Solekan Yang Tepat Mengikut Warna Tema Baju Di Hari Raya

12:03:00 PM Noor Akma 2 Comments

Bila dah beli baju yang cantik menawan di hari raya, padanan solekan yang tepat mengikut warna tema baju mestilah sepadan. Kalau tidak mungkin  anda akan kelihatan tak terurus dan berserabut. Sekarang bukan satu tugas sukar walaupun anda kurang berpengetahuan dalam berfesyen. Informasi berkenaan perkara ini boleh di dapati dan di pelajari di internet. Asalkan ada kemahuan, anda akan tahu bagaimana untuk mendapatkan gaya solekan yang tepat mengikut warna tema baju hari raya anda.
Solekan Yang Tepat Mengikut Warna Tema Baju Di Hari Raya
Solekan Yang Tepat Mengikut Warna Tema Baju Di Hari Raya

Apabila sudah kelihatitan menarik, bergaya dan anggun, keyakinan diri akan bertambah memandangkan penampilan memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian dan hubungan sosial. Justeru, berikut ada beberapa tip padanan solekan dengan pakaian yang boleh dicuba untuk tampil bergaya dan sentiasa kelihatan menarik. 

Solekan Yang Tepat Mengikut Warna Tema Baju Di Hari Raya


Bagi mendapatkan solekan mata yang menawan, cuba oleskan warna merah jambu pucat ke seluruh kelopak atas mata dan kemudian sapu pembayang ungu muda pada bahagian lipatan kelopak mata. Sebatikan dua warna itu dan sapukan pula pembayang berwarna coklat di hujung luar mata. Naikkan seri wajah dengan menyapu pemerah pipi warna merah jambu untuk mendapatkan kesan dramatik pada wajah.

Perak dan emas dikategorikan warna yang seksi sekiranya digunakan pada bahagian mata, namun ia juga  perlu disapu tipis dan tidak boleh keterlaluan supaya wajah kelihatan manis. Sedikit kilatan pada pipi boleh membuatkan seseorang kelihatan menarik dan anggun namun sekiranya ia sudah disapu pada pipi, pastikan bahagian wajah yang lain bebas kilatan. Begitu juga sekiranya warna kilat sudah diletakkan pada mata pembayang mata atau penggaris mata, maka bahagian lain wajah tidak perlu disapu bedak kilat lagi supaya tidak nampak berserabut atau terlebih menonjol. 

Padanan warna hitam putih pada pakaian dan solekan pada mata boleh membuatkan seseorang kelihatan kelakar dan terlalu menonjol. Apabila memadankan pakaian dengan mekap, pilih satu saja bahagian yang ingin ditonjolkan. Misalnya jika memilih untuk menonjolkan bahagian mata, justeru solekan dan pakaian perlu bersederhana supaya tidak berlebihlebih hingga merosakkan penampilan diri sendiri. Begitu juga apabila memilih warna rambut, ia tidak seharusnya lari jauh daripada warna asal rambut sebaliknya pilih yang lebih bersesuaian. 

Warna jingga lembut antara yang paling mudah dipadankan dengan solekan wajah dan pakaian, namun  ia perlu disapu secara tipis. Ini kerana warna terang seperti jingga lembut akan menyebabkan wajah kelihatan seperti kartun sekiranya disapu dengan tebal serta keterlaluan. Bahagian mata, bibir dan pipi yang menggunakan warna jingga lembut nampak menarik apabila disapu nipis dan tidak perlu menonjolkan mana-mana bahagian secara keterlaluan. Penggunaan warna lain juga boleh digunakan untuk mata, pipi dan bibir, namun ia perlu disapu nipis untuk mendapatkan kesan mengagumkan pada wajah. 

Warna kuning melambangkan keseronokan, namun sekiranya tidak disapu dengan betul ia boleh membuatkan seseorang kelihatan tidak menarik. Gabungan pakaian berwarna kuning dengan solekan jingga dan pembayang mata kuning boleh menyebabkan wajah kelihatan ceria. Namun, ia perlu disapu lembut dan tipis bagi menaikkan seri wajah apatah lagi jingga dan kuning boleh dikategorikan sebagai satu keluarga dan mampu dipadankan dengan baik. 

Penggunaan warna lebih menonjol pada solekan boleh digunakan sekiranya anda memilih pakaian berwarna putih. Menambah warna melalui aksesori juga boleh membuatkan penampilan kelihatan lebih menarik. Sekiranya berpakaian serba putih, calitan gincu berwarna merah menyala atau pembayang mata berwarna terang boleh membuatkan anda kelihatan berseri-seri. Jika terlalu pucat anda boleh kelihatan lesu atau seperti orang sakit.

Itulah serba sedikit ciri-ciri warna yang boleh di suaipadan dengan  warna tema baju raya anda. Semoga ia memberi sedikit informasi dan manafaat kepada diri anda. Berhiaslah  seadanya tanpa berlebihan. Cantikkan jiwa, muluskan hati agar dalaman dan luaran sama cantik dan jelita, Barulah hari raya menjadi indah dan meriah.

Untuk lebih info tentang solekan terkini... lihat SINI

p/s: Iye ke dah nak raya... macam tak caya jer... hahaha!


2 comments:

orang yang tak berapa pandai make up ni nak berserta gambar please... hihi

wow

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...