Lesen Memandu : Ada Lesen Tapi Tak Berani Memandu Kereta....

10:17:00 PM Noor Akma 6 Comments

Aku dah lama ada lesen memandu, sama tahun perkahwinan aku. Maksudnya dah lebih 20 tahun berlalu. Di awal- awal dapat lesen memandu tu, ada jugalah memandu sekejap-sekejap, Tapi asyik kena marah dan kena bebel dengan en. suami. Ada saja cara aku memandu tu tak kena dengan dia. Jadi, aku hilang mood nak memandu. Lesen memandu aku tu tiap tahun renew saja. Lepas tu jadi hiasan di beg duit... haha!

Lesen Memandu : Ada Lesen Tapi Tak Berani Memandu Kereta....
Lesen Memandu : Ada Lesen Tapi Tak Berani Memandu Kereta....

Ada juga keiginan selepas tu nak memandu lagi... Tapi kepala dah pening, mabuk dan loya. Bila dah dapat sorang, tambah lagi 3 orang. bila dah ada anak kecil, lagi lah susah en. suami nak bagi pegang stereng. Bila anak-anak dah besar sikit, suami pun dah tukar kereta dengan teksi. Suami kata boleh cari duit dengan bawa teksi. Balik kampung pun tol murah separuh harga. Jadi, macam mana aku nak memandu kereta, dah jadi alat mencari rezeki... hurm!

Bila suatu masa dulu heboh dengan lesen terbang iaitu dapat lesen tapi tak masuk belajar di sekolah memandu... sibuk adik-adik aku cakap aku dapat lesen terbang. Yang dorang tak tahu... 3 kali aku test memandu. baru lulus dapat lesen. Kalau lesen terbang tak payahlah aku luangkan masa tiap-tiap minggu belajar dengan sekolah memandu tu selama lebih 3 bulan. Mentang-memtang aku tak memandu kereta... Baru-baru ni anak aku belajar memandu lagi lah ... 4 kali test memandu, baru lulus... hahaha!

Lesen Memandu : Ada Lesen Tapi Tak Berani Memandu Kereta....


Sekarang, nak memandu kereta pun... keretanya tak ada...  Sejak berniaga beberapa tahun lepas dah tukar van pula. Dah cuba hidupkan enjin sekali... rasa bawa lori la plak. Jadi,  sampai ke sudah aku tak dapat praktikkan pemanduan aku ni. Rasanya kalau terpaksa, boleh aku memandu ni.... Tapi sebab dah selesa jadi penumpang... itu yang bertangguh-tangguh nak memandu. Lebih-lebih lagi tak ada kereta yang sesuai.

Sekarang aku baru terasa susah payah juga nak kemana-mana. Asyik nak tunggu pemandu tak bergaji bawa aku kesana sini tak dapatlah. Berangan sangat nak ada kereta yang sesuai aku bawa... Kalau tidak pun anak yang dah ada lesen tu bolehlah bawa pergi kemana tempat yang aku nak pergi. Susahnya... alahai, bila asyik bergantung dengan public transport ni. Sekian, bebelan hari ini... nak baca lagi... klik SINI

p/s : Pendapatan berniaga aku ni layak ke dapat loan beli kereta.... haihhh!  

#pic fr google

6 comments:

Lea Azleeya said...

Hehehe sama cam kakak lea.. Dia ada lesen tapi takut bawak kete.. hehehe

Fieza Sani said...

Sama la kita..ada lesen tapi takut nak bawak keta..mcm2 duk pikir kalau bawak keta tapi tetap berangan, bestnya kalau pandai bawak keta..ni skrg, en suami dah beli keta untuk saya..jadi mmg kena belajar jugak bawak sampai terer...

ramai juga kawan2 CT yang ada lesen tapi bila suruh drive tamo.. ada kes sorang ni selalu takmo jadi da terbiasa x drive. tetiba satu hari sakit gigi. nak xnak kena drive. sampai demam2 jadinya terkejut hehehe..

samalah macam kakak sedara..setiap tahun dia renew lesen tapi takut nak drive hehe. sekarang ni, nak tak nak dia tarpaksa drive jugak sebab nk hantar anak pi tadika

aiman said...

my family, galakkan belajar kereta. motor klu bleh tak perlu pn takpa. tapi kereta kene belajar. in case ada emergency, tinggal kita je. kan agak susah kalau tak dapat pandu.

manfaat belanja di soulskin cosmetics indonesia "

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...