Cara Mak Dulu-dulu Ajak Anak Ke Dapur, Belajar Memasak....

12:41:00 PM Noor Akma 6 Comments

Mari kita tengok cara mak dulu-dulu ajak anak ke dapur, belajar memasak. Dulu-dulu mudah saja mak-mak nak ajak anak menolong kedapur. Waktu masih kecil, di suruh ambilkan barang-barang kecil seperti sudu, bawang atau kerja-kerja yang ringan. Bila dah besar sikit dah pandai mengenali barang-barang dapur, di suruh pula buat yang berat sikit macam kopek bawang, siang sayur, kukur kelapa(dulu parut kelapa pakai kukur yang macam kuda tu), kacau gulai atas api dan beberapa  kerja yang tak melibatkan memasak. Kiranya jadi pembantu dapur dulu sebelum pandai memasak. Hebat cara mak dulu-dulu ajak anaknya ke dapur.

Cara Mak Dulu-dulu Ajak Anak Ke Dapur, Belajar Memasak....
Cara Mak Dulu-dulu Ajak Anak Ke Dapur, Belajar Memasak....
Sekarang jauh berbeza sangat.... sebab utama yang aku tengok, dapur rumah sekarang kecil. Bila masuk dapur berdua dah berlaga bontot. memang tak selesa. Macam mana anak nak membantu memasak...? Anak-anak pula dah leka dengan tv dan gajet. Nak suruh bersih dan kemaskan dapur pun tak nak buat dengan alasan sibuk. Padahal asyik dengan tv dan handphone je. Ada kawan yang aku kenal, dia bekerja dan jarang memasak di rumah... Jadi, bila anak di orang nak belajar memasak. Barang dapur pun tak pernah beli. Asyik makan di kedai saja... Adoiii...!

Cara Mak Dulu-dulu Ajak Anak Ke Dapur, Belajar Memasak....


Kesannya anak-anak perempuan sekarang umur dah 20an pun tak tahu nama barang-barang dapur seperti tak dapat membezakan halia, kunyit dan lengkuas. Tak kenal bayam dan kangkung tu dah biasa, apatah lagi dengan sayur-sayuran yang lain. Nak suruh siang ikan, siang ayam dan daging mau pengsan diorang.... Anak-anak macam ni, sudah pasti tak tahu memasak... Nak salahkan siapa, mak diorang jugak pastinya di salahkan... haish!

Pernah tengok cerita dalam tv tu, huru-hara dapur bila anak dara yang tak tau memasak cuba nak kedapur memasak ikut resepi di internet. Dah semua bahan dapur dia tak kenal, dah tentu lain yang nak di masak, lain jadinya masakan tu. Tak ke haru di buatnya. So, anak-anak perempuan elok belajar mengenali dan mengetahui bahan-bahan masakan dari awal lagi. Lagi elok belajar memasak dari kecil macam orang dulu-dulu ajar anak ke dapur...

Aku orang kampung... Dari kecil dah di suruh membantu mak aku di dapur. Umur 10 tahun aku dah boleh masak nasi. Umur  12 tahun dah pandai masak segala bagai lauk yang biasa mak aku masak termasuk rendang. Tinggal sedap dengan tak sedap je lagi.... Macam tak percaya je anak-anak aku bila aku cerita hal ni... Aku cakap, tanyalah opah diorang iaitu mak aku tu... kalau tak percaya...hahaha!

Anak-anak perempuan aku tu, ada la aku ajar serba sedikit tapi tak dapat ajar macam dulu. Baru tolong kupas bawang je dah tak tahan. Apatah lagi tumbuk cili api.. tak reti, termasuk mata...  Satu bab lagi masa nak goreng ikan. Takut yang amat... Siang dan basuh ikan pun lama sangat, berjam-jam.... Payah bebeno jadinya, leceh. Penyudahnya masak sorang-sorang je lah. Cepat siap kerja memasak aku..... Tension di buatnya... hurm!

Nak baca celoteh aku di blog ni.... lihat SINI

p/s : Aku ajarlah diorang lebih kurang sekali sekala... Nak buat macam mana, masa dah berubah, redha ajelah. Dah bersuami nanti, pandailah diorang belajar, kan! Jangan huru-hara,sudah...!


6 comments:

Betul tu.. ada kawan-kawan ena mana yang bawah umur dari ena, still tak kenal daun kari.. Ena kecil-kecil dulu selalu tengok mak masak, lepas tu suka tanya mak bahan-bahan yang mak guna

betul2

Miza Talib said...

Lagi canggih teknologi lagi malas nak kedapur pulak. hurmm

Mrs Pip said...

Saya mengaku ler saya antara yg tak reti memasak...
Kami 5 beradik, 4 tu lelaki, semua pandai masak..adui.
Saya sorang pompuan, mmg tak tau la nak masak, hish..
Lepas kawin, gigih suami saya ajar memasak..
Nowmdah nakmmasuk tahun ke5 perkahwinan kami,
Haha, baru pandai siang dan potong ikan...
Nasiblah incik suami sungguh penyabar.
Nnt kalau ada anak perempuan, tak nak jadi mcm saya :(...

dr-Life said...

rindu pula saya kat mama
skrg masak pun dok ingat cara mama masak.

Dedaun Comel said...

Sekarang main tengok youtube je.. zaman semakin maju katanya :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...