Petua Biskut Mudah Di Keluarkan Dari Acuan Atau Dulang Pembakar

12:04:00 PM Noor Akma 2 Comments

Dah nak dekat raya ni... ada yang rajin mebuat biskut raya berbalang-balang. Membuat biskut ni sebenarnya senang sahaja. Tapi yang paling leceh untuk menanggalkan biskut  dari acuan atau dulang pembakar. Mulalah hilang mood apabila biskut yang di terap atau di bakar cantik dalam acuan susah nak tanggal dan pecah-pecah jadinya. Di sini aku nak bagi sedikit petua biskut mudah di keluarkan dari acuan atau dulang pembakar. Nanti barulah senang kerja dan jadi tak leceh membuat kuih dengan petua biskut mudah di keluarkan dari acuan atau dulang pembakar ini, senang jadinya...!

 Petua Biskut Mudah Di Keluarkan Dari Acuan Atau Dulang Pembakar
 Petua Biskut Mudah Di Keluarkan Dari Acuan Atau Dulang Pembakar

Semudah abc, perkara jadi mudah.....Biskut pun tidak cepatmenjadi gelap di bawahnya, walau dah terlebih bakar. Caranya.... biasanya kita menggunakan marjerin atau mentega untuk melenser acuan atau dulang pembakar.  Gantikan marjerin dan mentega itu dengan shortening. Sejenis lemak sayuran yang berwarna putih. Oleh kerana sifatnya yang lebih berminyak dan kurang berlemak, ia adalah satu bahan yang lebih sesuai untuk di jadikan bahan melenser acuan atau dulang pembakar.


Petua Biskut Mudah Di Keluarkan Dari Acuan Atau Dulang Pembakar


Apa lagi selepas ini tak adalah yang merungut biskut asyik pecah dan susah di tanggalkan dari dulang pembakar. Kerja pun akan jadi lebih cepat dari biasa kerana tak perlu tunggu biskut sejuk baru di cungkil dari acuan. Lepas tu bolehlah hiias biskut cantik-cantik biar nampak comel di meja hidangan nanti.

 Amboi.. beria-ia aku bagi petua ni pada orang tapi sebenarnya aku belum bercadang nak buat kuih lagi. Silap-silap nanti aku beli sahaja kuih di supermarket. Bukannya apa... sedikit kesibukan yang melanda dan ruang rumah yang sempit amat menyusahkan aku nak membuat kerja menerap biskut. Lagi pun, aku tak larat nak tengok rumah berkecah nanti. 

Apapun tunggu mood juga kiranya. Anak-anak macam teruja sahaja memujuk aku membuat biskut tahun raya tahun ni. Iya ke ni nak buat biskut? Kena tengok bajet juga dulu. Barang-barang nak buat kuih seperti tepung, marjerin, gula, telur  dan barang hiasan, boleh tahan mahalnya. Fikirkan dululah kalau macam ni... 

Tapi kek aku tak pernah tak buat. Kek yang menjadi kemestian adalah kek coklat dan kek buah. Kalau tak ada kek, macam tak beraya rasanya. Rendang, kuah kacang dan nasi impit tu dah semestinya. Aiyokk, dah melalut kelain pulak aku berceloteh ni. Asalnya cerita petua je... hahaha!

Nak tengok petua lagi... klik SINI

p/s: Jangan tak tau... dulu-dulu aku pernah buat kuih raya untuk jual, tapi dulu la... sekarang dah bersara... hihi!


2 comments:

Jasmi Bakri said...

Apa cuma saya didunia nie yang tak bakat baking??

Salam perkenalan dari blogger Indonesia follower #465

Unni Anje said...

bab mbaking masih megasah bakat ni, kot2 ada sikit..hahahah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...