30 June 2017

Hari Raya, Mengimbau Kenangan Di Kampung Halaman....

Dah beberapa hari.... Hari Raya menjelma. Aku baru pulang dari kampung halaman tapi terasa ada yang tertinggal di sana. Apa tidaknya... belum puas melihat dan merasa suasana kampung. Aku dah terpaksa kembali ke kota. Seronoknya bila dapat jumpa ibu bapa di kampung dan menyambut hari raya di sana. Apapun ia dah jadi kenangan indah yang tak akan di lupakan... hmmm!

Hari Raya, Mengimbau Kenangan Di Kampung Halaman....
Berswafoto di Hari Raya... 

Ada cerita yang hampir menyedihkan jugalah di hari raya ni. Rancangan berhari raya di kampung hampir tak menjadi kenyataan. Gara-gara kenderaan kami tiba-tiba mengalami kerosakan. tetiba je enjin panas dan tangki air bocor. Maunya tak bengang dan panik sebab persiapan telah di lakukan. Bukannya tak servis, dah servis bagai dah kenderaan tu... iaitu sebuah van vannete jer. Itu ajelah kenderaan yang ada pun....

Hari Raya, Mengimbau Kenangan Di Kampung Halaman....


Nasib baiklah jumpa mekanik yang boleh membaiki van dengan cepat. Sepatutnya kami balik kampung pada subuh raya ketiga tapi petang raya ketiga baru kami dapat pulang selepas van  di baiki. Kami pulang ke kampung lewat sebab en. suami bekerja pada raya pertama dan kedua. Apa nak kata, dah tanggungjawab dia.

Hari Raya, Mengimbau Kenangan Di Kampung Halaman....
Hari Raya, Mengimbau Kenangan Di Kampung Halaman....

Kalau tak dapat pulang beraya di kampung... apalah maknanya raya pada kita orang. Masa dapat tau van rosak, anak-anak dah monyok belaka. Sedih tengok muka diorang. Lagi sedih mengenangkan opah dan atoknya yang dah tertunggu-tunggu kedatangan kita orang. Kami sekeluarga pulang ke kampung pada pukul 3 petang selepas van di baiki. Sampai di kampung dalam pukul 9 malam. Jalan ke utara tak jammed waktu tu. Ke selatan ada jammed sikit.. jadi lancar je perjalanan... huhu!

Kami tidur 2 malam di sana. Terlalu pendek rasanya cuti raya ni. Kalaulah dapat lebih lama lagi.. alangkah seronoknya. Tapi, apakan daya, en. suami cuti dapat 3 hari je. Tak apalah, raya tahun depan brcuti lagi. Harap-harap dapat pulang beraya pada hari raya pertama. Barulah lebih meriah suasana raya dan dapat berjumpa lebih ramai sanak saudara. Kalau tidak, macam inilah... ramai yang dah kesana kemari berhari raya ke tempat lain.

Sempat jugalah aku meronda kampung dan mengimbau kenangan lalu di kampung. Aduhai... seronoknya... Banyak yang dah berubah suasana. Tapi kenangan di hati tetap sama. Bila di kenang-kenang terasa bahagia, rindu dan sayu di hati. Banyak kenangan suasana kampung di situ. Kalaulah boleh, rasa tak nak baliklah... ish ish!!

p/s : Selagi orang tua masih ada... sayunya!


No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...