Resepi Dadih Bajet Pencuci Mulut Berbuka Puasa

9:47:00 AM Noor Akma 3 Comments

Maka bermulalah bulan Ramadan bagi tahun ini.... 2017 bersamaan 1438 Hijrah. Hari pertama berpuasa semalam, aku berbuka berlaukkan rendang ayam pencen dan sayur tumis kangkung. Hidangan lain adalah cekodok pisang kegemaran suami dan pencuci mulut dadih kegemaran anak-anak. Kali ini di blog ini, aku nak kongsikan resepi dadih bajet pencuci mulut ini kepada semua. Kenapa aku panggil resepi dadih bajet? Ini kerana dengan bahan-bahan dalam nilai RM5 lebih kurang dah dapat sejenis hidangan pencuci mulut yang sedap.

Resepi Dadih Bajet Pencuci Mulut Berbuka Puasa
Resepi Dadih Bajet Pencuci Mulut Berbuka Puasa
Dulu-dulu aku selalu buat guna dadih segera yang bermacam-macam perisa tu. Masa tu harga dalam RM4 lebih jer. Sekarang dadih segera tu dah mahal harganya. Hari tu aku tengok harganya dah menjangkau RM6 lebih. Dah la macam tu, kena tambah susu cair dan gula lagi. Jadi, aku beralih  ke resepi bajet inilah sekarang. Resepi bajet ni bahan-bahannya  tak banyak, sangat mudah di cari dan didapati. Bahan yang di perlukan cuma  agar-agar tali, susu cair, gula dan pewarna.

Resepi Dadih Bajet Pencuci Mulut Berbuka Puasa


Nak rasa lebih sedap, bubuhlah perisa yang di sukai. Aku letak pewarna berperisa sirap ros, sedap... rasa air bandung... lain kali aku buat perisa lain plak... Nak perisa coklat, tambah serbuk coklat, Nak perisa pandan campur warna hijau dan campak daun pandan dalam air masa merebus agar-agar. Kalau nak buat perisa laici... pun boleh. Pendek kata... ikut sesedap rasa apa yang nak di buat.

Agar-gar tali tu boleh ganti dengan agar-agar serbuk tapi harganya jadi mahal lah. Cari agar-agar tali yang sikit je isi dalamnya ... 12gm gitu. Harga dekat bungkusan RM2.50 tapi kat Mydin dapat RM2.15. Susu Cair dalam RM2.20... brand yang paling murah... Campur gula 2 cawan, nilai harganya jadi dalam RM5 lebih kurang. Bila buat ikut resepi ni... Boleh dapat dalam lebih 20 - 25 cawan dadih ikut cawan plastik di pasaran tu. Banyak untung kalau buat jualan ni...hehe! 

Nah.... resepi bajet ni aku taruh di sini.... korang boleh lah cuba buat sendiri nanti....

Bahan-bahan:

1 paket  agar-agar tali(12gm)
1 tin susu cair
2 cawan gula
Air (dalam 3000 ml)
Pewarna dan perisa (jika suka)

Cara-cara:

Didihkan air bersama agar-agar tali sehingga hancur. Masukkan gula. Bila gula dah hancur, masukkan pewarna dan susu cair. Kacau sekejap... sebelum campuran susu mendidih, tutup api cepat. Kalau lambat, campuran susu jadi tak cantik dah. Ingat tu... kalau tidak, jadi macam santan yang berkepala tu.. buruk rupanya tapi masih sedap! 

Kacau dan isi dalam bekas. Ikutlah nak isi dalam bekas apapun. Aku isi dalam bekas plastik besar. Nak makan, cedok saja kedalam bekas lain. Kalau nak berniaga, boleh isi dalam cawan plastik. Simpan dalam peti ais. Aku buat waktu pagi. Waktu berbuka sedap dan sejuk je di tekak dengan kelembutan dari  tekstur kekenyalan dadih tu... mengasyikkan tau...!

Kalau tak ada penyukat nak sukat jumlah air, boleh guna botol air mineral. Botol kecik saiz normal(600ml) dalam 4 botol air. Botol besar (1.5ml) ...dalam 2 botol air. Untuk tengok resepi serba canggih lagi dan lagi.... lihat SINI 

p/s : Nak dadih keras atau lembut bergantung pada jumlah air. Lebih keras jadi agar-agar.... lebih lembut pula boleh jadi puding sedut... hihi!


3 comments:

Eeca Shyaa said...

perisa chocolate, mango and honeydew are my favouriteeee!!

mudah ja nk buat dadih...

tu la kan.
brg da mahal.
dadih segera je pon hu hu...
nice sharing ni.
sedap. nyaman makan dadih... feveret!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...