Catatan : Rancangan Bina Rumah @ Teratak Kasih Masih Di Awangan

1:16:00 PM Noor Akma 3 Comments

Semalam, dapatlah aku pergi menjenguk tapak tanah yang di cadangkan untuk bina rumah @ teratak kasih yang menjadi impian kami sekeluarga. Seronoknya tak terkata. Kawasannya dah lapang dan rata di bersihkan dan  semak samun yang merimbun tu dah tiada. Masih  ada saki baki pokok-pokok renek yang terdapat di situ. Nanti boleh cangkul dan ketepikan je tu. Terbayang-bayang di mata dah rekabentuk teratak kasih aku tu.

Rancangan Bina Rumah @ Teratak Kasih
Rancangan Bina Rumah @ Teratak Kasih 

Ada letak gambar-gambar tapak tanah tu di Facebook dan Intagram sesaja  nak kongsi sedikit rasa di sana. Banyak komen yang dapat dari situ. Seronok baca komen dorang. Untuk yang belum tahu, tapak tanah teratak kasih tu terletak di Shah Alam juga. Tak jauh dari rumah sewa yang sekarang ni dalam 15 ke 20 minit perjalanan dari rumah ni.

Puluhan tahun dahulu, tanah tu terletak dalam daerah Klang. Apabila persempadan Shah Alam diperbesarkan, kawasan yang dulu di panggil Kampung Jalan Kebun, Klang di tukar menjadi sebahagian kawasan Seksyen 30, Kota kemuning Shah Alam. Kawasan tu masih dalam suasana kampung. Nyaman dan redup saja kawasan tu di kelilingi oleh pokok-pokok. Macam rasa duduk di kampung halaman rasanya.

Catatan : Rancangan Bina Rumah @ Teratak Kasih Masih Di Awangan 


Tanah di kawasan ni pun dah menjadi sangat bernilai. Dulu en. suami beli tanah ni murah sahaja. Dalam beberapa ribu saja. Sekarang tanah ni dah menjadi ratus ribu dua  kali lipat. Ada yang sangat berminat dan beria-ria  nak beli tanah ni. Tapi kami sekeluarga takkan jual dah. Mana nak cari lagi tanah atau rumah di Shah Alam yang murah sekarang ni. Takkan kami nak hidup di rumah sewa dan tak berumah sendiri sampai bila-bila.

Memanglah modal nak buat rumah ni tak ada lagi sekarang ni. Tapi dengan cara apapun kami akan berusaha. Dalam facebook ada yang suruh mohon rumah mesra rakyat. Tapi kami tak layak sebab tak ada kerja tetap dan anak-anak semua masih belajar. Nak buat pinjaman apatah lagi. PPRT dah cuba tanya tapi itu peruntukan untuk di luar bandar saja. Lembaga zakat pun dah isi borang tapi katanya tak ada peruntukan untuk buat rumah sekarang ni.

Catatan : Rancangan Bina Rumah @ Teratak Kasih Masih Di Awangan
Catatan : Rancangan Bina Rumah @ Teratak Kasih Masih Di Awangan 

Tak apalah... kami sekeluarga akan usahakan walau masih tak nampak lagi cara. Kata orang di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Sikit-sikit, lama-lama jadilah bukit kan! Itulah... cerita berangan-angan dan bermimpi nak buat rumah. Kalau ada masa terluang aku nak selalu datang ke situ bercucuk tanam. Tapi kekangan masa amat terbatas. Al maklum, sibuk mencari rezeki untuk mencukupkan rezeki kami sekeluarga yang asyik tak berkecukupan je.. hurm!

Untuk yang bagi semangat dan komen yang sangat bermanafaat di facebook dan instagram tu aku ucapkan berbanyak terima kasih. Sebenarnya jarang kongsi cerita kat situ tapi entah kenapa tergerak hati nak kongsi cerita tu. Seronok dapat macam-macam komen dan like yang banyak. Terasa ada yang ambil tahu dan beri perhatian... hahaha!

Nak baca catatan merepek  lagi di blog ni.. klik SINI

p/s: Yang pasti kena bekerja lebih kuat lagi untuk menambah rezeki...  tanam pokok-pokok tu tak taulah jadi ke tidak sebab en. suami pegang cangkul pun dah kekok... hehe!



3 comments:

Resepi Laksa Berkuah Sardin Dalam Tin

12:15:00 PM Noor Akma 1 Comments

Biasanya ramai orang buat laksa guna ikan segar yang beli di pasar. Kali ini di sebabkan en. suami kata ikan sekarang mahal dan tak berbaloi nak di beli. Jadi nak buat laksa, guna ikan sardin dalam tin tu ajelah. Tak jauh beza resepi laksa biasa dengan resepi laksa berkuah sardin dalam tin ini. Cuma cara buat laksa berkuah sardin ni dah jadi senang sikit. Iaitu tak payah nak siang ikan, cuci dan rebus. Juga tak perlu buang tulang dan kisar lagi. Senangkan... ?

Resepi Laksa Berkuah Sardin Dalam Tin
Resepi Laksa Berkuah Sardin Dalam Tin

Rasa tak jauh berbeza, cuma perlu keluarkan sos yang ada sekali dalam tin tu. Maksudnya tak pakai sos tu untuk buat kuah laksa ni. Tak perlulah basuh ikan tu cuma keluarkannya saja. Lagi satu ikan sardin dalam tin ni hanyir lebih sikit. Jadi lebihkan bubuh asam keping untuk mengurangkan rasa hanyir dan menyedapkan kuah laksa. 

Mari kita lihat cara-cara yang mudah membuat kuah laksa ini.... huhu!

Bahan-bahan: 

2 paket laksa 
1 tin besar sardin
4 biji bawang merah 
12 biji cili api 
2 sudu besar cili giling 
Seketul belacan (sebesar ibu jari)
secekak daun kesum 
8 keping asam keping (ikut masam yang di kehendaki)
5 cawan air 
Garam dan gula secukup rasa 

Bahan iringan:

3 biji telur rebus 
3 biji cili api 
1 biji cili merah
3 biji limau kasturi 
Sedikit timun dan bawang besar

Cara-cara : 

Laksa di celur sebentar sekiranya menggunakan laksa yang lembut. Sekiranya menggunakan laksa kering, laksa perlu di rebus sehingga lembut. Barulah boleh di keluarkan dan di makan bersama kuah laksa. Untuk memudahkan dan cepat, belilah laksa biasa yang biasanya di jual di pasar basah. Di pasaraya pun ada di jual di kawasan barangan basah.

Ikan sardin diasingkan dari sosnya, di kisar bersama secawan air. Bawang merah cili api, cili giling, dan belacan di kisar bersama sehingga lumat. Masukkan bahan kisar kedalam periuk dan didihkan. Masukkan sekali air dan semua bahan-bahan untuk buat kuah. Perasakan dengan garam dan gula.

Apabila nak di hidangkan, masukkan laksa ke dalam pinggan. Sendukkan kuah secukupnya untuk menenggelamkan laksa. Di makan bersama separuh telur rebus, hirisan cili api dan cili merah, hirisan timun, hirisan bawang besar dan sehiris limau kasturi yang di perah jusnya ke atas laksa.

Fuh.... sedap wa cakap lu!!! Kerja pun senang dan cepat, dah siap. Nak lihat resepi lagi dalam blog ni... boleh klik SINI

p/s:  Anak-anak suka makan laksa.. tak toleh kiri kanan dah... :)


1 comments:

AIDILFITRI GIVEAWAY BY FAYE AND FRIENDS

3:03:00 PM Noor Akma 6 Comments

Assalamualaikum...

Klik banner untuk join....

SERAMAI 32 PEMENANG DICARI!!!
Syarat²
1- Ikot semua syarat dibawah 👇
Follow blog
Faye's | Kasih Juju | Syuha Zlkfl | Babyshambles | Young Blood | Elsaalicious | Cerita cinta surirumah | Abam Kie | Starlavenderluna | HELLO AIMAN | SehijauBlogRA

Like FB
FWS blog | Kasih jj | Medina Desire Detox Tea | Starlavenderluna | Sehijau Blog RA

Follow Google+
Mustaza Razali | Mrs Pip | Abam Kie | Shikin Razali |

Follow Instagram
@Blog_fws | @HelmiJulia | @syuhadazlkfl | @detoxteamedinadesire1 | @shaaireen_ | @mrspip18 | @abamkie | @aimanabdullah | @ra.shoppe | @Farhwhdh

Klik Nuffnang
Syuha zlkfl | Young Blood

Klik Iklan  *TUNGGU SAMPAI HABIS LOADING*
SATU | DUA |

2- Buat satu Entry bertajuk "AIDILFITRI GIVEAWAY BY FAYE AND FRIENDS"
3- Letak Banner diatas dan backlinkkan ke entry ini
4- Tag dua orang rakan anda {pastikan mereka tahu}
5- Komen link entry anda!
AKAN DIUPDATE kemudian :)

3/7/2017 HINGGA  3/8/2017 SEBULAN TUUU😙 GOODLUCK!

DONE... :) 


6 comments:

Cara Untuk Cantik : Wap Muka Untuk Mengeluarkan Kotoran

1:06:00 PM Noor Akma 3 Comments

Masa remaja dulu tinggal di rumah sewa beramai-ramai bersama adik, anak buah dan sepupu, rajin diorang wap muka untuk mengeluarkan kotoran. Aku pun tumpang sekaki... nak cantik lah katakan. Inilah cara mudah untuk  mengeluarkan kotoran pada kulit muka ala-ala di spa. Yang ada masalah kulit berminyak hingga jerawat tak henti-henti naik boleh cuba cara wap muka ni. Hasilnya menyegarkan  dan memuaskan. Buat 2 kali seminggu dah cukup.

Cara Untuk Cantik : Wap Muka Untuk Mengeluarkan Kotoran
Cara Untuk Cantik : Wap Muka Untuk Mengeluarkan Kotoran

Kelebihan wap muka ni, dapat keluarkan kotoran-kotoran yang ada pada wajah. Masa muka diwapkan, pori-pori akan terbuka. Inilah masanya untuk membuang segala kotoran yang tak nampak pada wajah. Muka pun jadi licin berseri dan jerawat makin sukar nak tumbuh di sebabkan kulit bersih hingga ke liangnya.

Cara Untuk Cantik : Wap Muka Untuk Mengeluarkan Kotoran


Cara-caranya:

1. Panaskan air, tuang air panas tadi ke dalam mangkuk atau apa-apa bekas yang bersesuaian.
2. Hadapkan muka atas bekas tu dan tutup kepala dengan towel/kain.
3. Anggaran masa ialah 10-15 minit sahaja.
4. Bilas semula dengan air sejuk untuk tutup semula pori muka.

Sangat mudah kan? Masa aku buka pusat rawatan kecantikan dulu pun ada buat macam ni. Tapi aku buat lebih sikit. Dalam air panas tu aku letak saffron dan rempah seperti kulit kayu manis dan bahan-bahan lain. Dah lupa dah apa ke benda yang lain tu.... (dah lama). Kalau ada saffron dan serbuk kulit kayu manis bolehah letak sekali untuk memberi lebih khasiat dan keberkesanan... Kan!

Sebelum proses wap tu, boleh juga di lulur muka dengan sehiris limau nipis untuk melembutkan segala daki dan kotaran serta minyak-minyak yang ada di muka. Ini akan lebih memberi kesan yang bagus untuk yang mempunyai gatal-gatal muka akibat resdung. Inilah antara perawatan resdung yang pernah aku buat di pusat rawatan kecantikan aku dulu.

Selepas bilas dengan air sejuk bolehlah di sapu krim dan mekap macam biasa. Nak lebih bagus, bilas dengan air ais. Ini akan mempercepatkan pori-pori tertutup dan melancarkan pengaliran darah. Justeru mengurangkan radang kulit dan mengecutkan jerawat dengan lebih cepat. Wajah pun akan rasa segar dan nyaman. 

Nak lebih informasi kecantikan di blog ni... klik SINI

p/s: Nak cuba cara ini... jaga-jaga jangan muka tersemban dalam mangkuk air panas sudah...!

#pic fr google

3 comments:

Buat Perabot Dan Peralatan Rumah Dari Kayu Pallet

1:23:00 PM Noor Akma 3 Comments

Aku dalam perancangan nak buat rumah hujung tahun ni. Harap-harap boleh menjadi kenyataan. Asyik bertangguh saja dalam beberapa tahun ni. Bila di fikirkan, buat rumah dah banyak kos yang di belanjakan. Bagaimana dengan perabot dan peralatan rumah nanti....? Termenung sekejap aku. Akhirnya aku dapat idea nak buat perabot dan peralatan rumah dari kayu pallet. Canggih juga idea buat perabot dan peralatan rumah dari kayu pallet ni apabila aku godek google dan dapat banyak informasi. Cantik-cantik belaka idea dari internet ni.

Buat Perabot Dan Peralatan Rumah Dari Kayu Pallet
Buat Perabot Dan Peralatan Rumah Dari Kayu Pallet

Di atas ni antara gambar-gambar yang aku dapatkan setelah aku google untuk menjadi rujukan aku nanti. Aku jenis suka perabot jenis yang mudah-mudah je. Tak nak perabot yang besar, berat dan sarat. Apatah lagi yang penuh dengan ukiran. Lagi bagus kalau perabot tu jenis yang kecil  dan ringan. Senang nak di alih- alihkan dan di ubah suai padan. 


Buat Perabot Dan Peralatan Rumah Dari Kayu Pallet


Kayu pallet ini biasanya boleh ditemui di kawasan perindustrian atau pasar raya besar. Ia digunakan sebagai tapak barangan yang akan memudahkan diangkat oleh forklift, pallet jack atau front loader dari kapal, kontena atau lori. Jadi, strukturnya memang kuat kerana dibina untuk tampung benda berat. Biasanya ia dibuang selepas digunakan.

Buat Perabot Dan Peralatan Rumah Dari Kayu Pallet
Buat Perabot Dan Peralatan Rumah Dari Kayu Pallet

Jadi senanglah nak cari kayu pallet ini nanti. Aku ingat nak suruh tukang buat rumah tu sekali buatkan masa buat rumah aku tu. Senang cerita iaitu buat sekali harung. Kalau nak en. suami yang bertukang tak mungkin. Dia tak ada minat ke arah tu. Nanti aku ingat nak design ikut contoh-contoh dari internet dan ubah suai ikut kesesuaian rumah. 

Rumah flat yang aku diami sekarang pun hampir tak ada perabot. Rumah flat ini hanya tempat persinggahan kami sekeluarga. Jadi memang tak beli perabot pun. Tinggal di rumah sendiri nanti baru aku fikir nak buat atau membeli perabot. Itu yang aku merancang nak buat perabot dengan kayu pallet tu. Lebih praktikal dan menjimatkan banyak belanja.

Doakanlah impian aku merealisasikan perancangan masa depan membina rumah hujung tahun ni menjadi kenyataan. Dah sekian lama merancang, mengerjakan dan membersihkan tapak rumah tu... harap-harap dapat menjayakannya. Selepas tu boleh mula buat rekabentuk perabot dan peralatan rumah dari kayu pallet pula.

Lihat berbagai informasi dari blog ni dari SINI

p/s: Puas mengira kos perbelanjaan yang masih belum berkecukupan... camneee!!

#pic fr google


3 comments:

Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul

11:38:00 AM Noor Akma 11 Comments

Assalamualaikum...


Klik banner untuk join...

Syarat-syaratnya mudah sahaja :
1. Follow Blog Sii Nurul dan Diary Nie's Gallery 
2. Like FbPage Sii Nurul
3. Buat entry yang bertajuk "Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul"
4. Letak gambar banner kat atas dalam entry post korang dan backlink ke entry post ini
5. Tinggalkan URL entry post korang kat ruang komen di bawah

Giveaway ini berlangsung bermula 25 Julai - 15 Ogos 2017. Dan senarai peserta akan diupdate dari semasa ke semasa. Pemenang akan diumumkan pada 20 Ogos 2017 (Ahad),Insya'Allah.

3 ORANG PEMENANG AKAN DIPILIH melalui RANDOM.ORG.
Penenang bertuah akan menerima hadiah Coklat Ferrero rocher, Cadbury & Hersheys

Done...!



11 comments:

Tumbuhan Ulam Raja Yang Sedap Di Buat Ulam Cicah Sambal Belacan

1:44:00 PM Noor Akma 8 Comments

Tumbuhan ulam raja banyak tumbuh melata di kampung. Ulam yang sangat sinonim dengan orang kampung. Tapi sekarang dah biasa ada di jual di pasar. Kalau makan di restoran pun dah ada di sediakan ulam ni. Sedap ulam raja ini di cicah dengan sambal belacan. Buat kerabu gaul dengan sambal belacan campur kerisik dan perah limau kasturi pun sedap.

Tumbuhan Ulam Raja Yang Sedap Di Buat Ulam Cicah Sambal Belacan
Tumbuhan Ulam Raja Yang Sedap Di Buat Ulam Cicah Sambal Belacan

Dulu kat kampung banyak mak aku tanam di tepi rumah. Selain cantik buat hiasan daunnya bila tergerak nak makan buat ulam atau kerabu, terus petik dan di makan segar  terus buat hidangan. Tapi sekali kambing jiran terlepas masuk halaman rumah aku habis gondol di kerjakannya. Memang bengang di buatnya tapi takkan nak marah kambing yang tak tau tu. Tuan kambing buat tak tau jer.. huh!

Nasib baik pokok ni senang  di tanam. Tanam balik dengan biji benh atau keratan batang pun boleh. Siram 2 kali sehari dan dapat cahaya matahari yang cukup, sekejap saja dah tumbuh merimbun kembali.  Kebiasaanya, ulam raja yang mempunyai bunga berwarna unggu atau pink dijadikan sebagai ulam. Namun terdapat pokok ulam raja yang berbunga kuning tetapi jarang dimakan sebagai ulam. Pokok yang bunga kuning tu orang panggil pokok bunga tahi ayam... hehe!


Tumbuhan Ulam Raja Yang Sedap Di Buat Ulam Cicah Sambal Belacan


Pokok ulam raja dikenali juga dengan kenikir atau nama botaninya cosmos caudatus. Ia adalah tumbuhan herba tropika yang berasal dari Amerika Latin. Malah dikatakan tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikatl, Malaysia dan negara Asean. Berdasarkan kajian, ulam raja mengandungi tiga peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A. 

Daunnya digunakan secara tradisi untuk melancarkan peredaran dan mencuci darah serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya dikatakan mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) sangat tinggi iaitu setiap 100 gram ulam segar mengandungi lebih 20 jenis bahan antioksida.Malah keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Itulah serba sedikit info yang aku dapat tentang tumbuhan ulam raja ni dari pencarian di internet.

Di sini aku sertakan resepi kerabu ulam raja yang biasa aku buat. Resepi ni ambil dari blog masakan aku juga. Resepi sangat ringkas, Sekelip mata boleh jadi dan siap. Nak tengok resepi di blog sana klik SINI ...!

Kerabu Ulam Raja
Kerabu Ulam Raja

Bahan-bahan: 

Secekak ulam raja 
5 biji cili cili api 
Seinci belacan bakar 
3 biji bawang merah 
2 sudu besar kerisik 
3 biji limau kasturi 
Garam dan gula secukup rasa 

Cara-cara: 

Ulam raja dibersihkan dan dicincang kasar. Cili api ditumbuk lumat bersama belacan. Bawang merah dihiris halus. Limau kasturi di ambil airnya. 

Semua bahan tadi digaul bersama kerisik dan perasakan dengan garam dan gula. Dah siap, bolehlah dihidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

Ulam Raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh di halaman rumah atau di dalam pasu bunga. Kaedah penjagaan yang mudah dan tidak memerlukan air yang banyak menyebabkan tanaman ini mudah untuk dibiakkan mahupun membiak sendiri dengan cepat. Ianya sesuai dijadikan sumber sayuran atau ulaman seharian terutamanya bagi mereka yang tinggal di apartment kerana ia amat sesuai ditanam di dalam pasu.

Kalaulah  aku ada tempat nak menanam. Rumah flat yang aku tinggal sekarang tak sesuai nak menanam apa-apapun. Flat aku ni tak ada balkoni depan atau belakang. yang ada pun tempat cuci kain yang gelap tanpa cahaya matahari terus. Kena tunggu pindah rumah dulu kalau nak bercucuk tanam. kalau teringin nak makan tunggu balik kampung atau beli kat pasar ajelah.. hurm!

Nak baca cerita tentang tumbuh-tumbuhan berkhasiat, lihat SINI

p/s : Teringat nak buat sambal belacan lah tengahari ni, tak ada ulam raja, timun pun jadilah.... kecur liur la plak!

8 comments:

Resepi Bubur Caca Semudah ABC

1:33:00 PM Noor Akma 3 Comments

Ini resepi bubur caca bulan puasa ritu. Aku rasa nama caca tu dapat dari warna- warninya yang cacamarba tu la yer... Bahan bubur caca tu cuma di buat dari tepung semata-mata. Ia di bancuh, di warnakan dan di gentel-gentel sebegitu rupa kecik2 macam cendol. Di paket dan di jual di pasaran Harga sepaket dalam RM2.50 saja banyak jual kat kedai runcit dan pasaraya.

Resepi Bubur Caca Semudah ABC
Resepi Bubur Caca Semudah ABC

Aku tak berapa suka bubur caca yang dah siap ni. Aku bila nak makan asyik terbayang di sentuh dan di gentel oleh macam-macam orang yang membuatnya. Mesti banyak DNA yang terdapat di dalam tu kalau buat ujian kat makmal. Melalut pulak aku kesitu... Kalau dah makanan tu, makan ajelah ... Buat apa fikir bukan-bukan. Nanti patah selera.. Disebabkan en suami suka sangat makan bubur ni, terpaksalah buat... aihh!

Sebenarnya bahan bubur caca tu boleh buat sendiri jer. Selalunya mak aku di kampung bila nak makan bubur caca ni, bancuh tepung, warnakan pelbagai warna, gentel dan gunting-gunting lepas tu terus masak hari tu juga. Lagi sedap dan terjamin kebersihannya. Aku pun biasanya buat macam ni. Tapi dah en. suami beli yang siap, terpaksalah pakai yang di beli tu je. Ada lagi lebihan sepaket baki bulan puasa ritu. Entah bila nak buat, tak taulah...  Jomlah kita tengok resepi mudah ni.. !

Resepi Bubur Caca Semudah ABC


Bahan-bahan:

1 paket caca (1 cawan)
2 cawan santan ( 1 kotak kecil santan)
2 helai daun pandan (simpul)
2 cawan gula pasir ( nak kurangkan atau lebih ikut suka)
1 keping gula melaka (1/2 cawan gula merah)
Secubit garam
Air ikut sendiri nak banyak mana

Cara-cara:

Rebus caca bersama 2 atau 3 cawan air sehingga lembut. Selepas tu masukkan gula pasir dan gula melaka. Kalau tak ada gula melaka, boleh gantikan dengan gula merah. Selepas gula hancur, masuk santan. Kalau tak ada santan segar, boleh gunakan santan kotak (sekotak tu campur air jadikan 2 cawan). Sementara tu masukkan secubit garam untuk melemakkan lagi bubur. 

Selepas semua proses, biarkan bubur mendidih dan masak sekata. Masa ni, kalau nak banyak kuah ikutlah selera sendiri tapi pastikan sesuai dengan kemanisannya yer... Bila dah masak boleh di hidangkan sebagai pencuci mulut atau juadah minum petang. Boleh makan begitu rata atau di cicah dengan roti. Cara makan kegemaran en. suami la tu. 

Aku suka kalau makan bubur, tak kiralah bubur apa, simpan sejuk dalam peti ais dulu. Nak rasa kesejukannya hingga ke tekak. Lain orang lain caranya. Apapun inilah cara aku. Bubur ni kalau tak habis di makan, boleh juga simpan di peti ais dan ulang makan beberapa hari. Sedaplah jugak.. hehe!

Nak tengok resepi lagi? .... klik SINI

p/s: Aku sebenarnya paling suka bubur kacang hijau apatah lagi kalau di campur durian.. Tapi durian mahal yarabbi... huhu!

3 comments:

Petua Masak Nasi Tak Berkerak

12:27:00 PM Noor Akma 3 Comments

Masak nasi ni walaupun nampak macam senang. Tapi yang senang itulah rumit juga sebenarnya. kalau tersilap masak iaitu nasi mentah, hangit atau berkerak ada lauk yang sedap pun dah tak berselera makan. Kali ni aku nak cerita petua masak nasi tak berkerak. Biasanya kerak nasi ni terjadi apabila nasi hangit. Jadi aku nak bagi tau macam mana nak buat nasi tak akan menjadi berkerak dan hangit la ni... 

Petua Masak Nasi Tak Berkerak
Petua Masak Nasi Tak Berkerak
Sekarang ramai yang masak nasi menggunakan periuk nasi elektrik .. kan! Tapi jangan tak tau, guna periuk nasi elektrik pun nasi boleh jadi berkerak tau. Di sini aku nak bagi petua untuk yang guna cara lama iatu masak menggunakan dapur (tak kiralah dapur gas, dapur minyak tanah atau dapur kayu) dan menggunakan periuk elektrik.

Masak nasi cara lama (dapur gas, dapur minyak tanah, dapur kayu)


Kalau di dapur gas atau minyak tanah, masak macam biasa. Apabila air nasi dah kering keclkan api dapur ke paras yang paling kecil dan lapik periuk dengan tudung periuk lama. Ini di lakukan untuk proses haba tidak terus ke nasi. Jadi menghalang nasi dari berkerak. Dilakukan dalam anggaran 5 - 10 minit atau sehingga nasi masak.

Kalau guna dapur kayu pula, padamkan api dari kayu api dan biarkan cuma bara sahaja yang tinggal. Haba dari bara api itu akan meneruskan masak nasi dengan haba yang rendah. Seperti biasa dilakukan dalam anggaran 5 - 10 minit atau sehingga nasi masak. Sekarang jarang dah orang guna dapur kayu tapi kalau pergi berkhemah, memasak guna kayu, boleh ikut cara ini.

Masak nasi menggunakan periuk elektrik


Cara ini yang paling popular sekarang. Biasanya kalau memasak nasi menggunakan periuk elektrik, nasi tak berkerak. Tapi kadang-kadang ada juga terjadi sekali sekala. Ada juga jenis periuk yang tak berkualiti pun boleh terkena dan terjadi hal ni. Memang sakit hati di buatnya. Rugi nasi yang berkerak tu di buang begitu saja. Tak ada sesiapa pun nak makan.

Cara yang pertama adalah dengan menggunakan petua ini iaitu selepas mencuci periuk nasi, keringkan air peruk nasi dengan cara ini. Iaitu terbalikkan periuk nasi atas dapur gas yang di nyalakan dengan api yang paling perlahan selama beberapa minit. Dah tutup api, biarkan sejuk dulu sebelum di gunakan atau untuk di simpan. Cara ini juga boleh mengelakkan nasi cepat basi.

Cara yang kedua iaitu dengan cara memasukkan sesudu kecil minyak masak waktu memasak nasi. Beras di tanak seperti biasa. Sewaktu air sedang mendidih, masukkan sesudu kecil minyak masak. Kemudian di gaul rata. Insya'allah nasi tidak berkerak lagi. 

Itu je lah serba sedikit petua yang ada... nak lagi petua... klik SINI

p/s: Walau anak-anak dah besar, jarang aku benarkan anak-nak masak nasi tanpa pengawasan aku. En. suami cerewet kalau nasi yang di masak tak berapa menjadi.. Daripada membebel, baik aku je yang masak.... haish!


3 comments:

Mini Giveaway : Duit Raya

10:12:00 PM Noor Akma 2 Comments

Assalamualaikum....


Klik banner untuk join..

  1. Buat satu post yang bertajuk "Mini Giveaway : Duit Raya"
  2. Copy banner kat atas tu & jangan lupa backlink ok
  3. Dah siap,submit link dalam post ini sahaja.
  4. Eh belum selesai lagi haha, 👇👇


❤ Follow blog ini & ini
❤ Follow Google+
❤ Follow instagram



okay you are done! 


Hanya 2 orang pemenang dicari ; first place | cash RM30 
                                                       ; second place | cash RM20


***** DONE ******


2 comments:

Terjemahan Lirik Lagu Despacito Yang Mengerikan

1:06:00 PM Noor Akma 1 Comments

Heboh dengan cerita lagu despacito yang tengah hot sekarang ni adalah sebuag lagu lucah sebenarnya.  Aku ada dengar lagu despacito tu sebelum ni. Lagu dan iramanya memang catchy dan sedap menjadi halwa telinga. Tak hairanlah ia menjadi kegemaran ramai anak muda masa kini. Tapi yang musykilnya liriknya tu.

Terjemahan Lirik Lagu Despacito Yang Mengerikan
Terjemahan Lirik Lagu Despacito Yang Mengerikan

Tak sangka lagu yang sedap macam tu punya lirik yang sangat lucah dan mengerikan untuk di nyanyikan oleh kita di Malaysia ni. Lebih-lebih lagi oleh yang beragama Islam. Tak sesuai langsung dengaan adab dan tata susila kehidupan kita yang penuh dengan nilai susila dan moral yang tinggi.

Terjemahan Lirik Lagu Despacito Yang Mengerikan


Ada aku tengok kat youtube, seorang gadis kecil akan terus melompat tergedik-gedik menari apabila terdengar je lagu ni. Melampau betul aksi dan gayanya tu. Kiranya sampai terdengar je lagu tu, mulalah dia tergedik-gedik menari. Alahai, kesian pulak aku tengoknya...

Mari kita tengok sebahagian lirik yang mengerikan dek kelucahan yang melampau itu... hahaha!

Despacitoe
(Perlahan-lahan)

Quiero respirar to cuello despacito
(Aku ingin bernafas di lehermu perlahan-lahan)

Deja que te diga cosas al oido
(Biarkan aku berbisik di telingamu)

Para que te acuerdes si no estas conmigo
(Supaya kau bisa mengingat aku saat kau tak bersamaku)

Despacito
(Perlahan-lahan)

Quiero desnudarte a besos despacito
(Aku ingin melepas pakaianmu secara perlahan sambil mencium mu)

Firmo enlas paredes de tu laberinto
(Memasuki 'dinding labirinmu')

Y hacer de tu cuerpo todo un manuscrito
(Dan membuat tanda di seluruh tubuhmu)

Sube, sube,  sube,  sube,  sube,
(Nak, nak, nak, nak, nak)

Quiero ver balar tu pelo
(Aku ingin melihat tarian mu)

Quiero ser tu ritmo
(Aku ingin mengikuti ritma mu)

Que le ensenes a mi boca
(Aku ingin kau mengajar mulutku)

Tus lageres favaritos
(Bahagian kegemaranmu)

Favarito, favarito bay
(kegemaran, kegemaran sayang)

Dejame sobrepasar tus zonas de peligro
(Biarkan aku melewati zon berbahaya mu)

Hasta provocar tus gritos
(Hingga aku membuat mu menjerit)

Y que olivides tu apellido
(Dan membuat mu melupakan nama mu)

Haaaaa.... itulah maksud dari lagu dan lirik yang sedap tu. Ternganga aku di buatnya. Dah banyak aku tengok dan dengar ramai yang menyanyi beria-ia lagu ni di dalam internet . Anak-anak gadis yang cantik jelita pun siap smule lagi lagu ni. Sekarang dah ada lirik lagu melayu dah. Nyanyi yang pakai lirik melayu la plak... yer!

Nak tengok lagi entry yang menarik di blog ni.... klik SINI

p/s: Biasa le yang lirik asal lagi nampak sedap bunyinya sebab banyak huruf O di hujungnya...  Tapi tak payahlah dengar, ngeri dengan kelucahan meloyakan tu...  kan!

[PROMO GEMPAK!] Rebut Pakej Percutian Ke Bangkok Yang Murah Gila Di Expedia Sekarang!

1 comments:

SHOPBACK .... Laman Online Shopping Dan Dapat Duit Kembali .... Jangan Tak Percaya!

11:25:00 AM Noor Akma 11 Comments

Korang nak tau tak ada laman online shopping  yang menawarkan pulangan wang kembali apabila membeli belah di laman web diorang? Itulah dia ShopBack. Macam tak percaya je... Jangan tak percaya...! Kalau macam tu, jimat duit lah jawabnya dengan Shopback ni dan makin kecanglah shopping... hehe! 

SHOPBACK ....  Laman Online Shopping Dan Dapat Duit Kembali .... Jangan Tak Percaya!
SHOPBACK ....  Laman Online Shopping Dan Dapat Duit Kembali .... Jangan Tak Percaya!
Mesti korang nak tau kan... apa kebendanya tu. Shopback adalah sebuah laman web yang unik menghubungkan pelbagai laman shopping, perkhidmatan, dan macam-macam lagi ada kat situ. Di Shopback ni la boleh dapat pulangan kembali duit iaitu CashBack yang lumayan apabila memgunakan laman web ni. Boleh shopping online dan buat macam-macamlah kat situ. Amat mengujakan dan canggih sungguh.. kan!


SHOPBACK ....  Laman Online Shopping Dan Dapat Duit Kembali .... Jangan Tak Percaya!


Antara laman shopping yang terdapat di SHOPBACK MALAYSIA adalah HonestBee, PappaDelivery dan yang paling top dan di ketahui ramai iaitu LAZADA. Shopping kat Lazada melalui Shopback macam biasa, boleh dapat Lazada Voucher. Bestnya.. best kan!

Ruginya pada sesiapa yang rajin shopping online apabila tidak menggunakan Shopback ni. Jadi apa tunggu lagi, nanti ketinggalan ketapi lagi... Tapi ketapi pun dah tak pakai dah sekarang. Komuter, LRT dan MRT kini... Jadi, mulakan dari sekarang untuk tidak terus ketinggalan.

Sebenarnya aku pun baru tau hal ni... rugi, rugi sebab tak mengetahui dari awal. kalau tidak dah beribu-ribu lemon pulangan cashback yang aku dapat. Jom ubah cara untuk shopping online dengan Shopback, sangat berbaloi-baloi ni. Pada yang belum tau dan baru tau hal ni, jom la cepat-cepat mendaftar demgan  sign up di SINI.

Jom tengok video yang di sertakan ini untuk lebih memahami apa ke bendanya Shopback ni... 


Wahhh.... Untuk yang rajin shopping online pasti tak akan melepaskan peluang keemasan ini. Tak ada tempat lain yang dapat menandingi peluang yang ada ini. Peluang shopping sambil berjimat dan dapat diskaun juga. Lepas ni boleh berbelanja dengan ceria dan tutup mata sebelah saja. Yerlah.. dah dapat pulangan kembali, boleh shopping lagi dan lagi... 

p/s : Nak shopping lah... Nak beli apa yer. Tengah fikir ni, masalahnya banyak sangat yang nak di beli.. hehe!

11 comments:

Giveaway Tudung Preloved Halfmoon by Hajra ciklapunyabelog.blogspot.my

1:58:00 PM Noor Akma 6 Comments

Assalamualaikum...


Klik Banner Untuk Join....

Syarat-syarat penyertaan seperti berikut;

  1. Follow blog ni pada yang belum follow di SINI. Nanti cikla akan followback. 
  2. Follow g+ di SINI
  3. Follow Twitter di SINI
  4. Follow Instagram di SINI
  5. Like Facebook page di SINI
  6. Buat satu entri ringkas yang bertajuk 'Giveaway Tudung Preloved Halfmoon by Hajraciklapunyabelog.blogspot.my.' Masukkan banner di atas dalam entri tersebut, kemudian linkkan ke entri ini. Tinggalkan link entri korang di ruangan komen. 
  7. Share kan link penyertaan korang ke laman sosial korang ye (Facebook, Twitter, Google+, Instagram). Kalau korang takde salah satu laman sosial tu inform ye sebab cikla akan check tau. So, be honest! 
  8. Siap.

Senang je kan. So, giveaway bermula dari 16 Julai 2017 hingga 16 Ogos 2017 (pukul 8 malam). Lama kan, sebulan tu. So, memang sempat sangat kalau korang nak join. Pemenang akan diumumkan secepat mungkin dari tarikh giveaway tamat.

Cikla akan pilih 2 orang pemenang melalui khidmat random.org. Pemenang yang terpilih akan yang akan menerima  tudung halfmoon by Hajra setiap seorang.

Andai kata penyertaannya ramai, Insha Allah cikla akan tambah hadiah. Tapi, tak semestinya tudung halfmoon jugak tau. Mungkin tudung jugak atau benda lain. Korang clear kan?

Apa lagi, peminat halfmoon meh join. Yang lain pun sangat dialu-alukan untuk join sama. Lagi ramai lagi bagus. Lagipun, bukan susah pun syaratnya kan.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahimcikla mulakan giveaway niHope giveaway ni akan mendapat sambutan dari korang semua. So, selamat bergiveaway korang.

Terima kasih and good luck!! ❤️❤️❤️

6 comments:

Antara Teknik Berkesan Halau Tikus Dari Rumah

1:22:00 PM Noor Akma 8 Comments

Apabila ada kesan-kesan kehadiran tikus di rumah membuatkan aku sangat risau. Ini pernah berlaku pada aku masa tinggal di kediaman lama dulu. Seksa rasanya nak halau tikus dari rumah. Boleh saja guna racun tikus tapi aku paling tak suka nak membunuh binatang ni. Aku cuma nak halau saja. Jadi cari petua dan tenik berkesan halau tikus di internet la... apalagi!

Antara Teknik Berkesan Halau Tikus Dari Rumah
Antara Teknik Berkesan Halau Tikus Dari Rumah

Sebelum tu aku nak cerita perkara yang agak mengerikan waktu di rumah lama. Waktu pulang dari kampung bercuti hari raya pada suatu hari raya beberapa tahun dahulu.... masuk je dalam rumah semerbak bau tikus mati. Puas mencari, lama jugalah mencari tapi tak jumpa. Bau tu amat dekat dengan rak pakaian aku. Tiba-tiba ternampak ekor yang amat panjang tergantung... Aku melompat ketakutan.... 

Rupanya bangkai tikus tu elok terletak atas tudung aku yang berwarna hitam. Itu pasal la tak nampak. Warna tikus tu sama hitam dengan warna tudung. Besar sungguh tikus tu sebesar seekor kucing dewasa. Itu sebab ekornya panjang sangat... Ngeri dan baunya menusuk walau dah di buang jauh-jauh. Puas sembur minyak wangi dan letak daun pandan dalam bilik.

Aku rasa tikus tu mati sebab termakan racun dari rumah-rumah sebelah yang menggunakan racun untuk membunuh tikus. Aku cuma halau atau buat perangkap lepas tu en. suami lepaskan di tempat yang jauh. Inilah sebab aku tak suka guna racun. Nanti mati kat tempat-tempat yang tak di jangka. Pernah rumah kawan en. suami... air paip dia rasa lain dan berbau semacam. Bila di periksa tangki, rupanya ada tikus mati dalamnya.... Geli  geleman aku mendengarnya. Jadi, mari kita cari teknik halau tikus....!

Antara Teknik Berkesan Halau Tikus Dari Rumah


- Bela kucing
Dengan adanya kucing tikus tak berani masuk ke rumah. Takut jadi makanan kucing nanti. Tapi pastikan kucing tu jenis agresif. Jangan pula dapat kucing pemalas.

- Lada Hitam
Ambil lada hitam, tumbuk lumat dan jadukan serbuk. Taburkan di laluan dan kawasan tikus selalu berada.

- Kulit durian
Bau durian yang tajam membuatkan tikus tidak suka. Boleh cuba letak sehari dua di kawasan tikus. Tapi siap sedia dengan bau semerbak seluruh rumah dengan durian.

- Serai wangi
Serai wangi sememangnya berfungsi untuk menghalau haiwan perosak. Selain  tikus, lipas dan semut juga boleh di hindarkan.

- Daun pandan
Letak daun pandan di sekitar rumah. Keharuman bau pandan menyebabkan tikus tak suka untuk mendekati. Juga rumah berbau wangi dek bau daun pandan tu.

- Daun pudina
Racik atau lumatkan daun pudina. Campur air dan tapis. Ambil airnya dan sembur di sekitar kawasan tikus berada. Tikus tak suka bau ni.

- Buah mengkudu
Potong buah mengkudu yang tidak terlalu muda dan tidak masak. Yang sedang-sedang sahaja. Potong 4-6 bahagian dari sebiji buah dan letakkan di penjuru dan kawasan yang menjadi laluan tikus.

- Daun durian belanda
Ambil beberapa helai daun durian belanda yang sederhana matang. Siat-siatkan dan ramas-ramas daun untuk mengeluarkan bau dia. Letakkan di kawasan dan tempat laluan tikus. Bau yang terhasil dari daun durian belanda tidak di gemari tikus dan membuatkan ia tidak lagi datang.

- Uncang teh
Dapatkan beberapa uncang teh yang telah di gunakan. Letakkan di tempat dan kawasan laluan tikus. Bau yang terdapat dalam teh akan menyebabkan iritasi atau kegatalan pada hidung tikus lalu membuatkan deria bau mereka terganggu dan berasa tidak selesa. Dengan ini, tikus tersebut akan segera meninggalkan kawasan itu.

Inilah antara cara yang dapat aku google untuk aku cuba di kediaman aku ni. Banyak cara rupanya yang boleh di gunakan. Cuma perlu pilih saja cara yang mana nak di gunakan. Aku ingat nak guna semua cara yang ada. Bukan apa, geram dengan kehadiran binatang ni. Seboleh-bolehnya tak nak tengok binatang ni menepek kat rumah aku...

Baca lagi informasi di blog ini... SINI

p/s : Cik ti... gi la main jauh-jauh, geli la kat engko ni...  hahaha!


8 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...