simen. Minum air kosong secukupnya agar menjauhkan kulit menjadi kering, keras dan bersisik dan seterusnya menjadi merekah. Elakan juga dari memakai kasut yang ketat dan tidak sesuai yang  menyebakan tumit menerima tekanan yang tinggi.

Bila tumit dah tak pecah-pecah dan merekah lagi, rajin-rajinkan diri  menyapu losyen pada tapak kaki dan keseluruhan kaki. Ia bukan saja dapat mengelak tumit menjadi pecah-pecah dan merekah kembali tetapi ia juga dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan peredaran darah dan merehatkan kaki selepas seharian digunakan.

Nak baca tentang petua di blog ini.... klik SINI

p/s : Selain daun bunga ros jepun dan asam jawa, bawang merah juga boleh di gunakan untuk merawat kaki pecah-pecah dan merekah tapi agak pedih bila terkena tempat yang merekah tu.... 

2 comments:

Cara Mak Dulu-dulu Ajak Anak Ke Dapur, Belajar Memasak....

12:41:00 PM Noor Akma 6 Comments

Mari kita tengok cara mak dulu-dulu ajak anak ke dapur, belajar memasak. Dulu-dulu mudah saja mak-mak nak ajak anak menolong kedapur. Waktu masih kecil, di suruh ambilkan barang-barang kecil seperti sudu, bawang atau kerja-kerja yang ringan. Bila dah besar sikit dah pandai mengenali barang-barang dapur, di suruh pula buat yang berat sikit macam kopek bawang, siang sayur, kukur kelapa(dulu parut kelapa pakai kukur yang macam kuda tu), kacau gulai atas api dan beberapa  kerja yang tak melibatkan memasak. Kiranya jadi pembantu dapur dulu sebelum pandai memasak. Hebat cara mak dulu-dulu ajak anaknya ke dapur.

Cara Mak Dulu-dulu Ajak Anak Ke Dapur, Belajar Memasak....
Cara Mak Dulu-dulu Ajak Anak Ke Dapur, Belajar Memasak....
Sekarang jauh berbeza sangat.... sebab utama yang aku tengok, dapur rumah sekarang kecil. Bila masuk dapur berdua dah berlaga bontot. memang tak selesa. Macam mana anak nak membantu memasak...? Anak-anak pula dah leka dengan tv dan gajet. Nak suruh bersih dan kemaskan dapur pun tak nak buat dengan alasan sibuk. Padahal asyik dengan tv dan handphone je. Ada kawan yang aku kenal, dia bekerja dan jarang memasak di rumah... Jadi, bila anak di orang nak belajar memasak. Barang dapur pun tak pernah beli. Asyik makan di kedai saja... Adoiii...!

Cara Mak Dulu-dulu Ajak Anak Ke Dapur, Belajar Memasak....


Kesannya anak-anak perempuan sekarang umur dah 20an pun tak tahu nama barang-barang dapur seperti tak dapat membezakan halia, kunyit dan lengkuas. Tak kenal bayam dan kangkung tu dah biasa, apatah lagi dengan sayur-sayuran yang lain. Nak suruh siang ikan, siang ayam dan daging mau pengsan diorang.... Anak-anak macam ni, sudah pasti tak tahu memasak... Nak salahkan siapa, mak diorang jugak pastinya di salahkan... haish!

Pernah tengok cerita dalam tv tu, huru-hara dapur bila anak dara yang tak tau memasak cuba nak kedapur memasak ikut resepi di internet. Dah semua bahan dapur dia tak kenal, dah tentu lain yang nak di masak, lain jadinya masakan tu. Tak ke haru di buatnya. So, anak-anak perempuan elok belajar mengenali dan mengetahui bahan-bahan masakan dari awal lagi. Lagi elok belajar memasak dari kecil macam orang dulu-dulu ajar anak ke dapur...

Aku orang kampung... Dari kecil dah di suruh membantu mak aku di dapur. Umur 10 tahun aku dah boleh masak nasi. Umur  12 tahun dah pandai masak segala bagai lauk yang biasa mak aku masak termasuk rendang. Tinggal sedap dengan tak sedap je lagi.... Macam tak percaya je anak-anak aku bila aku cerita hal ni... Aku cakap, tanyalah opah diorang iaitu mak aku tu... kalau tak percaya...hahaha!

Anak-anak perempuan aku tu, ada la aku ajar serba sedikit tapi tak dapat ajar macam dulu. Baru tolong kupas bawang je dah tak tahan. Apatah lagi tumbuk cili api.. tak reti, termasuk mata...  Satu bab lagi masa nak goreng ikan. Takut yang amat... Siang dan basuh ikan pun lama sangat, berjam-jam.... Payah bebeno jadinya, leceh. Penyudahnya masak sorang-sorang je lah. Cepat siap kerja memasak aku..... Tension di buatnya... hurm!

Nak baca celoteh aku di blog ni.... lihat SINI

p/s : Aku ajarlah diorang lebih kurang sekali sekala... Nak buat macam mana, masa dah berubah, redha ajelah. Dah bersuami nanti, pandailah diorang belajar, kan! Jangan huru-hara,sudah...!

6 comments:

Buah Tunjuk Langit : Makan Ni, Nyamuk Tak Nak Gigit Hisap Darah...

12:56:00 PM Noor Akma 4 Comments

Korang tau dak buah tunjuk langit? Buah ni istimewa sebab buahnya tergantung terbalik seolah-olah menunjuk ke langit. Itu sebabnya buah ini di panggil dengan nama buah tunjuk langit. Buah ni mempunyai banyak khasiat di dunia herba dan perubatan. Tapi yang paling aku suka dengan buah ni adalah sebab nyamuk tak nak dekat bila mengamalkan makan buah. Kemungkinan besar disebabkan pahit yang melampau menjadikan darah orang yang memakannya menjadi pahit.

Buah Tunjuk Langit : Makan Ni, Nyamuk Tak Nak Gigit Hisap Darah...
Buah Tunjuk Langit : Makan Ni, Nyamuk Tak Nak Gigit Hisap Darah...

Buahnya berwarna seperti kulit kayu dan dari sebiji buahnya terdapat berpuluh2 biji seperti kuaci. Cara memakannya cuma kopek bijinya dan akan ada biji seperti kuaci. Bolehlah terus memakannya. Tapi rasanya tersangat pahit. Walau selepas memegangnya tangan masih terasa pahitnya. Cara aku memakannya ialah dengan menjadikanya seperti ketulan2 kecil dan terus menelannya dengan segelas air. Kalau dikunyah, pahitnya sangatlah tak tertahankan walau dah berkali-kali makan benda lain. 

Buah Tunjuk Langit : Makan Ni, Nyamuk Tak Nak Gigit Hisap Darah...


Dulu, semasa aku berniaga di booth , event dan expo ada jual buah tunjuk langit ni. Selain jual yang segar, ada juga yang aku proses sendiri. Iaitu menjadikannya serbuk dan di isi ke dalam kapsul. Ini untuk memudahkan di makan. Tak adalah terasa kepahitannya tu. Caranya bahan yang seperti kuaci tu di goreng sehingga  rangup dan di blender halus. Lepas tu bubuh dalam kapsul kecil-kecil tu. Tapi, itulah pahit, segala alat yang aku gunakan tu... tak boleh pakai untuk benda lain dah.....hihi! 

Buah Tunjuk langit  boleh diamalkan secara tradisional oleh lelaki dan perempuan pada semua peringkat umur untuk mengekalkan kesihatan badan dan juga untuk mengelakkan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan peredaran darah.  Inilah rahsia alam semula jadi  insya'allah dapat membantu menyembuhkan pelbagai penyakit antaranya ialah :

– Melancar perederan darah
– Kencing Manis
– Darah Tinggi
– Gout / sendi
– Kolestrol tinggi
– Migrain / sakit kepala
– Strok peringkat awal
– Menguatkan perut, jantung, paru-paru, hati dan limpa
– Sembelit, masalah sistem penghadaman
– Senggugut / Haid Tak Lancar
– Masalah Ereksi / mati pucuk
– Kebas
– Angin / sakit urat
– Kencing Kotor
– Anti-penuaan / Ejen Kecantikan
– Kulit sensitif, jerawat dan lepuh

Bagus sungguh  buah ni dengan khasiatnya.... Buah ni senang sangat di dapati tau... Di sepanjang tepi lebuhraya persekutuan di Shah Alam ni penuh dengan pokok tunjuk langit ni. Kalau di perhatikan betul-betul, bila tiba musim buah ni akan ada nampak orang terbongkok-bongkok di bawah pokok ni mencari buahnya. Kalau malas dan malu nak kutip ada saja orang menjualnya di booth-booth kecil di kawasan Shah Alam ni. Ada yang segar dan ada yang dah di botolkan. Aku dah lama tak proses buat dah... dah tak niaga kannn..! Baca lebih banyak info di SINI

p/s : Aku sangat suka buah ni sebab nak elak dari di gigit nyamuk .... Bila nak balik kampung, aku mesti suruh en. suami cari buah  ni dan ajak anak-anak makan ... nyamuk kat kampung besar-besar, takut kena gigit... :)

#pic fr google

4 comments:

Lesen Memandu : Ada Lesen Tapi Tak Berani Memandu Kereta....

10:17:00 PM Noor Akma 6 Comments

Aku dah lama ada lesen memandu, sama tahun perkahwinan aku. Maksudnya dah lebih 20 tahun berlalu. Di awal- awal dapat lesen memandu tu, ada jugalah memandu sekejap-sekejap, Tapi asyik kena marah dan kena bebel dengan en. suami. Ada saja cara aku memandu tu tak kena dengan dia. Jadi, aku hilang mood nak memandu. Lesen memandu aku tu tiap tahun renew saja. Lepas tu jadi hiasan di beg duit... haha!

Lesen Memandu : Ada Lesen Tapi Tak Berani Memandu Kereta....
Lesen Memandu : Ada Lesen Tapi Tak Berani Memandu Kereta....

Ada juga keiginan selepas tu nak memandu lagi... Tapi kepala dah pening, mabuk dan loya. Bila dah dapat sorang, tambah lagi 3 orang. bila dah ada anak kecil, lagi lah susah en. suami nak bagi pegang stereng. Bila anak-anak dah besar sikit, suami pun dah tukar kereta dengan teksi. Suami kata boleh cari duit dengan bawa teksi. Balik kampung pun tol murah separuh harga. Jadi, macam mana aku nak memandu kereta, dah jadi alat mencari rezeki... hurm!

Bila suatu masa dulu heboh dengan lesen terbang iaitu dapat lesen tapi tak masuk belajar di sekolah memandu... sibuk adik-adik aku cakap aku dapat lesen terbang. Yang dorang tak tahu... 3 kali aku test memandu. baru lulus dapat lesen. Kalau lesen terbang tak payahlah aku luangkan masa tiap-tiap minggu belajar dengan sekolah memandu tu selama lebih 3 bulan. Mentang-memtang aku tak memandu kereta... Baru-baru ni anak aku belajar memandu lagi lah ... 4 kali test memandu, baru lulus... hahaha!

Lesen Memandu : Ada Lesen Tapi Tak Berani Memandu Kereta....


Sekarang, nak memandu kereta pun... keretanya tak ada...  Sejak berniaga beberapa tahun lepas dah tukar van pula. Dah cuba hidupkan enjin sekali... rasa bawa lori la plak. Jadi,  sampai ke sudah aku tak dapat praktikkan pemanduan aku ni. Rasanya kalau terpaksa, boleh aku memandu ni.... Tapi sebab dah selesa jadi penumpang... itu yang bertangguh-tangguh nak memandu. Lebih-lebih lagi tak ada kereta yang sesuai.

Sekarang aku baru terasa susah payah juga nak kemana-mana. Asyik nak tunggu pemandu tak bergaji bawa aku kesana sini tak dapatlah. Berangan sangat nak ada kereta yang sesuai aku bawa... Kalau tidak pun anak yang dah ada lesen tu bolehlah bawa pergi kemana tempat yang aku nak pergi. Susahnya... alahai, bila asyik bergantung dengan public transport ni. Sekian, bebelan hari ini... nak baca lagi... klik SINI

p/s : Pendapatan berniaga aku ni layak ke dapat loan beli kereta.... haihhh!  

#pic fr google

6 comments:

Mother's Day Celebration - SUPERMAMA YANG KUSAYANGI with STELLAVINGZE INTERNATIONAL

3:10:00 PM Noor Akma 0 Comments

Minggu lepas aku meraikan  Mother's Day Celebration (seminggu lebih awal) atas jemputan Stellavingze International di Bangunan Melilea Tower Bangsar. Saja nak merasa pergi event macam ni... sekali sekali. Aku pergi bersama dengan anak permpuan aku, naik komuter dan grabcar. Pasal berjalan-jalan naik komuter dan grabcar car ni dia sangat arif... orang rajin kesana sini la katakan. Mula-mula cuak juga sebab tak pernah pergi ke kawasan ni. Tapi akhirnya Mother's Day Celebration ini adalah sambutan yang paling meriah yang aku pernah rasa....

Mother's Day Celebration
Mother's Day Celebration 

Hari Ibu yang bertemakan SUPERMAMA YANG KUSAYANGI amat bertepatan dengan sambutan yang di raikan di sini. Ramai di sini, anak-anak dari beberapa sekolah di sekitar Kuala Lumpur hadir meraikan Hari Ibu bersama ibu bapanya. Itu yang menjadikan event ini sangat meriah dan tak kering gusi dengan acara dan selingan gurau senda antara anak-anak dan ibu bapanya. Aku tumpang brgembira sekali.

Mother's Day Celebration - SUPERMAMA YANG KUSAYANGI  with STELLAVINGZE INTERNATIONAL 


Dapat juga aku mengutip sedikit ilmu di sini.... Berkenaan seorang wanita adalah tonggak utama keluarga dan negara. Bahagia seorang wanita, seorang ibu, seorang isteri di rumahnya, aman lah kehidupan rumahtangga, masyarakat dan negara. Begitulah mengikut kata Datuk Stella Chin dalam ucapannya. Datuk Stella Chin adalah pengasas Stellavingze International yang bergiat cergas sebagai sebuah NGO yang membimbing, menyokong dan memperkasakan wanita di Malaysia, Indonesia dan beberapa negara lagi.

Mother's Day Celebration - SUPERMAMA YANG KUSAYANGI  with STELLAVINGZE INTERNATIONAL
Mother's Day Celebration - SUPERMAMA YANG KUSAYANGI 

Wanita adalah Starladies, seumpama bintang yang berseri... Juga wanita umpama berlian yang bersinar menyinari sekelilingnya. Kata-kata Datuk Stella Chin yang di petik dari buku yang di tulisnya iaitu "Kebahagiaan Yang Ku Tahu". Buku ini boleh jadi inspirasi pada setiap wanita untuk berkerjaya dan berjaya. Boleh dapatkan di kedai-kedai buku. Seronok sangat mendengar Datuk Stela bercerita dan berceloteh mengenai visi dan misi beliau.

Mother's Day Celebration - SUPERMAMA YANG KUSAYANGI  with STELLAVINGZE INTERNATIONAL
Mother's Day Celebration - SUPERMAMA YANG KUSAYANGI  with STELLAVINGZE INTERNATIONAL 

Di event tu aku dapat satu bimgkai gambar beserta gambar aku dan anak di ambil oleh jurugambar professional di sana. Selain tu dapat hamper makanan kesihatan berasakan soya dan bunga carnation segar. Seharian yang indah dan menggembirakan di sana. Paling tak lupa dengan tarian chicken dance yang sangat menggelikan hati.... di Mililea Tower Bangsar.. event STELLAVINGZE INTERNATIONAL. 

Baca lagi di SINI

p/s : Anak gadis aku siap berkaroeke lagi tu... tapi masa sessi santai tak ramai orang sampai lagi.. hee!

0 comments:

Giveaway CASH RM1000+ Mei 2017 by Emas Putih

2:17:00 PM Noor Akma 5 Comments

5 comments:

Tema Bollywood HI-TEA ‘MUM QUEEN OF MY HEART’ Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

12:05:00 PM Noor Akma 2 Comments

Hujung Minggu ini 14hb Mei 2017 .... hari meraikan para wanita yang bergelar ibu. Grand Bluewave Hotel Shah Alam telah bersedia menerima para tetamu yang berkeinginan menyambut hari istimewa ini. Tema Bollywood telah di pilih untuk memeriahkan suasana. Jadi, jika anda yang berada di kawasan sekitar Bandaraya Shah Alam bolehlah memilih GBWHSA ini sebagai tempat meraikan hari istimewa ini. Mother's Day Hi-Tea 'Mum Queen Of my Heart dengan tema bollywood ini pasti akan meriah dengan kehadiran anda bersama wanita paling istimewa dalam hidup anda sebab insan istimewa wajar di raikan di tempat istimewa.. kan!

Tema Bollywood HI-TEA ‘MUM QUEEN OF MY HEART’ Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Tema Bollywood HI-TEA ‘MUM QUEEN OF MY HEART’ Di GBWHSA

Mother's Day Hi-Tea 'Mum Queen Of my Heart ini di adakan di GBWHSA bertempat di Royale Songket Restaurant dari jam 12.00 tengah hari hingga 4:00 petang. Berbagai acara dan aktiviti di adakan untuk meraikan ibu anda seperti bollywood dance, pakaian ibu paling cantik, teka kegemaran ibu, hiasan bunga, kek hiasan dan pilihan lagu yang di dedikasikan untuk ibu anda. Lebih menyeronokkan dan meriah anda di hiburkan dengan penampilan khas oleh penyanyi Adilla Idris.

Tema Bollywood HI-TEA 'QUEEN MUM OF MY HEART'' Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam


Pilihan makanan penuh menyelerakan dengan murah hatinya bermula dari assorted finger sandwiches dan mini open face sandwiches, assorted cheese platter with crackers, cold chinese salad of the day, sotong kangkung padang kota, selection of cold cuts platter,international salad bar with assorted dressings, caesar salad with smoked salmon, rojak buah pulau mutiara, assorted sushi rolls with condiments, selection of canapes, salmon mousse dan di akhiri dengan popiah basah. Selain daripada itu, ada pelbagai pilihan sup yang lazat seperti mushroom soup dan sup ekor asam pedas. Tak di lupa, roti john, pasta dan asam laksa.

Tema Bollywood HI-TEA ‘MUM QUEEN OF MY HEART’ Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Tema Bollywood HI-TEA ‘MUM QUEEN OF MY HEART’ Di GBWHSA

Untuk hidangan utama yang meletup sakan ada pelbagai pilihan yang menarik iaitu ayam pandan dengan sos percik, roti jala bersama serawa durian, cajun beef tortilla wraps, seafood sambal pizza, loh bak roll, cendawan dan tat telur, jejari ikan dengan sos tartar, mini seafood pai, assorted dim sum pelbagai perasa, fried wantan with chili dip, golden chicken nugget and di ikuti oleh spicy curly fries with cheese dips. Ada juga di hidangkan di dapur terbuka hidangan satay ayam serai wangi kuali leper dengan sos kacang.

Ada juga di sediakan hidangan hangat bollywood special sesuai tema majlis seperti Ulundu, Masala, Vaday, Puri, Pakoras, Muruku, Halwa, Laddu, Jelebi, Kaseri and lastly, Gulab Jamun. Selain dari itu akan ada hidangan istimewa dari bollywood iaitu lemon basmathi rice, fried amarisari fish with Green Chutney, Aloo Ghobi dan Chicken Vindaloo. 

TTema Bollywood HI-TEA ‘MUM QUEEN OF MY HEART’ Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Tema Bollywood HI-TEA ‘MUM QUEEN OF MY HEART’ 

Hari yang indah tidak akan lengkap tanpa hidangan pencuci mulut yang lazat memikat. Sudah semestinya di persiapkan sebegitu untuk memastikan insan tersayang yang di raikan berpuashati. Anda akan di layani dengan keenakan pencuci mulut, bermula dari caramel popcorn, assorted french pastries, assorted fresh fruit platter, ABC stall with condiments, chocolate fountain with fruits and marshmallow, coated chocolate balls, fruit tart, almond biscotti, cupcakes, cookies, macaroons, bubur cha cha,  apple pai  dan akhir sekali, pelbagai perisa ais krim.

Jangan lepaskan kesempatan ini untuk meraikan insan istimewa yang melahirkan anda. Apalah sangat dengan satu hari yang benar-benar istimewa untuk ibu anda mendapat layanan berbintang-bintang di tempat yang bertaraf lima bintang. Jadi, pilihlah Grand Bluewave Hotel Shah Alam. Tak ada tempat lain yang menjanjikan kepuasan hebat dengan segala aktiviti  di sini... percayalah...! Dah banyak entri GBWHSA di blog ini... nak baca... klik SINI

Buatlah tempahan awal dari sekarang... dan tetamu digalakkan untuk membuat tempahan tujuh (7) hari lebih awal :

Untuk tempahan
03 - 5511 8811
ext. 2723, 2724 atau 2725
atau
Royale Songket Restaurant ext. 2612

*Semua harga adalah tertakluk hanya kepada 6% GST

2 comments:

Whatssap Dan Facebook Telah Mendekatkan Perhubungan....

10:48:00 AM Noor Akma 3 Comments

Tidak terfikir dek akal aku dan semestinya korang semua juga dulu, yang suatu hari,  ada satu teknologi yang telah mendekatkan perhubungan sesama kita. Itulah whatssap dan facebook yang telah mendekatkan perhubungan jarak jauh pada masa kini. Telefon pula di zaman aku kecil memang sudah ada.  Penggunaannya belum meluas dan hanya ada di bandar. Sekarang, selain telefon, whatssap dan facebook telah mendekatkan perhubungan persaudaraan dan perhubungan antara kawan-kawan sekolah, universiti dan macam-macam lagi. Terasa dekat walaupun hakikatnya jauh...

Whatssap Dan Facebook Telah Mendekatkan Perhubungan....
Whatssap Dan Facebook Telah Mendekatkan Perhubungan....

Zaman ini... hampir setiap orang  memiliki telefon sendiri. Bila kemana-mana senang nak di hubungi. Apatah lagi apabila ada facebook dan whatssap. Selagi boleh dapat capaian talian telefon... bolehlah menggunakan facebook dan whatssap. Dengan begitu, banyaklah perhubungan terjalin dan dieratkan. Lebih-lebih lagi dengan terciptanya cara yang boleh berinteraksi secara berkumpulan dengan cara bermesej iaitu whatssap. Facebook pula kita dapat mengetahui perkembangan semasa saudara-mara, kawan dan kenalan serta isu semasa terkini.

Whatssap Dan Facebook Telah Mendekatkan Perhubungan....


Di waktu dulu-dulu...tak dapat macam ni. Bila meningkat remaja, barulah talian telefon masuk ke kampung aku. Barulah aku nampak ada telefon awam terpacak di sesetengah tempat. Mana yang lebih berada dan ada anak yang bekerja di bandar ada yang masukkan talian telefon ke rumah. Mahal sungguh panggilan telefion waktu tu....  Bila habis sekolah, hubungan dengan kawan-kawan pun terputus. Ada yang sambung belajar, ada yang melangsungkan perkahwinan, ada yang merantau kerja di bandar besar dan macam-macam lagilah.

Aku pun sambung belajar dan bekerja di bandar. Disebabkan keluarga kawan-kawan kami semua tinggal di kampung dan berdekatan antara satu sama lain... ada juga cerita tentang kawan-kawan yang dapat aku ketahui. Tapi setakat itu je lah. Pulang ke kampung pun tak sama masa dan masa di kampung pun sekejap, jadi susah nak berjumpa dan bertembung di mana-mana. Aku cuma dapat mengetahui dan mendengar cerita yang kawan aku yang ini, yang itu dan yang lainnya dah berkahwin dan mempunyai anak.... Dan tak  ada satu pun majlis mereka yang telah aku hadiri.... !

Betapa payahnya perhubungan waktu tu. Bila aku dah berkahwin, barulah talian telefon di masukkan kerumah ibu-bapa aku di kampung. Waktu tu telefon bimbit dah ada tapi bersaiz besar sebesar botol minuman, dan hanya boleh buat panggilan sahaja. Lepas tu tak berapa lama kemudian, barulah telefon bimbit berevolusi dari yang talian yang di bayar bulanan(postpaid) hingga yang prepaid. Dari yang besar gedabak hingga yang kecil comel dan nipis... hihi!

Selepas tu barulah boleh bermesej dan pasang ringtone lagu kegemaran. Dalam 10 tahun lepas baru facebook wujud. Tak meluas lagi masa tu sebab boleh buka facebook pada komputer sahaja. Bila dah ada telefon bimbit yang sentuh di hujung jari saja ni, dah boleh facebook di telefon... Ada pula whatssap dan boleh pula buat kumpulan whatssap. Dah boleh tengok dan update facebook masa baring berehat sahaja Juga boleh dengar lagu dan tengok wayang dalam telefon. Dah tentu boleh layan whatssap kengkawan sambil berehat santai.

Apa lagi, setiap seorang mesti ada masuk kumpulan whatssap. Ada yang sampai lebih dari 10 kumpulan whatssapnya Apa tidaknya, bila ada 3 orang anak yang masih bersekolah, dapatlah 3 juga kumpulan whatssap dengan guru dan ibubapa kelas anak-anak. Bayangkan kalau 5 orang anak... Ada lagi kumpulan whatssap kejiranan, kumpulan kerja dan yang paling bagus dapat mengumpulkan kumpulan kawan-kawan lama masa zaman sekolah dari sekolah rendah hingga menengah.

Whatssap Dan Facebook Telah Mendekatkan Perhubungan....
Whatssap Dan Facebook Telah Mendekatkan Perhubungan....

Alangkah canggihnya alat perhubungan sekarang.. Oleh kerana kecanggihan teknologi ini juga telah dapat menemukan sebuah perhubungan persahabatan yang terputus sejak keluar dari sekolah puluh tahun yang  lalu.... Bayangkan, keluar je dari pagar sekolah hari terakhir tu, dah tak jumpa dah. Dah lama sungguh tak bersua muka. Dah ada whatssap ni,  kumpul kembali kawan-kawan dalam whatssap dan  berhubung kembali serta  bersembang melalui whatssap.. Sekali berjumpa dalam majlis reunion... seronoknya, alahai...!!

Setiap perkara yang baik mesti ada keburukannya.... Tapi eloklah kita melihat kebaikan dari kecanggihan teknologi ini dari sudut yang positif. Ada yang mengatakan kumpulan whatssap sahabat-sahabat lama ini dan di ikuti dengan reunion akan merosakkan rumahtangga..... Itu pada aku tak semestinya akan berlaku. Semuanya terpulang pada diri kita sendiri.... Tepuk dada, tanya iman dan akal..! Apa juga perkara negatif, jangan salahkan teknologi... salahkan diri sendiri kerana tak pandai nak menangani cabaran kehidupan.... huhu!

Dah panjang lebar berbicara entah apa-apa... suka-suka saja sebab jenuh cari idea nih... Jangan kecam sebab ayat berterabur syok sendiri, merepek tak tentu hala. Tak apalah kan, janji ada benda yang nak di tulis dan di reka.... nak baca lagi klik SINI

p/s : Kumpulan whatssap  di telefon aku ni punyalah banyak... Sampai nak runtuh telefon ni. Selain kumpulan whatsap kengkawan sekolah, ada kumpulan  kengkawan kolej, kengkawan tempat kerja lama, kumpulan blogger, kumpulan berniaga pun ada... belum termasuk kumpulan sekolah lagi, kejiranan juga... alahai banyaknya,,,, heh!


3 comments:

Intan Suraya Resort, Sungai Siput... Reunion Yang Happening!!!

11:43:00 AM Noor Akma 4 Comments

Hujung minggu yang lepas 29 dan 30 April 2017... di Intan Suraya Resort, Sungai Siput, Perak telah berlangsung reunion aku bersama teman-teman sekolah dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. Memang sangat-sangat meriah, penuh dengan keriangan dan gelak ketawa sesama kengkawan. Bagaikan zaman kanak-kanak dan remaja dahulu. Alahai... Intan Suraya Resort telah mencatat kenangan yang sangat indah dalam hidup aku... Di waktu ini aku masih sangat terkenang-kenang, termimpi-mimpi dan terindu-rindu saat itu lagi.,,, hurm!

Intan Suraya Resort, Sungai Siput... Reunion Yang  Happening!!!
Intan Suraya Resort, Sungai Siput... Reunion Yang  Happening!!!

Walaupun tak seramai yang di harapkan dan tak semua yang dalam group dapat menghadirkan diri, reunion ini sangat-sangat happeninggggg...! Apa tidaknya, dengan ikatan ukhwah dan silaturrhim yang kukuh terjalin.... Segala yang di rancang berjalan dengan sempurna, meriah  dan tiada cacat cela sama sekali. Makanan yang di masak secara bergotong royong pun sedap-sedap belaka.... Tak terkatalah dan terasa-rasa lagi kesedapan patin tempoyaknya, ikan pekasam, pecal dan macam-macamlah makanan yang ada... huhu!!

Intan Suraya Resort, Sungai Siput... Reunion Yang Happening!!!


Ada yang menghadirkan diri sendirian macam aku yang tumpang kereta kawan kerana en suami dan anak-anak tak dapat turut serta. Aku sangat berterima kasih dengan en. suami kerana mengizinkan aku hadir berjumpa teman-teman lama. Ada yang hadir bersama suami dan ada juga hadir sekeluarga. Yang tak dapat menghadirkan diri kerana ada hal yang penting tu tak apalah. Tapi ada juga yang tak ambil berat nak jumpa kawan-kawan. Sesungguhnya mereka dalam kerugian kerana tak nak bertemu kengkawan macam aku dan kengkawan yang bersama di sini... hahaha... !

Macam-macam aktiviti di jalankan waktu di Intan Suraya Resort ni.... Selain aktiviti bergotong royong memasak, ada juga aktiviti permainan. Aktiviti permainan anak-anak pun ada seperti kutip duit dalam tepung dengan mulut (sememeh mulut bebudak), tiup belon (ngeri dengar bunyi meletup tu...) rebut kerusi, melukis dan ada lagi beberapa permainan. Untuk dewasa pula ada macam-macam juga acara yang menggelikan hati... 

Intan Suraya Resort, Sungai Siput... Reunion Yang  Happening!!!
Intan Suraya Resort, Sungai Siput... Reunion !!!

Anyam ketupat, tiup belon, isi benang dalam jarum dan ada lagi yang aku dah lupa .... Aku masuk satu acara je iaitu isi benang dalam jarum dan dapat tempat ketiga. Nak anyam ketupat memang tak pandai. Tiup belon pulak tak cukup nafas... takut semput.. Oh, ada satu lagi acara buat waktu malam tu... Memang sungguh kelakar acara tu iaitu acara mengandam berpasangan. Aku tengok je lah sebab tak bawa pasangan.... Habis muka pasangan di conteng-conteng dengan mata di tutup kain hitam.... hihi!
Intan Suraya Resort, Sungai Siput... Reunion Yang  Happening!!!
Intan Suraya Resort, Sungai Siput... Reunion Best!!

Tidur beramai-ramai dalam satu bilik juga mengingatkan aku zaman kolej dulu. Seronok sembang sampai nak hampir pagi... Yang paling tak boleh lupa berkaraoke sampai tengah malam... Dan ada yang sporting berjoget lambak sekali. Itu yang paling happening gila-gila sebenarnya.... Tak sangka ada bakat yang terpendam pada kawan-kawan aku nih... Aku tukang menyibuk saja, suka-suka tumpang gembira bersama kengkawan... biar ada sedikit kenangan aku di Intan Suraya Resort. 

Pemberian hadiah pertukaran antara teman-teman  pun sangat menyentuh hati aku. Untuk kawan-kawan semua... anda semua adalah sahabat terbaik di hatiku... Aku sungguh merasa seronok di sana tau. Beberapa hari ni aku masih mamai dan tak berdaya dek pertemuan di Intan Suraya yang kini tinggal menjadi memori terindah dalam hidup... Itu yang lambat sikit mengarang entri kat sini. Sampai kena tegur dengan en suami... "takkan masih mimpi lagi kot, sampai terlupa bubuh santan dalam gulai"... incident kelmarin.... hahaha!

I'm a blogger.... Nak baca catatan dan cerita klik SINI dan SINI

p/s : Dah ada rancangan dan ura-ura nak buat lagi majlis cenggini akan datang... Tak sabar nak berkumpul lagi. Apapun aku harap, biarlah pada waktu yang sesuai... Insya'allah akan hadir lagi.. :)

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...