Resepi Laksam : Pertama Kali Buat Menjadi Hingga Menjilat Jari

11:48:00 AM Noor Akma 2 Comments

Setelah dah lebih 2 dekad merantau, aku dah jumpa macam-macam masakan dari negeri-negeri di seluruh Malaysia. Aku dah dapat adaptasi masakan dari berbagai negeri di Malaysia ni dalam kehidupan harian. Laksam ni seperti yang di ketahui adalah masakan dari kelantan dan pernah beberapa kali  makan... sedap! Kali ni aku cuba buat sendiri dan cari resepi laksam ni di internet. Siap cari resepi laksam bersama kuahnya sekali. 

Resepi Laksam : Pertama Kali Buat Menjadi Hingga Menjilat Jari
Resepi Laksam : Pertama Kali Buat Menjadi Hingga Menjilat Jari
Memang mencabar juga nak menggulung isi laksam ni satu persatu. Tapi dah teringin sangat nak makan, ku turutkan jua. Kuah laksam tu macam buat laksa biasa sahaja cara membuatnya iaitu memggunakan ikan yang di rebus dan ambil isinya dan di kisar. Bezanya ada sikit je dan kena masukkan santan kedalam kuahnya.

Anak-anak suka sangatlah bila aku masakkan laksam ni. Memang kegemaran diorang pun. Apa lagi pulun sungguhlah diorang makan. Dek kerana masakan yang sedap ni, diorang bagi 10 bintang. Nanti nak suruh aku buat lagi katanya...  Tengoklah keadaan dan kerajinan. Buat tu, renyah sangat rasanya... haihhh!

Resepi Laksam : Pertama Kali Buat Menjadi Hingga Menjilat Jari


Sumber : Azie Kitchen

Bahan bahan tepung laksam:

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa)
1/2 sk garam

Cara-cara: 

Satukan semua bahan dan kacau rata. Masukkan di dalam jug untuk memudahkan di tuang ke dalam bekas. Panaskan pengukus sehingga mendidih. Letakkan tudung periuk atau apa apa bekas yang leper ke dalam pengukus dan sapukan minyak. Aku pakai loyang kuih je.

Kacau supaya adunan tidak mendap dan tuangkan setengah dari tudung periuk dan tutup tudung pengukus dalam 5-10 minit sehingga adunan menjadi menggelembung. Angkat dan dengan menggunakan pisau atau garpu, balik sambil digulung gulung dengan menolak perlahan lahan ke tepi.

Terus menggulung dan menolak sehingga ke penghujung tudung periuk dan terus golekkan ke dalam bekas supaya kita tidak menyentuh dengan tangan. Sapu minyak pada bekas tadi dengan tak perlu dibasuh. Masukkan ke dalam pengukus dan ulang proses yang sama sehingga selesai.

Satu adunan dapat menghasilkan 8 gulung laksam. Bila hendak dimakan, gunting laksam ini nipis nipis. Untuk menghidangkan, masukkan laksam yang dipotong nipis ke dalam pinggan, tuangkan kuah laksam secukupnya. Masukkan ulam ulaman serta sambal cili. Sedia untuk dinikmati.

Bahan-bahan kuah laksam:

1 kg ikan kembung atau sardin
2 cawan santan pekat 
10 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1 inci halia 
2 btg serai - ketuk 
1 sk serbuk lada hitam
3 keping asam keping 
Garam 
Gula secukup rasa.

Cara-cara: 

Ikan di rebus, asingkan tulang dan isinya. Ambil isinya di kisar bersama air rebusan. Bawang merah, bawang putih dan halia di kisar lumat. Satukan semua bahan di atas termasuk serai yang di ketuk dan serbuk lada hitam. 

Masukkan juga santan dan asam keping. Masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.

Bahan sambal belacan:

Cili padi
Belacan
Garam
Gula
Cuka

Cara-cara:

Tumbuk atau kisar pun boleh. Selepas tu gaul sebati. Di makan bersama laksam untuk perisakan kuahnya.

Bahan ulam: 

Kacang panjang 
Daun kesum 
Timun batang 
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis

Cara-cara: 

Hiris halus dan tabur atas hidangan bila nak makan. Masa aku buat ni.. terlupa beli kacang panjang dan kobis. Bolehlah tu. Nak tengok resepi lain dari blog ni... klik SINI

p/s : Dah lulus masak makanan orang Kelantan pula. Tapi ada kelainan sikit rasanya. Aku suka yang lebih masam dan kurang manis. Laksam Kelantan yang biasa aku beli tu terasa benar manisnya dan kurang masam walaupun sedap.. itu je la bezanya. Ikut tekak sendiri je... hihi!


2 comments:

Sedapnya .tak pernah lagi buat laksam ni ..kalau teringin nak makan beli kat kedai jew

mamapp said...

Tengok je pun tau sedap.. cantik Rupa kejadiannya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...